Saturday, September 29, 2018

MEMBELI DAN MEMBELAH

Assalamualaikum, pagi tadi saya ada buat posting tentang marykay. tengahrini pula post pasal baju pulak..hehe.

Dalam pkul 11 pagi tadi suami ajak saya  membeli belah baju mengandung.. hureyyyyyyyyyy... sukanya hatikan bila suami ajak membelibelah... kami kami pun ke Ong Tai Kim Gombak. Ada kedai ibu manja ( kedai mengandung)  di belakang kedai ong Tai kim tu... tingkat 2. memula nampak kecil aja dari bawah..Kedainya pun di tingkat 3.. menapaklah saya dengan semangatnya fuhhhhh.

rupanya bila masuk, ramainya oranggg, kesemuanya ibu-ibu mengandung dan ditemani suami.. maka crowdedla  kan..tapi of course meriah wehhhh.šŸ’•šŸ’•šŸ’•šŸ’•šŸ’•šŸ’•šŸ’•šŸ’•


pandagan dalam kedai.


ada space untuk para suami main hpšŸ‘… atau jaga anak-anak kecil .

luas rupanya kedai tu. pekerjanya pula ramah dan tamah. melayan aja saya minta baju blose yang saiznya tak ada di tempat display. maklumlah orangnya setinggi 148 ajo.. tapi berat 60kg.. tentunya macam ikan buntal.. susahla nak cari baju yang sepadan.. muat badan, bahu pula menggelebeh,, nak cari yang bahunya ngam-ngam, ukur lilit badan pula sendat dengan perut.. ni baru 6 ulan. kalau dah ngam-ngam, nak cukup 9 bulan mahunya jadi barut nangka you alll....šŸ˜“šŸ˜“šŸ˜“šŸ˜“ maka , terpaksalah rasa redha, ambil saiz xl, besar di bahu tapi ukur keliiling yang selesa. xapala.. nati saya otterla sikit tang bahu tu.. jahit bagi kecil bahu dan pendekkan bahagian tangan... syukur you alls yang cukup saiz.. senang beli baju. tak perlu nak otter bagai.

ok nak cerita promosi ni.. untuk baju blouse, lawa2 juga.. ada yang beli 3 harga rm150..  Ada juga beli 3 helai  harga rm180. ada juga skrit dan seluar & palazo untuk ibu mengandung dijual dengan harga rm150 untuk 3 helai. kalau beli sehelai harganya RM67 sehelai.

wing sebelah kanan dan kiri pula penuh dengan barangan bayi.. tak sempat saya nak melilau ke 2-2 wing itu, nak memilih bajupun dah lenguh betis berdiri. lain kalilah.. dekat-dekat bersalin nanti kita datang lagi. tadipun dah habis rm300...kui..kui...kui... dan yang paling tragisnya...huhuuhuhuuhhuhuh, suami suruh bayar sendiri... gulpppp.. nyesal pula ambil skirt.. dah ada pun kat rumah 3 sebenarnya.. tp bila terasa ada orang nak tolong bayar, rasa tak rugi membeli, lepas mengandung pun boleh pakai sebab skrit tu boleh laras.. tiba-tiba kena bayar sendiri ni..rasa membazir pula.. boleh pulak gitu????? hahahhahahhahahahhaha.

xapala..moga rezeki saya abertambah dengan Marykay dan Ronella.. 
oh ya,..  dan-dan sebutni.. saya adalah beauty consultant Marykay  dan juga penjual produk Essential Oil brand Ronella... brand malaysia tapi kualiti setaraf produk luarnegera.  emmm semuanya saya join sebab nakkan barang yang sihat tanpa bahan kimia dan yg paling penting kalau ia adalah ori dan alami... marykayni mungkin ada juga bahan kimianya skitkan. mana boleh sesuatu produk tubertahan setahun dua, kalau tak bubuh bahan utk bai tahan skitkan.. seminggupun akan berkulat..dan takkanla semua set penjagaan muka nak kena sumbat peti ais.. mcmnerla nk bawa travel kalau kena buh dlm peti aja..ehhe. 

saya berani jamin Marykay ini adalah antara set penjagaan muka dan kosmetik yang selamat tau.. sebab tu syarikatnya dah lebh 60 tahun bertahan di peringkat antarabangsa. dan tiada satupun produknya yang di sita atau di laporkan merbahaya.. jaga2 ya puan-
puan.. set penjagaan bayi brand jonsan&jonsan pun dah byk yang ditarik balik dan dilaporkan mnyebabkan alah  dan kanser kepada kulit bayi.. 





jom ibu2, kita cuba untuk tidak menggunakan sebarang bedak @ apa2 produk dari jonson&jonsin untuk bayi kata kali ini.. gunakan produk seperti minyak dan balm yang selamat untuk bayi sahaja.. bukan utk mewangikan ya, tapi untuk jangan bagi masuk aingin sudaaaaa... barangan Ronela ada menyediakan pelbagai jenis balm yang sesuai untuk bayi tau.. guna tanpa was-was. jom beli dengan saya.

 pm saya untuk tahu lebih lanjut tentang harga dan kegunaan balm ini ya. besar balm ni..puasla pakai besar tapak tangan jugala.. berat dalam 38.16 gram.

boleh bayang tak besar mana bila tengok gambarni.. kedalamannya pun boleh bayangkan kan.. tak macam krim timbang yang kita kat kedai.. nampak dalam, rupanya adehhhh nipis ajoo huhu





saya dulu tiada ilmu, bila bayi selsema, duk bubuhla benda lah ni kat dada, rupanya tak boleh ya guna vaporub ni kat baby.. uk hukhuk..itulah pentingnya ilmukan..

Rawat kulit berjerawat dengan Marykay



Wahhhhhhh, ada set promosi dari Marykay untuk bulan ini sahaja... sehingga 30 september 2018 sahaja tau..

Beli 4 percuma 1

Jom cepat grab pelunagni.. sememangnya ke lima2 beradikni sangtalah penting untuk menjaga kulit muka kita yang berjerawat

KULIT MUKA ANDA BERJERAWAT???

Assalamualaikum semua....



  • Ada jerawat banyak di muka? 
  • Muka jadi berminyak sesangat?
  • Nak keluar rumah pakai bedakpun rimas bila tengok kulit muka berjerawat dan bernanah?   


''Oh, sabarlah seminggu lagi keringla jerawat ni.... 
( pujuk hati sendiri)
  • 4 hari kemudian...... ''lambatnya nak kering jerawatni, picitla sikit bagi keluar nanah''

  •  Seminggu kemudian... anda ber huhuhuhu di depan cermin kerana kulit bekas jerawat dah berlubang.

  • esoknya..." hai, naik anak jerawat baru pula????" gerrrrrrrram + sedih

Adakah ini masalah anda?
jom PM saya (shafida 0192298791) untuk saya tolong anda.

saya dah guna Marykay untuk kulit kering dan jeragta.. alhamdulillah kulit saya telah jadi lembap dan akan menghalang jeragat beranak lebih banyak.. insyaAlllah, bila pakai secara consisten, jeragat akan pudar dan akhirnya akan hilang.. jangan guna produk penghapus jeragta yang  ada bahan kimia ya. ia akan memburukan lagi jeragat anda bila anda berhenti memapai produk tersebut.. 

untuk yang berjerawat, saya sangat yakin produk Marykay ini akan dapat menolong anda.  tak rugi mencuba. pelaburan berbaloi dan kulit anda tidak rosak dengan bahan kimia berbahaya dengan 5 step ini..

sayangi kulit muka anda.


Friday, September 14, 2018

SUATU KETIKA



Suatu ketika, saya sangat mengharapkan suami saya dapat menolong saya dalam kerja rumah , mengajar anak-anak mengaji dan dalam pelajaran anak-anak juga. saya juga bekerja dan selalu diuji Allah dengan sakit-sakit badan . mungkin kerana saya kerap jatuh dan lasak semasa kecil, ia memberi kesan kepada saya di waktu usia merangkak asar ini.


bila suami saya tidak seperti yang saya harapkan,  ( biasala kan, byk duk tgk cerita melayu yang  mcm dalam syurga kat tv tuuu), dengan anak 5 dan mengandung kali ke9 ( gugur 2, bersalin meninggal sorang), emosi yang tidak stabil membuatkan saya sangat stress. saya kemudian asyik mencari kesalahan suami dan kelemahannya. saya sering menangis sewaktu mandi. di bawah pancuran air saya menangis semahu-mahunya, berharap agar pancuran air dapat mengelap segala sakit hati dan duka hati, menghilangkan kesan sembab mata saya yang menangis  serta wipe away sakit badan saya.

ia menjadikan saya lebih memendam dan dendam. sikap saya dengan anak-anak juga menjadi lebih garang, tiada masa mahu mendengar resahan hati anak-anak kerana hati saya sendiri berkecamuk menenangkan gelodak di jiwa. 

saya terfikir sampai bila saya harus menyiksa jiwa saya. merosakkan emosi saya, memalitkan amarah saya kepada anak-anak yang sedang membesar???? tidak... saya tidak mahu anak-anak saya rosak kerana kemarahan dan dendam saya . saya perlu cari jalan untuk memperbaiki kesemua ini..untuk lebih bahagia bersama di dalam keluarga ini..jauh lagi perjalanan kami .. kami baru berusia 37 tahun dan ank2 pun sedang membesar.

langkah pertama, saya akan cuba menjimatkan tenaga saya dengan dryer sahaja baju dan semua pakaian jika saya tak mampu melakukannya. saya cuba untuk tidak lagi membebel atau menyuruh suami untuk melakukannya. perangai saya , saya akan minta tlg sekali sahaja, bila orang dah tak nak tolong, saya akan buat sendri tapi dalam hati, Allah sahaja yang tahu betapa hancurnya remuk redam hati ini dengan kemarahan dan kesedihan. kadang-kadang saya oleh jadi terlalu sedih dengan perkara yang kcil sahaja... mungkin keran akita sudah lama memendam kannn.. jadi saya tidak lg mahu ia berterusan merosakkan emosi saya. xlarat, saya dryer sahaja, lantaklah bil elektrik mencanak naik.. kalau rajin saya akan lipat. kalau xrajin saya akan guna sistem lambak dlm bakul dan atas katil bujang yg dah xguna ataupun hanger aja..melayut sanggut nya.. apapun2 xkisahlah. suami pun bukan heran bersepahke tidak..jadi dia xmarah. nak suruh buat, mungkin  dia tak suka buat..jdi kita buat bila senang aja..

keduanya, saya dengan mengambil langkah menghantar anak ke kelas pro-huffaz. ia sebuah kelas mengaji al-Quran dan tahfiz. jadi steress saya akan berkurangan bila anak2 boleh tasmik hafazan dan betulkan tajwid dengan ustaz2 shj.. ia adalah kelas 2 x seminggu ..okla kan.. xperlu sakit hati bila  kita penat, nak menyemak tasmik anak-anak lagi dan bila ayahnya tak mampu mengajar anak2 mengaji @ terlalu sibuk tgk hp.. 

ketiga, saya planning 11 10 ini, nak hantar nak2 belajar kelas berenang.tunggu nak saya habis UPKK dulu. jadual kelas tambahannya bertembung dengan jadual kelas renang. moga anak-anak lebih berani dan yakin diri disamping boleh enjoy . kelas berenang tu saya ambil dengan coach yang mengajar kanak-kanak berenang di sekolah rendah setia budi. rm120 seorang jika masuk adik beradik.kalau sorang rm150. diadakan setiap ahad setiap minggu pukul 11-12 tengahari. hujung mingguni misi mencari baju renang..yeayyyyy!!!! habis lagi duot mak oiiiii. šŸ’ƒšŸ’ƒšŸ’ƒšŸ’ƒšŸ’ƒ

saya masih tidak dapat menghadam kata2 kawan saya dik wan Nor Fadhilah 
" cinta tanpa syarat , baru hidup tenang dan tiada dendam"  dengar pun nak muntah. mungkin kerana hati saya sudah penuh dengan kesedihan dan saya tak pandai untuk membuangnya pergi. 

saya mengharapkan agar keluarga saya lebih bahagia dan anak-anak akan berjaya dalam akhlak, pelajaran dan hafazan...aminnnn


saya yang ingin mengubah diri untuk jadi ibu yang lebih bahagia.
no more toilet cries, no more heart bleeding, smoking, puting beliung atau sebagainya.. fooging jarang2 tu okla kot kan..mana ada hidup yang tiada bergolak.. macam fogging adies tu bolehhhhhhlaaa...huk huk huk 

Friday, September 7, 2018

Kandungan ke 9 dan anak ke 7

alhamdulillah, saya mengandung lagi untuk kali ke 9 selepas 2 kali keguguran pada tahun lepas dan awal tahun ini. kalau ada rezeki saya kali ini, anak no 6 lah..xbyk pun  kan..9 tu baru banyak..hehhehhehe


Semalam saya ke hospital Besar untuk scan dengan doktor pakar untuk mengesan sebarang masalah dengan bayi. alhamdulillah. 80% doktor pakar kata tiada masalah dengan bayi saya ini..alhamdulillah

tapi pedihnya mcm nk berdarah telinga saya ni bila diceramahkn oleh doktr. seorang doktor berbangsa Sikh . doktor perempuan. dia memarahi saya kerana tidak menjaga jarakkehamilan, katanya dari tahun lepas gugur, awl tahunni gugur lagi dan tak sampai 5 bulan sudah mengandung lagi sekali.. kamu mengandung 3 kali dalam masa 2 tahun berturut-turut. doktor bagitahu tentang kesihatan rahim saya, keadaan rahim kita megandung terlalu kerap dan juga kebarangkalian untuk bayi cacat makin naik persen nya selari dengan kenaikan umur bila menjangkau 35 tahun. seelokny, take care of your self, your body, your emotional, your womb. sudah-sudahla kerjanya duk menjaga orang lain. tiba masanya untuk jaga diri sendiri.

sememangnya kecatatan, kesihatan dan dll adalah daripada Allah. tapi kita juga diberi pilihan untuk merancang hidup kita agar hidup lebih sihat, lebih bahagia., rumah tangga dan anak-anak lebih terurus dan sebagainya.

so, lepasni kenalah pasang sesuatu.. yang terbaik adalah IUCD ataupun implan. yang laintu doktor pun xyakin kita boleh konsisten atau tak...welll....... kena ceramah kepada suami dulu ni bagi dia kasihankan kita dan faham ...

tapi suami kasihanke ke kitani ya.?????? hahahaahhaha

SUDAH BERKAHWIN TAPI MASIH TERJEBAK DENGAN BAHAN LUCAH?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh semua.

moga di hari Jumaatyang dingin sesudah hujan ini memberikan kita kesihatan, kenikmatan, kedamaian dan bertambah ketenangan di hati.

berikutan tajuk di atas, mungkin memanggil ramai pembaca yang "terjebak" ataupun "tidak terjebak"  utk membacanya.. alhamdululillah.... yang belum terjebak, alhamdulillah, tak perlu terjebak wlaupun dgn apa sebab sekalipun. kerana ada Hadis Rasulullah bermaksud,  NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.  jadi apa sahaja sebab untuk anda melihat, membaca, atau mengoogle banhan lucah adalah TIDAK BOLEH. dan JANGAN MULAKAN 

Ada beberapa kawan bertanya secara berseloroh kepada saya, boleh tak kita melihat atau membaca bahan lucah untuk menaikkan nafsu syahwat.  Sungguh ini adalah masalah biasa kepada pasangan yang sudah berkahwin kerana kita terikat dengan emosi, kepenatan kerja, hormon dan faktor umur. jadi kita mencari sesuatu agar perasaan kedinginan itu dapat di atas untuk memberi kebahagian kepada pasangan masing-masing. 

Kalau di google pasti jutaan jawapan sudah ada di dalam talian , dalam bentuk video mahupun tulisan daripada ustaz2 di seluruh dunia. tapi di sini saya ingin mengetuk pintu kesedaran semua tentang bahaya bahan lucah ini dari perspektif berbeza.

jika di tanya adakah ia akan membantu menaikkan keinginan kita?  jawapannya adalah YA< SANGAT BETUL. namun ada TAPINYA.....

- ia akan menyebabkan anda sukar untuk mecapai kepuasan bersama pasangan. Imaginasi anda akan terikat dengan apa yang anda baca sehingga keinginan anda untuk diperakukan seperti yang telah anda baca. ketahuilah yang di baca adalah tokok tambah dan khayalan semata-mata. kemampuan sebenar tidak mungkin mencapai tahap yg dibaca@ ditonton. anda akan berakhir dengan hampa. percayalah.

-ia juga akan menyebabkan anda terlalu ghairah sehingga uncontrol, dan ini juga akn membawa kepada kehampaan untuk mencapai kemuncak kepuasan seperti yang diharapkan. kerana keghairahan itu dipacu daripada ingatan benda luca, rembesan pelbagai hormon akan menjadi tidak terkawal sehingga mengganggu rasa anda. yang lagi soheh adalah  sudah tentu hilang berkatnya.. jika ditakdirkan ALlah kurniakan zuriat dengan asbab pada ketika itu, bolehkah kita bayangkan zuriat bagaimana yang akan dilahirkan nnti. bila anak besar dengan pelbagai masalah, degil, lawan cakap, sukar solat... itu bukan kesilapan mereka.  pokok pangkalnya kembali kepada induk yang m enghasilkannya. jalan berkat atau tidak.

- jangan terkejut jika kita ada terbaca bahan lucah boleh melemahkan otak .. percayalah. dan sekamin banyak bahan lucah yang dibaca@lihat, ketagihan akan makin menjadi2 . ia seperti ketagian dadah.. you want more and more.

- yang paling letih adalah, bila ingatan terhadap benda kotor itu mula mengejar anda ke mana sahaja anda pergi dan apa sahaja yang anda buat. ia lebih teruk dari dikejar hantu. emosi anda akan terganggu. jagan tak percaya ia juga akan muncul dalam solat anda saat anda mengadapa ALlah , di dalam sujud, rukuk, iktidal dan salam juga. tak malukah kita di depan Allah. Hadir di hadapannya dengan mengucapkan kata2 pujuan untukNya tetapi di dalam minda  seperti wayang benda lucah itu berputar. huhuuuhuhu. nauzubillah kan.


Maka, kembalilah kepada agama dan akhlak yang diajarkan oleh Rasulullah. mulakan dengan doa, harapan, dan sebagainya.. bukan dengan yang lain. 

jangan terkejut, berdoa bukan hanya masa nak minta anka pandai, anak malas mengaji, ada masalah duit dan sebagainya. Tapi untuk mencapai kepuasan juga perlukan doa sebenarnya dan jauhi benda2 yang tak elok.

maaf jika olahan ayat saya nampak sedikit lucah juga.


untuk lebih maklumat tentang kesan buruknya, boleh layari link ini.. keterangannya sangat bagus.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails