Thursday, February 26, 2015

BERHENTI KERJA

Assalamualaikum warohmatullahi wabarikatuh.


Selamat hari khamis semua, malam ni jangan lupa untuk membaca surah al-Kahfi . selalunya kita baca surah Yasin pada malam Jumaat, tetapi sebenarnya tiada langsung hadis dari Rasulullah supaya kita baca yasin di malam Jumaat. tetapi ada hadis Rsulullah menyruh kita mengamalkan surah al-Kahfi . 

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : ”Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.”
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

Harini atau esok merupakan bedaran hebat buat kami sekeluarga. Suami saya akan berhenti kerja. bukan berhenti sekarang, tapi 3 bulan akan datang. Surat perletakan jawatannya akan diserahkan samaada hari ini atau esok.



Sterss? ya itu adalah sebab utama. tahun ini adalah tahun ke 8 suami bekerja di situ.Sejak awal tahun  2015, syarikat itu telah dibeli dan diletak di bawah 1MDB berhad,  rata-rata pererja sangat stress. di tambah pula mempunyai boss perempuan yang mulutnya lazer dan moody.. fuhh.... sabar ajalah.

Nak melarang, kasihan, nak menggalakkan dia untuk berhenti sememangnya tidak lah.. ekonomi kami sekeluarga bergantung kepada dia. gaji saya hanya tampung situ sini sahaja.  INsya Allah ada rezeki lain katanya. suami nak cari bisness yang boleh backup ekonomi kami sekeluarga kerana tahap stressnya sudah di tahap maksimum kerja di situ. kasihan juga melihat dia. bekerja bagaikan nak pergi .

Kami betul-betul bertawakal kepada Allah selepas ini. mungkin suami akan lebih aktif dengan business produk alhaddad ni especially tamarcocoa.. tapi banayk manasanagtlah keuntungannya jika nak dibandingkan makan gaji dan keperluan kami sekeluarga.

Sungguh gerun saya untuk menghadapi hari-hari mendatang tanpa sebarang jaminan.. ya , nyawa kita hari inipun tiada sebarang jaminan daripada Allah akan bertahan smapai esokkan.. apatah lagi rezeki... Allahu.. memang kami bertawakal kepada Allah sahaja kali ini. 

Mungkin langkah pertama, kami akan jual kereta MPV yg sangat dikasihi ini untuk mengurangkan jumlah hutang bulanan. Berpisah jua kita akhirnya  wahai 744. kami mungkin akan batalkan planning sebelum ini untuk membesarkan ruangan dapur dan memasukkan kabinet dapur.  besederhanalah dahulu sehingga Allah memberi rezeki lain. kerana selalu travel, kami memerlukan MPV juga. suami akan beli MPv 2nd hand secara cash .oh..... tidak mahu saya fikirkan apa selanjutnya.... doakan moga kami dimurahkan rezeki, dapat membayar segala keperluan  dan yuran-yuran anak-anak sekolah, membayar segala hutang piutang dan mengadakan segala keperluan keluarga setiap bulan. aminnnnn.


moga suami saya tidak stress lagi dan semoga ekonomi kami baik baik sahaja nanti.


Thursday, February 5, 2015

JANGAN KETERLALUAN DALAM BERIKLAN

Assalamualikum,

Sekarang, business  online berkembang betul. peniaga online bercampah macam cendawan tumbuh selepas hujan, kan.

sebab ada jutaan peniaga onlinelah, maka para Peniaga online mesti menonjolkan diri .. seperti sebutir batu putih di antara jutaan batu hitam.. terang dan jelas batu putih itu walaupun dari jauh.. betul tak.

makanya, ramailah peniaga online yang cuba pelbagai cara untuk menontolkan produk yang dijual. itu semua tak salah.. memang tak salah. tapi ada sesuatu yang di sebalik tak salah itu. peniaga online hendaklah jujur semasa menaikkan iklan di internet.


Bila saya terlibat dalam bisness online ini, ada beberapa pengiklan online yang menaikkan iklannya melebihi kerasionalan aqal kita.  nak baca pun rasa ia keterlaluan.. susah nak cakapla.. takut terasa pulak rakan niaga onlinen yang lian.
kalau produk tu bukan untuk kurus.. janganlah cakap  pakai  baru seminggu, baju 10 tahun lepas dah boleh muat.. alaahi... bukan produk kuruspun.. .. apapun kemasinan atau keajaiban barang tersebut... janganla di war-warkan kekurusan yang terlampau drastik itu...naiklemas saya membaca nya.

Maaf ya kawan-kawan yang jual air garam.. sayapun jual produk ana edar garam sole tu.. cuba cerita yang boleh difahami, elak manipulasi pengguna.. kasihan tau orang lain yg betul-betu nak kurus.

Begitu juga dengan tamarcocoa. saya tak berani nak clainmia milkbooster anda. saya selalu bagitahu, boleh cuba sebagai ikhtiar.. tapi tambahkan atau pekatkan susu kerana di dalamnya ada cocoa dan kurma. cocoa kan agen penenang.. ibu2 yang nak hasilkan banayk susu semasa mengepam, kena dalam keadaan tenang, sebab tu dicadangkan masa mengepam, cuba banyangkan bayi anda, kalau ada gambar lagi bagus, tatap gambar bayi anda.. fokuskan kepada bayi. insyaAllah, susu akan terasa keluar memancut. lupa dah apa istih
lahnya.. dah lama tinggalkan pasal penyusuanni.

Jangan lupa juga kepada konsep demand and supplybuat ibu-ibu yang menyusukan baby. kalau baby kurang hisap, breast akan assume bayi hanya perlukan sebanyak hisapan itu sahaja. maka beberapa hari lepas itu, breast akan kurangkan jumlah pengeluaran susu. ibu msti cuba untuk erikan bayi sekerap mungkin susu  badannya.. direct BF untuk merangsang penghasilan susu anda. kalau bayi tak nak hisap, boleh cuba power pumping.. boleh google ya. saya xsempat nk  cerita di sini. 

Apapun all the best kepada semua peniaga online seperti saya. moga rezeki kita bertambah dalam keberkatan, insyaAllah.. ingatlah apapun usaha kita, ia akan kembali kepada kita semula. elok usaha , eloklah buahnya. begitu juga sebaliknya.

caw cin caw.. saya nak ambil faqihah dan asma dari sekolah. 

tq kerana sudi membaca.
maaf atas segala yang terasa



Wednesday, February 4, 2015

Makan di ALADDIN Sri Gombak

Assalamualaikum, 


Horrayyyyy, ayah su a.k.a adik bongsu saya belanja makan malam kat ALADDIN kat SRI GOMBAK. kasihan dia, berhabis +- RM100 untuk kami sekeluarga. insyaAllah saya nak bayar balikla  separuh, tak sampai hati pula makan duit gaji adik walaupun dia volunteer nak belanja.

Antara makanan yang adik order adalah lamb chop apetah nama nya rm29.00-untuk dia. harus lebih mahal untuk diri sendiri.kikiki
manisan sagu dengan gula melaka, tauhu dan kuah masam manisnya- sedap jugauntuk suami
saya -mee rebus
untuk anak-anak pula set chiken chop kongsi bertiga aja. 
air minuman beberapa gelas. 
begitu sahaja menunya dah mencekik RM90 hinggit lebih. bleh beli barang basah seminggu @2minggu makan tuuuuu

Sedih betul, mee kari yang ku harapkan, mee rebus yang ku dapat. rupanyakat ALADDIN tak dok mee kari. makan pun tak habis. rasanya sedap, tapi dah anak tekak nak makan mee kari, terus rasa tak lalu bila xkena selera mengidam. huhuhuuhu

Meh, saya belanja satu gambar kami. Abang Muaz tak ada masani. duduk asrama. ngaji molek deh abe Muaz. mama tolong make ko abe muaz.. kikiki. tudungpun pakai tudung untuk menjemur baju kat ampaian aja. huhu. itu aja tudung yang tak bau sabun. yang lain bau sabun yang amat memeningkan kepala saya.


Rupaku yang tak semengah. Masih mabuk alahan. Nak senyumpun terpaksa aja. 
Ter snapp gambar depan kedai. Eloknya kedai jadi latar belakang...ni tak, mengadap kedai...boleh saksikan jalan raya ajala..hehehehe.

Makanan tak ter snap. Mamarazi tidak berselera untuk ambill gambar makanan. lagi juga bagi menghormati kawan -kawan yang tidak berapa berada seperti saya.. harapkan belanja dari adik ajalah untuk makan di kedai  mahai macamni. huhuhuuhu

Suami pula pejam mata, agaknya kenyang bangat dah kot. tolong habiskan mee rebus saya tadi. Sebab tu badan dia membesar bagai juara. tukang perabis lauk time makan. tupun dah ok sikit,  suami skrg consume minyak zaitun tanpa tapis perahan sejuk tu (unfiltered extra virgin olive oil). nampakla dia sedikit kurus. Yang pastinya kolestrol juga menurun dengan jayanya.. Alahmdulillah.

kikikiki, tetiba tepek gambar nie. kira promosi jugakla ni, kan..hehehehe.

Dalam kereta tengahari tadi, saya ada google mee kari sedap gombak. keluar testimoni pemakan di restoran PAPARICH. ramai kata sedap mee kari nya.. hohohohhhohohoho, terus kelenjar air liurku merembeskan peluhnya... tak larat nak telan air liur kecur tu. bagaikan nak terbang hinggap terus ke PAPARICH. tapi MAMA yang POOR nie, xsampai hati nak makan tanpa anak-anak di sisi. walaupun harini semua sekolah cuti taipusam, anak anak saya bersekolah. Sekolah dema tuh xambil cuti untuk perayaan agama lain.. elok juga kan..budak ngaji xelok cuti banyak. banyak cuti, banyakla benda yang tak berfaedah di rumah. mama pun bleh rehat.. kikikiki.. adakah itu harapan utamanya????? hohoohohohho

tapi malam ni kami tidur dalam kelaparan, PAPA yang tak berapa nak RICH kami pengsan awal. rasanya harini boleh buat pertandingan tidur dengan MAMA tak RICH ni.. lepas maghrib ni dia pulak ambil bonus pengsan awal.. telan air liur kecur lagi.. bawa hati yang merajuk. masuk tidur sendiri dalam bilik tanpa kejutkan PAPA tak berapa RICH.. hohohohoho.. biar dia jaga dan naik tidur sendiri.. boleh gituw.... ??? moga mak mertua dan ipar duai eden tak baca entry eden ini.. kalau tak, kena eden..huhu
bila lagi nak melayan rasa sedih ibu mengandungni,kan...kan..kan..kan.. settttt.. kita layan rajuk malam ni bertemankan keroncong perut. hehe. keronconglah sangat .padahal tengah bedal coklat minda anak perisa badam..hehe. ayat rajuk mesti power. baru kick rajuknya.

oklah , saya stop sini dlu. niat asal nak tapi minit mesyuarat ke laut dah pulakk..
ok..last, BYE.

QASEH GOLD DAN KHASIATNYA.

Assalamualaikum, sedang saya tercari-cari suppliment sunnah untuk anak yang mengalami beberapa masalah kesihatan yang tidak terlalu serius, alhamdulillah, saya dipertemukan dengan produk QASEH GOLD dari  Syarikat Ana Edar.

Sebenarnya dah lama syarikiat ni wujud. rupa-rupanya saya adalah antara pengguna terawal produk keluaran Ana Edar ni. pada masatu zaman ank sulung, sekitar 2004. anak sulung saya Muaz selalu sembelit. masatu tak celik sangat bab kebaikan susu ibu ni. Muaz hanya berpeluang minum susu ibu 3 bulan terawal sahaja. merasakan susu ibu makin kurang kononnya, saya terus memberi anak saya susu formula. ada seorang kawan baik MAHANI namanya. dia memperkenalkan kepada saya susu bayi keluaran Ana Edar, 2 tahun juga saya memberi anak minum susu keluarannya. Alhamdulillah, Muaz tidak lagi sembelit. najisnya lembut dan ia mempunyai rumusan khas untuk perkembangan otak bayi.

Pernah dengar produk nama EXZAMO dan salindah. Ia adalah keluaran dari syarikat yang sama. oleh kerana saya sudah cukup pengalaman manis bersama produk ini, kali ini, saya tetap memilih produk ini untuk supliment kepada anak-anak yang sedang membesar.

Faqihah, anak saya berusia 8 tahun selalu mengalami gatal hidung dan mata. selalu sahaja bersin dan hidung berair di waktu pagi.takkanlah resdung kot kecik-kecik lagi dah ada yang kena resdung ke? dia juga selalu cepat penatdan mudah terkena selsema. suka mengadu matanya panas dan berair. kadang-kadang geram juga, pelik-pelik aduannya. fikiran saya ni takut nak memikirkan penyakit berbahayani) Masa dia membaca, menonton tv dan duk saja-saja, selalu ke dapur basahkan towel kecik untuk tuam mata. (aisyehhhh.. bimbang juga) anak saya juga ada masalah sembelit. kurang air masak. budak-budakni, kena diingatkan minum air masak selalu, kalau tak, seharianpun mereka tak minum air masak.

Ank ketiga saya ASMA'. punyai masalah kurang tumpuan dalam mengaji a.k.a malas..kikiki. itu penyakit semua budak-budak,kan? memilih makanan. sayur jangan harap boleh masuk ke mulutnya. dia suka makan makanan yang tidak berkhasiat seperti KFC, air bikarbonat, roti canai, ayam pop corn kat pasar malam, kulit ayam( kalau saya xRAMPAS kulit ayam KFC memang itu yang dibedal dulu) nasi jarang sangat nak makan. saya amat risau akan kesan jangka panjnag habit pemakanannya kepada diri dan anak cucunya kelak.

Umar anak saya yang ke 4. juga sukar untuk makan. setakat ini minuman kegemarannya adalah tamarcocoa. alhamdulillah, ia membuatkan dia kenyang lama. tapi tak berkesudahan dengan air sahaja. badan dia perlukan kabohidrat, protien, serat dan dll. mudah dijangkiti selsema juga kerana saya letak rumah pengasuh. pernah kena penyakit kuku kaki mulut. antibodi lemah agaknya. kalau selsema, lambat sangat baiknya. 

Sekarang saya mencuba QASEH GOLD JUNIOR untuk mereka. minum setiap pagi semasa perut kosong dan sebelum tidur. alhamdulillah, mereka nak minum. rasanya yang manis madu dan ada rasa buah delima, kurma dan kismis menyebabkan mereka meminta untuk minum 2 sudu. xapala. suppliment sunnah. makan banyakpun tak apa . tak ada side effect. 

selama seminggu dua ni, saya lihat Faqihah dah tak menggaru mata dan tenyeh hidung. matapun xada dengar rungutan panas dan berair. moga ia terus memberikan effect positif.

Asma' pula tiada perubahan sangat sebab dia jarang sakit kecuali selsema. Cuma dalam hati kecil saya tahu, suppliment itu menolong menyeimbangkan khasiat yang hilang dalam tubuhnya. tapi nampaknya dia makin rajin baca al-Barqi. sekarang dah sampai muka surat 61. 3 muka surat lagi akan imtihan/ ujian untuk sart baca Iqra' 6. 

Umar pula, nampaknya hingus selsema minggu lepas dah kering. minggu ni belum ada tanda tanda berhingus lagi. 

Alhamdulillah.. itu sahaja perkongsian saya tentang QASEH GOLD JUNIOR.

InsyaAllah, saya pula akan buat buku merah tak lama lagi. testimoni kata QASEH GOLD adinda elok untuk ibu mengandung @ xmengandung yang ada masalah darah rendah. saya tak nak makan lagi. nak buat buku dulu. nak tengok berapa bacaan hb saya. akan cuba, try dan test (3 sekali tepek) QASEH GOLD ADINDA tu. betul ke tidak boleh naikkan HB. Saya memang dari zaman anak dara lagi HB rendah. kalau bangun dari duduk dengan cepat, memang rasa rumah berpusing.  (kalau kat tempat kerja.. siling tempat kerjala yang rasa bepusing..ekekekekek) barang dah ada, cuma tunggu masa aja nak telan. heheheheh.

saya juga risau akan penghasilan susu untuk kandunganke 6 ini. Semasa Allah ambil baby Mohd Ibrahim tahun lepas, doktor menyarankan saya telan ubat keringkan susu sebiji sahaja. bila balik rumah, rasa macam nak bengkak susu, maka saya suruh husband belikan ubat kering susu untuk makan 2 minggu. huhuuhu, tanpa diketahui ubat itu sebenarnya akan menimbulkan kesan jangka panjang penghasilan susu untuk kelahiran berikutnya. Itupun saya tahu bila nurse datang cek. masatu pil kering susu tu dah habis saya telan. misi terkejut kenapa saya tak ikut nasihat doktor. saya cuma ikut gerak hati seorang ibu yang merasa rindu akan bayi  yang dikandung 9bulan 10 hari itu. kalau setiap hari terpaksa memerah susu dan melihat tetesan susu yang tidak dapat diminum oleh bby, alahai..taka kering air mata, kan. insyaAllah, saya kena amalkan QASEH GOLD ADINDA disamping terus kumpulkan semanagat dan keazaman untuk menyusui bayi ke6 saya ini. jika Allah izinkan , InsyaAllah. Sebenarnya milk booster ni bergantung kepada semangat, emosi dan niat si ibu semasa mengandung lagi dan the power of du'a xboleh diperkeclkan. Konsep power and supply mesti difahami. tak boleh bergantung kepada makanan atau milk boaster sahaja.

Di bawah, kawan-kawan boleh lihat antara kebaikan QASEH GOLD ya. kalau ada yang berkenan dan mahu mencuba, 

boleh hubungi saya untuk pembelian.
shafida 0192298791
pos boelh guna pos laju. sebotol +_500g. jadi boleh gunakan parcel pos laju RM6. kalau 2 botol boleh guna parcel pos laju yg rm9.
insyaAllah selamat sampai tanpa pecah. botolnya plastik dan berkotak.kita akan balut dengan bubble plastik juga.

JOM SOKONG PRODUK MUSLIM.

Harga:
QASEH GOLD JUNIOR RM60
QASEH GOLD ADINDA RM71.90
QASEH GOLD KAKANDA RM71.90

boleh klik untuk tumbesaran pembacaannya :)








UNTUK QASEH GOLD ADINDA DAN KEKANDA 













SEKIAN , TERIMA KASIH

JUMPA LAGI YA.


Tuesday, February 3, 2015

RUMAH PUN DAH MAHAL

Assalamualaikum, bersiaran sewaktu semua anak sudah tidur. diharapkan moga anak-anak jauh dan dekat akan mendapat tidur yang lena, berkualiti dan bangun semula dengan semanagt yang kuat untuk terus mencari ilmu dan menjadi seorang khalifah Allah yang berjaya dunia akhirat.

saja, menjenguk fb dan baca sepintas lalu. terlihat  akan design rumah ini dan itu.. 




Sekarang kat kelantanpun rumah sudah naik harga.  Rumah sebegini kecilpun bernilai RM300 k. Kalau tak salah di kampung panji, Kelantan. hoohohooo.. mahalkan. kalaulah anda ada duit sebanyak itu, tolongla buat rumah dengan tukang. kalau guna tukang rumah, dengan harga RM300, boleh buat banglo yang besar dan sanagt selesa.  BOleh design sendiri nak macam mana.

kalau saya la kan..kan..kan.. tak berkenan dengan design begini. nampak macam moden tapi kepelikan yang amat sangat. tingkat ats macam tergantung aja.. dan kurus-kurus aja designnya..alahai...sangat kecil nampak rumah itu. xtahula kalau ada yang nak beli. tapi mungkin juga ada orang beli dan tambah situ sini. orang banyak duit , boleh sahaja buat macammana nak pun. kita yang tak berapa banyak fulus ni.. beginilah...begitulah, semua dipikirkan cara untuk penjimatan hebat.

Nak wat rumah sendiri dengan tukang pun rumit juga. kena ada tanah sendiri, kena ada duit sendiri untuk mula buat rumah, baru boleh wat pinjaman dengan kerajaan, itupun kalau kita kerja kerajaan. kalau kerja bukan kerajaan atau kerja kampung.. macammana pula. sebab tu sekarang makin ramai pikir senang beli yang dah siap. 

Pening kepala juga kaalu nak buat sendiri. kena selalu pergi jenguk, kena komen sana sini, jangan ikut tukang aja.bagitahu apa yang kita nak. jangan apa yang tukang nak.. kalau tak, ada pula tukang yang ambil kesempatan. biasalah tak semua manusia jujur. menipu banyak juga. yang jujurpun ada..lumrah alam, maka kena barhati-hati.

Kami yang tinggal kat gombakni, nak abeli tanah, mahal bangat. nak buat rumah sendiri, lagila tak pandai, banyak urusannya. maka pilihan yang ada, beli ajalah.. setelah berhempas pulas mencari dana pertolongan dan berjimat sana sini serta korbankan sedikit sebanyak ... dapatlah kami sebuah rumah yang kami tinggal sekarang. hutangnya ..huyooooooo.. sampai saya pencen.. 60 tahun baru habis, kalau ikut setul dengan jumlah bayaran setiap bulan. suami kata kita kena buat sesuatu supaya dapat bayar lebih dan pendekkan tempoh bayaran..

Agak2 nya sayani hidup sampai 60 ke? heheheh.. xtercapai la akal nak memikir. harapan cuma satu.. mati dalam husnul khotimah dan meninggalkan anak-anak yang soleh solehah, mendoakan kami di sana, menginggallam ilmu-ilmu yang bermanafaat dan sedekah amal jariah yang boelh menolong di akhirat kelak.

Amiiin.

coretan yang tidak ilmiah dari saya.. hehheheh
wassalam

Monday, February 2, 2015

ALHAMDULILLAH S'HUMMA ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam, yang mematikan dan menghidupkan, yang menurunkan hujan dan menyuburkan tanah, Dia juga yang yang berkuasa menghembuskan angin kering, panas lagi membakar. Dia berkuasa menyempurnakan kejadian dan memusnahkan apa sahaja yang Dia kehendaki.


Alhamdulillah, sempena hari cuti wilayah hari ni (suamila cuti), sesudah balik dari sekolah (sek saya xcuti), ajak suami unutk ke klinik Fadzilah di pinggiran Batu Caves untuk buat first check up. saya perlu memberanikan diri kali ini. sampai bila saya harus berteka teki dan berada dalam ketakutan. 

Nasib baik doktor Fadzilah ada di klinik dan saya adalah patience nya yang last sebelum dia pulang. alhamdulillah, doktor masih mengenali saya. katanya sangat awal kalau saya pregnant lagi, tapi xapa, rezeki Allah katanya... insyaAllah.

Saya berterus terang yang saya tidak pernah buat urine test, cuma terasa macam mengandung.. doktor blurr juga bila dengar begitu, tapi sebab kita bayarkan, xadala dia nak membebel macam kat klinik kerajaan. dia paham, saya belum bersedia untuk tahu jika ada something wrong dengan status kandungan ke enam ini.

Alhamdulilllah, setelah di scan, positive saya mengandung dan yang lebih mengejutkan kandungan sudah berusia 3 bulan.. wakakakkakaka.. apalah ibunnya sendiri tidak sedar tarikh terakhir datang kotor.doktor kata alhamdulillah, nampaknya kandungan saya bebas dari anenchephaly kali ini.. alhamdulillah ya Allah. tapi doktor menasihati saya agar tetap dengan asid folic atau obimin  untuk perkembangan otak dan saraf baby. Insya Allah doktor, saya akan makan dengan tetap dan teratur.

Mengikut scan, due saya adalah 21/8/2015. Alhamdulillah, walaupun dah terpikir kena naik sekolah juga bulan 10 tu, xapalah, asaal saya bersalin dalam keadaan selamat ibu dan anak serta bby saya sihat, sempurna dan comel.. insyaAllah..

Buat kawan-kawan yang masih menunggu cahaya mata, insyaAllah, teruskan berdoa dan berusaha, InsyaAllah, Allah maha mengetahui apa yang aterbaik untuk kita.

Allah ambil anak saya yang ke 5 mungkin kerana Allah tahu, saya tidak mampu untuk menjaganya kerana iman saya tidak cukup kuat untuk menjaga anak yang terlantar sakit. Allah lebih tahu saya hanya mampu untuk menahan gelora kedukaan hati selama  9 bulan 10 hari sahaja,maka ALlah kurniakan saya nikmat mengandungkan Mohd Ibrahim bin Md Zulkifli. 

Sepupu sebelah suami, mengandungkan baby dengan tiada masalah, bila bersalin, baby nya disahkan jantung berlubang. Bila umur baby menjejaki setahun. baru di buat operation, bayangkan betapa derita dan tabahnya sang ibu menjaga baby nya di samping 2 anak kecil lain, terpaksa cuti tanpa gaji selama setahun semata-mata untuk tumpukan perhatian untuk jaga bby nya. setelah di operate, alhamdulillah, berjaya, bayinya sekarang sudah sihat, namun ada berita sedih lain pula di terima, rupanya bayi nya tadi adalah sindrome down. Allahu akbar.  bila saya temui emaknya, emaknya sempat mententeramkan hati saya yang baru 40 hari kehilangan Ibrahim. katanya, Allah tahu antara kita yang mana mampu menjaga anak yang sakit dan yang mana sabar menahan sabar dengan mengandungkan bayi yang disahkan akan meninggal sebaik sahaja dilahirkan.. ya.. alhamdulillah atas semua ketentuan Allah. sahabat yang masih belum dikurniakan bayi, jangan mengeluh, jangan marahkan diri sendiri, sesungguhnya Allah Maha tahu akan kekuatan dan kelemahan kita.

Minggu lepas, beberapa orang ustazah datang posting ke sekolah saya. salah seorangnya ada masalah anak sakit. Dengar cerita anaknya demam dan ada jangkitan kuman ke paru-paru, dimasukkan ke wad. selang sehari, keadaan nya kritikal, terus dimasukkan ke ICU. doktor mengesahkan kuman telah merebak ke otak ada ada nanah di otaknya. sekarang baby itu masih di ICU dan tidak sedarkan diri.. masyaAllah.. kuat betul dugaan si ibu. dan bayinya adalah seusia dengan arwah ibrahim, anak saya. 3 kisah, tiga masalah berbeza dan 3 ketentuan berlainan yang diciptakan Allah buat saya, sepupu suami dan juga ustazah berkenaan. anda juga mungkin sedang diuji ALlah, tapi dengan cara yang berbeza. moga kita tetap tabah, kuat dan redha di atas segala ujiannya. amin..

Coretan saya pada kali ini tidak bergambar ,  untuk menghormati dan  sangat memahami antara kita, ada sahabat yang masih menunggu cahaya mata, yang mungkin sedang bersedih atas ujian yang sedang diterimanya. Moga semuanya tetap tabah menghadapi ujian Allah..ingatlah hujan tidak selalu turun. ada masa ia akan berhenti jua.. Allah akan kurniakan kita pelangi di pengahkirannya.. doakanlah agar kita tetap istiqamah di jalannya dalam kesabaran.

sehingga berjumpa lagi ya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails