moga di hari Jumaatyang dingin sesudah hujan ini memberikan kita kesihatan, kenikmatan, kedamaian dan bertambah ketenangan di hati.
berikutan tajuk di atas, mungkin memanggil ramai pembaca yang "terjebak" ataupun "tidak terjebak" utk membacanya.. alhamdululillah.... yang belum terjebak, alhamdulillah, tak perlu terjebak wlaupun dgn apa sebab sekalipun. kerana ada Hadis Rasulullah bermaksud, NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA. jadi apa sahaja sebab untuk anda melihat, membaca, atau mengoogle banhan lucah adalah TIDAK BOLEH. dan JANGAN MULAKAN
Ada beberapa kawan bertanya secara berseloroh kepada saya, boleh tak kita melihat atau membaca bahan lucah untuk menaikkan nafsu syahwat. Sungguh ini adalah masalah biasa kepada pasangan yang sudah berkahwin kerana kita terikat dengan emosi, kepenatan kerja, hormon dan faktor umur. jadi kita mencari sesuatu agar perasaan kedinginan itu dapat di atas untuk memberi kebahagian kepada pasangan masing-masing.
Kalau di google pasti jutaan jawapan sudah ada di dalam talian , dalam bentuk video mahupun tulisan daripada ustaz2 di seluruh dunia. tapi di sini saya ingin mengetuk pintu kesedaran semua tentang bahaya bahan lucah ini dari perspektif berbeza.
jika di tanya adakah ia akan membantu menaikkan keinginan kita? jawapannya adalah YA< SANGAT BETUL. namun ada TAPINYA.....
- ia akan menyebabkan anda sukar untuk mecapai kepuasan bersama pasangan. Imaginasi anda akan terikat dengan apa yang anda baca sehingga keinginan anda untuk diperakukan seperti yang telah anda baca. ketahuilah yang di baca adalah tokok tambah dan khayalan semata-mata. kemampuan sebenar tidak mungkin mencapai tahap yg dibaca@ ditonton. anda akan berakhir dengan hampa. percayalah.
-ia juga akan menyebabkan anda terlalu ghairah sehingga uncontrol, dan ini juga akn membawa kepada kehampaan untuk mencapai kemuncak kepuasan seperti yang diharapkan. kerana keghairahan itu dipacu daripada ingatan benda luca, rembesan pelbagai hormon akan menjadi tidak terkawal sehingga mengganggu rasa anda. yang lagi soheh adalah sudah tentu hilang berkatnya.. jika ditakdirkan ALlah kurniakan zuriat dengan asbab pada ketika itu, bolehkah kita bayangkan zuriat bagaimana yang akan dilahirkan nnti. bila anak besar dengan pelbagai masalah, degil, lawan cakap, sukar solat... itu bukan kesilapan mereka. pokok pangkalnya kembali kepada induk yang m enghasilkannya. jalan berkat atau tidak.
- jangan terkejut jika kita ada terbaca bahan lucah boleh melemahkan otak .. percayalah. dan sekamin banyak bahan lucah yang dibaca@lihat, ketagihan akan makin menjadi2 . ia seperti ketagian dadah.. you want more and more.
- yang paling letih adalah, bila ingatan terhadap benda kotor itu mula mengejar anda ke mana sahaja anda pergi dan apa sahaja yang anda buat. ia lebih teruk dari dikejar hantu. emosi anda akan terganggu. jagan tak percaya ia juga akan muncul dalam solat anda saat anda mengadapa ALlah , di dalam sujud, rukuk, iktidal dan salam juga. tak malukah kita di depan Allah. Hadir di hadapannya dengan mengucapkan kata2 pujuan untukNya tetapi di dalam minda seperti wayang benda lucah itu berputar. huhuuuhuhu. nauzubillah kan.
Maka, kembalilah kepada agama dan akhlak yang diajarkan oleh Rasulullah. mulakan dengan doa, harapan, dan sebagainya.. bukan dengan yang lain.
jangan terkejut, berdoa bukan hanya masa nak minta anka pandai, anak malas mengaji, ada masalah duit dan sebagainya. Tapi untuk mencapai kepuasan juga perlukan doa sebenarnya dan jauhi benda2 yang tak elok.
maaf jika olahan ayat saya nampak sedikit lucah juga.
untuk lebih maklumat tentang kesan buruknya, boleh layari link ini.. keterangannya sangat bagus.
untuk lebih maklumat tentang kesan buruknya, boleh layari link ini.. keterangannya sangat bagus.
No comments:
Post a Comment