Tuesday, November 15, 2011

barut perut

saya punya warna putih aje
manala mereka dapat kain lawa gitukan?


Assalamualaikum semua,

tentunya semua sudah tidur kan. ehheheheh, saya? kini dah pukul 4.15 pagi. biasalah dengan hobi baru iaitu menjahit. Malam ini saya cuba menjahit barut perut bayi. contohnya saya pinjam daripada rakan sekolah.

kebetulan, ada kain putih utk buat baju sekolah dalam 1 meter kat rumah. kawan suruh beli kain cottan putih, biasala, saya suka sangat menderhaka, guna kain baju kurung sekolahtu pulak. dahtu pulak, kawan suruh pi beli tali kain nak ikat kepala kat telekong solat tu untuk dijadikan tali barut perut, saya pula cuba buat tali sendiri mengunakan kain lebihan kain putih itu juga.. namanya dah menderhaka, mestila kena tulah.hahahhahah, hasilnya, tak berapa menjadi.

entah kenapa, bila nak masuk barut perut ke dua, mesin jahit itu meragam, jahitannya tak mahu lekatla...asyik keluar benang panjangje, xnak melekat pada kain yang dijahit.bimbang pula kalau-kalau mesin pinjam saya tu rosak. terpaksalah saya men @restkannya@ barang semalaman lagi, mata saya juga sudah penat..namun seronok. apa-apapun kena tidur dulu,pagi esok mahu ke sekolah.

suami sudah minta saya ambik crk, kerana kasihan melihat sayang yang sudah sarat, namun, ada sahaja kerja di sekolah yang tidak membenarkan saya men rest kan diri dirumah. termasuklah temu janji dgn tuan guru jahit saya kt sekolah. hari ni guru membawa mesin jahitnya utk untukkan kepada saya cara menyambung pesak dengan kikik dan seterusnya menyambungkan lengan dengan badan.huhuuhuh. sungguh mengujakan.kelihatan pergerakan mesin dan tangan guruserta hasilnya amat menakjubkan, smooth ajer, jahitanpun langsung tidak berkedut...tidak seperti jahitan saya..nampaknya kena jahit dalam 10 pasang bajulagi untuk meng improve kan seni jahitan saya ni...


huwwwwwwwwaaa..sudah mengantuk.ok..selamat malam dan selamat beradu...assalamualaiikum

zzzzzZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails