Friday, October 21, 2011

walaupun cinta, kita terpaksa berpisah.....(



huk aloh......

sedih betul dengan tajuk di atas.

di saat ini masih teringat-ingat bau dari nya
di saat ini masih terkenang saat manis bersama nya
terasa baru semalam bersama
ia ku belai,ku kepit ke mana sahaja
namun akhirnya.....kita tiada rezeki untuk bersama..

isk..isk..isk...

sedih saya mengenangkan beg kulit santa babra polo yang saya beli lepas raya aritu..regenya memang kalau nak dikenangkan,sesungguhnya dengan gaji saya yang ciput,kalau 10x fikirpun belum tentu sanggup dibeli,tetapi saya telah membelinya dengan duit kutu saya. pejam mata rapat masa nak bayar, maklumlah, saya tidaklah sesenang mana. huk huk huk.. tepuk dahi juga suami bila dia terjumpa resit pembelian beg tangan itu.


apa nak di kata, tiada rezeki saya. oleh kerana teramat sayangkannya, hari ini saya telah membeli 1beg baru regenya mampu milik..ala...beg imitation gred AA, warna hitam. jenama longchamp medium in size. tujuan sebenar nak bagi beg kulit kesayangan saya tu berehat sekejap dari membawa purse, buku nota kecil2 dan juga pencil box..rasa beratje untuk dia yang chantik itu menanggungnya. dengan tidak sabar, kat sekolah (xdan nk tunggu balik rumah dah) saya terus memunggah segala isi perut dari si cantik manis polo santa babra itu ke long champ. si cantik manis saya simpan dalam kereta, bawah seat depan, risau kalau-kalau orang nampak dan sangka beg itu ada khazanah berharga,mau di pecahkan cermin kereta saya. mulanya nak letak dalam dashbox,tp sayang untuk dilipat, takut rosak.


sampai sahaja di rumah, saya sibuk melayan si Asma' yang meragam tak mahu masuk rumah, angkut 1plastik barang runcit yang baru dibeli sehingga terlupa untuk mengangkut skali si cantik manis. sehinggalah pkul 9 ,lm, suami ajak keluar isi minyak kereta sambil ronda-ronda. si cantik molek sudah tiada di tempat saya sembunyikannya. jenuh saya mencari..sah...di curi orang. tidaklah saya mahu menuduh sesiapa memandangkan salah saya sendiri kerana tidak menutup cermin tingkap kereta tengahari tu,walaupun parking depan rumah,dalam garaj..selama nie kalau tak tutuppun takdela pulak hilang benda-benda. kata suami,sudah tidak ada rezeki. haihhhh... keluar juga air mata sedih saya mengenangkan si cantik molek saya tu..belum puas saya menggayakannya.


teringat tazkirah Dr Muhaya di IKIM..kalau orang curi barang kita, kita kena kasihankan mereka, kerana mereka akan mendapat dosa dan dihkum di akhirat. jangan kutuk atau marah mereka.huhuhuhuhuhuh.....saya tersenyum redha dalam kepahitan. insya Allah saya belajar untuk redha. semoga Allah menggantikan dengan benda yang lebih baik dari musibah ini..


"teringat lagi bisikan saya pada si cantik manis tengahari tadi, lepas nie bolehla kau berehat, tkt kau cepat rosak nanti".. bukan cepat rosak, terus melepas rupanya...jodoh kita tak panjang. huhuhuhuuhu
inilah longchamp peneman saya diketika ini...senang saya nk sumbat buku2,pencilbox dan buku2 nota kecil.kalau bawa berjalan, senang nak sumbat pampers dan baju sehelai dua. murah aje..sapa2 nak boleh ke sini. kawan saya jual.nie gred AA ajer dan in medium size. kalau yang ori...rm4++ .

oh..si cantik moleek,di mana kau berada sekarang,mungkinkah Allah akan pertemukan kita semula. doa-doakanlah semoga beg ini masih rezeki saya.esok saya nk cari sekeliling kampung,selalunya pencuri kat sini ambil barang dalam jer,pastu campak beg. arini hujan lebat sampai ke santak isyak...tentu dia sejuk, basah dan...dan...kulit? mungkinkah akan tercalar, koyak? huhuhu..aishhh....rindunya saya kepadanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails