Alhamdulillah...sudah membesar anak ke 2 mama . Smoga menjadi seorang anak yang solehah dan mukminah yang berjaya di dunia akhirat.
Seorang anak yang ringan tulang. Patang disuruh, akan dilakukan segera nak-nak lagi kalau dipuji...huss meletop semangatnya.
Senang lancar bila membaca alQuran. Sekarang sudah naik al-Quran,tetapi dimulakan dengn juzuk 30 dahulu.. orang kelantan sebut gustan ;)
Alhamdulillah, sangat senang diajak solat. Kalau diajak memang akan cukup 5x sehari kakak Faqihah solat. saya akui memang salah saya yang melambatkan solat sehingga kakak tetidur. Mahu digerak awal pagi kasihan pula. Insya Allah kami suami isteri sedang dan akan terus mencub dan istiqamah utk solat diawal waktu khususnya waktu Isyak.
Agak kasihan kepada kakak.. gusinya tidak berapa sihat. Sejak kecil gusi kakak selalu terkena ulser. Kadang-kadang sehingga 3biji sekali naik. Ini membuatkan dia sakit semasa mkn dan takut untuk gosok gigi. Maka sayapun kasihan untuk memaksanya menggosok gigi.
Setiap kali gosok gigi kakak akan menangis kerana ulsernya pedih. Maka akhirnya ia memberi kesan kepada gigi kakak.banyak giginya belubang dan gigi depannya juga hitam. Gusinya juga semakin tidak sihat. Doktor tidak setuju untuk mencabut gigi di hadapan kerana umurnya masih terlalu awal untuk kehilangan gigi tersebut. Jika dicabut, gigi kekal juga lambat tumbuh. Kerongakan akan terjadi dalam masa yang lama.
Semalam saya marahkan dia. Biasala budak-budak lebih percayakan cikgu kat sekolah dari mak sendiri. Padahal mk diapun cikgu juga. Memang cikgunya ajar mengaji surah al ghosyiah ayat 1-12,tp utk esok cikgu sruh baca sampai ayat 21. Nanges pulak bila saya suruh baca 1-21. Mungkin dia tak sihat juga selsema. Asyik tarik hingus ajer masa mengaji. Kadang-kadang sayani garang tak bertempat.
Di sini antara gambarnya semenjak kecil...suka saya kingsikan gambar-gambar nya yang chubby....
Sayang kakak Faqihah selalu
No comments:
Post a Comment