
Manusia seperti itu memang memualkan
Telur ayam pun tiruan?
GEORGE TOWN - Rupanya sebiji macam telur ayam tetapi rupa-rupanya ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.
Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar, demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini semalam.
Presiden CAP, S.M Mohamed Idris berkata, siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.
'Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya. - Bernama"
Selamat malam semua… iPhone merupakan smartphone yang menjadi kegilaan remaja zaman sekarang… Walaupon hanganya yang mahal, tetapi ramai orang sanggup membelinya kerana kualiti produk keluaran Apple sangatlah bermutu tinggi… Ini kerana syarikat Apple lebih mementingkan kualiti dan keupayaan setiap produk yang dihasilkan oleh syarikat itu… Walaupon begitu masih ada lagi segelintir kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebagai Apple Hater… Tak tahulah sebab mereka terkena dengan produk Apple cap ayam ataupon mereka memang tidak mengemari produk keluaran Apple yang mahal ini…
Tetapi bagi mereka yang ingin mencari hadiah yang sesuai untuk diberikan kepada sesiapa pon, anda mungkin boleh mencuba iChocolates… iChocolates merupakan produk coklat berbentuk seperti iPhone dan boleh dimakan… Jom usha gambarnya…
Aplikasi iPhone yang boleh dimakan…
Banyak coklat aplikasi yang boleh diletak…
Kalau agak-agak tak lawa boleh ubah ikot suke…
iPhone nie bakal menjadi iPhone yang paling sedap kerana boleh dimakan… Hahahaha…
p/s: Sumber asal Akuphobia…jiwa kacau