Tuesday, March 1, 2011

esok pi KURSUS

Assalamualaikum,

hari ini saya selsema dan batuk teruk..suarapun dah jadi garau semacam. tekak rasa macam ada duri durian...nak telan air liur sakit, dan gatal-gatal pedih...batuk kuat sampai terkencing-kencing.....

esok pula saya kena hadiri kursus balapan yang di anjurkan di PPD Gombak. waduh...batuk2 kuat begini, boleh masuk dewan taklimat atau kursuus ker...segan kalau-kalau batukku mengganggu jemaah yang hadir untuk berkursus..yang lebih tak enak jika batuk-batuk xhenti diselangi dengan nak muntah...boleh bikin malu kat saya nih...tapi bagaimana yer..kalau xpergi,nanti dikata bermasalah pula...

sedangkan saya baru sahaja bertukar ke sesi pagi......dengan masalah sebelumni....nama belumlagi dibersihkan..takkan nak mc pula ke kursus..mahunya nama saya lagi harus jadik harum semerbak bagai bunga taik ayam.....

nak tak nak , esok pagi, saya terpaksa pergi jugak. tawakal ajerlaa.. kawan-kawan semua, tolong doakan moga batuk saya reda esok dan boleh bertahan dalam kursus tu tanpa sebarang gangguan dari batuk-batuk ku....amin....

p/s... sapa2 ada apa2 cara untuk menghilangkan batuk secara traditional.saya dah tak percaya kepada ubatan yang dijual di farmasi mahupun di klinik..sume tu ada dadah n tak berkesan (lambat berkesan)

1 comment:

Kak Amy said...

amy hari tue amalakan makan madu dengan limau.seiap hari alhamdulillah sembuh.cuba la try

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails