Saturday, April 9, 2011

TELUR PALSU DI MALAYSIA


Assalamualaikum kawan-kawan di alam maya...
apa khabar semua.
sudah tentu ramai yang sudah membaca desas desus tentang kemunculan telur palsu di pasaran kita hari ini. yang paling menakutkan ia membahayakan otak, dan sistem badan manusia.

sini dari BERNAMA :

Telur ayam pun tiruan?

GEORGE TOWN - Rupanya sebiji macam telur ayam tetapi rupa-rupanya ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar, demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini semalam.

Presiden CAP, S.M Mohamed Idris berkata, siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

'Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya. - Bernama"


jom tengok kat sini:

cara-cara membuatnya. jom tengok....

Telur tiruan dari China !!!!





Kulit telur..( bahan - kalsium karbonat ) . Yang bertanda tick telur tiruan, yang sebelah telur asli:
















Tak ada penyakit cari penyakit..

jom tengok video nie pulak.


Apakah tanda-tanda telor anda palsu?...
antaranya ialah....
* tak berbau macam telor yg biasa ... (Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah
* tastelesss ... tak rasa macam telor sebenar....
* unusual shapes & larger than real eggs....
*Ia besar & bila dipecahkan tak adapusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur).
* Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur
*Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.
*Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.
*Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.
*Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.
*Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.
*Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.


Unidentical twins: The fake egg (left) is different in shape and colour from the genuine egg
“The fake egg also had a rougher surface than the genuine one.

“When cracked, there was no sign of chalaza, the structure inside the egg that keeps the yolk in place.

“The fake egg white and yolk quickly mixed together, unlike that of real eggs,”
Amat perlu anda perhatikan ... posisi kuning telur-telur palsu ini akan sama semuanya.


* The fake egg yolk (left) is more yellowish dari telor sebenar....
* Telor palsu (fr.China & full with chemical) lebih murah dari telor sebenar...

p/s: tapi saya musykil kalau telur sejuk....yang tak jadi menentas atau telur lama ...ia pun akan menjadi cair dan bahagian kuning n putihnya akan bercampur.....bagaimana nak bezakan telur sejuk dengan telur palsi pula..risau betullaaaa....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails