Showing posts with label SKOOL. Show all posts
Showing posts with label SKOOL. Show all posts

Tuesday, November 9, 2010

1 nyawa sudah melayang


ASSALAMUALAIKUM SEMUA

Harap tak penat membaca coretan saya untuk kali kedua malam nie..ini bab bangunan baru 4 tingkat yang sedang giat dijalankan di sekolah saya...sekolah kat mana? heheheh xboleh bagitahu, nanti ada yang report kat pihak berkuasa pula...hik hik hik..janganlaaa dehh....

ini bangunannya






alkisahnya hari khamis lepas, sekitar pukul 5.30 petang, sebahagian warga sekolah dan guru-guru dikejutkan dengan tempikan seseorang (lelaki)....mungkin tergelincir...fikir kami....hari Jumaat keesokan harinya, terdengar desas desus mengatakan tempikan semalam adalah suara pekerja lelaki yang sedang mengecat bangunan itu. dia jatuh dari tingkat 4...semua bertanyakan keadaan hamba Allah itu, tapi taida siapa yang tahu.

hari ini pula, ada lagi desas desus mengatakan pekerja lelaki itu telah meninggal dunia dan dipercayai pecah kepala....Innalillahi wainna ilaii rojiunn......

tetapi berita ini tidak dihebahkan kepada orang ramai kerana tidak mahu sesiapa yang tahu...desas desus itu juga mengatakan bahawa kontraktornya idak melaporkan kepada pihak berkuasa kerana takutkan sesuatu..apakah itu? mungkinkah kontraktor itu mengambil warga asing yang tiada permit? mugkinkah kontraktor terbabit takut didenda ? Allahu a'lam.

kesianlah kalau kematian pekerja itu tidak terbela...dan iada wang pampasan yang diberikan kepada keluarga nya...tapi saya percaya kontraktor itu sudah berbindak sewajarnya seperti mengirim jenazah pulang dan memberikan wang pampasan, tapi hanya tidak mahu kecoh dengan pihak berkuasa barangkali.....

semoga rohnya tenang di samping orang-orang yang beriman..amin...


janganlaa pulak datang menghantui murid-murid kami nanti..husss....xsayang mulut betul saya !!!!!

MURID SUDAH HURAAY HURAAY

Assalamualaikum semua

peperiksaan akhir tahun sudahpun berlalu 2 minggu yang lalu. Murid-murid gembira dan senang hati ke sekolah kerana guru-guru tidak memaksa mereka belajar dan membuat latihan seperti biasa. guru-guru lagilaaa senang hati, tak perlu lagi berfikir untuk buat ABM (alat bantuan mengajar utk sesi pengajaran dalam kelas...hepiiiiii.

alkisahnya di sekolah saya, meja dan kerusi baru baru sampai dan berlambak-lambak.kawasan sekolah yang sempit dan pembinaan bangunan 4 tingkat sedang dijalankan degan giatnya..kini ...mengikut cokakan saya dah 60 peratus siap.

maka meja dan kerusi baru itu terpaksa disumbatkan ke dalam 3 kelas...murid-murid ke mana? sudah tentu ke dewan. maka guru-guru merangka program-program utk memenuhi masa murid-murid..tak lupa juga murid-murid lain yang berada dalam kelas (selain kelas yang dah jadi blik stor letak kerusi meja)....banyak lah mainan yang di bawa ke sekolah..guru disiplin pun pejam sebelah mata aja..asal jangan bawa benda yang merbahaya sudah...hahahhaha
kita layan gamabr2 di bawah


seremban...kita duu guna batu kerikil ajer...sekarang dah ada dibuat dgn kain, xnak bagi sakit tangan...



main kad..macam-macam kad ada


apa seketul tu? heheheh, tanah liat laa tue..hehhehe


inipun kad juga...macam2 cari budak2nie main, saya cuma berpesan jangan pertaruhkan duit aje....


apelaa budak-budaknie, bila dianya main apa, katanya nak test kelajuan kereta..siap berguling-guling lagi bila keteranya boleh terbang...tapi saya jugak yang kena marah dengan penyelia petang kerana membiarkan budak-budak terguling-guling atas lantai..alahai...

ok....nak buat entry lain plk...pasal bangunan sekolah saya yang dah makan 1 nyawa..hehehheh
sila ke entry bawah yer...jemput-jemput





Tuesday, March 30, 2010

LUKISAN MURID DARJAH 3

semalam saya dapat tiket bertuah.ha~ha~ha~ha~...tiket bertuah relief kelas 3G, sebab perhimpunan dibatalkan kerana hujan..maka dengan payah sekali kaki saya ,melangkah menuju ke kelas 3G di atas sana, tingkat 4...menggeletar lutut saya yang sedia capek dek sepanjang hari berdiri ......polisi cikgu cikgi hari ini tak boleh duduk bila belajar.ehhehehe kang kantoi kena saman, ada spy kementerian Pelajaran ke kat sini?!!!!! ehhehehe

Tapi disebalik peraturan itu, memang bagus pun untuk murid-murid...kalau cikgu yang ketot-ketot halus manis macam saya nie elok sangatlah kalau berdiri...jikalau duduk, murid-murid tak nampak.

sampai sahaja kat 3G, murid-murid tengah melukis...saya pun ape lagi..."ya murid-murid...ada 30 minit lagi untuk siapkan lukisan kamu ye.." saya berkata nada lantang....heheh, saya pun duduk sambil memerhati murid darjah 3G itu melukis.em, lawa-lawa jugak mereka melukis...setelah 10 minit memberi sedikit pendapat dan komen-komen yang saya sendiri tak tahu betul ke tak dari segi seni lukis nya...saya pun DUDUK di atas kerusi...sambung kerja *merait kertas soalan ujuin bulanan ...heheheh

sebagai hadiah tuan puan membaca coretan yang apa-apa entah ini, saya hadiahkan gambar-gambar lukisan 3G untuk makanan santapan mata geng bloger sekalian....yehaaaaa!!!!!!




No 1


no 2

no 3

no 4


NO 5

no6


no 7


no 8


OK, APE MACAM, LAWA-LAWA TAK...

Geng Blogger rasa gambar mana yang paling kreatif.....
saya akan membilang undi geng seklaian dan hari selasa nanti pukul 12 malam saya akan kira undian dan akan umumkan hasil undian geng sekalian.
hehehheheheh

_______________________________
NOTA KAKI:
MERAIT= menanda kertas jawapan/menyemak


Tuesday, February 23, 2010

ALAHAI ANAK MURIDKU....


korang penah dengar budak HYPER ACTIVE...yerlaaa, budak2 laaa ynag htper aktif nyer..kalau orang tua, xpanggil hyper aktif dah...panggil tak betul dah...

alkisahnya, nun kelas tahun 2, juga nun kedudukannya yang paling corot..biasalah, di kelas ini terkumpul pelbagai ragam murid bermasalah, masalah xberapa rajin, masalah tak berapa boleh tumpu, dan tak berapa dalam serba serbi lah....

yang sorang paling terkenal adalah Mohd XXXXX bin XXXX...punyalah aktifnya...pantang lepas pandang sikit...terus hilang....saya pun pernah kena....



tiba-tiba jer datang Puan Penyelia petang," cikguu.....awak sepatutnya kena bilang dulu anak murid yang ada dalam kelas...baru tahu siapa yang tiada...nie, saya jumpa anak murid awak...tengah bermain dalam taman Pra- sekolah....tolong tengok- tengok sedikit..."

hai, geramnyer saya kat budaktu....nampak makin kecil jer..geram nak tenyeh...jagi jemput-jemput...abg muaz 9anak sulungku suka makan..)..."tak pasal-pasal aku pulak yang kena....
dan Mohd xxxxx cume tersengeh-sengeh menunjukkan gigi rongaknya..

hari ini pula, saya tak nampak kelibat si dia di mana-mana sudut sekolah yang selalu dia memomteng...hati saya tertanya-tanya..bila time saya masuk kelas dia, saya nampak dia terbaring atas meja...apa hal plak nie...tak pernah-pernah buat posing macam nie...bila saya dekat..laaaa, dia tertidur rupanya..siap keluar air liur basi lagi...sambil mengeram...eh, panas betul kepala dia..demam panas nie..saya terus SMS guru kelas dia, bagitau keadaan dia...waktu rehat pun mohd xxxxx xkeluar makan, tidur ajer..kesian pulak...harap-harap mak dia datang cepat, bawa dia balik rumah...
tersentuh jua hati keibuanku...iyer laa.dgn anak murid nie...macam anak sendirilaa....marah-marah sayang...




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails