Tuesday, June 1, 2010

Rawatan Fibroid

Assalamualaikum dan selamat hari bekerjakepada ibu 2 dan bapa yang bekerja di luar dan di dalam rumah...;)

saya sambung kembali cerita ceriti mengenai rawatan fibroid ini...

Apakah Fibroid Perlu Dirawat?

tidak semua kes fibroid perlu dirawat jika ia tidak menimbulkan sebarang masalah atau gejala, dan jika ketumbuhan itu kecil sahaja. Bagi wanita yang menghampiri umur putus haid (biasanya 50 tahun), fibroid itu akan mencerut dengan sendirinya akibat daripada kehabisan hormon estrogen. Bagi mereka ini, pembedahan atau rawatan untuk fibroid tidak diperlukan.

Setakat ini tidak ada rawatan yang menggunakan ubat yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid tetapi ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau daun-daun yang kemungkinan mempunyai kesan, khusus terhadap rahim yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mencerutkan ketumbuhan fibroid, saya percaya kemungkinan akan menjadi satu penemuan yang luar biasa.

Fibroid Dirawat Secara Pembedahan


Rawatan yang khusus bagi fibroid, khususnya yang besar serta menimbulkan masalah seperti gangguan haid, kekurangan darah (anemia), ketidaksuburan, menimbulkan gejala seperti gangguan perkencingan ataupun menyebabkan rahim turun ke bawah (prolaps) ialah pembedahan. Beberapa perkara penting perlu diambi kira sebelum seseorang doktor memilih tentang jenis dan kaedah pembedahan. Perkara yang penting ialah sama ada wanita itu mahu melahirkan anak lagi atau tidak, dan kedua, sama ada dia juga mengalami kekenduran rahim (prolaps) atau tidak.

Bagi wanita yang masih muda dan masih mahu melahirkan anak dan mereka yang mengalami masalah kesuburan, pembedahan biasanya dilakukan melalui perut di mana ketumbuhan fibroid sahaja yang perlu dibuang. Pembedahan ini dinamakan myomektomi. Myoma ialah nama bagi ketumbuhan fibroid. Oleh itu, pembedahan tersebut dinamakan myomektomi. Kadang-kala seesorang wanita itu boleh ditumbuhi beberapa fibroid. Saya pernah membuang lebih 20 ketulan myoma yang saiznya seperti guli kecil sehingga sebesar bola tennis.

Pembedahan untuk membuang ketumbuhan fibroid atau myomektomi, kadang-kala menimbulkan masalah jangka-panjang di mana fibroid mungkin tumbuh semula dan menimbulkan gejala kesihatan yang akhirnya mungkin memerlukan satu lagi pembedahan di mana rahim dan ketumbuhan tersebut perlu dibuang sekaligus.

Pembedahan Untuk Membuang Rahim (Hysterektomi)

Pembedahan yang mutlak bagi wanita yang menghidap tumbuhan fibroid, khususnya mereka yang tidak bercadang untuk melahirkan anak lagi kerana mungkin mereka telah mempunyai bilangan anak yang cukup ataupun telah menjangkau umur lebih daripada 40 tahun dan ketumbuhan ini menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan, ialah pembedahan hysterektomi. Pembedahan ini dianggap sebagai satu pembedahan besar dan biasanya seseorang itu perlu tinggal di hospital selama seminggu. Pembedahan ini memerlukan lebih kurang sebulan setengah untuk pulih kepada keadaan sediakala.

Ramai juga wanita yang tidak begitu gemar menjalani pembedahan hyisterektomi kerana ini akan menyebabkan dia kehilangan rahim, iaitu lambang kewanitaan mereka. Tanpa rahim, haid tidak lagi keluar. Sebenarnya, seseorang wanita yang menghidap penyakit dalam rahim dan tidak mahu melahirkan anak, dia tidak lagi perlu memikirkan, bahawa rahim tersebut sebagai lambang kewanitaannya dan untuk mengekalkan kejelitaannya. Rahim hanyalah berfungsi untuk menaungi dan melindungi janin dalam kandungan. Rahim bukan satu organ yang melambangkan kejelitaan wanita dan ia juga tidak penting bagi menentukan hubunga seksual yang memuaskan. Sebenarnya haid bukan satu lambang kewanitaan, tetapi haid itu sebenarnya merupakan tanda bahawa seseorang itu tidak mengandung. Jika seseorang wanita itu mengandung maka haidnya akan berhenti.

Kejelitaan Dipengaruhi oleh Hormon
Kejelitaan dan fungsi seksual lebih dipengaruhi oleh hormon estrogen yang dikeluarkan oleh kilang ovari. Biasanya, dalam pembedahan hysterektomi, kedua-dua kilang ovari akan dikekalkan walaupun wanita itu telah melebihi umur 40 tahun kerana kilang ini penting bagi mengekalkan kejelitaan, sifat-sifat kewanitaan dan juga melindungi kesihatan wanita tersebut. Hubungan seksual antara suami isteri selepas hysterektomi biasanya tidak akan terjejas, malahan akan menjadi lebih baik kerana tidak diancam dengan pendarahan yang tidak teratur serta berpanjangan. Wanita itu akan menghadapi hidup yang lebih selesa tanpa haid yang luar biasa mengganggunya, dan dia boleh menumpukan lebih masa untuk beramal ibadah tanpa ada sekatan untuk bersembahyang atau berpuasa kerana haid tidak akan datang lagi dan hubungan seksual boleh dilakukan pada bila-bila masa. Keadaan kesihatan akan menjadi lebih baik kerana kehilangan darah tidak akan berlaku lagi. Pada keseluruhannya, wanita itu akan menjadi lebih sihat dan sejahtera selepas pembedahan hysterektomi.

Ketumbuhan fibroid yang wujud bersama dengan prolaps atau kekenduran rahim, biasanya dirawat dengan pembedahan melalui saluran faraj. Ini bermakna tidak ada parut akan wujud di bahagian kulit perutnya, sebaliknya kesemua pembedahan akan dilakukan menerusi saluran faraj. Di samping itu, kekenduran pada saluran faraj dapat diperbaiki dengan memperkukuhkan otot-otot yang menyokong lantai punggung dan saluran peranakan. Kaedah pembedahan ini dinamakan vaginal hysterectomy dan repair. Wanita akan menjadi lebih selesa dalam hubungan seksual mereka selepas pembedahan ini kerana jika ada kelonggaran berlaku pada saluran faraj, kesemuanya akan dapat diatasi dengan pembedahan untuk membetulkan saluran. Di samping itu, otot-otot di sekeliling rahim akan menjadi lebih kukuh lagi.

ok...wassalam.

12 comments:

ummu said...

Salam Fidha
TQ ya atas perkongsian ini..

Ani said...

Salam fida, trima kasih bnyk2 atas info ni keyakinan akak brtmbh bila membaca catatan fida.....

kelisa said...

info yg cukup baik tq

SHAFIDA said...

sama-sama..kita org perempuan..sama-samalah kita alert tentang diri kita

Anonymous said...

salam..saya berumur 21 tahun..saya ada masalah dengah haid saya dimana haid saya datang hampir sebulan..dan kadang2 darah ketul keluar dgn byk..adakah saya ada fibroid??..dan adakah saya x boleh mengandung??..saya takut nak berjumpa dgn doktor dan saya juga takut nak melakukan pembedahan.,berapakah kos pembedahan klu nak buang fibroid??.

SHAFIDA said...

waalaikumusam adik anonymous.

akakpun bukan doktor untuk menjawab masalah adikni. kalau betul2 nak confermkan...adik hendaklah ke hostipal dan buat temujanji dengan pakar sakit puan segera.kerana masalah ini akan berlanjutan sehingga tua..mungkin akan bermasalah kitika kawin nanti.

masalah adik seperti mak akak. dari zaman anak daranya memang begitu.haidnya lama dan banyak. tapi tiada masalah fibroid,tapi ketika umurnya mencecah 45 tahun baru doktor dapat menemukan ketumbuhan di saluran rahimnya. akhirnya doktor suggest utk buang keseluruhan rahimnya memandangkan
dia sudah tua dan tidak akan melahirkan lagi. tp itulah masalah wanita.jika tiada rahim,byk lain masalah yang berlaku. kena mkn pil hormon seumur hidup dan dll.

akak cadangkan adik dapatkan rawatan segera dan berjumpa pakar sakit puan..

akak baru sahaja melahirkan.alhamdulillah...fibroid akak xperlu dibedah,ia dikeluarkan semasa akak melahirkan bby.

bayaran pembedahan, xperlu risau..kita ada hospital kerajaan..xperlu bayar atau kena bayar pun xmahal... jagan fikirkan benda negetif...fikirkan positif ye dik..insyaAllah....semoga semuanya selamat.

Rabiya Aswad said...

Terima kasih dengan info ini.sangat berguna buat saya..saya sedang risau ni..

Rabiya Aswad said...

Terima kasih dengan info ini.sangat berguna buat saya..saya sedang risau ni..

Anonymous said...

Kak bole saya tahu..brp lama tempoh sembuh dia sbb isteri sy dh masuk 3 weeks still rs sakit kt dlm even xbuat keje berat lgsg.n ble period 1st after operation (cyst & fibroid) tu adakah rs pedih ke.sakit ke

Unknown said...

Jng takut untuk rawat sakit sbb nnt Boleh bwk mudarat pd diri.pendarahan byk Boleh bwk maut sbb klu homoglobin rendah,akn rosak kn jantung.gi je hospital utk dptkn Rawatan.klu ade medical card,hi je swasta utk cek.klu pembedahan kat hospital awam,Kos dlm ratus2 je.klu kakitangan kerajaan free.sy ade fibroit.. bleeding byk.dlm proses nak operations.

Unknown said...

helo kak shafida.. sya brumur 31 tahun.. buln lepas sye ade pg check. n dic ckp sye ade fibriod.. sblm sye tahu da skt.. haid sye dtg smpai 2 mingu lebh.. lepas tu stop dlm brpa hri je..haid sye dtg blik smpai 1 buln non stop. pad sye pakai smpai 2 pk5 besar yg panjg pun xckp. bila dh bwa pg klnk.. doc bg ubt untuk stopkn pendrhan.. lepas tu. stop smpai 15hri.kemudian smbog lagi smpai sekrg. ketulan darh beku keluar smpai sebesar tapak tangan..n bila kencing,darah akn kuar sekali dgn ketulan..tempoh doc bg untuk pg check up d hospitl 2buln kemudian.. sye nak tanya..adakh fibriod sye ok ke tak?

I only sell.... said...

Text me at 0168917838

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails