Thursday, January 28, 2010

Adakah anak anda suka kencing malam?

Faqihah kencing ats katil lagi?????, saya tanye faqihah sambil membulatkan kata seluasnya kepada dia...faqihah berundur gerun, risau kalau-kalau saya mencubit pahanya. sitap malam anak saya itu akan kencing atas katilnya. kalau bukan sekali, dua kali. walaupun saya sendiri bangun tengah malam meenggerakkannya bagun kencing. mujur adik seorang yang senang bangun walaupun dengan rungutan kecil dari bibir munggil itu. saya tersenyum sendiri mengenangkan kelatah anak dara sunti saya yang baru menginjak 3 tahun.

malam ini, say terbaca satu artikel dari blok Dr. Azwan tentang anak dan masalah suka kencing ini. di sini sedikit mengenainya:


Masalah pundi kencing aktif lazimnya dialami budak perempuan

PUNDI kencing yang aktif bukan hanya masalah golongan dewasa sebaliknya turut dialami sebilangan kecil kanak-kanak terutama kanak-kanak perempuan. Umumnya, walaupun masalah pundi kencing aktif di kalangan kanak-kanak dan dewasa adalah sama, tetapi faktornya pula berbeza.


Pakar Runding Pediatrik, Pusat Perubatan Darul Ehsan Shah Alam di Selangor, Dr Varughese Koshy, berkata ada tiga simptom kompleks yang menandakan kanak-kanak itu mengalami masalah pundi kencing aktif.


Pertama, kekerapannya membuang air kecil (lebih tujuh kali) sehari, rasa terdesak hendak membuang air kencing dan kerap terkencing.

"Umumnya kanak-kanak memang kerap kencing, namun mereka yang berhadapan dengan masalah pundi kencing yang aktif akan kencing lebih kerap dan selalunya terkencing sebelum tiba di tandas," katanya.


Pundi kencing yang aktif bukan masalah yang besar. Ini kerana ia akan pulih dengan sendirinya selari dengan peningkatan usia. Apabila kanak-kanak itu berusia 12 ke 13 tahun masalah ini akan berkurang dengan sendirinya.


Malah, kekerapan masalah ini adalah 13 peratus di kalangan kanak-kanak berusia empat tahun, tujuh peratus di kalangan kanak-kanak berusia lima tahun dan lima peratus di kalangan kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas.


Jelas Dr Varughese, jika masalah itu disebabkan oleh keadaan yang tidak diketahui (idiopathy), ia akan pulih dengan sendirinya. Namun jika faktor penyebabnya adalah kencing kotor, sembelit atau masalah saraf, kanak-kanak itu memerlukan pemeriksaan lanjut.

"Jika masalah pundi kencing aktif itu berpunca daripada kencing kotor atau sembelit, doktor akan memberi ubat untuk menangani masalah berkenaan. Apabila masalah kencing kotor atau sembelit diubati, kanak-kanak itu secara automatik tidak lagi berhadapan dengan pundi kencing aktif," katanya.

Dr Varughese berkata, bagi kes sembelit, najis akan mengisi usus belakang dan ruang kencing yang kemudiannya menekan pundi kencing menyebabkannya kerap berasa mahu kencing.


Selain itu, pundi kencing aktif juga mungkin berpunca oleh otot dalam pundi kencing itu sendiri. Otot yang dinamakan 'otot detrusor' sepatutnya 'berehat' bagi membolehkan pundi kencing berfungsi. Apabila anda kencing, ia mengecut bagi mengeluarkan semua air kencing. Namun, bagi sesetengah orang, otot itu lebih aktif berbanding orang lain dan lebih sensitif menyebabkan rasa kencing yang sangat kerap.


Faktor pundi kencing yang aktif mungkin disebabkan masalah neurologi. Misalnya kanak-kanak yang berhadapan dengan masalah saraf seperti seraberal palsi. Bagaimanapun masalah kencing disebabkan kerosakan saraf tidak boleh pulih dengan terapi kerana ia masalah berkekalan. Selain itu pengambilan terlalu banyak kafein juga boleh menyebabkan kekerapan membuang air kecil.

"Kanak-kanak yang berhadapan masalah ini biasanya dalam lingkungan usia enam ke sembilan tahun. Kanak-kanak akan dapat mengawal pundi kencing sepenuhnya pada usia antara empat dan enam tahun. Walaupun ada kanak-kanak yang boleh mengawalnya pada usia lebih awal, tetapi secara umum, mereka akan dapat mengawal pundi kencing sepenuhnya pada usia empat tahun," katanya.


Justeru jelas Dr Varughese, kes pundi kencing aktif biasanya dikesan selepas usia itu. Malah 25 peratus daripada mereka yang mengalami masalah pundi kencing aktif juga berhadapan dengan masalah kencing malam.


Bagaimana menangani masalah ini?

1) Ajar anak mengawal pundi kencing. Setiap dua ke tiga jam, tanya sama ada dia mahu membuang air kecil.

2) Ada juga kanak-kanak yang tidak membuang air kencing sepenuhnya biarpun selepas kencing. Selepas membuang air kecil, pastikan dia membuang air kecil sekali lagi bagi memastikan tiada lagi lebihan air kencing mengisi pundi kencingnya.

3) Bagi mengajar anak mengawal pundi kencing, ibu bapa perlu lebih bersabar. Apabila bersantai atau membeli belah, ketahui kedudukan tandas bagi memastikan anak anda tidak terkencing sebelum sempat sampai ke tandas.

Fakta: Simptom anak alami masalah pundi kencing aktif

# Kekerapan membuang air kecil (lebih tujuh kali) sehari

# Keinginan atau terdesak hendak membuang air kencing

# Kerap terkencing
# Selalunya terkencing sebelum tiba di tandas.


Kekerapan masalah

# Kira-kira 13 peratus di kalangan kanak-kanak berusia empat tahun

# Kira-kira tujuh peratus di kalangan kanak-kanak berusia lima tahun

# Lima peratus di kalangan kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas.


Moral of the sory nya..kalau anak-anak kita terkencing malam di atas sofa empuk, permaidani tebal, katil kita...ewah-ewah..lenggang mak minah jerlaaaa kiat sambil jemur tempat kencing dia tu (selepas di basuh tau!!!), jangan dimarahi...kesian dia..bukan slah dia..salah pundi kencing nya tu


emm..bercakap pasal basuh tempat kencing anak nie kan....bagaimana anda memasuh kencing anak anda jika najisnya itu di atas karpet....nie suami saya yang selalu buat..orang adik beradik ramai...banyaklah pengalaman tentang kencing, terkencing dan kecemasan nie. suami saya akan jirus tempat kencing itu dengan air panas dan...taun puan bolehlah buat acara lompat katak di atasnya beberapa kali...kemudian jirus lagi sampai 3 kali.. lompat lagi...tapi berhati-hati sebab saya selalu kena..panasnya aduhai...xnak panas tapak kaki..kita bleh pinjam tapak kaki katak...kui...kui..kui..(sempat lagi melawak)
insya-Allah, bau akan hilang..najisnya...Allah a'lam lah...


apa pendapat kawan2 nyer? saya tak beraninak bagi hukum..takut slaah pula

1 comment:

Murnihati said...

tq kongsi tips cara basuh tempat kna kencing tu..guna air panas rupanya..
nik selalu spray febreze je kalu tkse bau hancing tu..sblm tu basuh ngan air sabun dlu la..
setahu nik, cara nak bersihkan najis@air kencing ni..pertama hlgkan yg kelihatan tu dlu.. kalo kt tilam..amik kain kasi kering, pastu jirus air atas tu[bukan renjis sbb ank dh besar@dh tk menyusu ibu lg]..
pastu keringkan sekali lagi.
pengalaman bersihkan najis ank ni mmg mencabar, penah sekali terlupa pkaikan diaper.. trus pakaikn seluar..huhu.. pastu ank bgtau..umi, air tumpah..sib baik tk jln byk sgt.. cuma hampir satu rumah kena cuci. utk kepuasan dan keyakinan diri, bahaya kalau tak sempurna sesi cuci ni, nnt solat pn was2.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails