Friday, March 25, 2011

Bahaya Tepung Gandum yang bewarna PUTIH BERSIH kita!!!!!!!!!!!!!!!


Assalamualaikum semua

sayan ingin kongsikan berita tergembar kepada semua kawan-kawan saya diluar sana...ini demi kebaikan kita sekeluarga dan rakyat malaysia terutamanya Ummat Islam secara keseluruhannya...


dari sumber yang saya baca...sebenarnya tepung gandum yang berada di Malaysia adalah berbahaya, beracun dan mengandungi vitamin B yang diesktrak daripada si kaki pendek (babi)!!!!
betulkah begitu...?????

yang paling penting : kandungan di dalamya ada vitamin B yang diambil daripada babi..kerana vitamin B ini hanya terdapat daripada lemak rusa, pada pokok dan pada babi sahaja. untuk diekstrak daripada pokok dan rusa memakan belanja yang amat mahal dan susah hendak diperolehi (rusa) maka daripada sumber-sumber yang dipercayai, mereka memasukkan sedikit vitamin daripada babi.. kalau dah nama babi,sedikit atau banyak tetap haram...bagaimana ank-anak kita nie.....adui yay...

yang kedua: ada racun bahan kimia
BENZOYL PEROXIDE (BP) digunakan untuk menjadikan tepung gandum berwarna
putih melepak. Tepung gandum setelah dikisar berwarna kekuningan. Dengan
mencampurkan bahan kimia BP ke dalam tepung ini, warna tepung akan
dilunturkan menjadi warna putih dalam masa yang singkat.


benzoyl Peroxide adalah :

· Bahan toksik

· Bahan penggalak tumor

· Boleh menyebabkan alahan pada kulit

· Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.

· Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.

Itulah sebabnya BP digunakan untuk menukarkan warna tepung gandum kepada warna putih kerana BP adalah satu bahan peluntur yang amat kuat sehinggakan rambut hitam boleh bertukar putih bila disentuhkan BP ini.

Proses pemutihan tepung gandum dilakukan adalah dengan cara mencampurkan tepung gandum dengan bahan kimia BP ini. Dalam tempuh yang singkat, iaitu tidak sampai pun 1 jam, semua tepung gandum ini akan bertukar ke putih. Selain menukar (meluntur) kepada warna putih, BP juga bertindak balas dengan tepung gandum ini lalu menukarkan protin gluten yang terdapat dalam tepung gandum ini. Ia juga mengakibatkan sebahagian nutrisi didalam tepung gandum yang asal merosot. Ini mengakibatkan serangga kurang menggemari tepung putih berbanding tepung gandum yang asal

Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana mengandungi bahan toksik BP yang boleh mengakibatkan berbagai masalah disamping sebahagian nutrisinya telah hilang.

sumber asal:

http://emjayjb.multiply.com/journal/item/217


dan sila tengok video ini:


7 comments:

Fazlinil Irma said...

nampak gaya lepas ni kita kena buat tepung sendiri la kan. =)

lepas ni saya nak buat muffins. guna tepung jugak. hehe.

mzhany said...

Ya ALLAH fida...isshh skrg ni byk sgt yang meragukan...adoiii kena hati hati kan...

Maz said...

salam....
takut lak saya baca pasal tepung awak ni...nk buat sendiri tak tau...
jemputla follow blog saye hatimamaz.blogspot.com

terima kasih.

act_male said...

Assalam~
sy dpt tau benda ni dari fb...google2 dpt la ke blog nih..x puas hati sy bukak la wikipedia,dan info2 yg sy dpt adlh:
1)Tepung gandum memang secara semula jadinya tinggi dgn vitamin B,tumbuhan hijau yang lain pun tinggi kandungan vitamin,sy x tipu pun..x caya bkaklah wikipedia,x caya wikipedia,carilah sumber lain..(search: wheat flour)
2)Vitamin x dihasilkan oleh manusia,kbanyakkan dihasilkan oleh tumbuhan hijau,ada certain2 yg kita perlukan dihasilkan oleh binatang..lembu,kambing bnyk vitamin B jgk sebab diorang makan tumbuhan hijau..kerbau pendek makan apa?macam2...
3)Benzoyl peroxide mmg peluntur...percaya atau x,dlm pencuci muka kat rumah tu ada,kt dalam ubat gigi pun ada...dan bahan peluntur ni shj yg selamat digunakan sbgai peluntur tepung...satu dunia pkai...google lah dlm mencari ilmu...
4)Sy x suka dituduh dan menuduh,sbab tu sy akan cari bukti2 sahih bagi segala tuduhan..dan sy rasa ini adalah tindakan pihak tertentu untuk menjatuhkan company lain...ingat lagi kan hal pasal milo daging cacing?Fikir2kan lah...jgn menyebar fitnah,klau kita x tahu kesahihannya. Allahualam~
*btw,cantik blog nih..sygnya sy x pndai berblogging,dan xda masa..

TheShop said...

Benzoyl Peroxide tu kan selalu guna dlm cream kulit untuk cantikkan kulit & putihkan kulit. lagi 1 sifat bahan ni yg boleh meluntur lebih kurang mcm clorox jugak le. bayangkan kita seisi rumah yg nak menelan bahan2 yg bersifat peluntur seperti clorox tu. klu x kesian kat diri sendiri tp kesian la kat anak2. bukan nak jatuhkan mana2 company tp klu ada option lain yg lebih selamat untuk kita guna adakah kita masih nak guna produk yg kita rasa tak selamat. jawapannye sudah tentu kita nak yg terbaik.

Anonymous said...

Benzoyl Peroxide=Peluntur Organik,bertindak lebih kurang mcm enzim,merupakan salah satu jenis ubat yg berada kt hospital,hilang kesan selepas digunakan untuk sesuatu tujuan,sbgai contoh melunturkan tepung ni lah...pikirlah gula korang,garam korang,beras korang,smua putih berseri seri,mereka pun menggunakan bleching agent jgk,dan smuanya bahan kimia,sama ada semula jadi,mahupun buatan,malahan cuka buatan kat rumah tu pun adalah acid buatan,tp korang guna jgk untuk memasak kan~
Clorox(Sodium Hypochlorate)=Peluntur Kimia Buatan,bertindak sbagai antibacterial,merupakan salah satu antibacterial yg ada kt hospital,dalam air yang kita minum tiap2 hari tu pun ada kandungan chlorine yg rendah sbagai pembasmi kuman,klau x mcm2 penyakit kita dpt,hilang rasa dahaga dpt segelas air kan~
Rumusan: Ikut koranglah nk ikut yg mana,yg fitnah tetap salah,tujuan fitnah adalah mewujudkan kesangsian dan rasa was2,dan org kafir tau bahawa kita akan mendapat dosa klau kita guna jgk sesuatu yg menimbulkan rasa was2...fikirkanlah..cuma gandum warnanya perang,dan tepung gandum asli warnanya perang,sbab tepung gandum dibuat dengan mengisar bijirin gandum..kalau company tu hasilkan tepung gandum selain warna perang tapi x state guna peluntur jenis apa=membohong=lagi meragukan..aku pekerja hospital,jd aku tau la jgk benda2 ni..klau xnak terima xpa,lg pun aku xda anak,aku nampak ada cap halalan malaysia jakim,aku check xda gelatin kod "E",aku dh ckup yakin makanan tu halal...bila dh meragukan,hukumnya haram...dan perkara mcm ni boleh buatkan korang ragu2,maka hukumnya haramlah untuk korang guna tepung gandum sekian2...aku yakin je pakai cap mana,asalakan aku yakin benda ni x mendatangkan masalah,halal,bersih,berkhasiat,dan yang penting makanan yg dimakan boleh membuatkan ibadat kita diterima Allah s.w.t..Allahualam...

SHAFIDA said...

terima kasih kepada act male dan Anonymous.....

terima kasih kerana sudi masuk ke blog saya dan memberi komen. maaf kepada semua yang membaca tentang hal ini..saya mengaku hanya merujuk kepada 1 blog ini sahaja dan telah menemukan video tersebut. saya terus mem post kannya di sini.saya tidak sedar kerana keinginan saya untuk berkongsi maklumat yang baru diterima itu memberikan kesan yang sebegitu besar sehingga boleh dianggap memfitnah. dan saya tidak bercadang untuk men delete post ini untuk tujuan tatapn pembaca lain yang mungkin pernah membaca post ini sebelum ini. dan sekurang2nya meraka juga akn membaca komen dari Anonymous dan act man...dan menilainya kembali..

sekian terima kasih. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails