Cerita ini,cerita saya zaman kecil.
Zaman kecil saya, saya seorang yang suka a.k.a ketagih hisap jari. Saya meniru kakak sulung saya pada mulanya dan akhirnya kami adik beradik jadi ketagihan atau habit hisap jari sehingga ke alam persekolahan. Tapi saya paling lama.. Hahahah sehingga darjah 2.
Bila cikgu tidak ada dalam kelas, saya akan masuk bawah meja dan hisap jari. 2 jari iaitu jadi telunjuk dan jari tengah. Yang kureng sedap dedengarnya itu, sy ketagihan hisap jari sebelah kiri..aduyai..huhuhu. Jari basuh berak tu.
Tapi alhamdulilah, arwah nenek dan juga merangkap tok guru mengaji saya( moga Allah meletakkan rohnya bersama para solehin) pandai ber psychology dgn kami sehingga kami berhenti hisap jari.. Terima kasih tok mek😂😂😂
Sekarang anak ke 6 saya, tetiba 2mingguni mengikut jejak saya. Tiada angin,tiada ribut, tak ajarpun, dia mula memasukkan dua jari nya ke dalam mulut dan menghisap..macam sedap sangatla kannnnn...setiap kali nak susu atau lepas susu, atau duk saja2 dia akan menghisap jari.. Haihhh.... Macammana ni..
Mengikut pengalaman saya dulu, penghisap jari ni banyak keburukannya.
1. Of course buruknya pemandangan kann..kann.
2. Lama2 bibir boleh terjongkit naik.ditakuti juga ke jongangan gigi boleh berlaku. Jari juga boleh menjadi lwbihbkecil atau bengkok sedikit dari jari lain.
3. Anak yang ada habit hisap jari akan jadi anak yang kurang bergaul, kurang bercakap dan suka menyendiri.. Kerana mereka ada jari sebagai kawan, sebagai lawan ( eh... Gurua je) sebagai peneman setia mereka.
4. Mereka akan menjadi pemalu kerana hisap jari, kemudian mereka akan duduk di kawasan terpencil untuk bersama jari mereka.bimbang orang tengok sebenarnya..
5. Kurang makan. Kerana mereka rasa terisi dengan hanya hisap jari sahaja.
6. Terlalu sukar untuk menghentikan habit buruk tersebut hatta bila anak sudah menginjak ke sekolah rendah.
Maka sebelum.ia menjadi lebih parah, saya sedang berusaha menghentikan habit anas ini.. Susah juga..tapi kalau tak usaha kesusahan itu akan berganda2 bila nak hentikannya beberapa tahun nanti.huhuhu.
Caranya:
1. Saya cuba pakaikan anas stokin tangan.. Marah betul dia tak dapat dua jari diatu..tp bak kata pepatah, tak dapat rotan,akarpun beguna.. Maka anas menghisap stokin tangan nya pula..huhuhu..
2. Saya cuba alihkan tangannya setiap kali nk masuk mulut. Dan cuba beri dia apa2 untuk di gengam..selalunya jari sayalah.. Makanya tidak ada kerja lainla saya, hanya bagi jari untuk dia gengam.. Dahtu kerja rumah lain..bila masa nak buat😵😵😵😵.. Masa dia tidurla.. Ataupun lari macam nk pergi sofa marwah ya.. Buat kerja, nampak dia masuk jari lari kat dia kejap, kemudian lari buat kerja balik..
Haihh..memang boleh kurusla kalau begini... Tapi tak kurus kurus pownnnnnn..
Kalau ada yang tahu cara lagi baik, tolong tinggalkan cara anda di sini ya. Tq
No comments:
Post a Comment