Monday, May 31, 2010

takutkah anda...FIBROID?



Assalamualaiukum dan Bismillahirahmanirahim...

pernah menonton Medik TV sekitar tahun 2007 tak?....(rasanyalah) rencana pasal pembedahan membuang fibroid dalam rahim seorang wanita yang telah membesar macam sebiji bola!...bola sepak!!!

bila melihat fibroid sebesar itu..takutnya rasa....gerunpun ada...seriau pun ada...ummi saya juga pengidap fibroid dulu....sewaktu saya di alam student...dan pembedahan membuang fibroid serta rahimnyapun...tidak diberitahu kepada saya...saya hanya tahu melalui sepupu yang terlepas cakap..begitu sekali pengorbanan ummi. saya terus menalefon ummi...ummi kata jangan bimbang kerana pembedahan biasa sahaja...

dan...saya tahu ummi tak mahu mengusik emosi saya dikala peperiksaan semesta menghambat tiba....dan pembedahan itu...telah merubah segala-galanya...chewah...hahhahahah...sedihla pulak...tapi alhamdulillah ummi sekarang masih sihat..sihat ala-ala diala...kekadang sakit medu dan sakit kepala migrain dan sakit lidah serta macam-macam sakit lagilah.....saya doakan semoga ummi tetap tabah dalam mengharungi hidup dan sentisa sihat walafiat dalam lindungan Allah.
Aminnnn

dan semalam....sebenarnya sudah 3 hari saya terasa sakit di bahagian rahim sejak khamis lalu...semalam dah tak tahan serta pujukan suami...pergi check kat klinik...

buat utrasound..
buat pap semear...
check air kencing....


"mengandung:?.....negetive.
"kencing kotor?......negetif

bila diimbas semasa utrasound...saya disahkan posotive fibroid...
dan rahim saya bengkak dan...tapi lupa pulak saya nak tanya kenapa rahim saya membengkak dan adakah rahim bengkak itu yang menyebabkan saya rasa sakit...em...nantilah saya tanya check up akan datang.

kedudukan fibroid masih tidak dapat diipastikan dengan jelas...tapi firasat doktor ia berada di dalam rahim...
maka, sesudah pulang dari klinik..saya terus surf tnet cari kejadian nya penyakit ini.... saiznya sudah sekitar 2 hingga 3 cm..doktor mengagak fibroid saya nie sudah lama berada di situ, tatapi tidak terperasan kerana mungkin dulu terlalu kecil..patutlah sejak anak dara lagi...bila period..berguuling2 saya dibuatnya...tapi alhamdulillah, darah period masih normal...tidak mencurah2 macam ummi dulu... kawan-kawan...doakan saya sihat dan tidak mengalami apa2 bahaya daripada "makhluk itu"


ok...sekarang kita semak apakah itu fibroid?

hus , ngerinyeeee

Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.

Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka.

Fibroid bagaikan sudah menjadi lumrah bagi wanita, biarpun tidak berbahaya namun risikonya tetap ada. andai bedah siasat dilakukan ke atas wanita-wanita yang sudah meninggal dunia, lebih 20 peratus daripada mayat-mayat itu didapati mempunyai ketumbuhan fibroid.Maknanya, fibroid adalah sesuatu yang biasa bagi wanita dan ia tidak berbahaya biarpun mendatangkan ketidakselesaan kepada wanita yang mengalaminya.

jenis-jenis fibroid:

Lokasi fibroid sering mempengaruhi tanda-tanda yang dialami dan pada sesetengah kes, rawatannya.

- Fibroid submukus terdapat di bawah lapisan uterus dan boleh menyebabkan masalah haid termasuk kesakitan apabila ia membesar.

- Fibroid intramural adalah fibroid bulat yang terdapat di dalam dinding uterus yang boleh menyebabkan pembesaran uterus.

- Fibroid subserous tumbuh di luar dinding uterus dan selalunya tidak menyebabkan sebarang tanda-tanda sehinggalah ia membesar dan mengganggu organ-organ lain.

- Fibroid pedunkel berbentuk gagang tercetus apabila fibroid subserous mengeluarkan tangkai atau pedunkel, membesar serta membengkok dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.

- Fibroid submukus dan intramural lebih banyak mengundang kesakitan semasa haid dan mendatangkan masalah seperti keguguran. Sementara itu, subserous dan pedunkel pula boleh menyebabkan masalah kemampatan dan kesakitan terutamanya semasa kehamilan.

- Fibroid interliganmentous tumbuh di sisi di antara ligamen yang menyokong uterus di dalam abdomen dan adalah sukar untuk mengeluarkannya yang berkemungkinan menjejaskan bekalan darah.

- Fibroid parasitik, paling jarang berlaku di mana fibroid melekat pada organ lain.


Waktu sesuai merawat fibroid

Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukkan tanda-tanda seperti yang dijelaskan tadi.

Ia juga difikirkan sesuai, bagi sesetengah kes apabila seseorang wanita ingin hamil dan pandangan perubatan berbelah bahagi sama ada fibroid perlu dirawat atau mencari peluang mengandung,'' kata Dr. Salleh.

Kadangkala, haid yang terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang wanita itu mendapat anemia.

Pun begitu, katanya, kebanyakan doktor bersetuju biarpun tiada simptom-simptom, fibroid pedunkel agak jarang mencetuskan masalah besar bagi wanita hamil.

Bagaimanapun bagi fibroid submukus, ia berkemungkinan menyebabkan wanita lambat hamil serta mengakibatkan wanita hamil mengalami keguguran.

Keputusan untuk merawat atau tidak sebenarnya bergantung kepada usia wanita itu sendiri, saiz fibroid, pernah keguguran dan sama ada rahim menjadi herot kerana kewujudan fibroid itu.

usia adalah faktor penting kerana fibroid akan membesar di bawah pengaruh estrogen dan fibroid juga mudah dikeluarkan di kalangan wanita muda dan ketika fibroid masih kecil lagi.

Bagi wanita yang berusia, mereka perlu berjaga-jaga apabila membuat keputusan untuk melengahkan pembedahan.

Bagaimanapun, wanita yang telah menjalani pembedahan mengeluarkan fibroid perlu mengambil masa sebelum mengandung. Pakar akan menasihati masa yang sesuai mengikut keadaan pesakit,'' ujarnya lagi.


okeylah...banyak sangat dah rasanya entri pada kali ini...takit payah nak hadam plk nanti..

esok saya akan postkan n3 tentang rawatan fibroid....




17 comments:

Ummi Maryam said...

Salam,

Shafida, semoga tabah menempuh ujian dari Allah, insyaAllah takde masalah besar, ikut nasihat doktor.

Saya dulu tidak mengalami fibroid tapi cyst, ini menyebabkan saya sukar hamil. Lepas jumpa bbrapa O & G, last doctor yg saya jumpa nasihatkn saya untuk operate sebab cyst tu very significant. Selepas sebulan sy operate, alhamdulillah saya hamil.

Cyst tu rasanya lebih kurang fibroid juga tapi dlm medic tak tahu apa yg berbeza.

fisa othman said...

moga shafida sentiasa sihat ok..

Anonymous said...

Insyaallah moga sihat & dalam lindungan Allah sentiasa. banyak2 bersabar. Maybe lepas ni blh g check detail lagi dengan doktor pakar, skrg baru dgr penerangan dari seorg doktor.. Banyakkan berdoa dan bertawalkal pada Allah. Setiap penyakit ada ubatnya dan setiap kejadian pasti ada hikmahnya.

~roba~

Ani said...

terima kasih banyak2 shafida atas info yg diberikan, dengan membaca blog ini ketakutan untuk berjumpa doktor pakar selasa ini berkurangan sedikit.

saffiyani HQ said...

assalammualaikum...saya seorg surirumahtgga..dn kini sedang hamil..apa yg di kuatiri saya bila doc dapati saya ada fibroit.apakah yg patut saya lakukan sekarg..fibroit saya semakin membesar..ini amat menakutkan saya..kini usia kangdungn saya sudah 5 bulan

Anonymous said...

salam....

beberapa hari lepas, setelah scan, doc yg rawat sy mendapati dinding rahim saya tebal ckit,....sy xtau apa maksud doc tu...tp dia suh wat further check ngn pakar??? adakah ini fibroid or cyst....skg ni sy masih blm jumpa pakar...krn takut...bermacam2 yg bermain kt fikiran sy.....tambah2 skg ni sy tgh merancang untuk mengandung...ada sesiapa yg blh bg cadangan rawatan, ubat-ubatn ETC....

shafida said...

kepada Anonymous 3/2/2012...maaf saya tidak tahu nama saudari....

susah juga nak dipastikan jika doktor hanya mengatakan bahawa dinding rahim saudari tebal sedikit. saudari pergi scan dengan doktor tu untuk check apaye..adakah saudara selalu mengalami sakit melampau ketika period atau just nak check untuk persediaan mengndung..

saya nasihatkan saudari terus sahaja ke pakar yang dicadangkan... rawatan awal adalah yang terbaik. tiada apa yang perlu ditakutkan. ke pakar bukan sahaja untuk tahu samaada anda bermasalah atau tidak..kadang-kadang unutk membuat persediaan mengandung juga perlukan nasihat doktor agar kita boleh makan apa-apa ubat untuk menyediakan rahim yang kuat dan sihat yang boleh menolog utk mendapatkn bby yag juga sihat kuat dan cergas in the future kan...

Anonymous said...

tq pn atas pendapat,
sy tidak mengalami kesakitan yg teruk sms period, cm perioad datang 2 kali sebln....sudah lenh kurg 6 bln mgalami keadaan ini...period yg ke -2, darahnya ckit je...biasanya sy hanya mengalami period cm sebulan sekali...
tq atas pandangan puan syafida....

alynn...

noni said...

salam..sekadar bkongsi cerita..
sy baru seminggu jalani pembedahan buang rahim dan ovari kiri sebb fibroid dan endometriosis...tak pasti sejak bila ia dah berada di dlm, tp yg pasti setiap kali haid, memang sakit sgt2. ada yg kata fibroid blh tmbuh bila kita kerap bersalin secara pmbedahan,memg 3 anak sumanya operate,tp xpasti la betl ke tidak..dek kerana tak tahan lg menanggung sakit tiap bulan & atas persetujuan suami,akhirnya sy nekad buang rahim..

shafaida said...

kepada Puan Noni...i.Allah..senoga Allah memberikan kesihatan kepada puan selepas ini..

semoga suami puan lebih memahami keadaan puan yang telah menjalani pembedahan buang rahim...

aminnnn

Anonymous said...

Salam saya nk bertanya adakan wanita berusia 20 tahu ke atas boleh dijangkiti penyakit ini?

Anonymous said...

Fibroid selalunya akan hadir pada perempuan yang masih dalam kesuburan, berbadan besar atau wanita yang hampir menopause. Jgn panic bila doctor cakap kita ada fibroid, seperti kata doktor ini normal untuk wanita. Malah saya juga ada Uterine Fibroid, buat masa ni, saya cuba ambil supplement dari produk Shaklee GLA dan Vit E dan makan ubat doktor untuk Balance Hormon. Salah satu punca fibroid juga adalah hormon kita tidak seimbang. Saya dah dapatkan appointment dengan Hospital Ampang untuk berjumpa Gynae pada bulan March ini. Saya harap dengan usaha ini, hopefully ketulan fibroid itu akan hilang. Insya'Allah. Jgn panik ya puan2 sekiranya kita diserang fibroid. Di breast saya juga terdapat ketulan fibroid/breast mouse, doktor cakap ini normal juga, Alhamdulillah saya gunakan daun petola dan kapur sapu di ketulan tersebut, Alhamdulillah ketulan tersebut makin mengecil. Sama-sama kita berusaha selagi mampu. Cuma saya nak tahu apakah tanda-tanda uterine fibroid mengecut. Terima Kasih

Niah said...

Sekadar berkongsi pengalaman.pertama saya mkan perancang tak teratur..dtng haid,tpi saya releks saja,tpi bila lebih 2 minggu tak berhenti saya mula risau..tpi darah kdng bnyak dan kadang sedikit..sdh 25 hari..saya bertambah risau..suami ngn adik paksa pergi kelinik pakar..jumpa dok kna skn sah ada fabriod sebesar 2 cm..buat Pap smear .dok cakap saya ada masalah hormone.ketumbuhan saya tidak menggangu haid..
Dok bagi ubat untuk seimbangkan hormone..
Tunggu keputusan Pap smear lagi menakutkan..almdulilah kuputusan keluar tak ada masalah..tpi saya tetap risau bb mkn ubat hormone haid terus berenti..tpi hari ke10 ada darah hitam kecoklatan keluar..tpi time buang air kecil saja,dan tak bnyak..rahim ngilu2 dan tak selesa,saya berdoa semoga bulan ni haid saya kembali normal..
Wanita2 buang perasan takut pergi buat m.chek up..lebih baik tahu awal dri terlambat..
Dari niah 42 TAHUN.

THE VOICE OF NADA said...

Alhamdulillah... sekurang kurangnya pn dh ade baby...

Farha IbuCergas said...

Sis, itu ke saiz fibroid sis? Negri nya kalau fibroid sebesar tu.

suka kongsi said...

Assalamualaikum slm sejahtera warga group๐Ÿ“ข
๐Ÿ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni ye๐Ÿ“ข๐Ÿ˜‰

1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit kanser stage 1-stage 4 yg mengambil penawar dengan hanya produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal, tetapi rawatan hospital jgn lari,tetap wajib diteruskan,kedua2 rawatan amat bermanfaat.

Boleh hubungi terus pengasas dia & cerita direct kt dia kita sakit apa dn lain2 ๐Ÿ‘‰๐Ÿผ En Mohd Zuhairi- 017 468 7570

2)Dah ramai yg merasa kesan yg positif dengan penawar beliau yg berunsurkan ubatan bahan semulajadi yg selamat diambil,walaupn bahan semulajadi tetapi penawarnya mpunyai kesan yang pantas.
Sesuai juga untuk penyakit kanser yg sudah merebak disamping rawatan hospital๐Ÿ‘๐Ÿป

3)Pencipta penawar jus ini dh banyak berdepan dengan pesakit2 kanser,ade ramai yg dh merasa kesan yg baik,yg sembuh selari dgn rawatan doktor,penawar yg amat menyokong penyakit berat dan ringan.

4) Selain drp penyakit kanser pon blh juga mengambil penawar semulajdi ini sbg rawatan alternatif yg mnyokong dlm proses penyembuhan spt penyakit:
- Denggi &Kencing Tikus( Ada testimoni
Batu Karang, Gastrik, dimana pesakit minum jus & rawatan doktor, ada kesan dalam 3 hari)
- Gout, Kencing Manis (berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.memperlahankn prtumbuhan pnyakit)
- Masalah Keputihan
- Darah Tinggi
- Buah Pinggang

5) Jus ini berperanan menambahkan zat2 tubuh badan, menguatkan pertahanan badan melawan penyakit.memperlahankn prtumbuhan pnyakit

-Sy share mlalui
pgalaman sy sdri yg mengikuti pkembangan pjuang2 kanser ni,sy sdri pon gna produk dia (penawar jus) dh 3thn.

Jdi skg ni sy rsa perlu share brita ni buat smua spaya msih ade hrapan bg mreka yg tcari2 pnawar smpingan bg pyakit knser yg tpat .disamping itu TDAK MENGABAIKAN RAWATAN DOKTOR ANDA YA.๐Ÿ’ช๐Ÿผ

Nnti klau nk ikhtiar dgn pnawar beliau, dan sdah mcuba ,blh la join group whatsApp pjuang2 knser,bleh la knal2 psakit die yg dh smbuh mcm yg sy knl antaranya
~~~~
▪ Pn. Hayati abd Hamid- Pensyarah Knan UITM, knser pyudara stage 4.
Skg dh shat wlaupun prnah diberitahu doktor yang beliau hnya mampu btahan stahun sj utk hdup.setia dgn pnawar khusus en. zuhairi ini.
Beliau mngarang sbuah naskah/buku yg mgisahkn pngalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil penawar jus ini sbg slah satu rawatan alternatif selari dengan rwatan doktor (nk buku nti blh order)
~~~~
▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
Skg sudah sembuh dr knser. pnawar jus ini diambil selari dgn rwatan hospital.
~~~~
▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Lymphoma stage 4 skg dh sembuh
Guru nya mberitahu beliau x prnah nmpak sperti pengidap knser tahap 4, krana sntiasa nmpak cergas dngan pgambilan jus yg mmberi tnaga dan mrawat.Beliau mngambil pnawar jus ni dr knser thap 4 shingga smbuh tnpa mninggalkn jus dan rwatan hospital.
~~~~
▪Nani Faiza - knser Usus Thap 4 dan tlh mrebak ke hti, setia mrawat dgn penawar jus ini tnpa ptus asa,skg dh hmpir smbuh spenuh nye. sel knser sdah tiada.
~~~~
Dan ramai lg yg dh sembuh dr kanser leukimia dll yg guna penawar jus ini,ini kenyataan bkn rekaan.nti blh pm sdri testimoni2 td tu ye๐Ÿ˜‰

Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser, Call atau terus wasap Pengasasnya sendiri ok๐Ÿ‘‡๐Ÿป
En. Mohd Zuhairi - 017468 7570

๐Ÿ’Yg penting ramuan penawar jus semulajadi ini MAMPU DIBELI dan
In sya Allah mujarab mudah mudahan aaminn

suka kongsi said...

Note:
SAKIT URAT SARAF, LENGUH2 BADAN&
• Jus herba ini boleh mengurangkan sakit2 urat saraf tidak kira usia
• mengurangkan Lenguh2 tumit kaki, tapak kaki, & sukar berjalan akibat kerosakan saraf
• mengurangkan Lenguh2 seluruh badan kerana sakit tua & akibat kerja berat

SUMBER KALSIUM
• Menambah kalsium pada tulang
• Menguatkan semula tulang

KENCING MANIS
• Pesakit kencing manis makin bertambah dlm masyarakat kita.

• Ia blh dihidapi oleh individu tanpa peringkat usia.
• Paling menyedih kan penyakit kencing manis ini boleh merebak ke organ lain iaitu buah pinggang yg blh membawa kerosakan.

•Maka jus herba mampu mengawal dan mencegah kerosakan buah pinggang yang berpunca dari pada penyakit kencing manis kerana risiko kencing manis akan ke buah pinggang akhir nya…memang patut mencegah dari kerosakan buah pinggang
• Amat elok diambil bagi pesakit kencing manis yg bertujuan menjaga buah pinggang.

• Digalakkan mengambil jus herba ini bagi pencegahan serta rawatan awal.

info- Ia bukan lah jus herba yang memanaskan badan anda malah badan anda akan rasa selesa dan tidak panas badan.
-Untuk mendapatkan info lebih lg tentang jus herba ini,sila hubungi en zuhairi. Penerangan akan diberikan setelah anda memaklumkan penyakit yang anda hadapi.maka jus2 herba yg sesuai akn disyorkan.

Order: CALL,WhatsApp @
Encik Mohd Zuhairi -
017468 7570

#sharepadayangmemerlukan


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails