alhamdulillah, saya mengandung lagi untuk kali ke 9 selepas 2 kali keguguran pada tahun lepas dan awal tahun ini. kalau ada rezeki saya kali ini, anak no 6 lah..xbyk pun kan..9 tu baru banyak..hehhehhehe
Semalam saya ke hospital Besar untuk scan dengan doktor pakar untuk mengesan sebarang masalah dengan bayi. alhamdulillah. 80% doktor pakar kata tiada masalah dengan bayi saya ini..alhamdulillah
tapi pedihnya mcm nk berdarah telinga saya ni bila diceramahkn oleh doktr. seorang doktor berbangsa Sikh . doktor perempuan. dia memarahi saya kerana tidak menjaga jarakkehamilan, katanya dari tahun lepas gugur, awl tahunni gugur lagi dan tak sampai 5 bulan sudah mengandung lagi sekali.. kamu mengandung 3 kali dalam masa 2 tahun berturut-turut. doktor bagitahu tentang kesihatan rahim saya, keadaan rahim kita megandung terlalu kerap dan juga kebarangkalian untuk bayi cacat makin naik persen nya selari dengan kenaikan umur bila menjangkau 35 tahun. seelokny, take care of your self, your body, your emotional, your womb. sudah-sudahla kerjanya duk menjaga orang lain. tiba masanya untuk jaga diri sendiri.
sememangnya kecatatan, kesihatan dan dll adalah daripada Allah. tapi kita juga diberi pilihan untuk merancang hidup kita agar hidup lebih sihat, lebih bahagia., rumah tangga dan anak-anak lebih terurus dan sebagainya.
so, lepasni kenalah pasang sesuatu.. yang terbaik adalah IUCD ataupun implan. yang laintu doktor pun xyakin kita boleh konsisten atau tak...welll....... kena ceramah kepada suami dulu ni bagi dia kasihankan kita dan faham ...
tapi suami kasihanke ke kitani ya.?????? hahahaahhaha
No comments:
Post a Comment