Wednesday, December 16, 2015

TERIK TALI

Assalamualaikum
Apa khabar semua rakan alam maya. Mungkin rumah kecil saya ni tak ada peminatnya, namun, mungkin ada kawan yang terserempak atau tersadong tangganya lalu masuk tanpa meninggalkan jejak dan kesan setelah membaca apa yang ada di dalamnya....terima kasih saya ucapkan. Maaf jika ada perkara yang khapoh org kelantan kata ( sampah sarap sahaja tanpa info yang menjana minda) dalam rumah saya ni.

Kadang kala tangan ini menari di scrin retak hp sony murahku tanpa perancangan, tujuan dan tanpa rujukan ilmu terlebih dahulu. Jari ini selalunya galak menari di atas keyboard hanya mengikut emosi yang bersarang di hati.

Bulan 11 dan bulan 12 ini terasa ( terik tali) betul.apa terik tali sbnrnya.hehhehe.. Itu dalam bahasa kelantan, bermaksud genting, tak selesa, kemuncak, belum putus lgi tapi talinya teramat tegang  membawa maksud masalah yang teruk tapi belum lagi membawa kepada masalah yang sangat besar.

Ini cerita financing problem sebenarnya. 3 bulan yang lalu, kan kami besarkan dapur. Saya buat sedikit pinjaman dlm 25k juga dengan bank rakyat, sebenarnya untuk dapur dan kitchen kabinet. Saya tak sangka ia merebak kepada pembesaran sedikit di ruang tamu, porch dan penggantian pagar automatik pula. ( ini semua gara gara suami saya dengan kata kata hikmatnya "alang-alang")  ini menyebabkan kami terpaksa mengorek rm15k daripada tabung haji masing masing dan saya terpaksa melepaskan rantai tangan di al-rahnu untuk di pajak. Itupun masih tidak mencukupi. Ditambah dengan kerosakan dan cabut lari daripada tukang air+elektrik Melayu yang telah kami ambik.. Fiuwwwwww.... Lari dengan duit upah tanpa menyiapkan kerja. (ni cerita lain..... Buat entry lainla..xhabisla cerita kalau sambung bab lain ni)

Back to the story  terik tali... Huhu
Akhirnya, yeah.. Rumah kami iaitu ( kalau dalam bm salah ayat bila guna iaitu ni.heheheeh) bngunan dapur, ruang tamu,  porch siap sepenuhnya ( dengan minor pembuatan yg menyakitkan mata di ruang tamu dan kecacatan besar di dalam tandas iaitu kebocoran paip dalam dinding dan pendawaian hodoh yg dilakukan oleh si tukang paip+elektrik itu. Semuanya end up with no kitchen kabinet for me. Suami kata,insyaAllah ada KC nnti. Saya malas bertanya bila? Setahun, 2 tahun?  SEDIH? Sudah tentu, pinjaman saya utk membesarkan dapur dan kc..tidak berjaya.. Lari ke lain pula duittu. 

Sekarang auto gate ada masalah. Of course duit upah belum ada..entah mana suami sy nak cekau.

Saya bimbangkan hutang stok tamarcocoa kami dengan stokis daerah yang berjumlah rm1K+.... Bila dah ada hutang, malula nak pergi ambil stok baru sedangkan customer dah call2 tanyakan stok tamarcocoa mereka. ALLAH.. Rasa sesak dada saya memikirkan hutang itu. Nak bayar duit tak cukup.. Di saat ini, kami hanya mempunyai rm600 di dalam bank untuk survival sehingga menerima gaji bulan 12 ini..ya Allah, permudahkanlah kami.. Cukupkanlah kami dengan rezekiMu, permudahkanlah kami melangsaikan hutang kami ini.

Sesak perut memandang dapur. Saya spesis tak reti mengemas, berkotak tuppware dan tipuware serta periuk belanga lain yang perlu dikemaskan. Dah KC nya gagal dibuat dek kerana kesontokan duit... Bertimbun lah mereka secara berjemaah ditepi2 dinding. Saya tak tahu ke mana harus disorokkan. Dalam stor dah penuh.dalam bilik di bawah..ah... Malas nak menyumbat ke situ.. Buruk juga bilik yang dah sedia sempit itu. pemandangan dapur baruku tidak se gah nama dapur baru punnnn.

Saatni hati berdebar setiaop jam dan saat terfikirkan hutang stokis daerah. Hujung tahunni semua anak2 kena daftar sekolah juga.sorang mahunya 609-700 sekepala untuk yuran tahunan. Sekurg kuramgnya kena bayar separuh daripada itu. Ohhhhhhhh.... Sesak nafasku.

1 comment:

Anonymous said...

Kak, buat car boot sale je tpware tu seme...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails