Wednesday, October 26, 2011

Doa terkena minyak Panas


Alhamdulillah bertemu sekali lagi kita di dunia maya.

alkisahnya, semalam saya menggoreng ikan keli. anak-anak amat gemar makan ikan keli kerana isinya yang lembut dan manis, apatah lagi kalau dapat ikan keli yang baru dan fresh kan... namun, bila nak menggorengnya...sangat membimbangkan. minyaknya akn melepoh2 dalam
kuali, kalau lambat tutup dengan tudung periuk,memang akan terpercik minyak panastu. awas ye, kalau nak menggoreng ikan keli, minyak sume anak-anak jauh dari dapur.

ok..kembali kepada kisah saya semalam, saya yang kononnya nak menjimatkan minyak sebab kalau minayk utk menggoreng ikan keli, saya tidak akan campurkan untuk menggoreng ikan lain kerana baunya tidak menyenangkan hidung saya. jadi sedikit sahaja minyak yang berbaki dari gorengan ikan keli semalam. setelah masukkan ikan...apa lagi,minyakny aterpercik dengan banyak sekali,paling besar terkena kaki saya,rasanya dalam 1 sudu ia melayang ke kaki. selebihnya terkena ke lengan dan muka. pedih tu xsah nak katala kan.

kalau ini terjadi pada diri anda atau sesiapa sahaja, baca doa ini. saya warisi dari aruah nenek saya. semoga Allah memberi ketenangan dan kedamaian kepada rohnya di sana,amin:

21:69... (tapi di tempat nama nabi ibrahin tu tukarkan kepada nama orang yang terkena api/minyak BINTI emaknya)

(saya tak pandai nak paste kan di sini, cuba cari dalam al-quran ye)

maknanya:Kami berfirman: "Hai api, Jadilah Engkau sejuk serta Selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".



bacakan pada air ludah si pembaca dan sapukan di atas tempat yang terkena.

kes saya semalam, sebab terkena terlalu banyak,rasanya sanagt panas dan berdenyut-denyut. maka saya campurkan air liur dengan ubat gigi supa rasa berangin..alhamdulillah..dengan kuasa Allah, memang tiada kesan melecur cuma denyut-denyut tu masih lagi terasa sampai ke pagi ini.. alhamdulillah....


Saturday, October 22, 2011

Kaki Joran


Pagi tadi setelah kami sekeluarga sedang menikmati rezeki sarapan di pagi hari (jemput-jemput ikan bilis dan air teh,sgt simple kan.hhehhe) kawan suami call, ajak datang ke river stone kat
ulu yam. tujuannya tak pasti, tapi kawannya minta bawa sume anak dan kalau ada khemah bawakan sekali. apa lagi,anak-anak sanagt suka hati bila dengar nak pergi ulu yam. apa lagi kalau bukan aktiviti mandi manda..namun sebaliknya..hahahhhaha

rupanya kat river stone tu bukan untuk berkhelah di mana ada air jeram dan batu-batuan untk bermandi manda, tapi untuk kaki pancing..hahahhaha, meleset sungguh tekaan anak-anak. tapi nama lagi anak-anakkan..mana-mana ada air, mereka akan cuba jugak merendam kaki.

seramai 4 keluarga yang pergi bertemankan joran. cuma kami aje yang tidak berjoran. incik suami memang tak minat memancing. lagipun memang tak tahupun aktiviti pagi tu adalah memancing.kakakakak. tapi nasib baikla waktu nak baliktu, seorang pakcik mengajak kami ke tempat dia menahan pukat. lupa nak cakap, sebenarnya semua joran yang di bawa,tiada satupun yang mengena.hahahahha..kesianpun ada, tapi kepada kaki pancing, itu tidak jadi masalah sebab dah minat. tak dapat ikan pun xapa.

masa melihat pakcik itu menangkat pukat, para suami sume terjun dan tak lama lepastu datang semula ke tebing untuk angkut anak-anak yang usdah tidak sabar untuk mandi di jeram (akibat salah sangka). setelah puas berendam dalam air tu, kamipun berangkat balik dengan sedikit buah tangan dari pak cik zul yang baik itu..dapatlah kami buat lauk lunch tengahari tadi dengan gulai lemak ikan darat.hhaha..alhamdulillah...manis sangat ikannya.maklumla ikan segar. jom layan gambr anak-anak

anak-anak gembira merendam kaki

budak yang tak boleh main air, main dalam khemahpun cukupla.

cik abe try shoot..best kan abg SLR....x berkenan ke? hehehe

upacara menaikkan pukat

sesi mengambil anak untuk mandi manda
antara ikan yang kami dapat




Rezeki masih ada

Alhamdulillah.....

syukur saya panjatkan kepada Allah Taala kerana beg tangan yang saya hilang tu telah dijumpai..gembiranya hati saya bukan kepalang. petang tadi, jiran ujung rumah saya datang ke rumah membawa buku bank Tabung Haji saya yang sudah basah lecun kena air hujan. Suami saya mengiakan itu adalah kepunyaan saya. jiran memberitahu dia ternampak beg tangan di dalam semak di luar pagar rumahnya. suami saya terus pergi tinjau..memang beg tangan sayala..

alhamdulillah, rasanya orang yang ambil beg tangan sayatu terus ke belakang rumah jiran untuk geledah beg dan campakkan beg di situ.senangkan dia...tapi, saya tidaklah ingin tahu siapa yang mengambilnya. cukuplah saya dapat balik beg itu.kalau nk tahu boleh aje sb jiran saya tu dah lama pasang cctv setelah rumahnya dimasukki pencuri. kalau minta lihat cctv tu pasti dapat ahu sape. tp biarlah. dah dapat semulapun syukur dah.

kalau beg kulit kena hujan rosak tak ye? xtahulah saya bagaimana nak keringkannya. nasib baik tiada apa yang terkoyak, cuma basah lecun setelah 2 hari berhujan.

heheheh nk guna hair dryer pun xder untuk keringkannya .rasanya memang jemur dlm rumah jerla...tp mesti lambat kering dan tak shining lagi.nak tanya kawan2la, beg kulit boleh di kiwi dgn kiwi kasut tak? heheh, ke ada kiwi khusu untuk beg kulit?

terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi mendoakan moga beg saya dapat balik. dan terima kasih ya Allah...di atas rezeki yang diberikan.

Friday, October 21, 2011

walaupun cinta, kita terpaksa berpisah.....(



huk aloh......

sedih betul dengan tajuk di atas.

di saat ini masih teringat-ingat bau dari nya
di saat ini masih terkenang saat manis bersama nya
terasa baru semalam bersama
ia ku belai,ku kepit ke mana sahaja
namun akhirnya.....kita tiada rezeki untuk bersama..

isk..isk..isk...

sedih saya mengenangkan beg kulit santa babra polo yang saya beli lepas raya aritu..regenya memang kalau nak dikenangkan,sesungguhnya dengan gaji saya yang ciput,kalau 10x fikirpun belum tentu sanggup dibeli,tetapi saya telah membelinya dengan duit kutu saya. pejam mata rapat masa nak bayar, maklumlah, saya tidaklah sesenang mana. huk huk huk.. tepuk dahi juga suami bila dia terjumpa resit pembelian beg tangan itu.


apa nak di kata, tiada rezeki saya. oleh kerana teramat sayangkannya, hari ini saya telah membeli 1beg baru regenya mampu milik..ala...beg imitation gred AA, warna hitam. jenama longchamp medium in size. tujuan sebenar nak bagi beg kulit kesayangan saya tu berehat sekejap dari membawa purse, buku nota kecil2 dan juga pencil box..rasa beratje untuk dia yang chantik itu menanggungnya. dengan tidak sabar, kat sekolah (xdan nk tunggu balik rumah dah) saya terus memunggah segala isi perut dari si cantik manis polo santa babra itu ke long champ. si cantik manis saya simpan dalam kereta, bawah seat depan, risau kalau-kalau orang nampak dan sangka beg itu ada khazanah berharga,mau di pecahkan cermin kereta saya. mulanya nak letak dalam dashbox,tp sayang untuk dilipat, takut rosak.


sampai sahaja di rumah, saya sibuk melayan si Asma' yang meragam tak mahu masuk rumah, angkut 1plastik barang runcit yang baru dibeli sehingga terlupa untuk mengangkut skali si cantik manis. sehinggalah pkul 9 ,lm, suami ajak keluar isi minyak kereta sambil ronda-ronda. si cantik molek sudah tiada di tempat saya sembunyikannya. jenuh saya mencari..sah...di curi orang. tidaklah saya mahu menuduh sesiapa memandangkan salah saya sendiri kerana tidak menutup cermin tingkap kereta tengahari tu,walaupun parking depan rumah,dalam garaj..selama nie kalau tak tutuppun takdela pulak hilang benda-benda. kata suami,sudah tidak ada rezeki. haihhhh... keluar juga air mata sedih saya mengenangkan si cantik molek saya tu..belum puas saya menggayakannya.


teringat tazkirah Dr Muhaya di IKIM..kalau orang curi barang kita, kita kena kasihankan mereka, kerana mereka akan mendapat dosa dan dihkum di akhirat. jangan kutuk atau marah mereka.huhuhuhuhuhuh.....saya tersenyum redha dalam kepahitan. insya Allah saya belajar untuk redha. semoga Allah menggantikan dengan benda yang lebih baik dari musibah ini..


"teringat lagi bisikan saya pada si cantik manis tengahari tadi, lepas nie bolehla kau berehat, tkt kau cepat rosak nanti".. bukan cepat rosak, terus melepas rupanya...jodoh kita tak panjang. huhuhuhuuhu
inilah longchamp peneman saya diketika ini...senang saya nk sumbat buku2,pencilbox dan buku2 nota kecil.kalau bawa berjalan, senang nak sumbat pampers dan baju sehelai dua. murah aje..sapa2 nak boleh ke sini. kawan saya jual.nie gred AA ajer dan in medium size. kalau yang ori...rm4++ .

oh..si cantik moleek,di mana kau berada sekarang,mungkinkah Allah akan pertemukan kita semula. doa-doakanlah semoga beg ini masih rezeki saya.esok saya nk cari sekeliling kampung,selalunya pencuri kat sini ambil barang dalam jer,pastu campak beg. arini hujan lebat sampai ke santak isyak...tentu dia sejuk, basah dan...dan...kulit? mungkinkah akan tercalar, koyak? huhuhu..aishhh....rindunya saya kepadanya.

DOA MUDAH BERSALIN

saya mahu kongsikan doa ini buat ibu-ibu yang sedang mengandung. semoga Allah memudahkan, mempercepatkan proses kelahiran dan selamatkan anak serta ibu...amin..

doa ini boleh juga di baca oleh para suami untuk isteri.

اللَّهُمَّ احْفَظْ وَلَدِيْ مَا دَاْمَ فِي بَطْنِي

وَاشْفِهِ أَنْتَ شَاْفٍ لاَ شِفَاء إلاَّ شِفَاْؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَاْدِرُ سَقَمًا

اللَّهُمَّ اخْرِجْهُ مِنْ بَطْنِي يَوْمَ وِلاْدَتِهِ سَهْلاً و تَسلِيْمًا

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحًا كَاْمِلاً حَاْذِقًا عَاْقِلاً عَاْلِمًا زَكِياًّ مُؤْمِنًا صَاْلِحًا

اللَّهُمَّ احْسِنْ خُلُقَهُ وَافْصَحْ لِسَاْنَهُ وَاحْسِنْ صَوْتَهُ لِقِرَآءَةِ

الْقُرْآنَ وَالْحَدِيْثَ بِبَرَكَةٍ مُحَمَّدٍ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمْ

Maksudnya:

Ya Allah, Peliharalah anakku selama dia berada dalam kandunganku,

Dan sembuhkanlah ia, Engkaulah Maha Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau, penawar yang tidak lagi mengundang sebarang penyakit,

Ya Allah, keluarkanlah dia dari kandunganku pada hari kelahirannya secara mudah dan selamat,

Ya Allah, jadikanlah bayiku sihat, sempurna, pintar, berakal, berpengetahuan, cerdik, beriman serta soleh.

Ya Allah, perelokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, merdukanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan al- Hadith Rasulullah S.A.W


serta doa ini. (saya dapat dari bidan yang selalu mengurut saya ketika saya sarat menagndung. alhamdulillah, setakat ini,dengan izin Allah, kelahiran anak saya berlaku dengan cepat dan mudah..insya allah.(heheh,penat je saya mencari al quran online utk cari ayat ni dari surah apa, tiba2 teringat add-on kat microsof word dlm pc saya dah ada, lg senang..ayoyo...tp xleh nk copy..maka saya copy di sini.ibu-ibu boleh ke sana jika font di blog saya nie terlalu kecik..xandai pula nk besarkan bila dah copy paste.hehehe)

surah at-Toriq 86:7


يَخْرُجُ مِن بَيْنِ الصُّلْبِ وَالتَّرَائِبِ

Yang keluar dari tulang sulbi lelaki dan tulang dada perempuan.

setelah baca ayat ini, niatkanlah di dalam hati " Ya Allah, luaskanlah bukaan tulang punggungku seperti luasnya bukaan timur dan barat dan keluarkanlah anakku dengan mudah,cepat dan selamat, aminnn".

baca ayat ini sekerap yang mungkin bila-bila masa sahaja sambil mengusap perut ibu ya.


selamat berkongsi :)



Wednesday, October 19, 2011

MASALAH ANGIN KELUAR MELALUI FARAJ

maaf jika tajuk sedemikian agak memalukan, namun saya juga tertanya-tanya tentang masalah ini. adakah keluar angin dari faraj akan menyebabkan wuduk dan solat terbatal? kerana saya pernah bertanyakan hal ini kepada beberapa orang rakan. banyak pendapat yang di dengar, namun setelah membaca article ini di sini, maka saya lebih yakin sekarang. jawapannya ialah:


Hukum wanita yang mengeluarkan angin / kentut melalui faraj (qubul) dan juga dubur adalah batal wuduknya berdasarkan dalil berikut,

عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ رِيْحاً

‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.

Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari.

silalah baca article penuhnya di sini. kalau saya pastekan di sini, panjang pula gayanya nanti.

selamat membaca whai muslimat sekalian. semoga perkongsian ini bermanafaat untuk semua. amin



Monday, October 17, 2011

lagi tentang mesin jahit


assalamualaikum dan bertemu kesekian kalinya. dan sudah tentu saya masih demamkan sebiji mesin jahit. ada satu lagi mesin jahit yang menarik minat saya iaitu mesin jahit bernina. ini bernina 82e. harganya kurang rm1 dari jenama epal iaitu : rm 2500. beratnya aje dah 11kg. conferm xbergegar bila menjahit. badannya amat solid. tapi kekurangannnya adalah pembeliannya tidak disertakan kelas menjahit.



apa kata anda semua?

HUKUM SOLAT DISAAT KELAHIRAN

setelah usia kandungan saya sudah melewati 7bulan lebih ini..tiba-tiba sebentar tadi saya terkenangkan kesilapan besar saya semasa hampir melahirkan ank ke dua saya ,Faqihah 4 tahun dahulu. walaupun telah memegang sehelai ijazah yang rasanya tidak sama dengan tahap ilmu di dada saya, saya telah melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku iaitu saya telah meninggalkan solat ketika air ketuban saya sudah pecah. saya tidak pernah terfikir akan hukum pada masalah itu sehinggalah hmpir waktu bersalin (air ketuban saya pecah)- (walaupun tidak diiringi dengan sakit)dengan sendri ketika sedang mengambil wuduk untuk solat isyak.

maka saya yang keliru dan terus bertanya kepada nurse di situ . saya tidak menyalahkan mereka kerana memberitahu perkara yang salah kepada saya, tetapi saya lebih salahkan diri sendiri dan besar harapan saya agar rakan ibu dan bakal ibu di luar sana tidak membuat kesalahan yang sama seperti saya.

ok, terus kepada tajuk. apakah hukum solat setelah pecah air ketuban atau setelah keluar darah tanda hendak melahirkan samaada mengalami kesakitan atau tidak mengalami kesakitan pada ketika itu? wajibkah solat ? atau sudah tidak perlu lagi solat.

sebenarnya kita kurang pengetahuan tentang asal usul air ketuban dan darah "turun tanda di saat menjelang kelahiran. terlebih dahulu mari kita memahaminya.

Tuesday, October 4, 2011

Nak Belajar Menjahit

assalamualaikum,

di dalam keadaan perut yang memboyot ini, semakin hari perasaan ingin belajar menjahit dan memiliki mesin jahit semakin mendalam..hahahhaha

wahai incik suami...saya nak beli mesin jahit.huhuhuuhuhhuuhuh.....

dah tak sabar rasanya nak test menjahit dengan mesin jahit brother nv30 ataupun apple tu....berangan sungguh saya. semangat punya pasal,sanggup saya bangun malam untuk mengoggle cari blog-blog yang menayangkan mesin jahit masing2 serta hasil ke kreatifan mereka. tapi bila google ajer cara jahit baju kurung....minta ampun..saya langsung tak faham..maklumlah memang buta zero pasal menjahitni. rasa juga kerugian tak belajar zaman anak dara dulu. tak pernah terfikirpun...kenapalah agaknya ye..maybe sebab mak sayapun tak minat untuk menjahit baju.semua baju kurung kami ditempah.dari kecil hingga tua2 gini.. kat kelantan, harga tempah sehelai baju masih murah jika nak dibandingkan di kl sekarangnie. dlu 1 pasang rm15 ajer..pastu naik ke rm18. sekarang masih adalagi yang menawarkan harga rm25. tapi bila balik kampung baru-baru ini, tukang jahit lama keluarga kamitu dah naikkan hingga rm30 sepasang. emak saya berbunyi juga.tapi apa nak buat, memang dah rasi dengan air tangan tukang jahittu.. nak tak nak,pejam mata dan bayar jerla..

incik suami....tolonglah saya nk beli mesin jahit, nak belajar menjahit...erkkkk....yerke nk belajar menjahit? ke nak beli mesin jahit dan buat tukun kat rumah ajer.huhhhohohohohohoho.......adakah perasaan ini hanya penyakit sementara bawaan budak.huhuhuuuh.... xtahu nak kata. yang pastinya setiap saat, fikiran saya melayang kepada wajah2 mesin jahit idaman saya itu...terukkan...angaukan mesin jahit plk sekarangnie. nasib baik fulus kurang gempak..kalau fulus banyak, sah2 saya dah ke kedai mesin ..huuuhhuuhuh

Sunday, October 2, 2011

print gambar sendri atas t-shirt ?





assalamualaikum, sekarang kerana kedemaman dengan mesin jahit beserta dengan segala mak nenek tentang kain felt dan dll...sata telah terjumpa tutorial yang amat berguna iaitu: cara nak tampal gambar atau corak yang disukai atas t-shirt sendiri. kalau nak tempah kat kedai mesti mahal. jadi lebih baik kita buat sendiri. kain yang paling elok untuk tujuan ini adalah kain dari jenis cottan. kalau kain satin, lepas dibasuh,dikhuatiri gambar tersebut akan tertanggal. ok kita mulakan. apa yang di perlukan adalah:


1. ada pc,
2. normal inkjet printer,
3. iron on transfer papaer ( boleh tanya kedai gambar atau kat lowyat bahagian printer dan kertas untuk print gambar)
ada kawan dah beli kat kedai komputer kat sunway pyramid…dalam rm50lebih utk 12 keping


cara2nya:
1. mula2 kita design atau pilih gambar atau buat logo kat PC.. guru saya ajar guna microso
f publisher..maka saya tidak mahu menderhaka. sebab kat situ dia ajr mana button nak terbalikkan pic tu nanti (flip horizontal) ini penting supaya perkataan atau gambar yang akan di print ats t-shirt nanti tidak terbalik.






2. ok..setelah siap. kalau boleh print dulu atas keras biasa utk kita edjust saiz yang kita nak nanti.
lepas puas hati,kembali ke microsof publisher, dan terbalikkan gambar tersebut. bagaimana caranya?







begini:


click kat Arrange kat Menu bar kat atas tu, then click lagi kat Rotate/Flip, pastu choose Flip Horizontal... Boleh jugak click kat quick menu kat bwh menu bar tu, click kat dropdown box (arrow) utk Free Rotate icon then choose Flip Horizontal....
Alternatively, masa nak print, pg kat printer set up, kat Option ada utk mirror image, tapi nak carik tu hassle skit sb depends on your printer... Tapi saya x recommend sb takut 'alignment' lari kalau buat cara tu....


atau kalau nak buat dalam microsof wordpun boleh. tapi pastikan masa nak printu jangan lupa setkan Mirror image: print>properties>finishing>mirror image. baru boleh print tau.

3. setelah itu, printlah di atas kertas transfer papaer yang kita belitu. setelah print..potong ikut saiz yang diidamkan. kemudian step terkahir ialah

4. ironlah di atas baju.

-diingtkankan gunakan iron yang biasa ,jangan gunakan dengan iron wap atau jangan renjiskan dengan air,nanti ink tu kana sememeh.
-diingatkan juga, masa nak iron, lapik dlu kain jarang (kain bawal ke) atas kertastu, untuk menjaga tertas tu agar tak berlaku apa2 yang xpatut.
-masa irontu,gunakan sekuat tenaga untuk tekan dan ulang banyak kali sehingga dipastikan semua ink pada kertastu sudah cair dan melekat pada t-shirt kita. nak cek,boleh kopek skit kertastu tgk ada ink lagi tak yang tertinggal di atas kertas,kalau ada,jangan kopek lagi,teruskan iron ye sampai puas hati..memang berpeluhlaa kalau masa mengironnie.

setelah puas hati...bolehla umpilkan kertas dan tadaaaa.......
gambar dari blog guru saya... sesiapa yang mahu ke sana...silalah...guruku

ok, saya tinggalkan ilmu di sini.insyaAllah,kalau ada masa,sayapun akan ke sini semula utk buat sendri..sesiapa yang nak mencuba..silalah,dan tinggalkan memori anda di dini juga untuk tatapan kami semua.

Saturday, October 1, 2011

minat FELT lah pulakkk





assalamualaikum, saya seminggu dua nie sanagt jatuh hati kepada mesin jemana BROTHER nv30 yang berharga rm 12++. lepastu plk bila saya tahu yang ia dibuat kat kilang di CHINA, saya rasa sedikit takut dan gusar akan ketahanannya walaupun ada jaminan selama 1 tahun.. saya terus men google lagi..dan sekarang hati saya jatuh chinta kepada mesin epal laa plk yang berharga 2499..wah...sangat can

tik. walaupun corak jahitannya hanya 35 jenis sama dengan brother nv 30 shj dan hrganya lebih mahal dari nv30...namun bila saya tahu ia dari jepun dan ada jaminan enjin selama 5 tahun serta kelebihan2 lain..ssaya terus merinduinya. rindu saban hari dan saban malam sehingga tak puas saya menggoggle blog2 yang telah menggunakan epal ini. antara kelebihan lain epal adalah: ini brother nv30 rm1299
nie mesin epal. rm2499

1. dapat 15 tapak free sedangkan brother hanya bagi 5 tapak free sahaja.
2. kita dapat masuk kelas percuma, akan diajar tentang cara penggunaannya termasuk mengajar membuat projek2 utk 12 bulan. sedagkan brother tiada kelas tunjukajar, hanya tunjukajar dari org yang menjual 1st time belitu aje. kalau beginner mcm saya sudah tntu mati akal apa lagi yg mampu saya buat dengan mesintu nanti


dan hari ini saya minat pula dengan kraf dari kain felt..hai..macam-macam orang mengandung nie kan...xpelah..saya cuba cari sumber2 utk mendalami jahitan felt ni dlu sebelum saya mula menceburkan dirilagi. cara jahit felt nie ada 3 jenis...

oklah, setakat ini dulu..penat pulak rasanya mlmnie...nk rest jap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails