Thursday, February 28, 2013

RUMPAI LAUT aka kolagen

ALHAMDULILLAH... Kita telah diberi peluang lagi hari ini untuk hidup dengan sihat walafiat..
Sapa yang tak mahu kelihatan cantik dan lawa. Semua perempuan akan angkat tangan kan..mak nyah pun pasti angkat tangan kalau bab kecantikan. Dan kepada kita yang fulusnya kurang nak juga cantik
Sekarang jenuh dalam fb orang promosikan bedaklah, set rawatam mukalah, makanan tambahanlah& tak ketinggalan kolagen. Pelbagai jenis kolagen yang di promosikan. Dari harga ratusan sehingga puluhan. Maka sayapun telah mencuba kolagen yang termurah buat masa ini. Masak sendri lagi.    Rumpai laut dari semporna sabah.
Testimoni saya. Hurm...sebab makan tak ikut peraturan maka agak susah saya nak mempromosikan di sini. Namun ada sedikit  perubahan semenjak seminggu mengambilnya. Kulit muka terasa lembut dan basah. Selalunya muka saya kering. Beberapa harini saya terperasan wajah saya lembab dan macam pakai mosturizer la.
Tapi rakan saya memang nampak perubahannya. Kulit muka dia kelihatan lebih bersih dan lembab. Orang kelantan kata "le it" maksudnya gebu dan padat. Dia kata kalau di sapu di tempat2 yang hitam seperti celah2 ehem...ehem...warna hitam hilang...
Sesiapa yang nak mencuba bolehla mencarinya di facebook. Ramai orang yang menjualnya. Tetapi penyediaannya sedikit rumit.
Rumpai itu perlu di basuh dan di ramas 5,6 kali dahulu ( 1x ramas dengan asam jawa utk singkirkan bau hanyir rumpai) sesudah itu rendamkan semalaman. Keesokannya, basuh dan ramas lagi 5,6 kali kemudian rebus bersama daun pandan untuk mewangikanya. Perlu tau, supaya tekak kita lalu nak telan..huhuhu...kalau berbau semacam payah juga.. bukan mudah nak jaga kulit puan-puan ye..hehehehhe. bila sudah hancur semuanya terus tutupkan api. Jangan masak sehingga mendidih lama. Logik akalnya kemungkinan hilang zat...;)
Terus tapis.kalau boleh cari penapis yang lubabg besar. Kalau penapis teh memang 3 hari 3 malam puan-puan nak tungguia turun habis.
simpan dalam peti ais.
Keladak yang tinggal jangan di buang.puan-puan boleh buat masker atau lulur seluruh tubuh. Pasti akan terasa kelembutan kulit.
Serba sedikit gambar yang sempat saya ambil.
Cara makan???  Nanti akan saya kongsikan di lembaran akan datang ye...
Wassalam.

MENJEMUR DI MALAM HARI

Assalamualaikum semua.

Agaknya semua dah dibuai mimpi. Jam sudah mnunjukkan angka 2:57 pagi. Mata saya sudah mengantuk, tapi saya gagahi juga untuk turun mnyidai baju bajan yang berbakul tidak berjemur.

Malas betul sejak akhir akhir ini. Ditambah kemalasan itu dengan alasan...."ah, hujan... Jemurpun tak kering jugak", adeh.... Pemalas betui kan.hahahahakalau jemur kering juga sebenarnya,maka tadi dengan takut-takut saya membuka kunci mangga slidding door untuk menjemur. Berdebar-debar juga...setan tak takut sangat..manusia brttopeng syaitan yang bahaya. Alhmdulillah lancar. Dalam debaran saya siap jemur 2 bakul bju anak-anak.

Teringat orang tua pesan jangan jemur baju waktu malam takut naik panau... Saya dah xpeduliklg.klau nk tunggu esok mmg tak berjemur lagi baju 2 bakul tu.huhuhu. Balik sek dah penat.si umar memang bergayut sje.

Sebelum masuk tidur tadi menyempat lagi saya masukkan ballen baju2 kerja yg kotor (saya dan suami ) tapi mesintu oening pulak. Dulu dah jadi sekali. Lampu butangnya berkelip kelip. Siap bunyi lagi. Alahai...janganlah ko rosak mesin basuh weh.....duit tengah tenat nie.

Leoast ambik masa sikit pi sental dan ramas rumpai laut a.k.a kolegen yang saya beli aritu. Kali nie saya campur sedikit dengan rumpai yang bewarna unggu. Siap rendam..insya Allah saya nak masak sekejap dan simpan dalam peti.

Entry berikutnya nantu saya akan cakap pasal ibu kolegen yang murah dan bagus ini. Jumpa lagi ya.

Wassalam

(P/s: gambar di atastu bukan ampaian saya. Saja pinjam dengan pakcik google) lupa pula nak copy addrest nye...)


Friday, February 22, 2013

PENCURI


Assalamualaikum semua..selamat menyambut hari yang paling mulia...

Semalam kejiranan kami dikejutkan dengan 2 orang India yang bermotosikal hendak mencroboh masuk ke dalam pagar kejiranan kami.

Nasib baik wanita dan 2 orang anaknya di dalam rumah dengan pintu berkunci. Pada mulanya wanita itu yang cuti berpantang sedang menyusukan bayi, ternampak bayangan orang yang sedang melilau di depan sliding door.maka wanita itu menyelak langsir untuk melihat siapa.

Terkejut dengan kehadiran tuan rumahh (agajnya dia ingat tuannrumah tak ada)  mereka terus cabut. Sorang lagi yang menunggu di atas motor lari diboncengi seekor lagi indiatu...husss kejadian berlaku jam 2.30 petang sememangnyabwaktu tu orang tak ada kerana hampir semuanisi rumah bekerja....

Rumah saya sendiri tidak di lock pagar. Selepas hari itu,kami sentiasa mengunci pintu pagar dan grail rumah...

India itu mungkin mahu mencuri basikal anaknya...jahatnya manusia ini kan...

Satu lagi berita yang saya baru terima..ini saya paste kn untuk dikongsi bersama....wahai wanita di luar sana...berhati-hatilah...india penyimbah asid  muncul lagi....kalau naik kereta tutuplah tingkap.. tak payah buka. Bahaya.

..........................................................

Got this fr myfren:   'ACID SPLASHER IS BACK!!!!

'Pls inform your family members...'

After a while of silence, this mad man is back again. It is likely he was in prison and is now out. The police should check on those who served short terms in prison and have just been released.

Attention: Last night at 8.15pm the acid splasher was around PKNS complex shah alam. 1 lady got splashed. At 9.30pm another lady got splashed around Summit USJ area. Splasher on the run riding Honda EX5 motorcycle
No Plate WPV 4963. Pls pass this on. TQ!!!
A friend reports that the Acid Splasher has been seen in Damansara Uptown & Kota Damansara.

Modus Operandi is to knock on the car window (mostly women drivers) & splash acid if poor driver winds down window.

He has a 'sad face' & is Indian. When you refuse to open the window, he will yell at you & be more aggressive.

He carries a yellow bottle (likely to be acid behind his back).
Don't be BLUR & open.

One of the victim is my friend's friend's friend currently hospitalized & blinded (not to mention disfigured).

Do not open the car window,
immediately take note of the clothes
he is wearing & rush home / or make police report.

This is not a spam mail. I am writing after reading my friend's email.

Perhatian!!!
Motor Honda EX5, no WPV 4963 motor suspek simbah asid, got the information dari balai tun razak, please alert everyone for safety of our love one ".

Sunday, February 17, 2013

ESOK SUDA MULA KERJA

Assalamualaikum...esok sudaa mula kerja...huhuhuhu...rajinnyeeee nk pi sekolah...manala pi semua barang2 sekolah saya.. tadi jumpa pensilbox dalam beg anak. Pen sebatangpun tak ada dalam tu..huhuhu..barang2pun pakat menghilangkan diri..punye xseronok bekerja.hahahaha...jangan begitu...anggap sahaja kerja itu ibadah..buat yang terbaik kan.....hehehehe...

Seronok bila dapat tahu sepupu suami yang masih muda...lepasan oversea..Amerika kalau xsilap..kerja dah 3tahun...sudah berhenti kerja .jadi suri rumah sepenuh masa. Tapi dia buat bisnes online...orang ada bakat menjahit. Ambil tempahan baju kurung...buat tote bag...pencilbox dan banyak lagi...baguskan. bekerja di rumah sambil jaga anak-anak. Waaaaaaa best2..... tapi ia mungkin bukan jalan hidup saya...bukan sekarang...masih memerlukan sokongan modal untuk kuluarga..hehe..mu gkin 10@20taun lg..mungkin dah pencen sok2 la kot boleh duk umah

Semalam berdonut..perghhhh.....ada yang hangus...keras...sikit sahaja yang naik..i i kerana penderhakaan kepada resepi. Sebetulnya bukan derhaka..malah berpaling tadah.langsung tak ikut sukatan resepi.konon pandai sendiri campak adunan..memang tercamphak betul 2,3 ketul atas meja sehingga ke hari ini...xabesss sb xbest

Cuti semingguni memang tiada apa yang saya buat kat rumah..donut tak menjadi..nak menjahit ke laut...mengarang teks berceritapun akhirnya di delete secara x sengaja oleh anak.huhuhu....

Satu ajer yang saya berjaya buat : mencangkul  dan merumput..walaupun hanye sekangkang itik sahaja yg berjaya saya bersihkan dari anasir lalang dan rumput...saya nak tepek jugak kat sini gambarnya...walaweh ...tak ikhlas kah...issssss....saya ikhlas cabut rumput kerana nak bagi pokok tanaman saya yang "mati segan idup pon sgan" ituew membesar sedikit... ini tidak..zat2 galian habis disedut pokok2 liar ajer..macam ank di rumah dibuang...kera dihutan disusukan..huhuhu..

Nak tepek jgk anak pokok durian belanda, si pokok ciliyg kekerintingan...dan ank pokok limau purut saya...hehehe..elok juga berbudi pada tanahni.selain dpt mkn hasil...ia sbgai terapi minda. Pokok betik lambat sikit nak besar sebab saya tabur biji betik aja. Kemalasan  menjirus juga menjadi sebab terbesar kenapa pokok -pokok itu kemetot.huhuhu...

Oklah..saya nk cuba ngadap  pc sekejap.memerah otak..nak cuba recall balik text cerita saya...esok msti kawan tanye dah siapke belum..huhuhu...wassalam.

Wednesday, February 13, 2013

FAQIHAH

Alhamdulillah...sudah membesar anak ke 2 mama . Smoga menjadi seorang anak yang solehah dan mukminah yang berjaya di dunia akhirat.

Seorang anak yang ringan tulang. Patang disuruh, akan dilakukan segera  nak-nak lagi kalau dipuji...huss meletop semangatnya.

Senang lancar bila membaca alQuran. Sekarang sudah naik al-Quran,tetapi dimulakan dengn juzuk 30 dahulu.. orang kelantan sebut gustan ;)

Alhamdulillah, sangat senang diajak solat. Kalau diajak memang akan cukup 5x sehari kakak Faqihah solat. saya akui memang salah saya yang melambatkan solat sehingga kakak tetidur. Mahu digerak awal pagi kasihan pula. Insya Allah kami suami isteri sedang dan akan terus mencub dan istiqamah utk solat diawal waktu khususnya waktu Isyak.

Agak kasihan kepada kakak.. gusinya tidak berapa sihat. Sejak kecil gusi kakak selalu terkena ulser. Kadang-kadang sehingga  3biji sekali naik. Ini membuatkan dia sakit semasa mkn dan takut untuk gosok gigi. Maka sayapun kasihan untuk memaksanya menggosok gigi.

Setiap kali gosok gigi kakak akan menangis kerana ulsernya pedih. Maka akhirnya ia memberi kesan kepada gigi kakak.banyak giginya belubang dan gigi depannya juga hitam. Gusinya juga semakin tidak sihat. Doktor tidak setuju untuk mencabut gigi di hadapan kerana umurnya masih terlalu awal untuk kehilangan gigi tersebut. Jika dicabut, gigi kekal juga lambat tumbuh. Kerongakan akan terjadi dalam masa yang lama.

Semalam saya marahkan dia. Biasala budak-budak lebih percayakan cikgu kat sekolah dari mak sendiri. Padahal mk diapun cikgu juga. Memang cikgunya ajar mengaji surah al ghosyiah ayat 1-12,tp utk esok cikgu sruh baca sampai ayat 21. Nanges pulak bila saya suruh baca 1-21. Mungkin dia tak sihat juga  selsema. Asyik tarik hingus ajer masa mengaji. Kadang-kadang sayani garang tak bertempat.

Di sini antara gambarnya semenjak kecil...suka saya kingsikan gambar-gambar nya yang chubby....
Sayang kakak Faqihah selalu

Saturday, February 9, 2013

BERBASIKAL Di UIAM

Assalamualaikum semua

Alhadulillah...kita bersua lagi pada kali ini ..
Petang tadi kami telah melawat UIAM sekali lagi.

Kali ini kami telah mengangkut 3besikal anak-anak..koninnya nak bagi anak seronok berbasikal di tempat lapang   dan tempat kami pilih adalah di gelanggang bola keranjang di ladies sport  complexs.

Seronok bukan main mereka apabila dilepaskan bermain besikal di kawasan yang luas begitu..dalam hati risau juga kalau-kalau dimarhi mak guard...orang buat lapangan bola keranjang.kita buat naik besikal plk..hohoho..nasib baik tak kena marah....lega hati saya...

Bila jam dah merangkak ke pukul 7 petang dan lampu-lampu jalan oun dah mula menyala..kamipun chaw balik rumah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails