Monday, October 17, 2011

HUKUM SOLAT DISAAT KELAHIRAN

setelah usia kandungan saya sudah melewati 7bulan lebih ini..tiba-tiba sebentar tadi saya terkenangkan kesilapan besar saya semasa hampir melahirkan ank ke dua saya ,Faqihah 4 tahun dahulu. walaupun telah memegang sehelai ijazah yang rasanya tidak sama dengan tahap ilmu di dada saya, saya telah melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya berlaku iaitu saya telah meninggalkan solat ketika air ketuban saya sudah pecah. saya tidak pernah terfikir akan hukum pada masalah itu sehinggalah hmpir waktu bersalin (air ketuban saya pecah)- (walaupun tidak diiringi dengan sakit)dengan sendri ketika sedang mengambil wuduk untuk solat isyak.

maka saya yang keliru dan terus bertanya kepada nurse di situ . saya tidak menyalahkan mereka kerana memberitahu perkara yang salah kepada saya, tetapi saya lebih salahkan diri sendiri dan besar harapan saya agar rakan ibu dan bakal ibu di luar sana tidak membuat kesalahan yang sama seperti saya.

ok, terus kepada tajuk. apakah hukum solat setelah pecah air ketuban atau setelah keluar darah tanda hendak melahirkan samaada mengalami kesakitan atau tidak mengalami kesakitan pada ketika itu? wajibkah solat ? atau sudah tidak perlu lagi solat.

sebenarnya kita kurang pengetahuan tentang asal usul air ketuban dan darah "turun tanda di saat menjelang kelahiran. terlebih dahulu mari kita memahaminya.


Jenis Pendarahan Semasa Hamil

Darah yang keluar semasa hamil dikira sebagai istihadah. Darah bercampur lendir ketika proses hendak bersalin juga dikira istihadah atau darah fasad (rosak)(darah penyakit) yang mewajibkan seseorang itu solat.

Nifas pula ialah darah yang keluar dari rahim selepas melahirkan anak. Bagi mazhab Syafie, dikira darah nifas jika bersalin anak yang hidup, mati atau keguguran sama ada bersalin cara biasa atau pembedahan.

Nifas dari Sudut Saintifik

Ibu-ibu sudah tentu pernah mengalami rasa sakit seperti hendak bersalin sedangkan bayi sudah pun keluar. Apakah sebenarnya yang berlaku di dalam rahim kita?

Pada peringkat akhir proses kelahiran bayi, otot-otot rahim mengecut untuk menolak keluar keseluruhan badan bayi. Akhirnya kelahiran sempurna berlaku. Pengecutan seterusnya berlaku menyebabkan tertanggalnya uri dari dinding rahim. Sejurus berlakunya kelahiran bayi, pengecutan otot-otot rahim menyebabkan kontraksi berlaku pada otot-otot salur darah arteri lalu menekan salur-salur darah di uri yang akhirnya menyebabkan uri terpisah dari dinding rahim (desidua). Aliran darah pula berlaku hasil dari hakisan pada bekas tempat lekatan uri di dinding rahim (desidua) yang dikenali sebagai nifas. Ciri darah dan tempoh pendarahan adalah bergantung kepada saiz uri tersebut.

Dari sudut saintifik, nifas berbeza dengan darah haid yang berasal dari lapisan endometrium. Secara jelas, darah nifas terhasil dari darah yang mengalir keluar disebabkan oleh bercerainya uri dari rahim selepas melahirkan anak. Ia selaras dengan pandangan fuqaha’ mengenai definisi nifas.


diagram81

Hukum Pendarahan Semasa Hamil dan Air Ketuban

Pendarahan Semasa Hamil (tiada tanda hendak bersalin)

Perdarahan yang berlaku semasa hamil tanpa sebarang tanda untuk bersalin dalam Mazhab Syafii dihukumkan sebagai haid jika mematuhi kriteria tempoh haid. Jika bersalahan dengan kriteria tersebut maka darah itu dihukumkan sebagai istihadah.

Sebahagian ulama pula menetapkan darah yang keluar ketika hamil bukanlah haid dan dihukumkan sebagai istihadah kerana haid tidak berlaku ketika hamil. Pendapat ini bertepatan dengan kajian saintifik iaitu proses haid tidak akan berlaku kerana telah berlakunya persenyawaan dan kehamilan. Pendarahan yang berlaku ketika hamil biasanya disebabkan oleh kemungkinan wanita itu menghadapi masalah keguguran pada peringkat awal kandungan. Selain itu, wanita hamil mungkin mengalami masalah uri seperti uri pecah atau uri berada di bawah pada pertengahan dan akhir mengandung.

Darah Bercampur Lendir-bukan darah haid

Biasa juga para ibu mengalami darah bercampur lendir keluar dari rahim sebelum melahirkan. Ia merupakan salah satu tanda awal seseorang ibu akan bersalin. Darah ini keluar disebabkan terbukanya saluran ‘cerviks’ atau pangkal rahim dan juga pemisahan kantung tembuni bayi dari dinding rahim bahagian bawah.

Darah ini akan bercampur dengan lendir yang juga dihasilkan oleh kelenjar di bahagian pangkal rahim. Darah inilah yang dikatakan sebagai darah fasad (rosak) dari aspek fikah. Oleh kerana ia bukan lagi darah nifas, maka wanita yang mengalaminya wajib menunaikan solat seperti biasa. Dengan perkataan lain, kewajipan solat belum terangkat dari wanita tersebut.

Air Ketuban

Keluarnya air ketuban juga merupakan tanda awal proses kelahiran bayi. Air ini keluar dari sarung tembuni bayi yang pecah ketika proses kontraksi rahim. Pada asalnya, air ketuban bertindak sebagai kusyen yang melindungi bayi. Subhanallah. Maha suci Allah yang memelihara janin dalam kandungan.


maka jelaslah di sini, ibu mengandung tersebut wajib mendirikan solat walaupun telah keluar air ketuban atau darah lendir tanda mahu bersalin.

Cara Menunaikan Solat Dalam Keadaan Darah dan Air Ketuban Masih Keluar

Cara bersuci ialah bersihkan terlebih dahulu darah atau air ketuban dari faraj. Kemudian pakai tuala wanita, mengambil wuduk dan terus solat. Jika darah keluar dengan banyak diiringi rasa sakit berterusan, diharuskan solat jamak.
Jika mampu solat duduk, maka hendaklah solat duduk. Jika tidak mampu, solat berbaring


Pada pukul 12 tengahari, Aminah merasa sakit tanda hendak bersalin. Dilation (bukaan serviks) Aminah pada waktu itu 5cm. Aminah berkejar ke hospital dan segera dimasukkan ke bilik bersalin. Sakit Aminah semakin kerap menandakan bukaan serviks semakin luas. Bayi dalam perjalanan keluar dari alam rahim. Darah juga mula membasahi kain dan katil.

Dalam menahan sakit itu, azan Zohor berkumandang. Aminah teringin menunaikan solat namun doktor tidak mengizinkan Aminah bangun kerana bimbangkan keselamatan Aminah dan bayi.

Dalam keadaan begini, bagaimana Aminah mahu berwuduk? Sekitar tempat Aminah berbaring dikotori darah dan air kencing. Selain tempat yang kotor, Aminah juga perlu membersihkan diri dan pakaiannya terlebih dahulu. Namun Aminah sudah tidak mampu untuk bangun melakukan semua itu sendiri. Tiada pula orang yang akan membantu Aminah. Sakit bersalin hanya Allah yang tahu. Tiada kata yang dapat menggambarkan kesakitan itu. Seluruh tenaga dikerah dan seluruh urat saraf ditarik-tarik bagi sebuah nyawa yang amat berharga.

Allah maha pengasih, apa yang dialami Aminah dikira situasi darurah yang mengharuskan perkara yang dilarang. Aminah harus solat secara baring tanpa membersihkan diri, tempat dan berwuduk. Aminah juga tidak harus menangguhkan waktu solat kerana Aminah memang akan bersalin bila-bila masa. Darah yang mengiringi anak nanti dikira darah wiladah atau nifas. Nifas atau wiladah merupakan hadas besar bagi wanita. Justeru Aminah haram menunaikan solat sepanjang tempoh nifas.

Allah tidak membebani hamba-hambaNya kecuali apa yang termampu dilakukan. Ayat 286 dari surah al-Baqarah menjadi hujjah keharusan tersebut,

لَا يُكَلِّفُ اللّٰهُ نَفْسًا اِلَّا وُسْعَهَا‌ؕ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ‌ؕ

Maksudnya: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.

Walaubagaimanapun, Aminah harus berusaha terlebih dahulu memenuhi tuntutan syarak yang asal untuk menunaikan solat. Sebagai contoh: Sekiranya Aminah mampu mengelap darah dengan tisu atau kain bersih daripada badannya di tempat dia berbaring, maka Aminah perlu lakukan itu. Jika Aminah mampu membuang alas yang kotor itu, maka Aminah juga perlu lakukannya walaupun tidak dapat mencari alas yang bersih sebagai ganti. Lebih baik Aminah solat di atas katil tanpa alas dan kotor sedikit dibandingkan bersolat di atas alas yang sememangnya digunakan untuk menadah kotoran secara langsung.

Solat Baring

Contoh solat secara berbaring. Jika boleh baring mengiring, baring mengiring di atas rusuk kanan.

Kemudian, Aminah harus menggunakan air untuk berwuduk. Mintalah segelas atau sebotol air kecil dan basuh atau ratakan air pada anggota wuduk yang wajib yakni muka, tangan hingga ke siku, sebahagian kepala dan kaki. Basuhan atau sapuan itu dilakukan sekali sahaja yakni bilangan wajib.

Bagi menutup auratnya, memadai Aminah berselimut yang menutupi seluruh badannya hingga ke kaki dan bertudung lengkap atau meletakkan kain yang dililit menutupi rambut. Kemudian Aminah boleh bersolat dalam keadaan baring.

maaf jika tajuk ini teramat panjang untuk di baca...

unutk bacaan semula,sila ke kerana cinta






6 comments:

ummu_abdullah said...

Saya suka post ni, pencerahan macam ni memang penting... saya haritu masa turun darah nak bersalin, jam 4.30 ptg, kemudian solat asar dulu sebelum ke hospital, Alhamdulillah... Saya pun tak tahu juga, lepastu cepat2 tanya ustaz.

murnihati said...

sha, bagus entry ni, ramai yang tak thu psl ni, kalau yang bersalin ceaser camne ye, takde tanda sakit nak bersalin, tapi dipasangkan beg pundi kencing, kira menanggung hadas pulak.

alhamdulillah, bersalin ank ke3 di malam hari, start sakit ms magharib,lps solat isya' baru g hospital(nik tkde turun apa2 tanda, sakit je), selalu berdoa agar tak kena sakit bersalin di waktu2 solat.

murnihati said...

out of topic jap

tengok gmbr kt ats tu,
teringat ank bujang nik, kt klinik kan ada gmbr dari awal kehamilan hingga gmbr mcm gmbr ats tu,
dia tanya, umi kenapa dalam perut tu ada ulat.. smbil tunjuk kt gmbr 1st (masa awal kehamilan)..huhu.. tnya depan misi lak tu..

shafida said...

a'aa la kan nik..kalau xsakit,tp dipasang beg kencing dan itu dikira menanggung najis...em....boleh tanye soalantu..

tapi kalau dah xder cara lain, buat yang termampu kita buatjelah kot...apa2pun nnti saya cuba tanya ye nik.

ahaha..budak2 sekarang memang cerdik..ehehhehehe xmalu bertanya dan akalnya panjang

Anonymous said...

Sila rujuk pendapat jumhur ulama' dlm kes di atas..kita boleh berpegang pendapat yg kuat..tq
http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/708-status-darah-sebelum-bersalin.html

Anonymous said...

http://zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/708-status-darah-sebelum-bersalin.html

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails