Thursday, February 28, 2013

RUMPAI LAUT aka kolagen

ALHAMDULILLAH... Kita telah diberi peluang lagi hari ini untuk hidup dengan sihat walafiat..
Sapa yang tak mahu kelihatan cantik dan lawa. Semua perempuan akan angkat tangan kan..mak nyah pun pasti angkat tangan kalau bab kecantikan. Dan kepada kita yang fulusnya kurang nak juga cantik
Sekarang jenuh dalam fb orang promosikan bedaklah, set rawatam mukalah, makanan tambahanlah& tak ketinggalan kolagen. Pelbagai jenis kolagen yang di promosikan. Dari harga ratusan sehingga puluhan. Maka sayapun telah mencuba kolagen yang termurah buat masa ini. Masak sendri lagi.    Rumpai laut dari semporna sabah.
Testimoni saya. Hurm...sebab makan tak ikut peraturan maka agak susah saya nak mempromosikan di sini. Namun ada sedikit  perubahan semenjak seminggu mengambilnya. Kulit muka terasa lembut dan basah. Selalunya muka saya kering. Beberapa harini saya terperasan wajah saya lembab dan macam pakai mosturizer la.
Tapi rakan saya memang nampak perubahannya. Kulit muka dia kelihatan lebih bersih dan lembab. Orang kelantan kata "le it" maksudnya gebu dan padat. Dia kata kalau di sapu di tempat2 yang hitam seperti celah2 ehem...ehem...warna hitam hilang...
Sesiapa yang nak mencuba bolehla mencarinya di facebook. Ramai orang yang menjualnya. Tetapi penyediaannya sedikit rumit.
Rumpai itu perlu di basuh dan di ramas 5,6 kali dahulu ( 1x ramas dengan asam jawa utk singkirkan bau hanyir rumpai) sesudah itu rendamkan semalaman. Keesokannya, basuh dan ramas lagi 5,6 kali kemudian rebus bersama daun pandan untuk mewangikanya. Perlu tau, supaya tekak kita lalu nak telan..huhuhu...kalau berbau semacam payah juga.. bukan mudah nak jaga kulit puan-puan ye..hehehehhe. bila sudah hancur semuanya terus tutupkan api. Jangan masak sehingga mendidih lama. Logik akalnya kemungkinan hilang zat...;)
Terus tapis.kalau boleh cari penapis yang lubabg besar. Kalau penapis teh memang 3 hari 3 malam puan-puan nak tungguia turun habis.
simpan dalam peti ais.
Keladak yang tinggal jangan di buang.puan-puan boleh buat masker atau lulur seluruh tubuh. Pasti akan terasa kelembutan kulit.
Serba sedikit gambar yang sempat saya ambil.
Cara makan???  Nanti akan saya kongsikan di lembaran akan datang ye...
Wassalam.

1 comment:

eynda said...

Ramai jual kat fb tapi belum pernah cuba...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails