Tuesday, December 22, 2015

RUMAHKU SEHIJAU TAMARCOCOA




ASsalamualaikum semua.

Apa khabar?

Sudah sarapan?

Belum?!!!!, tak sempat??!!!

Jom dapatkan segera Tamarcocoa untuk menenangkan keroncong perut anda terutamanya anak anak yang ke sekolah. Biasalah ibu-ibu seperti saya yang beranak 5 ni, memang kadang kadang tidak sempat nak buat sarapan, tapi alhamdulillah..mujur ada tamarcocoa ( heh heh heh, tIru iklan pamoga) anak anak ke sekolah minum tamarcocoa, perut mereka akan tahan dari berkeroncong lapar sehingga waktu rehat 9.30 kat sekolah.😊hati saya pun tak ralat sangat memikirkan anak lapar ke sekolah tanpa sarapan pagi.

Alahai.....panjang pula mukadimahnya..cut to short.😁😝 Rumah saya di cat baru.. Cat dengan warna si tamarcocoa.. Bukan isi tamarkoko, tapi dengan warna tamarcocoa, si hijau...heheeeheeh...

nampak sejuk mata memandang... 😍😍😍😍😍😍 sesejuk tamarcocoa di hati semua pengguna muslim di Malaysia, Indonesia,Thailand dan Brunei.

Alhamdulillah.

Gambar di bawah, saya dan anak anak baru siap membasuh lantai,maklumla mengecatni.. Bertitik titik atas lantai.. Anak jantan duk asrama, kalau tak,boleh kerahkan tenaga lelakinya. Bebudak dalam gambar tu, posing aja lebeh..saya yang rebes.semua ambil gambar atas lantai yang basah,kononnya penatla tu...kan..kan...kan..

Jom layan gambar 10sen😘😘😘😘
Bersemaraklah hijau untuk tamarcocoa..halalan toyyiban





Luar Rumah Si Hijau Tamarcocoa 






Konon Posing Penat ler tu... lantai masih basah, seronok...lama tak main guling2 atas lantai basah sejak umur tua ni. 





hijauuuuuu gak. 








Monday, December 21, 2015

BELI TAMARCOCOA

Nak beli tamarcocoa, tapi tak tahu di mana?
Jom, beli dengan saya, stokis alhaddad Batu Caves.
Anda tinggal di sekitar Batu Caves, boleh datang ke rumah saya atau jumpa di mana2 yang saya mampu ( malam sahaja,siang saya kerja)***
Yang berada jauh, jangan bimbang, saya boleh Pos Laju, atau Pos Domestik Biasa.
Mahu segera, tak larat tunggu Posmen, COD juga dengan sedikit cas minyak. 
Siapa yang boleh minum tamarcocoa???
kanak-kanak seawal 2 tahun kerana ia tidak menyebabkan sembelit.
 ibu mengandung kerana ia menolong menstabilkan Hb anda.
 ibu yang menyusu kerana.kandungan koko dan tamar membantu memeriahkan susu anda.
 pelajar yang lambat pick up atau lemah kerana kandungan kurmanya mampu memcerdaskan otak dengan pengambilan berterusan.
 orang tua yang tidak lalu makan atau tidak bertenaga kerana kandungan tamar dan koko nya boleh mengenyangkan dan memberi tenaga segera untuk di serap oleh tubuh.
Hubungi saya
Shafida
0192298791

*** sekitar batu caves, kebiasaannya di Stesen Minyak Petronas Giant Batu Caves, Stesen Minyak Taman Melati, Tabung Haji/KWSP Batu Caves (masjid Amaniah)

Sunday, December 20, 2015

Oh aplikasi blogger di andriod

Memang geram dan teruk betul aplikasi blogger di android. Tak dapat post langsung kalau kita masukkan gambar. Haihhhhh.. Tak jumpa lagi aplikasi blog untuk android yang semudah blogger
Ada sesipa yg tahu aplikasi yang mudah nak handle dgn hp?

Thursday, December 17, 2015

ANAK PENGHISAP TANGAN?

Cerita ini,cerita saya zaman kecil.

Zaman kecil saya, saya seorang yang suka a.k.a ketagih hisap jari.  Saya meniru kakak sulung saya pada mulanya dan akhirnya kami adik beradik jadi ketagihan atau habit hisap jari sehingga ke alam persekolahan. Tapi saya paling lama.. Hahahah sehingga darjah 2.

Bila cikgu tidak ada dalam kelas, saya akan masuk bawah meja dan hisap jari. 2 jari iaitu jadi telunjuk dan jari tengah. Yang kureng sedap dedengarnya itu, sy ketagihan hisap jari sebelah kiri..aduyai..huhuhu. Jari basuh berak tu.

Tapi alhamdulilah, arwah nenek dan juga merangkap tok guru mengaji saya( moga Allah meletakkan rohnya bersama para solehin) pandai ber psychology dgn kami sehingga kami berhenti hisap jari.. Terima kasih  tok mek😂😂😂

Sekarang anak ke 6 saya, tetiba 2mingguni mengikut jejak saya. Tiada angin,tiada ribut, tak ajarpun, dia mula memasukkan dua jari nya ke dalam mulut dan menghisap..macam sedap sangatla kannnnn...setiap kali nak susu atau lepas susu, atau duk saja2 dia akan menghisap jari.. Haihhh.... Macammana ni..

Mengikut pengalaman saya dulu, penghisap jari ni banyak keburukannya.

1. Of course buruknya pemandangan kann..kann.

2. Lama2 bibir boleh terjongkit naik.ditakuti juga ke jongangan gigi boleh berlaku. Jari juga boleh menjadi lwbihbkecil atau bengkok sedikit dari jari lain.

3. Anak yang ada habit hisap jari akan jadi anak yang kurang bergaul,  kurang bercakap dan suka menyendiri.. Kerana mereka ada jari sebagai kawan, sebagai lawan ( eh... Gurua je) sebagai peneman setia mereka.

4. Mereka akan menjadi pemalu kerana hisap jari, kemudian mereka akan duduk di kawasan terpencil untuk bersama jari mereka.bimbang orang tengok sebenarnya..

5. Kurang makan. Kerana mereka rasa terisi dengan hanya hisap jari sahaja.

6. Terlalu sukar untuk menghentikan habit buruk tersebut hatta bila anak sudah menginjak ke sekolah rendah.

Maka sebelum.ia menjadi lebih parah, saya sedang berusaha menghentikan habit anas ini.. Susah juga..tapi kalau tak usaha kesusahan itu akan berganda2 bila nak hentikannya beberapa tahun nanti.huhuhu.

Caranya:
1. Saya cuba pakaikan anas stokin tangan.. Marah betul dia tak dapat dua jari diatu..tp bak kata pepatah, tak dapat rotan,akarpun beguna.. Maka anas menghisap stokin tangan nya pula..huhuhu..

2. Saya cuba alihkan tangannya setiap kali nk masuk mulut. Dan cuba beri dia apa2 untuk di gengam..selalunya jari sayalah.. Makanya tidak ada kerja lainla saya, hanya bagi jari untuk dia gengam.. Dahtu kerja rumah lain..bila masa nak buat😵😵😵😵.. Masa dia tidurla.. Ataupun  lari macam nk pergi sofa marwah ya.. Buat kerja, nampak dia masuk jari lari kat dia kejap, kemudian lari buat kerja balik..

Haihh..memang boleh kurusla kalau begini... Tapi tak kurus kurus pownnnnnn..

Kalau ada yang tahu cara lagi baik, tolong tinggalkan cara anda di sini ya. Tq

NAK JADI AHLI ALHADDAD@TAMAR COCOA?

Assalamualaikum semua

Pagi hari bersiaran dia atas tempat peraduan. Menunggu untuk turun ke dapur.. Heheheh

Back to the tajuk di atas.
Pemgetahuan untuk semua,

Selalu orang mesej saya akan tanya, macamana nak jadi ahli tamarcocoa. Betul dahtu, cuma sebenarnya kita masuk ahli alhaddad. Syarikat Muslimni yang memasarkan produk tamarcocoa dan pelbagai produk Sunnah yang lain seperti hababatusauda halalgel, minyak zaitun hallagel dan cecair juga, minyak kelapa dara, Omega3 halalgel,minyak biji anggur dan banyak lagi.

Nak masuk ahli tak susah, cara paling senang adalah membeli 1 pack cocoatamar dengan harga pasaran. Iaitu rm22,  anda akan terus jadi ahli.pack lain2@ barangan lain akan terus dapat harga ahli.

TETAPI👮👮👮👮👮👮

Tapi mulai 1JANUARI 2016,  untuj menjadi ahli Alhaddad ni,  ada syarat baru iaitu

WAJIB MEMBELI 3 PACK TAMARCOCOA DENGAN HARGA PASARAN,

Ini kerana barangan kita sudah dipasarkan di Thailand, Brunei dan Indonesia. Syarat untuk keahlian mereka adalah membeli 5 pack tamarcocoa. Jadi kita kena up sikit sebab kita negara pengeluar..

Janhan mare ya. Marilah kita sokong produk muslim. Boikot barangan yahudi dan syubhah.

Sekin terima kasih😁😁😁
   gambar di bawah adalah diantara produk produk keluaran alHaddad ya. Sila jamu mata

MASAM MANIS SI TAMAR COCOA

Masam manis bersama tamarcocoa

Stok sudah ada,
Semalam talian hayat menjelma,
Dapat rezeki Allah,terus byr hutang lama,
Ambil sikit stok baru untuk hanttr segera,
Bimbang customer hilang percaya

Yang mana nak post, kami cuba hantr sendiri,
Bimbang lama pula tunggu nanti,
Bersama semua ank naik kereta mlm hari,
Cari rumah, tp customer balik kampung 😰adeh mcmnerni,
Kalau di post orangnya tiada -akan kembali ke post juga,problem customer juga nnti.

Calling2 customer dia sruh hntr rumah jirannya,
Sygnya lepas bagi salam tiada keluar sesiapa,
Tidur agakny,
Sy letak dalam pagar mereka:mcmmana masuk? Adalah caranya😁😁😁...
Harap esk diaorg jumpa,
Customer balik,boleh serah dgn selamatnya.

Customer call bagitau hanya saudaramara jiran yg ada,
Tuan rumahtu tiada,
Marah pula kenapa pi letak juga,
Nanti hilang sebab kenalpun tidak muka saudaramara jirannya.

Serba salah kami di buatnya,
Cuba meringankan tapi punca masalah pula,
Sedih..penat semua ada,
Sy janjikan akan ganti barang kalau barang semalam tak kunjung tiba,
Pikirkan duit lagi nak kena bayar semula,
Tak apala... Itulah kejujuran dalam berniaga.

Moga barangan alhaddad sampai kepada semua,
Itu niat dlu bila start berniaga,
Makanan halal dan produk muslim mukmin yang utama,
Boikot yahudi dan syubhah itu selayaknya ,
Agar benih2 islam membesar terjaga,
Kelak menjadi hafiz hafizah,orang celik ilmu, beriman bertqwa masa depannya.
Cabaran kecik begini, serah pada Allah sahaja,
Dia ada untuk settlekannya.amiiinnn.

Teringat pula lagu dendangan Cakra (entah apa nama belakangnya) bertajuk 0pera cinta. Cuba dgr, tetiba sebak terasa.

Salam hari rabu semua.

Nak tamarcocoa@supliments sunnah dari alHaddad?

Jangan memalu hubungi saya
Shafida
0192298791
Boleh post ke seluruh Malaysia
COD sekitar Batu Caves.
Tq😊😊😊😊

Wednesday, December 16, 2015

TERIK TALI

Assalamualaikum
Apa khabar semua rakan alam maya. Mungkin rumah kecil saya ni tak ada peminatnya, namun, mungkin ada kawan yang terserempak atau tersadong tangganya lalu masuk tanpa meninggalkan jejak dan kesan setelah membaca apa yang ada di dalamnya....terima kasih saya ucapkan. Maaf jika ada perkara yang khapoh org kelantan kata ( sampah sarap sahaja tanpa info yang menjana minda) dalam rumah saya ni.

Kadang kala tangan ini menari di scrin retak hp sony murahku tanpa perancangan, tujuan dan tanpa rujukan ilmu terlebih dahulu. Jari ini selalunya galak menari di atas keyboard hanya mengikut emosi yang bersarang di hati.

Bulan 11 dan bulan 12 ini terasa ( terik tali) betul.apa terik tali sbnrnya.hehhehe.. Itu dalam bahasa kelantan, bermaksud genting, tak selesa, kemuncak, belum putus lgi tapi talinya teramat tegang  membawa maksud masalah yang teruk tapi belum lagi membawa kepada masalah yang sangat besar.

Ini cerita financing problem sebenarnya. 3 bulan yang lalu, kan kami besarkan dapur. Saya buat sedikit pinjaman dlm 25k juga dengan bank rakyat, sebenarnya untuk dapur dan kitchen kabinet. Saya tak sangka ia merebak kepada pembesaran sedikit di ruang tamu, porch dan penggantian pagar automatik pula. ( ini semua gara gara suami saya dengan kata kata hikmatnya "alang-alang")  ini menyebabkan kami terpaksa mengorek rm15k daripada tabung haji masing masing dan saya terpaksa melepaskan rantai tangan di al-rahnu untuk di pajak. Itupun masih tidak mencukupi. Ditambah dengan kerosakan dan cabut lari daripada tukang air+elektrik Melayu yang telah kami ambik.. Fiuwwwwww.... Lari dengan duit upah tanpa menyiapkan kerja. (ni cerita lain..... Buat entry lainla..xhabisla cerita kalau sambung bab lain ni)

Back to the story  terik tali... Huhu
Akhirnya, yeah.. Rumah kami iaitu ( kalau dalam bm salah ayat bila guna iaitu ni.heheheeh) bngunan dapur, ruang tamu,  porch siap sepenuhnya ( dengan minor pembuatan yg menyakitkan mata di ruang tamu dan kecacatan besar di dalam tandas iaitu kebocoran paip dalam dinding dan pendawaian hodoh yg dilakukan oleh si tukang paip+elektrik itu. Semuanya end up with no kitchen kabinet for me. Suami kata,insyaAllah ada KC nnti. Saya malas bertanya bila? Setahun, 2 tahun?  SEDIH? Sudah tentu, pinjaman saya utk membesarkan dapur dan kc..tidak berjaya.. Lari ke lain pula duittu. 

Sekarang auto gate ada masalah. Of course duit upah belum ada..entah mana suami sy nak cekau.

Saya bimbangkan hutang stok tamarcocoa kami dengan stokis daerah yang berjumlah rm1K+.... Bila dah ada hutang, malula nak pergi ambil stok baru sedangkan customer dah call2 tanyakan stok tamarcocoa mereka. ALLAH.. Rasa sesak dada saya memikirkan hutang itu. Nak bayar duit tak cukup.. Di saat ini, kami hanya mempunyai rm600 di dalam bank untuk survival sehingga menerima gaji bulan 12 ini..ya Allah, permudahkanlah kami.. Cukupkanlah kami dengan rezekiMu, permudahkanlah kami melangsaikan hutang kami ini.

Sesak perut memandang dapur. Saya spesis tak reti mengemas, berkotak tuppware dan tipuware serta periuk belanga lain yang perlu dikemaskan. Dah KC nya gagal dibuat dek kerana kesontokan duit... Bertimbun lah mereka secara berjemaah ditepi2 dinding. Saya tak tahu ke mana harus disorokkan. Dalam stor dah penuh.dalam bilik di bawah..ah... Malas nak menyumbat ke situ.. Buruk juga bilik yang dah sedia sempit itu. pemandangan dapur baruku tidak se gah nama dapur baru punnnn.

Saatni hati berdebar setiaop jam dan saat terfikirkan hutang stokis daerah. Hujung tahunni semua anak2 kena daftar sekolah juga.sorang mahunya 609-700 sekepala untuk yuran tahunan. Sekurg kuramgnya kena bayar separuh daripada itu. Ohhhhhhhh.... Sesak nafasku.

Saturday, December 5, 2015

PRO AND CON

Assalamualaikum, kali ini review pasal breaspump

Evelove, malish, yanh seangkatan dengannya

Pro
1 sudah tentu yang double lebih baik dari yang single kerana ia menjimatkan masa. Perlu tahu, bila susu keluar ( Ldr) let down reflect, kedua2 cik b akan keluar susu serentak. Kalau ada dua pam serentak, susu dapat di ambil dengan kadar maksimum.. Ibu akan tersenyum melihat hasil susu yang dapat dikumpul.

Conds
1. Sudah tentu keburukannya adalah banyak parts yang perlu dibasuh dan dibersihkan.
Kepada ibu ibu yang baru nak beli, memang rasa  teruja dan  tak ambil port bab byak part ni.. Tapi percayalah dan sebulan guna, kadar teruja itu akan hilang..keh..keh..kwh.. Pam memalam.. Nak basuh untuk bawa ke pejabatbesk hari sngguh memerlukan kesabaran.. Maka,masa ni..moms yang ada breast pump yang manual akan menggunakannya..

Ataupun guna  medela.. Medela xbanyak part..hanya 2 shj.. Btol dan corongnya.. Tp yg lemahnyaa...harga mehelllll..

Sekian.

PRO DAN CONS PRODUK

Assalamualaikum, kali ini saya nak share Gene Bra.

Opss...maaf, bukan untuk.bacaan.lelaki ya.

Pernah dengar dan baca di fb kebaikannya.. Ya..
Pro
1. Kainnya lembut
2. Selesa di pakai especially kalau orang tu memamg tak suka pakai wired bra.

CONS
1. Span dalam gene bra mudah berlipat bila nk pakai.
2. Span untuk menampung Cik B tudak dijahit sekali dengan kainnya. Maka ia akan bergerak2. Masa nak pakai kena betul betulkan juga.bagi saya agak rumit.
3. Kalau nak.cepat memang herot herot spantu letakknya maka tidak selesa masa pakai
4. Disebabkan spannya tidak di jahit, untuk membasuhnya menggunakan washine machine,spannya hendaklah ditanggalkan, supaya ia tahan lama. Bila dahbkwring kaintu, nak masukkan balik.. Adeh... Perlukan kesabaran juga.
5. Gene bra ni tiada tali. Kinnya seperti kain spender..disebabkannia sepeeti baju yang tiada tali atau hook, nak pakaipun perlukan kesabaran juga.. Pernah pakai bra untuk budak2 yang macam bajubsekerat tak masa budak2 dlu.. Haaa..mcmtula.. Tp yg ni lagi ketat.. Selalu tersangkut kat tulang kipas( tulang belakang bahu)

Saya bagi 2 star daripada 5.
Tq

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails