Tuesday, May 12, 2015

RUMAH SEWA KLANG UTK DI SEWA

Assalamualaikum,  saya bersiaran di Bangi, Sri Lanai Bangi hotel budget.. Alhamdulillah,  smalam turun dr batu caves usai solat zohor ke Subang untuk msjlis kenduri kawan ofisnya. Kemudian terus ke Klang untuk melihat progres tukang baiki rumah sewa suami.

Rumah flat kos rendah,3 bilik,1bilik mandi dan 1 tandas cangkung, ada paip khas dan ruang untuk mesin basuh, dapur yang ada meja tile sederhana untuk letak dapur gas dan barang barang dapur sedikit.

Alhamdulillah, dah 95% siap. Cat dinding wrna hijau muda. lantai dan pintu  di cat warna hijau pekat.

Ada 1 kipas siling baru di ruang tamu. Dalam bilik tiada kipas tapi ada plug untuk penyewa install sendiri kipas dinding atau kipas stand. 2 bilik sederhana besar dan 1 bilik kecil yang muat katil bujang. Alhamdulillah.. Jika ada anak 3 orang.. Memang dah selesa.

Tukang dah buat saliran paip baru kerana paip lama berkarat dan air kecil katany. Tangki air juga sudah di bersihkan.  Cuma saya minta suami sruh tukang rumah tutup siling bilik mandi agar xnampak tong Tangki di atastu... Supaya pandangan lebih indah.

Ingat mlmni kami boleh buat solat hajat dan bermalam di situ, tapi tukang kata belum siap seprnuhnya lagi.. Tangki belum lagi di isi air kerana kekunciny belum di ganti.. Dulu di curi orang.. Biasala rumah tiada orang... Macam macam orang datang rembat.

Maka kami terus ke putrajaya. Nak tidur di rumah kak ipar, segan. Takut menyusahkan dia pula. Pagi pagi esok hajatnya kami nak melihat abang muaz grading tekwando tali pinggang kuning hijau.. Kalau lulus, entah tali apa pula saya pun tak arif. Hihihi.. Jadi call sana sini..  Kamipun sampai ke sni.. Hotel buget milik orang kelantan. Tanah persendirian yang dibina banyak bilik bilik hotel taraf 3 bintang.. Betul betul sebelah masjid.. Jelas dengar tazkirah pagi dan tazkirah maghrib. Ada juga maahad tahfiz untuk anak yatim miskin. Rasany milik orang yang samani juga. Baguskan..duit yang dpt dari hotel, guna untuk membangun dan menjalankan maahad tahfiz pula.. Banyakny pahala dia...

Rate sewanya mampula untuk kita,maheranni.. Saya ambil bilik yg berkatil gueen dan 1 katil single, astra,wireless,aircond, kipas dan 1 tandas yg luas& selesa. Bilikni rm95. Ada bilik 1 katil queen sahaja rm70, boleh tambah tilam tapi katany sedikit sempit..rege rm85, maka suami ambil yg 2 katil ini. Sangat sangat di recommend untuk menginap. Di depan hotel kedai makan penuh meriah. Kedai mkn ikan bakar petai, kedai makan melayu, restoran restoran mamak dan sebagainya. Makannan memang tak ada masalah.

Sepetang pula ke kompleks pusat komuniti percint 9.  hajat nak mengabiskan masa di perpustakaan. Tutup pulak dah. Maka ke sinilah kami. Budak Budak xbawa baju renang. Memang tak pernah belipun. Kalau nak masuk mandi wajibal ghunnah pakai.. Adehla.. Kena sewa plk sepasang rm5   redhakan ajala. Anakanakpum dah smapai keluar air mukut dan airmatanak masuk mandi. Dan sekepala Budak tiket masuk rm2. Bayor jangan tak Bayor.. Maka bersenang senanglah mereka dalam kolam.. Cuma  asma dan umar Terpaksa mandi  kt luarla plk.. Untuk kolam.Budak tecik kerana kolam bebayo di dalam dalam buat merrka.. Haihhhh.. Rugi rm4.  Xapala.. Maka Sy Tunggu katkolam tak berbayar diluar utk jaga umar dan asma.  Ayahnya pula kat dalam utk tgk tgkkan muaz dan Faqihah..

Oklah..akhir kata moga musafir harini mencapai tujuannya dan diberkati Allah.. Sampai ke tempat tujuan dengan selamat. Terkenang akan nasib 2 ank perempuan mangsa kemalangan myvi yang berlumpa semalam.. Yang mengorbankan ibu ayah serta bayi mereka yg berumur 6 bulan. Sungguh sedih. Semoga nasib ank yatim piatu itu terbela dan berjaya dunia akhirat..amin.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails