Saturday, December 29, 2012

SEJUK PERUT MAK NAK OII

sejuk perut mak mengandunngkan kamu kalau hari-hari macamni tanpa disuruh dan di acu-acukan dengan hanger..huhuhu. Alahmudillah....zuriat penyambung keturunanku nan 4..ehemm...ehemm...4je ke???? ;) semoga semua anak-anak mak menjadi anak yang soleh solehah...mukmin mukminah yang berjaya dunia akhirat.... aaamiiinnnnn ya Robb.
Published with Blogger-droid v2.0.9

BIZI...BIZI....

Assalamualaikum...selamat hari sabtu semua...tak lama dah kita nak buka sekolah balik...minggu ni bermula 26-31/12 sangat sibuk bagi guru-guri kerana panggilan mesyuarat bertubi-tubi non -stop...untuk memulakan sesi persekolahan 2013 nanti...

hari ini saya kena ke sekolah lagi..tapi yang bestnya tak perlu mengilik 2putera dan 2puteri saya seperti semalam. fuhh..lega sedikit. thakz tu cik somi kerana bekorban kelas bahasa inggerisnya kat uiam...sianpun adooo..namun manalah hndak di transitkan anak kami nan berempat itu hari mingguni...pengasuh pulak tengah cuti bersalin. tq abe...jasamu dikenang..namun..jangan mintak upah nak bby lagik pulak..eden ponatttt...

entri pnjng melebar...kes bizi 1
bizi dengan hal anak-anak yang remeh temeh sehingga tak sempat nak jenguk cucu kakak ipar kat PutraJaya..janganla mereka salah anggap..walaupun sebenarnya memang ber chinta nak ke PuteraJaya yang jauh nun....jauhler sangat kannnnn dari batu caves ni.

bizi ke 2..bizi membasuh rumah musim cuti sekolah...basuh semua lantai dari tangga dapur hingga ke tangga depan...walaupun sebenarnya rumah saya tiada anak tangga..main langkah bendul aje....biasalah...dah ada ank nak membesarni kencing dan beraknya ada yang tereksiden. bila dah ada baby nie, asma yang dah nak masuk 4tahuntu saya suruh pi kencing berak dan basuh sendiri..tahu-tahulah bila budak yang kurang cukup mumayiz lagitu masuk tandas..kaki basuh gituw-gitue ajer sebelum keluar.kadang-kadang lupa basuh kaki..was -was betul bila nak solat..time teringat saya pakai selipar..time selipar lesap saya berjengket...time nak cepat saya terpaksa berjalan atas kain buruk..entahlah najis ada di mana-mana aje rasanya...

moleklah kita berwaspada dan sedikit sensitif bab najis dan ibadahni..



makanya cerita membasuh rumahni... berhempas pulaslah saya and the geng cilik nan 3 pulun basuh& bilas rumah cukup 3x dengan air mutlak.. part paling seronok anak-anak adalah time pancut air dalam umah ler. masatu sume buat aksi superman terbang atas lantai..si no4; umar, saya kurung kat ceruk dinding pagar dengan kerusi kayu separa bulat..sian dia..xleh join..kecit-kecit bahaya main lantai basah anak oii..jatuh terhempas kepala..nanges mak oiiii....

bizi ke 3..bizi nak belajar menjahit baju kurung..nama aje bizi nak menjahit..potong leher bajupun belum lepas...tention betui..ilmu yang dapat dr geng sekolah sebelum beranak dulu agaknya lepas sekali keluar dengan uri si umar aritu kot...nampak gayanya kena menuntut semulala....

bizi ke 4..bizi memujuk dan mengajar iqrak kakak faqihah dan abg muaz..cita-cita mak ayah melangit tinggi..nak hantar anak-anak ke tahfiz..tapi tang iqrak pun belum lepas...abg muaz tu dah kronik sangat..mklumlah duku emaknya malas mengajar...sekarang anaknya plk yang malas baca..baru iqrak 5.macammana nak join sek tahfizni. risau betul. tengah pulun utk habiskan iqrak6...tapi macam tak sempat dahni.nk buka sekolah dah anak oiii....

tapi rasanya ziarahtu saya terpaksa bagitau cik somilah..risau jugak..dah lama budaktu beranak..xsampai-sampai lagi saya ke sana...apa pulak di kata kakak ipar nanti..kak ipar tu baik sangat...ambil berat pasal kami semua..sebelum dia jauh hati..baik saya pegi...

sayani nak kena ubah skit perangai...malas nak ziarah orang..bukankah Allah suka orang yang menghubungkan silaturahimmm!!!! insya Allah...Ahadni maybe ajak cik somi pergi.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Thursday, December 20, 2012

CINTA TETAPI PAYAH.

Assalamualaikum


Saya sedang bercinta sekarang ini. Bercinta dengan yang sudah lama Saya dambakan. Akhirnya ia sudah ada di riba...namun....amat payah Saya rasa.


PAYAH kerana tidak tahu apa yang perlu Saya lakukan terlebih dahulu. Segala ilmu yang belajar dari rakan pertengahan tahun sudah luput dari ingatan. Mana lubang leher..Mana nak cantum pesak Dan kikik...huhuhu Saya benar-benar lupa.

Selain itu Saya sudah penat mencari gunting kain. 2 hari lepas Saya ada guna. Rasanya si Asma' , anak ke 3 Saya yang mengambilnya. Entah manala gunting Saya. Nak Cuba potong kainni..huhuhu



Alahai asma' wehhh..manala gunting mama..sayanggg oiii..macam tahu-tahu
aje mama nak asah bakat memotong..huwawawa....

Sekarangni Saya Nak Cuba buat seluar panjang dulu. Nampak macam senang...senang bagi orang terer...tapi bagi yang zerro to herro nie..hussss....nk potong kainpun takut salah....mengerikan...

Seperkara lagi...Saya Nak mahir menjahit baju kurung untuk diri Dan anak-anak ...entah bilala cita-cita ini akan kesampaian...

Kat sini upah jahit pun dah rm35 . Itupun baju kurung sahaja. Kalau jahit sendiri Rasanya dalam 10pun tak hqbis kos jahit...banyak Mana dah Saya dapat jimatkan..;((

Pasal mesin jahittu Saya beli Kat warehouse sale SINGER PJ. Masa nak pegi tu memang makan langsat. Tapi buah manisnya memang sangat menghappy kan Saya..ada 2nd hand mesin..tapi bukan orang guna. Ia adalah mesin display Dan test drive Kat kedai SINGER.. Suami kata kalau kereta tat drive..memang lenyek betul Di test drive kan orang...mesin ni cina tu kata berumur 8 tahun.huhuhu..semoga mesin saya kuat ..utuh dan banyak bersabar dengan Saya yang susah nak paham bila belajar ni....

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, December 19, 2012

GO wITH tHE WIND

Alhamdulillah..baru sahaja samapai di rumah...dari sekolah madrasah QAsimul Ulum..hanya 5minit dari rumah.

Saya membawa anak ke 2, Faqihah untuk di interview masuk sekolh itu utk pra 6tahun. Madrasah tersebut lebih kepada tahfiz dan akadamik.

Banyak tahfiz yang ada sekarangni dengan pelbagai penekanan. Ada sekolah tahfiz yang menekankan tahfis sahaja selama 1-3 tahun .bila murid itu dah dapat hafal 1 Quran mereka akan disalurkan ke akademik pula.

Madrasah ini sedikit berlainan kerana akademik dan tahfisnya seiring dan mungkin boleh dikatakan lebih sedikit kepada hafazan. Hati saya sedikit terdetik yang kemungkinan anak-anak di situ lebih sedikit tekanannya. Nak catch up akademik dan dalam masa yang sama catch up hafazan.

Dalam hati ini Allah sahaja yang tahu betapa gementarnya hati saya bila menjwab soalan bertulis untuk penjaga. Antaranya adakah : bolehkah penjaga mengkhususkan waktu untuk tasmik atau mendengar ank membaca surah hafazannya setiap hari non-stop with no execuses!! Menangis hti mama....mama takut mama pun tak mampu..sekarangni pun nak mengajar mengajipun tak konsisten..bila penat..anak-anak tuang menjagi..anak-anak bersorak dalam diam...

Soalan ke dua...bolehkah oenjaga menjga makanan anak-anak haszan dari makan makanan syubhah seperti ayam di kedai...ajinomoto....bahan2 dalam roti dan kek yang dijual di kedai..sekali lgi hati mama tersentak.

Bukan tidak tahu...sudah sedr sebelum ini memang banyak makanan syubhah yabg telah tersedia di pasran..termasuk roti dan kek...bahan pelembut ada yang terjual tanpa disenaraikan isi ramuan yang betul...ajinomoto....susahnya nak lari..dalam sos tiranpun ada ajinomoto..walaupun mama tak guna ajinomoti,mama selalu gunakan sos tiram untuk menyedapkan makanan.yelah..mama bukan memasak hebat..sering sahaja makanan tak sesedap msakan ibu lain ;(

Hati saya juga masih berbolak balik untuk masukakn abang Muaz sekali untuk tahun 2 sesi 2013 ini.. Mama takut jika Abang Muaz tidak dapat catch up dengan hafazan..kerana Abang Muaz liat dan sedikit kurang rajin (hehehe) untuk mengaji al -Quran...seronokla tuu.

Sebentar tadi result keputusan interview Faqihah sudah keluar. Faihah tidak layak untuk lompat ke tahun 1 kerana lemah dalam bahasa Inggeris dan jawi...mama akui tidak pernah menjagar Kakak Bahasa Inggeris di rumah..maaf sekqli lagi atas kekurangan mama ;( waktu dan kepenatan musuh terbesar mama. Bantulah mama ya Allah dalam mendidik amanahmu nan empat ini...Amiinnn.


Bersambung......



Bila mama dah penat inilah kerja anak-anak....telenggak tgk tv...
Published with Blogger-droid v2.0.9

Monday, December 17, 2012

Ber Donut.

Assalamualaikum...

selamat petang semua...apa menu harini. kat rumah kami harini tiada nasi. gara-gara saya berdonut. anak-anak tak mahu makan sangat pagi tadi.

agaknya dah tengaharini lapar agaknya...semua makan. abis . tak tinggal sebiji pun.alhamdulillah. tak membazir.

sekejap tadi saya habiskan sedikit lagi doh pagi tadi untuk membuati mini pizza.

amboi gahnya nama...mini pizza konon.. padahal tak menjadi sangat. saya letak cheese yang budak makan atas roti sandwishtuu...anak-anak tak mahu makan juga.. masin katanya..tak biasa agaknya. aduh..saya yang tua ni juga yang pulun habiskan. makin bulatla saya kali ini. tu ada lagi 1keping dalam oven. nak simpankan untuk suami balik kerja nanti. malas pula rasanya nak tanak nasi. malas nak membuat lauk sebenarnya.

tapi kasihan pula dengam anak-anak ni. tentu mereka lapar. huhuhu. emaknya dah kenyang dan malas mula menguasai diri...masih berfikir-fikir apa lauk yang senang untuk masak buat ank-ank.



Published with Blogger-droid v2.0.9

MEJA TV dan IKAN BARU

.Assalamualikum kawan sekalian...
sang tv kesian ajer...

sebelumni tak ada meja..guna kerusi aje untuk lapikkan dvd player. dan kami selalu menjerit kepada umar yang terkedik-kedik pergi menekan dvd player..

Maka abahnya mempercepatkan pencarian meja tv baru....dan ternyata pilihannya adalh kayu jati. meja tv ini kami rembat kat kedai Pakistan Gombak. Memang kt situ semua perabot jati dijual lebih murah dari kedai perabot jati yang ada di sekeliling Gombak.

Taukey kedai jati Mas pun mengeleng kepala bagaimana si Pakistantu boleh jual murah...hahahaha..hanya satu jawapan si abang Pakistan..mereka mempunyai banyak modal dan beli secara banyak dari Indonesia. maka beli banyak,boleh harga lebih murah dan boleh jual lebih murah.

Petang pakcik Pakistan hantar...malamtu pula abah ghaib sehingga 10malam. Tiba-tiba muncul pula akuarium dengan ikan-ikan comel..waduh...abah dah berminat nak pelihara ikanla pula.. text-align: center; font-size: xx-small;'>Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, December 8, 2012

SALAH SANGKA

1 situasi dengan tanggapan berbeza

Di meja mkn. Sebuah keluarga makan malam.si ibu memegang anak kecil yang merengek rengek dan dalam masa yang sama melayan anak-anak dan suami makan. Perut si ibu juga lapar,tapi memikirkan untuk makan sambil memegang si anak yang sedang menangis akan membuatkan dia rasa tak selesa untuk makan...maka si ibu hold dulu niat untuk makan bersama sama.si ayah yang sudah mkn tetapi masih ingin meratah sedikit lauk pauk yang masih banyak.  kasihan melihat si isteri tidak makan..dan ingin menenangkan si bayi.lalu si ayah menghulurkan kepada bayi yang dipangkuan si isteri sepotong tembikai.

Si isteri yang dalam hatinya kegeraman melihat si ayah masih tidak mahu bangun dari kerusi dan masih tidak faham untuk bertukar shif pegang bayi mereka semakin membengkekkkk ....bila suami menghulurkan tembikai kepada bayinya..sabarnya terus hilang....kerana sudah beberapa kali diingatkan bayi yang sedang btuk selsema tidak boleh diberi tembikai kerana akan memburukkan lagi tahap batuknya.

Dalam hati si ibu: senangnya nak bagi nak diam agar dia tak pyah nak bagun dan tukar shif jaga anak ...diberikan apa sahaja walaupun memudaratkan kesihatan!!! Pentingkan diri sendiri!!!!


Syaitan terus mencucuk si ibu....maka terkeluarlah kata kata si ibu...kepada suaminya: kalau nak bagi diam sangat tutup ajer hidung habis cerita..bukannya tak tahu tembikaitu dia tak boleh mkan.nanti tengah malm anak batuk..muntah...saya yang berjaga..awaktu tak kisahpun..tido mati aje!!!!!

Syaitan terus bertepuk tangan.
Si suami terasa hati dengan perkataan isteri..syaitan terus mencucuk..

Dalam hati suami: cakap ikut sedap mulut aje..aku nak tolong bagi anak diam ajer...

Suami trus bangun.menuju ke sinki dan matanya hinggap pada bakul-bakul kain yang penuh dengan kain telah dibasuh dan belum terjemur....dalam hatinya: apa bendalah yang dibuat tengahari...kain tak berjemur...rumah bersepah..dapur tak berkemas...sampah tak dibuang..nak tunggu aku jugak yang buangkan....!!!

Syaitan terus berseronok.....

Diantara suami isteri itu tidak pernah meluahkan apa yang sebenarnya terbuku di hati..isteri terus memendam rasa yang membuahkan bibit bibit su' u dhan kepada suami dan suami juga begitu....

Syaitan tersnyum sepanjang malam itu kerana sudah tentu suami isteri itu akan bermasam muka sepanjang malam dan yang amat bernasib baik lagi bagi syaitan itu apabila si isteri@suami terus merajuk..sehingga tidur berasingan....

Masya Allah....begitulah kekuatan syaitan untuk memecah belahkan kerukunan rumah tangga..

To all spause...please have a good communication with our beloved ones ...so that no ones have bad perception to you.....

"Sesungguhnya lidah itu lebih tajam dari mata pedang, jika tidak menjaganya ia akan memotong engkau."


Published with Blogger-droid v2.0.9

MAAF...nak tempek jugak...

My parents.....



susah diaorang nak ambik gambar begini..biasala orang tua.. sangat malu-malu miaw dengan kamera...sementara diaorang tengah cool ni...saya snap sekeping..puas nak suruh bagi duk dekat-dekat..huhuhuh

semoga mereka bahagia bersama hingga ke syurga..aminn

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails