assalamualaikum, sekarang kerana kedemaman dengan mesin jahit beserta dengan segala mak nenek tentang kain felt dan dll...sata telah terjumpa tutorial yang amat berguna iaitu: cara nak tampal gambar atau corak yang disukai atas t-shirt sendiri. kalau nak tempah kat kedai mesti mahal. jadi lebih baik kita buat sendiri. kain yang paling elok untuk tujuan ini adalah kain dari jenis cottan. kalau kain satin, lepas dibasuh,dikhuatiri gambar tersebut akan tertanggal. ok kita mulakan. apa yang di perlukan adalah:
1. ada pc,
2. normal inkjet printer,
3. iron on transfer papaer ( boleh tanya kedai gambar atau kat lowyat bahagian printer dan kertas untuk print gambar)
ada kawan dah beli kat kedai komputer kat sunway pyramid…dalam rm50lebih utk 12 keping
cara2nya:
1. mula2 kita design atau pilih gambar atau buat logo kat PC.. guru saya ajar guna microso
f publisher..maka saya tidak mahu menderhaka. sebab kat situ dia ajr mana button nak terbalikkan pic tu nanti (flip horizontal) ini penting supaya perkataan atau gambar yang akan di print ats t-shirt nanti tidak terbalik.
2. ok..setelah siap. kalau boleh print dulu atas keras biasa utk kita edjust saiz yang kita nak nanti.
lepas puas hati,kembali ke microsof publisher, dan terbalikkan gambar tersebut. bagaimana caranya?
begini:
Alternatively, masa nak print, pg kat printer set up, kat Option ada utk mirror image, tapi nak carik tu hassle skit sb depends on your printer... Tapi saya x recommend sb takut 'alignment' lari kalau buat cara tu....
atau kalau nak buat dalam microsof wordpun boleh. tapi pastikan masa nak printu jangan lupa setkan Mirror image: print>properties>finishing>mirror image. baru boleh print tau.
3. setelah itu, printlah di atas kertas transfer papaer yang kita belitu. setelah print..potong ikut saiz yang diidamkan. kemudian step terkahir ialah
4. ironlah di atas baju.
-diingtkankan gunakan iron yang biasa ,jangan gunakan dengan iron wap atau jangan renjiskan dengan air,nanti ink tu kana sememeh.
-diingatkan juga, masa nak iron, lapik dlu kain jarang (kain bawal ke) atas kertastu, untuk menjaga tertas tu agar tak berlaku apa2 yang xpatut.
-masa irontu,gunakan sekuat tenaga untuk tekan dan ulang banyak kali sehingga dipastikan semua ink pada kertastu sudah cair dan melekat pada t-shirt kita. nak cek,boleh kopek skit kertastu tgk ada ink lagi tak yang tertinggal di atas kertas,kalau ada,jangan kopek lagi,teruskan iron ye sampai puas hati..memang berpeluhlaa kalau masa mengironnie.
setelah puas hati...bolehla umpilkan kertas dan tadaaaa.......
gambar dari blog guru saya... sesiapa yang mahu ke sana...silalah...guruku
ok, saya tinggalkan ilmu di sini.insyaAllah,kalau ada masa,sayapun akan ke sini semula utk buat sendri..sesiapa yang nak mencuba..silalah,dan tinggalkan memori anda di dini juga untuk tatapan kami semua.
2 comments:
Helo nak tanya. Buat baju dgn dark transfer paper kena guna sublimation ink ke? Tak boleh guna ink biasa dgn printer biasa? Tlg reply a.s.a.p. tq
Terima kasih banyak sis..banyak ilmu saya dapat daripada sis dan guru sis..semoga Allah merahmati kalian. Aminnn
Post a Comment