Thursday, June 11, 2015

Berat betul untuk ambil berat ni...kan...

Assalamualaikum semua...

Betullah kata kawan saya merangkap motivator saya... Kalau buat sesuatu supaya dihargai..Memang tak sampai ke mana... Hati akan sakit... Dendam akan muncul.. Tidak puas hati akan menghantui... Akhirnya Kebencian akan menebal.. Bila dah ada semuatu, Bagaimana hendak hidup bahagia di atas dunia ini..

Yang paling penting.. Semua perkara mesti di buat kerana kasih sayang dan kerana Allah.. Jangan mengharapkan penghargaan dan.ucapan terima kasih daripada manusia..

Tak kiralah...daripada suami.. Isteri... Kawan kawan atau sesiapa sahaja...

Teringat akan satu kisah... Suaminya mempunyai adil beradik yang ramai.. Yelah...Org kampung Zaman Dlu memang subur subur dan beranak ramai.. Kata Suaminya.. Apa yang nak dI herankan.. Beranak ramai ramaikan bagus.. Tugas mulia.. Memang tugas org perempuan dah beranakntu.. Sakittu Biasala..Boleh ditanggung oleh perempuan.. Dh nama nya Allah buat azali macamtu.. Tiada langsung ucapan terima kasih kerana berbusah payah melahirkan anak untuknya.. Mungkin dia cuma Bayangkan mak dia dulu3 lagi payah melahirkan anak di rumah shj.. Dpt juga 10-11 anak.

Kisah kedua... Bini nak kena operate sebab ada masalah dengan uri.. Katanya..Ala Biasala tu.. Org lain lagi ramai belah masa bersalin.. Kakak dia belah 4 kali bersalin 4 anak.. Sekarang dah ikat.. Normal aja hidup dia...xsakitpun .jangan manja sangatla.

Maka kasihan sungguh kepada isteri yang mendapat suami begini.. Maka hendaklah mereka ubah kefahaman mereka agar hidup tidak tertekan.. Tak puas hati dan sedih kerana suami tidak hargai susah payah dan kesakitannya..

-  Betukan Niat.. Lalui kesakitan bersalin normal mahupun operate ni kerana kasih syg kepada anak.. Dan utk mendapat pahala Dari Allah. Bukan utk mndapat penghargaan drpd suami.. Kita syg suami..Jadi kita beri dia hadiah baby.. Cubalah memberi kasih sayang tanpa syarat atau nakkan penghargaan.. ALLAH sudahpun membalas dgn pahala akan kesakitan kita itu

Kalau penghargaan itu kita xdapat.. Kita xrasa sakit hati dan bersedih. Maka janganlah harapkan penghargaan.

Teringat kisah ketiga.. Isteri operate kali ke 3, katanya dia memberi semangat kepada si isteri yang dalam kesakitan selepas hilang ubt bius lepas pembedahan... Keluar air mata jantannya bila membayangkan perut isteri ditoreh2 untuk keluarkan bayinya dengan selamat.. Dia Bayangkan Bagaimana kalau dia yang alami kesakitan itu.. Ditoreh toreh perut nya...

Nah..Bila.Asa isteri yang suaminya kurang ambil.Berat..Mungkin akan kata..alangkah bagusnya jika aku juga mempunyai suami begini.....Bukan? Itu maksudnya isteritu sudah menyalahkan takdirnya.

Bak kata motivator... Sekalilagi kawan saya itu kata...sebenarnya suami Jadi begitu kerana kita sendiri. Kerana kita tidak ikhlas menyayanginya.. Kita pentingkan diri sendiri..  Menyayanginya dengan sebab lain...Maka dia juga begitu.. Kita sendiri kena betulkan niat..ikhlaskan niat dalam menyayanginya.. Maka secara tidak langsung pasangan kita juga begitu.Kita kena ubahbdiri kita dulu..InsyaAllah... Pasangan akan sedar dan juga akan berubah nanti. 

Hahahaha...susah tak Rasanya nak buat?. Saya juga rasa susah dan macam Tak logik..sebenarnya logik.. Something wring dengan diri kita sebenarnya.. Maka saya Sedang Cuba try dan test untuk mengubah diri saya agar memberikan kasih saya seikhlas Mungkin kerana Allah Taala. Cuba untuk tidak mengenali mengharapkan balasan.Balik Ataupun penghargaan... Boleh kah...

Kita Cuba yukkkkkk....hohohohoho

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails