Sunday, February 14, 2010

Aktiviti bersama anak-anak di masa cuti

Di musim cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina ini, saya mendapat idea dari rakan blog saya untuk membuat aktiviti bersama anak2. pada hari ini, saya bercadang untuk membina kotak ABC bersama anak-anak. pada mulanya anak-anak amat gembira, bukan untuk melalukan aktiviti itu,tapi kerana melihat semua peralatan yang sememangnya sudah lama diminati, selalu curi-curi ambil...lebih-lebih lagi gunting dan marker yang bewarna warni.


benda yang kami akan buat adalah kotak fail ABC, di dalamnya saya bercadang untuk meletakkan poket abcd yang boleh disisip kad-kad gambar dan huruf-huruf. maka bermulapah aktiviti itu....dengan haru birunya...abang dan faqihah(anak ke2 ku) berebut mahukan gunting. of course kemenangan berpihak kepada abang, maka faqihah hanya memenangi gam, maka diapun sapulah gam di semua kertas yang digunting oleh abgnya, si kecil pula sibuk mahu mengutip cebisan kertas yang digunting. saya tidak meletakkan baby dalam walker kerana terbca di dalam sebuah article tidak lama dahulu, keburukan walker kepada perkembangan baby termasuk perkembangan sikapnya....itu entry lain lah...

maka jadi hiruk pikuk lah suasana. naik geram juga dibuatnya, macammanalah kawan saya yang satu tu buat aktiviti dengan naak-anak dia,kalau macam gini sekali karenah anak-anak.huhuhuuhu...tangkap leleh juga air peluh saya dibuatnya.

tidak lama kemudian, si abang mula merengek nakkan marker, saya bagi setelah berpesan jangan conteng dinding, lukis saja di whiteboard yang ada...10 minit kemudian, berpaling saja kat belakang,

inilah hasil kreatif anak sulung saya.....tirrr..mendidih dibuatnya....apakan daya...sabau..sabau..kalau tuan puan, bleh sabau ker...hussssssssssss..

alahai anakku, maklumlah masa mengandungkan diakan, kita suka menulis cikgulah katakan..kuar-kuar ajer, memang sume suka conteng dinding, walaupun sudah diberi kertas, whiteboard...di dinding jua kesukaannya melakarkan kreativiti yang tak berapa sedap mata memandang itu.


akhirnya sesudah saya yang bertungkus lumus..maka tadaaaaaaaa...





3 comments:

Cahaya Rumahku said...

salam shafida, tahniah berjaya buat aktiviti ni dgn anak2.. tergelak akak baca cerita awak dgn anak2 tu... he he.. cantik buku tu :)

takpe, a bad start doesnt mean u cant win the race!

yg penting prosesnyakan? :)

SHAFIDA said...

insya Allah akak, saya akan cuba lagi.... semoga kita berjaya mendidik anak-anak ini...walaupun banyak rintanagnnya..huhuhu

Murnihati said...

biasa la anak-anak tgh membesar..
kat rumah nik pn ank2 suka conteng dinding,
cuma stkt ni guna pensil je, tak la nmpak sngt

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails