Friday, January 29, 2010

Takutnye dengar barangan Halal dan haram tak dapat di pastikan kesohehannya...kan

Tuan, saya sering menerima email yang menyatakan bahawa "These Emulsiers are HARAM , 120, 141, 160(A), 161, 252 300, 301,
422, 430, 431, 433, 435, 436, 441, 470, 471, 472 (A.E), 474, 475, 476, 477, 481, 482, 483, 491, 492, 494 , 542, 570, 572, 635, 920, RENNET IN CHEESE OF ANIMAL ORIGIN IS HARAM TOO UNLESS OTHERWISE STATED." Adakah ini benar? Banyak makanan yang dijual di supermarket mengandungi bahan-bahan di atas.

Satu lagi, terdapat banyak pinggan mangkuk jenis bone china dijual di Malaysia, bolehkah orang Islam menggunakannya, sebab setahu saya pinggan mangkuk jenis ini mengandungi tulang binatang dan jkalau ianya barangan import, adakah tulang yg digunakan datang daripada binatang yang halal?

Harap pihak tuan dapat menjelaskan perkara di atas.

Terima Kasih. Wassalam
assalamualaikum, untuk makluman, bagi bahan makanan/perasa/emulsifier yang bertanda e-coded seperti E 471, E 122 dan lain-lain adalah berkemungkinan ianya haram atau halal dengan merujuk terlebih dahulu kepada sumber yang digunakan dalam penghasilan bahan-bahan tersebut. Merujuk kepada E 471 (bahan emulsifier makanan), ia mempunyai 2 kemungkinan iaitu boleh diperbuat dari bahan yang halal atau haram. Oleh sebab itu bagi sesetengah makanan yang diperbuat di Malaysia, yang telah disahkan halal oleh JAKIM tetapi terdapat penggunaan E471, diharap para pengguna tidak panik kerana JAKIM telah memastikan bahawa bahan tersebut adalah bersumberkan kepada bahan yang halal. Emulsifier 471 boleh diperbuat dari sumber lemak haiwan dan sumber lemak tumbuhan, bagi produk import atau luar negara, pengguna Muslim perlulah berhati-hati kerana tidak ada pengesahan yang dapat dibuat bagi menentukan kehalalan bahan tersebut, tetapi selagi produk itu diperbuat di Malaysia dan telah mendapat pengesahan halal JAKIM, insya-allah produk/bahan tersebut telah dikenal pasti dari sumber yang halal walau pun menggunakan kod yang sama dengan bahan yang dikhuatiri haram.
29 September 2004

tengok kat http://halalguide.org/Beberapa_pengesahan.html

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails