Tuesday, November 9, 2010

1 nyawa sudah melayang


ASSALAMUALAIKUM SEMUA

Harap tak penat membaca coretan saya untuk kali kedua malam nie..ini bab bangunan baru 4 tingkat yang sedang giat dijalankan di sekolah saya...sekolah kat mana? heheheh xboleh bagitahu, nanti ada yang report kat pihak berkuasa pula...hik hik hik..janganlaaa dehh....

ini bangunannya






alkisahnya hari khamis lepas, sekitar pukul 5.30 petang, sebahagian warga sekolah dan guru-guru dikejutkan dengan tempikan seseorang (lelaki)....mungkin tergelincir...fikir kami....hari Jumaat keesokan harinya, terdengar desas desus mengatakan tempikan semalam adalah suara pekerja lelaki yang sedang mengecat bangunan itu. dia jatuh dari tingkat 4...semua bertanyakan keadaan hamba Allah itu, tapi taida siapa yang tahu.

hari ini pula, ada lagi desas desus mengatakan pekerja lelaki itu telah meninggal dunia dan dipercayai pecah kepala....Innalillahi wainna ilaii rojiunn......

tetapi berita ini tidak dihebahkan kepada orang ramai kerana tidak mahu sesiapa yang tahu...desas desus itu juga mengatakan bahawa kontraktornya idak melaporkan kepada pihak berkuasa kerana takutkan sesuatu..apakah itu? mungkinkah kontraktor itu mengambil warga asing yang tiada permit? mugkinkah kontraktor terbabit takut didenda ? Allahu a'lam.

kesianlah kalau kematian pekerja itu tidak terbela...dan iada wang pampasan yang diberikan kepada keluarga nya...tapi saya percaya kontraktor itu sudah berbindak sewajarnya seperti mengirim jenazah pulang dan memberikan wang pampasan, tapi hanya tidak mahu kecoh dengan pihak berkuasa barangkali.....

semoga rohnya tenang di samping orang-orang yang beriman..amin...


janganlaa pulak datang menghantui murid-murid kami nanti..husss....xsayang mulut betul saya !!!!!

3 comments:

Srikandi said...

Assalamualaikum...

kesian kan pekerja tu...sib baik bkn pelajar yang jatuh.


p/s: buat saya meremang bulu tengkuk jer...hihihi

Ummi Maryam said...

Salam,

kesiannya pekerja itu, terbayang macam mana kalau dia ada anak bini? tentu sedih famili dia. mati juga xmengira tempat, atas katil pun boleh mati kalau dah sampai ajal...insaf juga.

Fazlinil Irma said...

al-fatihah. buat yg pergi. wpun berlainan bangsa. tetapi tetap saudara islam.

ajal maut Allah yg tentukan. cumanya seram la jugak bila akak buat statement ayat akhir tu.

harap2 tak berlaku. kang jenuh ustaz nak rawat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails