ASSALAMUALAIKUM
WAROHMATULLAHI WABAROKATUH.
Hari
ini saya terasa sedikit tergugat.. heheh, tergugat bila ke sekolah pagi semalam
untuk bersama anak didik untuk mengambil keputusan UPSR. Oh ya, keputusan UPSR sekolah saya jatuh
sedikit tahun ini berbanding tahun lepas, tapi not that badla …. 21 orang murid
kami berjaya mendpat 5A dan 24 orang mendapat 4A 1B. anak kawan kawan yang
mengajar bersama hanta seorang yang berjaya mendapat 5A, yang lain hanta 4A dan
ada yang 2A.memerhatikan wajah teman yang anaknya mendapat 5A, sungguh terasa
kemurnian wajahnya, tidak ternampak terlalu gembira, banyak mendiamkan diri
namun ketenagan dan helaan nafa sega dapat saya rasa….
Dikala
itu, saya melihat Muaz anak sulung saya, yang saya bawa bersama.. bagaimanakah
nasib nya… tanpa pendedahan akedemik yang sempurna, tanpa PDP bahasa Inggeris
yang mantab, matematik tanpa latihan setiap hari, sains tanpa ujikaji dan
penerangan dari guru, bahasa Melayu tanpa buat karangan dan pengetahuan format
format yang sebenar..mampukah muaz mengorak langkah ke MRSM tahfiz nanti..
mampukah Muaz ke sekolah Arab dan agama serta tahfiz yang bagus nanti????
Semuatu membuatkan saya sebak… kalau anda bagaimana?
Di
saat ini, saya terfikirkan alangkah eloknya tahfiz bergandingan dengan
pelajaran adab yang mantab. Sepertinya seorang Imam besar mengatakan bahawa beliau telah berguru dengan seorang ulamak selama 20 tahun
, 18 tahun belajar adab dan 2 tahun belajar ilmu-ilmu yang hendak dituntutnya.
Di akhirnya ia merasa sanagt rugi dan sepatutnya beliau belajar adab selama 20
tahun. Bayangkan jika anank kita belajar adab sama banyak dengan pelajaran lan… masyaAllah… alangkah
indah akhlak mereka..
Rasulullah
juga ada mengatakan bahasa “sesungguhnya kau diutuskan untuk menyempurnakan
akhlak”…. Rasululllah juga mementingkan akhlak. Lihatlah berapa ramai generasi
hari ini yang hidup kurang pelajaran akhlaknya. Walaupun akademiknya bagus,
lulusan tinggi, tanpa akhlak, dia bukan membawa keharmonian kepada keluarga,
masyarkat mahupun agama….persoalannya..bagaimanakah pelajaran akhlak di Mahhad
anak saya.. seorang guru sahaja yang nejada, mendidik anak anak lelaki yang
berusia 8-12 tahun itu> mampukah dia?
Perlukah
saya bertanya keada guru besarnya tentang hal ini. Saya sedikit ragu….
Astagfirullah..
sebagi manusia, saya selalu berperasangka..bukan nak memburukkan , tetapi ingin
mencari kepastian untuk yang tersayang.. tapi itulah silapnya.. terus bersoal
sendiri, kepada Allah tidak pula saya berlari utnutk berdoa dan beristikharah..
Ahhalu.. ada baiknya saya tutup ruangan ini sekejap untuk merebut sedikit masa
sebelum azam subuhni kan…Ummi selalu pesan, apa sahaja benda yang nak buat hattayang tidak
pentingpun, istikharahlah..kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita.
Jumpa
lagi di lain ketika ya.. maaf kerana tinggalkan anda dengan sejuta persoalan
tanpa jawan … saya sendiri tidak tahu apa jawapan kepada persoalan saya ini…wassalam.