Friday, January 29, 2010

tazkirah sedikit untuk perempuan yang bergelar isteri dan ibu

Air mata kehidupan

Suatu ketika, seorang anak bertanya kepada ibunya, Ibu, mengapa ibu menangis?
Ibunya menjawab, Sebab ibu adalah perempuan, nak. Saya tak mengerti ibu, kata si anak. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. Nak, kau memang tak akan mengerti…

Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. Ayah, mengapa ibu menangis? Ibumu
menangis tanpa sebab yang jelas, sang ayah menjawab. Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan.



Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis? Dalam mimpinya ia
merasa seolah mendengar jawapannya:

Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap
berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar.

Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam
kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan
menyedarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya, Kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun ia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan.

Doa seorang isteri....amin

Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititian Mu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi ya Allah…
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaan Mu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu

Ya Allah…
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk Mu
Aku buta tanpa bimbingan Mu
Aku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan Mu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha

Hanya pada Mu, Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan dunia Mu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu

Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang soleha
Isteri yang sentiasa dihati

Amin, Ya Rabbi Allamin…….


Takutnye dengar barangan Halal dan haram tak dapat di pastikan kesohehannya...kan

Tuan, saya sering menerima email yang menyatakan bahawa "These Emulsiers are HARAM , 120, 141, 160(A), 161, 252 300, 301,
422, 430, 431, 433, 435, 436, 441, 470, 471, 472 (A.E), 474, 475, 476, 477, 481, 482, 483, 491, 492, 494 , 542, 570, 572, 635, 920, RENNET IN CHEESE OF ANIMAL ORIGIN IS HARAM TOO UNLESS OTHERWISE STATED." Adakah ini benar? Banyak makanan yang dijual di supermarket mengandungi bahan-bahan di atas.

Satu lagi, terdapat banyak pinggan mangkuk jenis bone china dijual di Malaysia, bolehkah orang Islam menggunakannya, sebab setahu saya pinggan mangkuk jenis ini mengandungi tulang binatang dan jkalau ianya barangan import, adakah tulang yg digunakan datang daripada binatang yang halal?

Harap pihak tuan dapat menjelaskan perkara di atas.

Terima Kasih. Wassalam
assalamualaikum, untuk makluman, bagi bahan makanan/perasa/emulsifier yang bertanda e-coded seperti E 471, E 122 dan lain-lain adalah berkemungkinan ianya haram atau halal dengan merujuk terlebih dahulu kepada sumber yang digunakan dalam penghasilan bahan-bahan tersebut. Merujuk kepada E 471 (bahan emulsifier makanan), ia mempunyai 2 kemungkinan iaitu boleh diperbuat dari bahan yang halal atau haram. Oleh sebab itu bagi sesetengah makanan yang diperbuat di Malaysia, yang telah disahkan halal oleh JAKIM tetapi terdapat penggunaan E471, diharap para pengguna tidak panik kerana JAKIM telah memastikan bahawa bahan tersebut adalah bersumberkan kepada bahan yang halal. Emulsifier 471 boleh diperbuat dari sumber lemak haiwan dan sumber lemak tumbuhan, bagi produk import atau luar negara, pengguna Muslim perlulah berhati-hati kerana tidak ada pengesahan yang dapat dibuat bagi menentukan kehalalan bahan tersebut, tetapi selagi produk itu diperbuat di Malaysia dan telah mendapat pengesahan halal JAKIM, insya-allah produk/bahan tersebut telah dikenal pasti dari sumber yang halal walau pun menggunakan kod yang sama dengan bahan yang dikhuatiri haram.
29 September 2004

tengok kat http://halalguide.org/Beberapa_pengesahan.html

Makanan Keluaran Apollo Haram di makan????


DAPAT DARI EMAIL...


Makanan Keluaran Apollo HARAM dimakan !


Kepada semua pengguna2 Muslim,
Saya ingin menasihati anda semua supaya berhenti membeli semua
keluaran Apollo Food Industries terutamanya ibubapa yang selalu
membeli makanan
seumpama layer cake, choco stick dan sebagainya yang selalu keluar
iklan |di TV . Kejadian ini berlaku kepada saya sendiri.
Saya selalu juga membeli apollo layer cake dlm kuantiti yg banyak
untuk anak2 saya sebagai makanan ringan. Anak2 juga selalu mendapat
product
Apollo setiap kali ada majlis harijadi disekolah (goodie bag yg
| disediakan oleh parents kepada birthday girl/boy tersebut).
Selama ini saya ingatkan product Apollo ni HALAL sebab keluar kat
| TV..kalau tak halal, takkan TV boleh lepas ye tak?
Nak jadikan cerita, suatu hari, saya membeli APOLLO CHOCOLATE LAYER
| | CAKE yg plastik pembungkusnya berwarna kuning . Anak2 sempat makan
sorang
satu. Entahlah, sudah menjadi tabiat saya, suka membaca ingredient yg
tertera pada pembungkus makanan, hatta ubat gigi, syampoo dan sebagainya,
saya
|juga suka membaca. Mungkin saya mengambil langkah berjaga2 agaknya.
Tetiba saya terpana bila apa yg saya takuti akhirnya terjadi kepada
saya & keluarga sendiri... APOLLO layer cake yg saya beli mengandungi
Emulsifier 471, yg kita sudah maklum, mengandungi unsur babi..
Astaghfirullah...Astaghfirullah... Astaghfirullah.. banyak kali saya
beristighfar,
kerana anak2 saya sudah memakan cake tersebut.
Saya terus memberitahu mereka supaya jgn lagi memakan APOLLO... APOLLO
HARAM DIMAKAN !
Saya sertakan SCAN FILE pembungkus APOLLO yg saya maksudkan... Maaflah
kerana Black & White kerana saya x ada scanner kaler.
Saya harap kawan2 sume tolong sebarkan kepada jiran2, kawan2 seagama
supaya memesan kepada anak2 kita, jgn lagi memakan product apollo
ini.. Bukan saja Apollo Chocolate layer cake, tapi kita patut BANNED semua
product keluaran APOLLO kerana semua productnya dikilangkan dikilang
yg sama, mesin yg sama, bercampur yg halal dan haram...

Yang buat saya paling sedih, Ada logo HALAL pada plastik pembungkus

APOLLO tersebut...

Marilah kita sama2 membenteras penipuan ini dan semoga Allah ampunkan

dosa2 kita yg telah termakan benda haram ni...

Emulsifiers yg HARAM:

120,141,160(A),
161,252,300,301,422,430,431,434,435,436,441,470,471,472 |
(AE),473~477,481~483,491,494,542,570,631,635,920 beur & RENNET...

Thursday, January 28, 2010

Adakah anak anda suka kencing malam?

Faqihah kencing ats katil lagi?????, saya tanye faqihah sambil membulatkan kata seluasnya kepada dia...faqihah berundur gerun, risau kalau-kalau saya mencubit pahanya. sitap malam anak saya itu akan kencing atas katilnya. kalau bukan sekali, dua kali. walaupun saya sendiri bangun tengah malam meenggerakkannya bagun kencing. mujur adik seorang yang senang bangun walaupun dengan rungutan kecil dari bibir munggil itu. saya tersenyum sendiri mengenangkan kelatah anak dara sunti saya yang baru menginjak 3 tahun.

malam ini, say terbaca satu artikel dari blok Dr. Azwan tentang anak dan masalah suka kencing ini. di sini sedikit mengenainya:


Masalah pundi kencing aktif lazimnya dialami budak perempuan

PUNDI kencing yang aktif bukan hanya masalah golongan dewasa sebaliknya turut dialami sebilangan kecil kanak-kanak terutama kanak-kanak perempuan. Umumnya, walaupun masalah pundi kencing aktif di kalangan kanak-kanak dan dewasa adalah sama, tetapi faktornya pula berbeza.


Pakar Runding Pediatrik, Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam di Selangor, Dr Varughese Koshy, berkata ada tiga simptom kompleks yang menandakan kanak-kanak itu mengalami masalah pundi kencing aktif.


Pertama, kekerapannya membuang air kecil (lebih tujuh kali) sehari, rasa terdesak hendak membuang air kencing dan kerap terkencing.

"Umumnya kanak-kanak memang kerap kencing, namun mereka yang berhadapan dengan masalah pundi kencing yang aktif akan kencing lebih kerap dan selalunya terkencing sebelum tiba di tandas," katanya.


Pundi kencing yang aktif bukan masalah yang besar. Ini kerana ia akan pulih dengan sendirinya selari dengan peningkatan usia. Apabila kanak-kanak itu berusia 12 ke 13 tahun masalah ini akan berkurang dengan sendirinya.


Malah, kekerapan masalah ini adalah 13 peratus di kalangan kanak-kanak berusia empat tahun, tujuh peratus di kalangan kanak-kanak berusia lima tahun dan lima peratus di kalangan kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas.


Jelas Dr Varughese, jika masalah itu disebabkan oleh keadaan yang tidak diketahui (idiopathy), ia akan pulih dengan sendirinya. Namun jika faktor penyebabnya adalah kencing kotor, sembelit atau masalah saraf, kanak-kanak itu memerlukan pemeriksaan lanjut.

"Jika masalah pundi kencing aktif itu berpunca daripada kencing kotor atau sembelit, doktor akan memberi ubat untuk menangani masalah berkenaan. Apabila masalah kencing kotor atau sembelit diubati, kanak-kanak itu secara automatik tidak lagi berhadapan dengan pundi kencing aktif," katanya.

Dr Varughese berkata, bagi kes sembelit, najis akan mengisi usus belakang dan ruang kencing yang kemudiannya menekan pundi kencing menyebabkannya kerap berasa mahu kencing.


Selain itu, pundi kencing aktif juga mungkin berpunca oleh otot dalam pundi kencing itu sendiri. Otot yang dinamakan 'otot detrusor' sepatutnya 'berehat' bagi membolehkan pundi kencing berfungsi. Apabila anda kencing, ia mengecut bagi mengeluarkan semua air kencing. Namun, bagi sesetengah orang, otot itu lebih aktif berbanding orang lain dan lebih sensitif menyebabkan rasa kencing yang sangat kerap.


Faktor pundi kencing yang aktif mungkin disebabkan masalah neurologi. Misalnya kanak-kanak yang berhadapan dengan masalah saraf seperti seraberal palsi. Bagaimanapun masalah kencing disebabkan kerosakan saraf tidak boleh pulih dengan terapi kerana ia masalah berkekalan. Selain itu pengambilan terlalu banyak kafein juga boleh menyebabkan kekerapan membuang air kecil.

"Kanak-kanak yang berhadapan masalah ini biasanya dalam lingkungan usia enam ke sembilan tahun. Kanak-kanak akan dapat mengawal pundi kencing sepenuhnya pada usia antara empat dan enam tahun. Walaupun ada kanak-kanak yang boleh mengawalnya pada usia lebih awal, tetapi secara umum, mereka akan dapat mengawal pundi kencing sepenuhnya pada usia empat tahun," katanya.


Justeru jelas Dr Varughese, kes pundi kencing aktif biasanya dikesan selepas usia itu. Malah 25 peratus daripada mereka yang mengalami masalah pundi kencing aktif juga berhadapan dengan masalah kencing malam.


Bagaimana menangani masalah ini?

1) Ajar anak mengawal pundi kencing. Setiap dua ke tiga jam, tanya sama ada dia mahu membuang air kecil.

2) Ada juga kanak-kanak yang tidak membuang air kencing sepenuhnya biarpun selepas kencing. Selepas membuang air kecil, pastikan dia membuang air kecil sekali lagi bagi memastikan tiada lagi lebihan air kencing mengisi pundi kencingnya.

3) Bagi mengajar anak mengawal pundi kencing, ibu bapa perlu lebih bersabar. Apabila bersantai atau membeli belah, ketahui kedudukan tandas bagi memastikan anak anda tidak terkencing sebelum sempat sampai ke tandas.

Fakta: Simptom anak alami masalah pundi kencing aktif

# Kekerapan membuang air kecil (lebih tujuh kali) sehari

# Keinginan atau terdesak hendak membuang air kencing

# Kerap terkencing
# Selalunya terkencing sebelum tiba di tandas.


Kekerapan masalah

# Kira-kira 13 peratus di kalangan kanak-kanak berusia empat tahun

# Kira-kira tujuh peratus di kalangan kanak-kanak berusia lima tahun

# Lima peratus di kalangan kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas.


Moral of the sory nya..kalau anak-anak kita terkencing malam di atas sofa empuk, permaidani tebal, katil kita...ewah-ewah..lenggang mak minah jerlaaaa kiat sambil jemur tempat kencing dia tu (selepas di basuh tau!!!), jangan dimarahi...kesian dia..bukan slah dia..salah pundi kencing nya tu


emm..bercakap pasal basuh tempat kencing anak nie kan....bagaimana anda memasuh kencing anak anda jika najisnya itu di atas karpet....nie suami saya yang selalu buat..orang adik beradik ramai...banyaklah pengalaman tentang kencing, terkencing dan kecemasan nie. suami saya akan jirus tempat kencing itu dengan air panas dan...taun puan bolehlah buat acara lompat katak di atasnya beberapa kali...kemudian jirus lagi sampai 3 kali.. lompat lagi...tapi berhati-hati sebab saya selalu kena..panasnya aduhai...xnak panas tapak kaki..kita bleh pinjam tapak kaki katak...kui...kui..kui..(sempat lagi melawak)
insya-Allah, bau akan hilang..najisnya...Allah a'lam lah...


apa pendapat kawan2 nyer? saya tak beraninak bagi hukum..takut slaah pula

Tuesday, January 26, 2010

Anakku liat benar ke sekolah




Muaz, anak sulung saya amat liat sekali ke sekolah. Boleh dibilang berapa kali sahaja dalam 1 minggu dia tak menangis waktu pagi bila dikejutkan. kadang-kadang naik marah juga dibuatnya..kepada kawan-kawan yang melalui masalah yang sama....mungkin tercari-cari penyelesaian kepada masalah anak-anak kita ini...dan mungkin juga ramai yang ingin berkongsi pendapat tentang cara-cara menangani masalah anak kita yang tidak mahu ke sekolah..asyik kata nak cuti aje.

Saya ada meninjau sedikit website yang mungkin memberi kita idea....

anda semua boleh rujuk ruangan website yang saya telah lampirkan di sebelah kanan ya.

atau bolehlah membaca di sini..

antara langkah-langkah yan boleh kita ambil..(nanti saya cuba dulu..kalau menjadi..saya bagitau..heheh)

1. First of all talk to your children & let them know that school is not something scary. They will learn a lot as well as have a lot of fun. The teachers like parents take care of them and teach them what is right and what is wrong. They get to make lots of friends. We should try to get the child relieved of this insecure feeling. Start talking to them about school ahead of time so they can be ready to face the situation with confidence.


2. If you can talk to your child and identify what exactly the child is scared of, that would be really great. You can find a solution that is agreeable to both you & your child and get rid of the fear. Make sure that the child understands that you are there to help whatever the problem may be.


3. Day cares/Preschools/Montessori are of great help. Children who start day care or preschool at a young age will get used to staying away from parents, playing with other kids and they may not have a tough time transitioning to kindergarten. Most parents start preschool for for about 2-3 hrs and when the child gets used to it they increase the time.


4. If there are other children in the neighborhood going to the same school, have the children meet in advance and may be even have a play day so they have a familiar face in school.


5. Take the child to school before the school starts so they get familiar with the surroundings. If possible, have them meet the teacher too. That will be of great help because they will not have too many strangers on the first day of school.


6. Do not drop them & leave immediately on first day of school. You could wait for sometime until you feel that your child is comfortable and let them know that you will come as soon as the school is over & pick them up. May be even come during lunch time for the first few days.


7. If there is an older sister/brother in the same school, it should be easier for the younger ones. They get a feeling that they have someone around to help them.


Wednesday, January 20, 2010

alahai anak kedua ku


anak kedua mama, mama namakan Faqihah-orang yang serba tahu dengan mendalam.masa belah mulut dulupun dengan orang tahfiz dan warak sekali, dengan harapan fqihah membesar mengikut jejak langkahnya, ataupun paling tidak,menjadi muslimah solehah dan berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat...amin

Lahirmu kedunia disaat mama terdesak mencari pekerjaan dalam sektor kerajaan.Kehadiranmu di dalam rahim mama tidak mama rancangkan kerana umur abang sulungmu pada waktu itu baru mencecah 8 bulan. menanti kelahiranmu amat mendebarkan sekali kerana tarikh lapor diri ke Maktab dengan opsyen j-QAF amat memerlukan mama melahirkanmu secepat yang mungkin. maka jalan yang paling baik adalah memaksanya keluar (induse)sudah cukup bulan dan matang dan lebih due..cume faqihah tak mahu keluar lagu)

alahai anak ke duaku, Faqihah, kelahiranmu membuat mama gembira sekali.tetapi dalam kesedihan diantara mencari pekerjaan dan menyusui mu, mama terpaksa meninggalkanmu sementera waktu bersama tok umi..bukan mudah untuk mama meningalkan mu di usia 15 hari dalam berpantang, mengheret kaki yang masih lemah, melapor diri ke maktab dengan susu ibu yang menitik sepanjang masa bersama leraian air mata terkenangkanmu,anakku..namun demi masa depan kita sekeluarga....mama gagahi jua.

duhai kasihan anakku Faqihah,
8bulan dalam jagaan Tok umi, mama amat bepuas hari. tok umi menjagamu dengan penuh kasih sayang dan perhatian. karenah zaman bayimu amat memenatkan tok umi yang sudah tua dan mengidap (penyakit sukar tidur malam jika melepasi pukul 12), namun katanya, dirimu amat mencuit hati dan membahagiakan.

bila mama sudah keluar maktab dan sudah dipostingkan, ama amat merinduimu. mama terpaksa memujuk tok umi agar dapat mengambilmu semula.di saat ini sekali lagi mama serba salah.antara kasihankan tok umi, kasih seorang ibu dan kerinduan abah, mama terpaksa memujuk tok umi agar menyerahkan dirimu kembali kepada mama..alhamdulillah tok umi amat memahami hati seorang ibu, kerana dia jua seorang ibu.dalam kepayahan dan kesedihan, dirimu tok umi hantarkan kembali kepangkuan mamake Kuala Lumpur bila genap usiamu 8bulan...sekali lagi deraian air mata memecah kesebakan dada mama dan tok umi dikala mahu berpisah.

alangkah bahagianya mama melihat badanmu yang gempal dan pipimu mulus nan cubby...berkat kasih sayang tok umi...sehingga sekarang mama tidak mampu untuk menjaga dirimu sebaik tok umi.setelah mengambilmu dari tok umi...mama berusaha sedaya upaya untuk membesarkanmu seperti tok umi.penuh dengan kasih sayang danjagaan.namun...mama tak mampu.....dengan bebanan tugas sebagai seorang guru dan rumah tangga,mama kelam kelibut menguruskan hal2 yang mama sendiri masih terhantuk-hantuk sendiri....mungkin dirimu merasa terabai. ditambah pula dengan kehadiran baby asmak ketika usiamu 2tahun 5bulan.masa mengandungkan baby asma', mama mula kepenatan dan dirimu mama anggap sudah besar dan boleh berdikari sendiri. nasib baik dirimu adalah seorang anak yang pintar dan cepat menyesuaikan diri.pada usiamu 2 tahun, sudah tidak mahu pakai pampers,nak buang air dan basuh sendiri, suka makan dan minum sendiri..buat mama lega walaupun penat sedikit dalam proses mengajarkan semua itu kepadamu

kini setelah kelahiran asma'. rasanya mama makin garang dan tegas terhadapmu..maafkan mama. mama kehilangan masa berharga untuk bergurau dan membelaimu. mama terlalu ego dan kepenatan untuk melayan karenahmu. sudah tentu dirimu merasa kehilangan kasih sayang dan perhatian mama. mungkin dirimu merasa terhimpin diantara kasih mama kepada anang dan baby, maka sekarang faqihah banyak membuat karenah yang menguji kesabaran mama. setiap hari mama berdoa kepada Allah agar dikurniakan kesabaran dan kecekalan untuk membsar dan mendidik anak-anak mama.mama nerjanji pada diri mama setiap hari agar dapat memberikan semua kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada semua anak-anak mama

tetapi jika terkadang mama marah atau mendenda kamu. mama memohonmaaf kerana kelemahan dan ketidaksabaran mama. cuma mama berharap dirimu akan membesar menjadi muslimah solehha dan akan melukan segala kegarangan dan ketegasan mama semasa mendidiki mu di masa kecil.

Monday, January 18, 2010

Sedikit manisan untuk iman


MAKANAN DAN MINUMAN UNTUK AHLI NERAKA.

Saya mendengar kuliyah yang disampaikan oleh Ustaz Azhar Idrus dari Terengganu, amat menggerunkan sekali…terfikir dan teringat semula tentang solat yang selalu saya tunaikan dipenghujung waktu…aduh…menakutkan sekali….
Selama 70 ribu tahun ahli-ahli neraka merayu Malaikat Zabaniah..tetapi tidak dilayan olehnya. Maka ahli neraka mengadu kepada Allah akan hal itu. Maka Allah memerintahkan malaika Zabaniahh mendengar rayuan ahli neraka. Maka Malaikat pun bertanya apakah yang kamu mahu sehingga mengadu kepada Allah..maka ahli-ahli neraka meminta untuk meminum seteguk air, maka Malakatpun memberikan minumam dan makanan yang dipinta itu.
Minuman daripada:

Hamim- air tembaga. Bila hendak mengambilnya sahaja, akan luruh isi-isi tangan tingal tulang temulang, baru nak angkat, jatuhlah mata kerana terlalu panas, bila menelannya luruh segala isi perut.
Air mayat- air busuk yang kleua daripada mayat. Macam mayat yang pada hari ketiga akan keluar air busuk.bila meminumnya akan mengelupas kulit-kulit mereka itu.orang yang memakannya adalah daripada golongan orang yang tidak menutup aurat.

Makanan daripada buah Zarqum. Buah berduri yang pokok yang tumbuh di dalam neraka. Kalaulah buah Zarqum itu dipotong sedikit dan diletakan di dunia, nescaya akan musnah segala pokok dan manusia di dunia ini kerana kepanasannya.bila memakannya, maka cairlah gusi dan keluarnya api dari mulut pemakannya. Jatuhlah daging-daging badan mereka.

Bercakap tentang buah Zarqum ini..saya teringat kuliyah masa belajar di UIA dulu…lupa pulak nama ustaz say aitu, namun peristiwa tentang buah Zarqum itu tetap saya ingat…..sedikit sebayank yang saya ingatlaaa..kalau ada yang tersalah, silalah pembaca betulkan ye…

Abu Jahal pada zaman Rasulullah adalah adalah sebuah nama gelaran. Gelaran ini diberi kepada bapa saudara nabi Muhammad. Nama sebenarnya adalah Umar….iyee..saya tahu, mesti korang tekejut skitkan..mesti korang kata..eh….Umar tukan sahabat Nabi tu…iye..memang Umar tu adalah name salah seorang sahabat nabi…tapi nama Umar pada zaman Nabi Muhammad dulu, ada 2 orang…seorang sahabat nab, sorang lagi Umar…tapi setelah 1 peristiwa ini…orang pun memanggilna abu jahal kerana kejahilannya tentang buah Zarqum…salah seorang pemuda mendengar percakapan Nabi Muhammad tentang buah Zarqum tetapi tidak tahu apakah jenis buah itu, lalu dia berjumpa dengan bapa saudara nabi(umar)

oleh kerana ingin dikenali orang yang bijak dan serba tahu, bapa saudara nabi pun kata..alaaaa, buah Zarqun tu…aku pun pernah makan..buah yang sangat sedap.maka sampailah khabar itu kepada Nabi Muhammad…maka Nabi pun menjelaskan bahawa buah itu adalah makanan ahli neraka yang bila memakannya semua isi perut akan luruh..maka malulah bapa saudara nabi dan penduduk mekah pada masa itu menggelarkannya abu jahal atau jahil.

Satu lagi perkara yang dah biasa dengar tetapi xberapa pasti hukumnya. Ustaz Azhar idrus ini juga ditanya tentang menceraikan isteri ketika sedang marah. Jawapannya jatuh talaknya kerana sememangnya orang yang menceraikan isteri ketika sedang marah.mane ada orang ceraikan isteri ketika sayang, kecuali tak sengaja ketika di (cokek)bahasa orang timur(geletek), atau orang mengigau,orang yang dipaksa atau orang yang gila atau sasau….Allahu a’lam..semoga dijauhkan dari kita semua.

Saturday, January 16, 2010

mandi manda di Bukit Lagong.

pagi Sabtu nie, anak-anak ajak abahnya pergi mandi kat kolam. tu penangan menonton cerita kartun semalam...nampak kartun mandi kolam. Abang Muaz pun mulalah memasukkan barang mainannye ke dalam beg..katanya nak bawa kat kolam....aku pelik..tapi biarlah ...asal dia gembira dan duduk diam atas kereta.sampaije kat air terjun bukit lagong tu...ape lagi ,menangislah dia...katanya nak pegi kolam, bukan air terjun..mengamuklah dia,tak nak turun..alaaaa, bukan boleh tahan lama, melihat adiknya mandi dengan gembira..diapun terjun sekali. aku risau juga bawa baby kecil nie. orang kata tempatnya keras.

suami kawan akupun pernah kena. kebas sebelah badan. sampai ke kelantan berubatnya, alhamdulillah sembuh. ustaz tu kata suami kawan tu terpijak rumah benda yang duduk kat situ.

Faqihah sungguh berani.macam-macam gaya berenang dia cuba. meniarap, terlentang, gaya tidur,kuak lentang,kuak kupu-kupu...semua dia try. alaaa, air nye setakat betis aje. tapi si abangnya punya penakut, xnak dudukpun dalam air..abahnya terpaksa menyiram air menggunakan gelas ke kepalanya,kalau tak, sampai ke sudah tak basah badannya. baby Asma' pula kerjanya nak makan pasir,pantang sentuh air dengan tangan, terus masuk ke mulut..lagaknya macam nak try air tu manis ke masin kot..heheh

aku pula sebenarnya tak nak mandi dan basahkan baju. tandas kat situ tak selesa, terlalu kotor dan berbau. tapi abah memang saje jer simbahkan air dan jirus air dengan menggunakan gelas ke kepala mam. alang-alang sudah basah, mama pun apa lagi, menyelam treus..burrrrrrrrrrrrrr...sejuk menggiggit tulang. sampai berdengung telinga oleh kesejukannya.

sebelum anak-anak menjejakkan kaki ke dalam air, aku cuba membaca 3 QUL, ayat Kursi dan meminta untuk bermandi manda,harap dapat berkongsi tempat sebab semuakan ciptaan Allah..aku bercakap-cakap sendiri..alhamdulillah..kami semuanya selamat dengan kuasa-Nya.

lebih kurang 2jam bermandi manda, mulut Faqihah pun dah biru dan mengiggil, kamipun berkemas untuk pulang.
.


sambil-sambil mandi..abah dia snapp dua tiga keping
gambar...nai dulu ye...xsempat nak upload lagi

Monday, January 11, 2010

antara 2 biji gula-gula

Faqihah dan Muaz, abangnya pulang dari taman petang Ahad lalu dengan abahnya...sambil menghayunkan plastik kecil berisi aiskrim yang dibeli di kedai Indonesia depan masjid..di tangan setiap anakku...digenggam sebiji seorang gula-gula epal. kata abahnya beli sebiji seorang sahaja sebab tak bawa duit dan tak bercadang nak singgah kat kedai.

macam biasa, anak sulungku Muaz suka menyimpan dulu kat atas meja TV...kemudian baru nak makan katanya.....si adik yang lebih cepat dalam serba serbipun mengambil secara senyap-senyap gula-gula abangnya...aku buat-buat tak nampak je.nak lihat apa yang si adik akan buat.

rupa-rupanya Faqihah buka gula-gulanya dan masukkan dalam mulut.satu biji lagi digenggam erat dtangan kirinya. si abang lihat dan berteriak...adik ambil yang abang punye...lalu si adik kata...tak...yang nie yang adik punye..si abang pun menangis. aku cuba memujuk si adik untuk kembalikan gula-gula yang digenggam kat tangan si adik kepada abang.namun adik menangis dengan kuat dan terus membentak bahawa gula-gula itu haknya...

aku pening dan tak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah dua beradik itu. si adik susah sunguh untuk difahamkan..yang dia sudahpun memakan gula-gulanya...
sungguh mencabar untuk menangani keletah si anak. bagaimana agaknya ibu misali akan buat unutk menyelesaikan masalah anak-anak seperti ini ye....aku berfikir sebentar...

Saturday, January 9, 2010

upin ipin The Geng



Pening sunguh memikirkan anak-anak yang terlalu suka menonton cerita Upin Ipin nie. dalam sehari 2,3 kali mereka duk ulang cerita same...name jer kat rumah ada astro...tapi kami mak ayah xboleh tengok pun..ape tidaknye,sibuk dengan cereta teh Geng mereka tu.
kalau tak dipasang, alamatnya menangislah....si adik merengek-rengek. si abang pula merayu-rayu.
kalau dah buka.haaaa....alamatnya tak nak berhenti pla menontonnye.
kalau ada nenek Zahrahnya...mahu kena bedal budak-budak nie. neneknya tak boleh lihat cucu-cucunya menonton keterlaluan begitu...katanya otakpun dah jadi macam kartun. mengaji malas. baca masuk 3 kali dah memeleh air mata. nampaknya kami kena buang CD upin Ipin nie.

kami nie rasanya..belum ckup ilmu untuk mendidik anak..terutamanya diri sendiri nie...dengan panas baran nye...dengan suara macam guruh berdentum nye...hai...entahlaaa

Wednesday, January 6, 2010

reaksi Muaz di hari pertama.

hari pertama dan hari kedua muaz ke PASTI amat mencabar. mula untuk menggerakkannya untuk mandi pukul 7.30 sudah mencabar tahap kesabaranku yang sudah senipis kulit bawang ini.tapi aku tetap bersabar....xpelah, kalau paksa-paksa sangat nanti terus taknak ke sekolah pula.

nak mandipun satu hal, terpaksa dukung ke tandas.kita kene gosokkan gigi,mandikan.selama 2 hari pertama ke sekolah, Muaz mengamuk tak nak mandi.xpelah kataku kalau tak nak mandi.

sampai sekolahpun menangis. waktu masuk adalah pukul 8.15 pagi, pulang pukul 12.aku akan mengambilnya dan menghantar ke nursery bersama anak-anakku yang lain. nak masuk nursery pun menangis lagi.



Monday, January 4, 2010

bagaimana mahu meleraikan anak2

aku pening dengan perbalahan anak2 aku. muaz (5tahun) faqihah (3 tahun).setiap kali dibelikan mainan, buku atau pensil warna, kenabeli yang sama, kalau tidak akan berkelahi dan berebutlah anak2 betuah ku ini.

aku mudah tention betul kalau mereka bergaduh. si adik akan nak kan pensil warna si abang. kadang-kadang si abang pula yang nakkan yang adik.
bagaimanalahh aku mahu menyelesaikan masalah aku ini.

kalau ikutkan hati, mahu sahaja aku memarahi keduanya. marahpun mereka tak berenti jugak.dalam diam, belakang kita si adik akan buat sesuatu pada si abang, nak tunjuk protes dia xdapat apa yang dia nak.

bulan lepas abahnya membeli jam tangan satu seorang. yang pmpuan abahnya belikan jam barbie. kepada abang abahnya belikan jam ben1... apa lagi, si adikpun mengamuk nakkan jam ben10 jugak. aku risau si adik pempuannya itu...semua bekenan barang orang lelaki....aku berdoa moga dia membesar menjadi wanita sempurna.. bukan tomboy atau menjadi kasar...Aminnnnnnn

anak sulungku mula sekolah taski hari ini

hai, berdebar jugak aku dengan pengalaman pertama menghantar anak sulung lelakiku, Muaz ke sekolah taskinya pagi ini..terpikir-pikir...adakah dia akan menangis...adakah dia akan enjoy atau terselepuk di tepi dinding dan tidak mahu bergaul dgn kawan2 lain.
anak sulungku muaz yg kini berusia 5 tahun...seorang yang manja lebih dari adik2nya...kat rumah dialah kaki buli adik2...tapi bila keluar rumah..dialah yang paling senyap dn susah untuk menyesuakan diri.

Nasib baik suamiku rela hati untuk cuti 2 hari ari ini dan esok, khas unutk menghantar dan menguruskan muaz masuk sekolah. hai...betuah aku dapat suami yang ambil berat pasal anak2anak. cume dia terlalu berlembut dengan anak2ku..ape lagi akulah yang jadi garang.xper la..sekurang-kurangnya balancelaa.dia lembut.aku garang. tapi bila pikir2 rasa xbest plk..jadi terbalik.. eh...dah cerita benda lain nie..

okey2 kembali hal anak2 nak masuk sekolah. aku risau masa transit anak aku nie. nak hantar ke nursery tempat adik2 dia tau terus sambung transit kat taski kalau terus tinggal kat taski, risau dia biring, xde kawan. kalau hantar kat nursery , beh main dgn adik2nya ..tapi semua kat nursery tu kecil2 lagi..dia sorg jer yang besar..nati xberkembang plk otaknya berkawan dgn budak kecil darinya..pening betul nak menyediakan tmpat terbaik untuk anak2 kan. kepada sesiapa yg belum ada anak..bolehlah pikir2kan dari sekarang. hhhehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails