Alhamdulillah bertemu sekali lagi kita di dunia maya.
alkisahnya, semalam saya menggoreng ikan keli. anak-anak amat gemar makan ikan keli kerana isinya yang lembut dan manis, apatah lagi kalau dapat ikan keli yang baru dan fresh kan... namun, bila nak menggorengnya...sangat membimbangkan. minyaknya akn melepoh2 dalam
kuali, kalau lambat tutup dengan tudung periuk,memang akan terpercik minyak panastu. awas ye, kalau nak menggoreng ikan keli, minyak sume anak-anak jauh dari dapur.
ok..kembali kepada kisah saya semalam, saya yang kononnya nak menjimatkan minyak sebab kalau minayk utk menggoreng ikan keli, saya tidak akan campurkan untuk menggoreng ikan lain kerana baunya tidak menyenangkan hidung saya. jadi sedikit sahaja minyak yang berbaki dari gorengan ikan keli semalam. setelah masukkan ikan...apa lagi,minyakny aterpercik dengan banyak sekali,paling besar terkena kaki saya,rasanya dalam 1 sudu ia melayang ke kaki. selebihnya terkena ke lengan dan muka. pedih tu xsah nak katala kan.
kalau ini terjadi pada diri anda atau sesiapa sahaja, baca doa ini. saya warisi dari aruah nenek saya. semoga Allah memberi ketenangan dan kedamaian kepada rohnya di sana,amin:
21:69... (tapi di tempat nama nabi ibrahin tu tukarkan kepada nama orang yang terkena api/minyak BINTI emaknya)
(saya tak pandai nak paste kan di sini, cuba cari dalam al-quran ye)
maknanya:Kami berfirman: "Hai api, Jadilah Engkau sejuk serta Selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".
bacakan pada air ludah si pembaca dan sapukan di atas tempat yang terkena.
kes saya semalam, sebab terkena terlalu banyak,rasanya sanagt panas dan berdenyut-denyut. maka saya campurkan air liur dengan ubat gigi supa rasa berangin..alhamdulillah..dengan kuasa Allah, memang tiada kesan melecur cuma denyut-denyut tu masih lagi terasa sampai ke pagi ini.. alhamdulillah....
No comments:
Post a Comment