Tuesday, February 25, 2014

CATUAN AIR DI SELANGOR

RISAU JUGA MEMIKIRKN MASALAH AIR SEJAK AKHIR AKHIR INI. Semalam bertalu talu memdapat mesej memgenai catuan air. Ramai yang menyalahkan kerajaan Selangor, tidak kurang pula yng membalas kritikan ITU dengan memgepos image keratan akhbar online berkenaan masalah pihak syabas yang tidak mahu bekerjasama dengan Selangor.

Bila saya bagitahu suami yang kami masih belum bersedia untik catuan air Dan tiada tong air besar, suami pula Kata jangan bimbang, kawasan kita tidak termasuk dalam senarai kawasan yang aKan dilaksanakan catuan air berkenaan.. Haih...... Makin risau. Saya takut harapkan air Ada, air tk boleh diharap... Dibuatnya tiada air sungguh, masalah besar nih' maaa nak basuh vera, mana nak basuh kencing, mana nak Mandi, nak minum..

Marilah sesama kita berdoa agar hujan turun kerap seperti biasa, agar semua empangan kembali seperti biasa... Baru tahu bagaimana mahalnya air tu kan... Sebelumni syok lelama basuh berak Dan Mandi mcm duk kt air terjun, selangorkan air free 20 meterpadu pertama.....insaf dengan kepayahan air sekarangni..huhuhu


entah APA apalah hari harini. Sebenarmya sedang Cuba tuna Alpikasi apbolgger untk android. Xbest sgtla.. Xleh lawan applikasi lama.. Payah plktu no masukkan image...



posted from Bloggeroid

Friday, February 21, 2014

Check up ke 3 semalam

Alhamdulillah, semalam check up saya berjalan lancar walaupun sedikit kelambatan.. naik lenguh betis saya duduk atas kerusi dari pukul 7.30 sehingga 11.45 pagi. Saya dapat bertemu doktr Joy tupun 15 minit aja... huhuhu..menunggunbetrjam..suami saya sial ambik EL lagi.. huhu

Hasil pertemuan semalam
1. Bayi saya sudah masuk 5 bulan.
2. Bayi saya kemungkinan adalah girl sebab xnampak bird dan telur doktot joy cakap.
3. Dia sihat sejahtera di dalam perut saya.

Yang agak menakutkan saya:
1. Doktor menunjukkan saya tengkorak bayi saya..dengan jelaa saya dapat melihat 2 biji matanya... seperti gambar dalam internet... dan juga dipanggil eyes frog... mirip rupa mata .K***k.Sedikit  kesedihan menyelinap di hati saya... saya akur..redha dan faham.ia sememangnya sedang berlaku kepada bayi saya.. kebiasaannya bayi anen memang begitu. Baru 5 bulan..of course keadaannya sedikit menakutkan.. i.Allah bila dah 9 bulan nanti wajahkan akan sempurna.. insya allah..cuma tanpa tempurung dan otak.

2. Doktor memberitahu yang otak bayi sudah mula terhakis. Tak apalah anakku.. Allah maha kuasa yang tidak membiarkanmu merasai sebarang kesakitan. Mama bersyukur sangat kamu tidak sakit.
3. Bila masa kelahiran tu nanti doktor tidak akan memecahkan air ketuban awal kerana bayi anen tidak kuat untuk keluar kerana ketiadaan tulangvtengkorak.. dia hanya akan meluncur keluar dgn bantuan air ketuban yang banyak.. aku mohon doa ya allah..permudahkanlah aku untuk melahirkan bayiku ini.
4. Doktor memberitahu yang bayi anen kebiasaannya akan keluar bontot dahulu..masyaAllah..saya rasa sungguh bimbang.. punggung dlu?!!!!!!!!... tp doktor kata jangan bimbang kerana kita akan memgutamakan keselamatan ibu. Operation tidak akan dilakukan kecuali bayi dalam keadaan melintang sahaja. Sedih juga..alahai... janganla layan bayi saya macam tu.  Kalau boleh selamatkanlah kedua dua kami ini..huhuhu.
5. Air ketuban saya sedang bertambah dan ia mmg biasa dengan kandungan bayi anen ini. Tp doktor kata ibu tak.usah bimbang. Tidak membahayakan. Nauzubillah. Teringat akan kawan saya yang mengandungkan bayi anennya dlu.. terpaksa keluarkan air ketuban dari pusat sebanyak 2kali dan setiap kali buat 2 botol.mineral besar air ketuban di sedut melalui jarum yang di tebuk dr pusat ibu.. adeh...nauzubillah..mohon dijauhkan buatku ya Allah.

Tuesday, February 18, 2014

APPOINTMENT PAKAR KALI KE 3

Assalamualikum,

Alhamdulillah masih lagi bernafas dengan oksigen Allah pada hari ini. sebentar  lagi saya nak masuk kelas dah,. singgah sebentar di makmal komputer untuk ambil angin aircond.. hehehheheheh.... sambil2 buka blog.

lupa khamis 20/2 saya akan bertemu kembali dengan pakar O&G doktor Joe buat kali ke 3. malasnya kaki saya nak melangkah ke sana lagi. malas untuk telinga saya mendengar segala penerangan nya tentang risoko saya mengandungkan bayi istimewa saya ini.. penat saya nak menjawab bahawa saya dan suami sudah bertekad untuk mengandungkannya sehingga sampai bulan dan biar dia sakit sendiri dan beranak normal.. adeh.....

perang psychology dalam diri sayapun terus terusan datang walaupun kerap kali saya penyapunya pergi. sekarang saya suka mendengar lagu dendangan adibah nor , tajuk lagu itu Kau  teristimewa... sungguh syahdu sekali...

dalam peerutni bby saya mungkin sedang bergumbira tanpa rasa sakit atau siksa..alhamdulillah,,syukurlah begitu... hiduplah anakku, walaupun sementara dalam perut ibumu ini. bergeraklah, melompatlah, bergulinglah..moga gerakan mu ini , mama akan inagt sepanjang hayat mama,,sehingga kita bertemu di Jannah kelak.. pimpanlah tangan ibu, abah dan kakak kakakmu nanti.moga Allah benarkan kita berkumpul di jannahNya..amin.

Monday, February 3, 2014

RINDU BAYI

Baru baru ini saya membuang masa dengan meneroka semula external harddisk kami. Banyak gambar gambar kenangan yang saya simpan di dalamnya. Antara gambar yang menusik hati saya adalah gambar gambar  anak saya ketika masih bayi terutamanya gambar asma yang baru sahaja dilahirkan dan sedang menyusu di bilik bersalin. Masya Allah sungguh bahagia sekali. Tiba tiba si kecil di dalam oerut saya bergerak. Mungkin memahami perasaan saya ketika itu.

Air mata menitis tanpa sedar. Mungkin saya tidak berpeluang untuk menyusukan bayi ini nanti. Kondisi kesihatannya tidak dapat diduga kerana. Ketiadaan tempurung kepala di hadapan . (forehead). Jika sel sel otaknya banayk yang terhakis,itu akan menyebabkan kegagalannya untuk menghisap serta menelan. Mungkin juga dia akan keluar tanpa roh. Oh. Serba mungkin. Yang paling saya risau jika saya terpaksa mnjalani pembedahan untuk melahirkannya. Masya Allah.  Saya tenangkan hati. Cuba untuk tidak memikirkan mengenai masa hadapan. Saya serahkan kepada Allah

Petang tadi saya pergi check up bulanan di klinik kesihatan ibu .. sungguh saya tidak mampu bertahan dalam situasi dikelilingi bayi bayi comel dan menangis kena inject   ada ya g sedang menyusu..sungguh memggangu emoai saya.. apatah lagi saya terpaksa menunggu lama untuk diambil darah kerana nurse terhilangkan borang ambil darah saya. Dan setiap nurse yang melihat buku merah bertnya kepada saya mengenai kecacatn bayi ini.. saya tidak dapat menahan air mata yg sudah lama saya takung ini..

 saya tidak salahkan nurse dan klinik mengandung.. tapi itu adalah situasi normal untuk ibu dan bayi bayi yang normal.. maka yang tudak normal seperti kes saya terpaksa menabahkan hati 50x ganda untuk menunggu giliran dan berhadapan dengan setiap  step perhentian stesen yg telah di aturkan oleh klinik klinik seluruh Malaysia.. kalaulah ada klinik swasta yang tidak memerlukan saya menunggu lama dan mengadap ramai nurse dengan pelbagai persepsi mereka. Jiwa saya mudah  tersentuh... bemteng air mata saya mudah gugur bila setiap kali disyarahkanmengenai makan ubat dan  terpaksa minum air gula untuk mengesab kencing mania serta mengelakkan bayi cacat. Bayi saya sudah cacat. Nurse kata ia untuk mengelakkan bayi mati mati dalam perut.. jiwa saya meronta berkata apa bezanya mati dalam perut dan mati sejurus seleps byi dilahirkan seperti saya...???? Namun bila difikirkan... akal mempositivekan segalanya.. Allahu Akbar.. dugaan yang besar buat saya yang iman senipis kulit bawang ini... alhamdulillah ala kulli nikmah .....

Sunday, February 2, 2014

TAB UNTUK MUAZ

assalamualaikum semua. 
Mingguni Muaz boleh balik ke rumah kerana asramanya ada sedikit renovation bagi memberi keselesaan untuk anak anak tahfis di situ dan juga bagi guru baru mereka. 

Apa lagi, bila pulang ke rumah, mulutnya sibuk meminta dibelikan psp. Adeh..... Geram pun ada, budak sekarang ni terutamanya lelaki susah betul nak paham bila ibubapa kata tak ada duit. Boleh dia kata pergila ambil kat bank, ada beribu ribu tapi kedekut....masya Allah, mahu jatuh air mata mendengar perkataan si anak. Namun jauh di sudut hati, saya pujuk hati memikirkan dia masih belum matang.  Bukan tak mahu beli, tapi sudah tentu kita semua tahu keburukannya kepada anak anak. 

Tapi, oleh kerana dah tebal telinga saya ni mendengar permintaan da setiap bulan dan tangisan serta rajuknya, semalam kami suami isteri bersetuju untuk membelikannya tab.  Kenovo A1000 $4++ di kedai di subang jaya. Di sana rata rata handphone dan tab memang murah. Kedainya penuh dengan pembeli. 

Begitulah keadaan bila adalah alat yahudi ini. Anak saya asyik nak download game. Main tak berapa reti. Main sekejap kalah. Main sekejap boring sebab selalu kalah. Last last nk download game lain. Kami hanya pakai p1wmax. 5 gb ajer setiap bulan. Dan storage tab tu pula tak berapa banyak. Hanya 2 game shaja yang boleh di download. Tu pun makan masa dari malam sampai ke pagi. Aduh. Adeh.  Habisla data pakej saya bulanni. Untuk anak. Sabar ajerla. 

Kemang dah namanya keburukan. Buat macammana pun buruk juga. Mulut bisng mengomen game tak best, cepat kalah, beli tab storage sikit,  kenapa gak beli  memori kad yang banyak sikit. Allahu Akbar. Dugaan untukhati dan teliga saya. 

ya allah, jadikanlah semua anak anakku anak soleh solehah, yang menghormsti orang tua, mudah menerima Nasihat dan tetap solat dan sujud kepadaMu. Mungkin ini kifarah dosa saya yang bertimbun.  Ya allah cepatkanlah matangkan abang Musz, agar dia boleh memahami isi hati dan keadaan kamiini... Sudah penat mulut saya menasihati dia, dah sampai line nak naik tangan dan marah dah bila mulut dia sesedap rasa mengomen mengenai ketidakmampuan kami untuk belikan ipad@psp yang dia mahukan. Dia selalu membandingkan apa yang kawan kawan nya ada. Lain kan dengan zaman kita dulu. Nak beli pen barupun kasihan kepada orang tua. Pen bukannya mahalpun dlu sekitar 80sen sahaja sebatang. Dan dulu kita sekolah kerajaan. Belanja tidak semahal sekarang. YaAllah hanya kepadaMu kami memohon doa, berilah petnjuk kepada semua anak anak dan keturunan kami agar mereka berjayabdunia akhirat. Aminnn





LinkWithin

Related Posts with Thumbnails