Saturday, June 20, 2015

BERI DUIT KEPADA IBU BAPA?

Assalamualaikum...

Saya terdetik untuk mencoretkan di sini berkenaan dengan tajuk memberi wang kepada ibu bapa.

Memberi Wang kepada ibubbapa adalah harus.. Dan ia menjadi wajib jika ibu bapa ada tanggungan lain yang perlu di pikulnya serta ibubapa tersebut sudah tua dan tidak berdaya untuk bekerja...Sakit Ataupun tiada Punca rezeki untuk dikerjakan..

Jika ibu bapa sudah tidak mempunyai tanggungan.. Hanya untuk diri sendiri dan pasangan sahaja, Ia sudah menjadi sunat sahaja.. Berilah sekadarnya sahaja. Jika adik beradik ramai,bolehlah diutarakan cadangan untuk menyumbang. Beberapa pulh ringgit untuk digabungkan kan agar boleh diberikan jepada kedua mereka. Tidak perlu terlalu banyak sehingga berlebihan...sementelah jika ibuayah sudah ada aset yang boleh memberi pulangan kepada mereka Setiap bulan.. Contohnya hasil tanah dan buah kebun. Walaupun semua Tanah dan kebun tersebut sudah di tukar nama kepada anak anak, ibuayah masih mengutip hasilnya setiap bulan kerana mereka masih hidup... Ia sudah tidak menjadi kewajipan bulanan ke atas seorang anak, lebih lebih lagi anak lelaki yang mempunyai tanggungan keluarga sendiri.. Lebih lebih lagi suami yang menggunakan duit isterinya untuk kecukupan belanja keluarga.

Saya punyai seorang ayah yang sudah tua.. Sudah pencen dengan jumlah yang kecil.. Tetapi punyai dua orang anak kecil dan dua isteri.. Sudah suratan, beliau berkahwin muda di usia emas dan dikurniakan dua orang ank kecil.

Kedua dua isterinya pula tidak bekerja. Rumah isteri keduanya di sewa.. Mana untuk bayar sewa..Mana untuk susu anak kecil dan belanja harian? beliau tidak menpunyai pendapatan tetap.. Ketika beliau masih sihat, beliau menjaja kain rumah ke rumah untuk mencari rezeki.. Sejak akhir akhir ini,mata pencariannya itu sudah sangat tidak sesuai dengan usianya yang sudah menjangkau 64 tahun, berpenyakit gout teruk dan dengan ekonomi yang gawat Sekarang ini. Itu adalah satu contoh di mana anak anak wajib menbantunya. Si ayah sudah di kira termasuk dalam orang yang layak menerima zakat berbanding mereka yg tiada tanggungan dan masih menerima hasil mahsul kebun, getah dan sebagainya..

Dulu saya tidak nampak akan hal ini. Saya biarkan ayah memendam segala kesusahannya... Mungkin kerana marahkan keputusannya untuk berkahwin lagi beberapa tahun lepas, membuatkan saya jauh hati dan membiarkan dia. Tapi beberapa detik ini.. Saya sedar.. Daripada saya memberi duit bayar zakat kepada sesiapa yang tidak dikenali, lebih afdhal saya menolong ahli keluarga terdekat dahulu. Ada hadis berkenaan dengan itu..Nnti saya carikan.

Duit yang adapun akan habis juga.. Tanpa kita tahu ke mana kita sendiri atau orang lain yang ada access kepada duit kita menghabiskannya.. Ada pasangan yang memberikan duit kepada ibubapanya tanpa tahu atau tahu ibubapa pasangannya tidak pula mengambil duit tersebut padahal mereka lebih memerlukan..

Ada beberapa jenis org tua yang berkepelikkan pandangan mereka terhadap duit. Ada yang tidak kisahpun anaknya susah atau hutang berlonggok, asalkan tidak nampak susahnya mereka di mata mereka.. Ia sudah dianggap senang..orang Sekarang.. Di pandangan mata..semua cukup. Punya rumah, kereta besar, belanja Berez... Itubsudah di kira orang senang.. But on the ground.. Mereka tak nampak betapa serbutnya kedia induk keluarga terbabit berantai dengan hutang piutang yang menjerut...Semua milikannya adalah hutang... Senang kah begitu... Bolehbdikatakan 70 peratus warga kota sakit ekonomi mereka.. Kais awl bulan..dpt makan hujung bulan.. Setiap bulan licin.. Mesin atm tupun dhbpenat minta maaf Setiap pertengahan bulan.. # Harap maaf, jumlah baki dalam akaun anda sudah mencapai kadar maksimum. Tidak boleh dibuat pengeluan# hahahahhahaah

Ada ibubapa yang terlalu prihatin sehingga memikirkan Adakah anaknya cukup perbelanjaan setiap bulan dengan hutang keliling pinggang, punyai anak anak kecil bersekolah.. Yuran yang pelbagai sehingga membuatkan mereka selalu ingin memberi bantuan dan sesekali tidak mahu menerima pemberian daripada anak anak..

Bagimanakah status pegangan ibubapa anda.. Tepuk dada.. Tanya hati dan pemerhatian sendri.. Cuba bandingkan.. Tidak salah dibandingkan.... Cuma kita tetap hormati ibuayah kita.. Siapapun mereka.. Apapun perangai mereka, wajib kita hormat. Sila faham istilah hormat.. Jangan sampai memgiakan segala kehendak mereka sehingga menyungkur ke Tanah.. Yang betul disayangi dan di hargai...Yang tak berapa Tepat.. Juga hendaklah di hormati..Jangan sesekali menderhaka..

Kederhakaan ank juga banyak jenis dan pola nya.. Kena bijak merencana dan membuat Keputusan serta tindakan.. Jangan kerana kasih sayang, menyebabkan mereka yang kita sayangi rugi di akhirat sana.

Sekian sahaja pemandangan hati saya. Mungkin ada yang tidak setuju.. Well Setiap orang ada pandangan Masing Masing...kita bebas berpegang kepada pandangan Masing Masing..

Terima kasih kerana sudi membaca.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails