bila melihat fibroid sebesar itu..takutnya rasa....gerunpun ada...seriau pun ada...ummi saya juga pengidap fibroid dulu....sewaktu saya di alam student...dan pembedahan membuang fibroid serta rahimnyapun...tidak diberitahu kepada saya...saya hanya tahu melalui sepupu yang terlepas cakap..begitu sekali pengorbanan ummi. saya terus menalefon ummi...ummi kata jangan bimbang kerana pembedahan biasa sahaja...
dan...saya tahu ummi tak mahu mengusik emosi saya dikala peperiksaan semesta menghambat tiba....dan pembedahan itu...telah merubah segala-galanya...chewah...hahhahahah...sedihla pulak...tapi alhamdulillah ummi sekarang masih sihat..sihat ala-ala diala...kekadang sakit medu dan sakit kepala migrain dan sakit lidah serta macam-macam sakit lagilah.....saya doakan semoga ummi tetap tabah dalam mengharungi hidup dan sentisa sihat walafiat dalam lindungan Allah.
Aminnnn
dan semalam....sebenarnya sudah 3 hari saya terasa sakit di bahagian rahim sejak khamis lalu...semalam dah tak tahan serta pujukan suami...pergi check kat klinik...
buat utrasound..
buat pap semear...
check air kencing....
"mengandung:?.....negetive.
"kencing kotor?......negetif
bila diimbas semasa utrasound...saya disahkan posotive fibroid...
dan rahim saya bengkak dan...tapi lupa pulak saya nak tanya kenapa rahim saya membengkak dan adakah rahim bengkak itu yang menyebabkan saya rasa sakit...em...nantilah saya tanya check up akan datang.
kedudukan fibroid masih tidak dapat diipastikan dengan jelas...tapi firasat doktor ia berada di dalam rahim... maka, sesudah pulang dari klinik..saya terus surf tnet cari kejadian nya penyakit ini.... saiznya sudah sekitar 2 hingga 3 cm..doktor mengagak fibroid saya nie sudah lama berada di situ, tatapi tidak terperasan kerana mungkin dulu terlalu kecil..patutlah sejak anak dara lagi...bila period..berguuling2 saya dibuatnya...tapi alhamdulillah, darah period masih normal...tidak mencurah2 macam ummi dulu... kawan-kawan...doakan saya sihat dan tidak mengalami apa2 bahaya daripada "makhluk itu"
ok...sekarang kita semak apakah itu fibroid?
Fibroid adalah ketumbuhan biasa atau benign (bukan kanser) yang terdapat di dalam uterus/rahim wanita yang berusia sekitar 30 hingga 40-an.
Ia merupakan salah satu ketumbuhan yang biasa terjadi kepada wanita semasa tahun-tahun kesuburan mereka.
Fibroid bagaikan sudah menjadi lumrah bagi wanita, biarpun tidak berbahaya namun risikonya tetap ada. andai bedah siasat dilakukan ke atas wanita-wanita yang sudah meninggal dunia, lebih 20 peratus daripada mayat-mayat itu didapati mempunyai ketumbuhan fibroid.Maknanya, fibroid adalah sesuatu yang biasa bagi wanita dan ia tidak berbahaya biarpun mendatangkan ketidakselesaan kepada wanita yang mengalaminya.
jenis-jenis fibroid:
Lokasi fibroid sering mempengaruhi tanda-tanda yang dialami dan pada sesetengah kes, rawatannya.
- Fibroid submukus terdapat di bawah lapisan uterus dan boleh menyebabkan masalah haid termasuk kesakitan apabila ia membesar.
- Fibroid intramural adalah fibroid bulat yang terdapat di dalam dinding uterus yang boleh menyebabkan pembesaran uterus.
- Fibroid subserous tumbuh di luar dinding uterus dan selalunya tidak menyebabkan sebarang tanda-tanda sehinggalah ia membesar dan mengganggu organ-organ lain.
- Fibroid pedunkel berbentuk gagang tercetus apabila fibroid subserous mengeluarkan tangkai atau pedunkel, membesar serta membengkok dan menyebabkan kesakitan yang amat sangat.
- Fibroid submukus dan intramural lebih banyak mengundang kesakitan semasa haid dan mendatangkan masalah seperti keguguran. Sementara itu, subserous dan pedunkel pula boleh menyebabkan masalah kemampatan dan kesakitan terutamanya semasa kehamilan.
- Fibroid interliganmentous tumbuh di sisi di antara ligamen yang menyokong uterus di dalam abdomen dan adalah sukar untuk mengeluarkannya yang berkemungkinan menjejaskan bekalan darah.
- Fibroid parasitik, paling jarang berlaku di mana fibroid melekat pada organ lain.
Waktu sesuai merawat fibroid
Fibroid perlu dirawat sekiranya ia mula menunjukkan tanda-tanda seperti yang dijelaskan tadi.
Ia juga difikirkan sesuai, bagi sesetengah kes apabila seseorang wanita ingin hamil dan pandangan perubatan berbelah bahagi sama ada fibroid perlu dirawat atau mencari peluang mengandung,'' kata Dr. Salleh.
Kadangkala, haid yang terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang wanita itu mendapat anemia.
Pun begitu, katanya, kebanyakan doktor bersetuju biarpun tiada simptom-simptom, fibroid pedunkel agak jarang mencetuskan masalah besar bagi wanita hamil.
Bagaimanapun bagi fibroid submukus, ia berkemungkinan menyebabkan wanita lambat hamil serta mengakibatkan wanita hamil mengalami keguguran.
Keputusan untuk merawat atau tidak sebenarnya bergantung kepada usia wanita itu sendiri, saiz fibroid, pernah keguguran dan sama ada rahim menjadi herot kerana kewujudan fibroid itu.
usia adalah faktor penting kerana fibroid akan membesar di bawah pengaruh estrogen dan fibroid juga mudah dikeluarkan di kalangan wanita muda dan ketika fibroid masih kecil lagi.
Bagi wanita yang berusia, mereka perlu berjaga-jaga apabila membuat keputusan untuk melengahkan pembedahan.
Bagaimanapun, wanita yang telah menjalani pembedahan mengeluarkan fibroid perlu mengambil masa sebelum mengandung. Pakar akan menasihati masa yang sesuai mengikut keadaan pesakit,'' ujarnya lagi.
okeylah...banyak sangat dah rasanya entri pada kali ini...takit payah nak hadam plk nanti..
esok saya akan postkan n3 tentang rawatan fibroid....