Sunday, November 7, 2010

Lama Tak Dengar Kuliyah Agama

Assalamualaikum

sudah lama benar saya tidak berada dalam majlis kuliyyah agama
*
*
*
eh,eh, bukan ke stiap hari ke dengar ustaz mengajar dalam youtube.....pergi sekolah kawan-kawan memberi pesanan dan peringatan yang baik?
*
*
*
emmm...yerlaaa....betul juga...setiap hari sebenarnya saya telah mendengar tazkirah, cuma terasa rindu hendak menjengar ustaz mengajar secara live, tanpa disibukkan dengan gangguan anak-anak....rindu pada zaman anak dara dahulu di tanahtumpah darah saya..negeri serambi mekah...setiap pagi jumaat saya akan bersama ayah, ummi dan adikberadik pergi dengar Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat mengajar .kini tidak lagi...duduk dengan anak-anak aja kat rumah kalau musim cuti sekolah. terasa best dan tenang sahaja hati bila ke masjid wilayah petang kelmarin, mendengar kuliyyah magrib live dari seorang ustaz...
*
*
*
anak-anak?
ehheheh, suami yang tolong tengok-tengokkan di tingkat bawah. tak boleh bawa masuk ke ruangan solat, budak-budak biasalah, tak berhenti-henti berlari dan menjerit.Terasa tenang dan selesa sekali...aircond yang sejuk heheheheheheh, tenang dan damai...sambil mendengar kuliyyah...emmmmmmmmm sungguh damai


tapi sekejap ajer dalam 15 minit saya dalam keadaan begitu, terus turun untuk pulang, anak-anak dah merengek2 nakkan mama,msg abahnya.

antara mutiara yang saya kutip adalah 2 makam untuk menuju kepada kasih sayang Allah...

permulaannya , kitahendaklah mencapai makam TAUBAH
kita hendaklah bertaubat @membersihkan diri dari segala dosa kita, kerana itu adalah syarat Allah akan terima pengabdian kita. banyak contoh, nabi Muhammad walaupun sudah dibelah dadanya sewaktu kecil,tetapi Allah telah menghantar lg malaikat utk belah dada dan membersihkan hati Baginda sejurus sebelum berangkat ke isra' mi'raj
nabi Musa juga begitu, ketika menghampiri wadi situa,(ketika ingin mencari api untuk keluarganya) Allah menyuruhnya membuka sepatunya kerana baginda berada dalam tempat suci.jadi kita sebagai hambanya mesti bertaubat dahulu sebelum membuat ibadah-ibdah lain

makam ke dua...selepas bertaubat, kita hendaklah MAKAM SABAR
bersabar ada 2 jenis. yang pertama dan paling senang adalah BERSABAR-untuk menahan diri dari melakukan maksiat.sakitnya hanya sekejap.contohnya ingin mencuri..tetapi tahan nafsu supaya tak mencuri...sekejap sahaja kita bersaBar. yang kedua dan paling payah adalah BERSABAR dalam membuat sesuatu kebaikan dan istiqamah dalam melakukannya. itu sahaja mutiara yang saya kutip dalam malis ilmu petang kelmarin...Allahu a'lam, kalau ada yang saya tersalah faham, bolehlah kawan-kawan betulkan.
sekian yea....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails