Suatu ketika, saya sangat mengharapkan suami saya dapat menolong saya dalam kerja rumah , mengajar anak-anak mengaji dan dalam pelajaran anak-anak juga. saya juga bekerja dan selalu diuji Allah dengan sakit-sakit badan . mungkin kerana saya kerap jatuh dan lasak semasa kecil, ia memberi kesan kepada saya di waktu usia merangkak asar ini.
bila suami saya tidak seperti yang saya harapkan, ( biasala kan, byk duk tgk cerita melayu yang mcm dalam syurga kat tv tuuu), dengan anak 5 dan mengandung kali ke9 ( gugur 2, bersalin meninggal sorang), emosi yang tidak stabil membuatkan saya sangat stress. saya kemudian asyik mencari kesalahan suami dan kelemahannya. saya sering menangis sewaktu mandi. di bawah pancuran air saya menangis semahu-mahunya, berharap agar pancuran air dapat mengelap segala sakit hati dan duka hati, menghilangkan kesan sembab mata saya yang menangis serta wipe away sakit badan saya.
ia menjadikan saya lebih memendam dan dendam. sikap saya dengan anak-anak juga menjadi lebih garang, tiada masa mahu mendengar resahan hati anak-anak kerana hati saya sendiri berkecamuk menenangkan gelodak di jiwa.
saya terfikir sampai bila saya harus menyiksa jiwa saya. merosakkan emosi saya, memalitkan amarah saya kepada anak-anak yang sedang membesar???? tidak... saya tidak mahu anak-anak saya rosak kerana kemarahan dan dendam saya . saya perlu cari jalan untuk memperbaiki kesemua ini..untuk lebih bahagia bersama di dalam keluarga ini..jauh lagi perjalanan kami .. kami baru berusia 37 tahun dan ank2 pun sedang membesar.
langkah pertama, saya akan cuba menjimatkan tenaga saya dengan dryer sahaja baju dan semua pakaian jika saya tak mampu melakukannya. saya cuba untuk tidak lagi membebel atau menyuruh suami untuk melakukannya. perangai saya , saya akan minta tlg sekali sahaja, bila orang dah tak nak tolong, saya akan buat sendri tapi dalam hati, Allah sahaja yang tahu betapa hancurnya remuk redam hati ini dengan kemarahan dan kesedihan. kadang-kadang saya oleh jadi terlalu sedih dengan perkara yang kcil sahaja... mungkin keran akita sudah lama memendam kannn.. jadi saya tidak lg mahu ia berterusan merosakkan emosi saya. xlarat, saya dryer sahaja, lantaklah bil elektrik mencanak naik.. kalau rajin saya akan lipat. kalau xrajin saya akan guna sistem lambak dlm bakul dan atas katil bujang yg dah xguna ataupun hanger aja..melayut sanggut nya.. apapun2 xkisahlah. suami pun bukan heran bersepahke tidak..jadi dia xmarah. nak suruh buat, mungkin dia tak suka buat..jdi kita buat bila senang aja..
keduanya, saya dengan mengambil langkah menghantar anak ke kelas pro-huffaz. ia sebuah kelas mengaji al-Quran dan tahfiz. jadi steress saya akan berkurangan bila anak2 boleh tasmik hafazan dan betulkan tajwid dengan ustaz2 shj.. ia adalah kelas 2 x seminggu ..okla kan.. xperlu sakit hati bila kita penat, nak menyemak tasmik anak-anak lagi dan bila ayahnya tak mampu mengajar anak2 mengaji @ terlalu sibuk tgk hp..
ketiga, saya planning 11 10 ini, nak hantar nak2 belajar kelas berenang.tunggu nak saya habis UPKK dulu. jadual kelas tambahannya bertembung dengan jadual kelas renang. moga anak-anak lebih berani dan yakin diri disamping boleh enjoy . kelas berenang tu saya ambil dengan coach yang mengajar kanak-kanak berenang di sekolah rendah setia budi. rm120 seorang jika masuk adik beradik.kalau sorang rm150. diadakan setiap ahad setiap minggu pukul 11-12 tengahari. hujung mingguni misi mencari baju renang..yeayyyyy!!!! habis lagi duot mak oiiiii. 💃💃💃💃💃
saya masih tidak dapat menghadam kata2 kawan saya dik wan Nor Fadhilah
" cinta tanpa syarat , baru hidup tenang dan tiada dendam" dengar pun nak muntah. mungkin kerana hati saya sudah penuh dengan kesedihan dan saya tak pandai untuk membuangnya pergi.
" cinta tanpa syarat , baru hidup tenang dan tiada dendam" dengar pun nak muntah. mungkin kerana hati saya sudah penuh dengan kesedihan dan saya tak pandai untuk membuangnya pergi.
saya mengharapkan agar keluarga saya lebih bahagia dan anak-anak akan berjaya dalam akhlak, pelajaran dan hafazan...aminnnn
saya yang ingin mengubah diri untuk jadi ibu yang lebih bahagia.
No comments:
Post a Comment