Wednesday, October 23, 2013

SAH!!!!! BERJANGKIT SUDAH

ASSALAMUALIKUM,


apa khabar semua kawan alam maya sekalian... berkenaan tajuk di atas dan  sambungan dari cerita saya minggu lepas..... maka sahlah penyakit kaklong saya sudah saya jangkiti..\Allah Maha Berkuasa. 

semalam saya ke Klinik Hasniah Elani untuk berjumpa doktor Elani yang menjalankan utra sound kepada saya sebulan yang lepas. masa tu saya tengah period hari kedua.. kesakitan yang tidak dapat saya tangung membawa saya ke klinik. meminta doktor scan rahim saya untuk mencari sebab musabab kesakitan setiap kali haid setiap bulan. bulan lepas doktor \elani gagal melihat keseluruhan rahim kerana usus menutupinya. semalam saya datang sekalilagi dengan pundi kencin yang penuh..senak menahan nk buang air..itu pesan doktor kalau nak scan . maka lain yang hendak di scan, lain pula result yang dapat..sah saya mengandung 4 minggu. huuhuhuhuhu

bila doktor mengesahkan saya mengandung, air mata saya keluar. Namun saya sendiri tidak mengerti akan emosi saya pada ketika itu.. saya rasa sebak kerana semingggu dua ni saya sudah merasa sanagt penat dengan sedikit gangguan alahan dan menguruskan ank-anak , adik umar yang kuat meragam dan lelalin ketentionan.....siapa yang tak gembira nak ada baby baru.. of coure saya gembira, namun bila memikirkan kepenatan jasad dan emosi yang kian tidak stabil, mata saya berkaca di hadpan doktor. entah dr Elani perasan atau tidak...

maka doktor menjangkakan due datenya awal bulan 6 tahun hadapan. tetapi masih belum dapat ditentukan dengan tepat kerana kandungan masih baru. 

ya Allah, permudahkanlah segala urusanku..anugerahkanlah aku kesihatan dan kesabaran serta hikmah untuk aku uruskan segalanya...bantulah aku mendidik ank-anakku untuk menjadi khalifahmu yang berjaya di dunia dan soleh solehah....

pinjam dari blog dr zubaidi

2 comments:

AisNy said...

Syukur alhamdulillah... Bila la agaknya turn isteri saya...

SHAFIDA said...

Insya Allah, cyba baca doa nabi zakaria di saat dia memohon diberikan zuriat.moga ada rezeki nanti..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails