Tuesday, February 28, 2012

MARAHKAN MURID

Hai...pagi-pagi lagi dah naik angin cikgu ni. Maklumlah dah namanya manusia...kadang-kadang ter hot juga bila ada yang nak naik kepala...apatah lagi jika sepatah kita berkata,10patah pula dijawabnya


kalau jawapan betul tidaklah mengapa..

ni...meraban yang entah apa-apa. Kelas 6u si jejaka bertapa,

gambar pertama adalah singgahsananya,gambar ke dua nama negerinya,masuk aja cikgu,mulutnya terus berkata-kata. Semua kata-katanya menidakkan pesanan dan nsihat guru..naik hangin guru dibuatnya.


Saya masuk memberi ala kadar cerita...si dia tetap dengan sikapnya yg dianggapny lawak aja...saya sound direct kepada dia,siap mencabarnya agar menunjukkan sekurang-kurangnya 3A bila result upsr tiba..kalau tak..saya akan buuu dia

melampau tak saya???..


Sebelum keluar rehat saya memanggilnya.

"awak tahu tak,perbuatan awak membuatkan cikgu terasa hati dan naik marah.kenapa awak selalu menyampuk kata-kata guru.kalau yang berkaitan xapalah juga..ini entah apa-apa yang saja nak buat cikgu marah. Awak tahu tak perbuatan awak dinamakan tidak menghormati guru..si dia tunduk membisu,sesekali mengangkat muka dan menganggukkan kepala.kesian pula melihatnya" syarahku berjela-jela


Saya minta maaf jika kata-kata saya buat hti awak terasa...ini adalah teguran.kalau saya tak tegur mungkin awak tak tahu perbutan awak salah. Dia senyum pahit...saya benar kan dia keluar rehat...


Sebelumtu saya keluar dlu ke tandas...

.melabur apa yang tersisa,

pi tandaspun naik hangin juga...enth harike berapala di cleaner ni x sental lantai...berminyak penuh habuk hitam.kalau semalam dh sental mana mungkin begitu kotornya@ mungkin si anak murid turut berkongsi rasa,melabur menyelinap ke tandas guru.


kalau diguna bersih di pam flash oklah juga..tapi melabur sedap flash terlupa..cikgu nak membuangpun tak selesa.inilah nasib guru sek rendah..dah nampun rendah,walau belajar tinggi.huk hik hik....


Maaf dipinta kesekian kali

Jika pembaca ada terasa hati

niat berseloka di pagi ini,

sambil cerita kisah terjadi


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, February 27, 2012

Musim Ujian Kali Pertama

Minggu ini bermula ujian kali pertama di SKSTB. biasalah murid-murid kebanyakannya tidak ambil pot sangat. maklumla ujian kali pertama. Buat kesalahan pun kalau pertama punya warning belum ada hukuman lagi.


Tambahan pula budak sekolah rendah.ye...dan saya sndri.tidaklah keterlaluan mengajar memandangkan mood nk mengajar lepas cuti 2bulan masih suam-suam kuku.opsss.....tapi tidak dapt disangkal guru yang bersungguh-sungguhpun ramai...jangan terasa hati guru yang commited ye..heheheeheh


harini kena ganti.kelas puan zuriana..tak datang..xtahu kena mybe pi wat chek up mengandung ataupun tak sihat...Allahualam..dan ini adalah kelas 6b...mulut..amboi...sepatah mulut cikgu..10patah menjawabnya...sangat biasa dgn guru tanpa rasa gerun lagi...ni nk kena tegur skitni...ha..nampak kat atastu berani2nya dia wat peace walaupun tgh jawab peksa..ishhh...ish...cikgunyeee punnn..membuat gangguan jgk..napelah di snnap dpn budak...xsenonoh betulkan...


banyak ragam ye..ada yg bawa towel..kes hingus meleleh leleh..skrgni musim selsema kan. yang bawa fabreez pu ada ke?..hahhh...itu fabrezz utk kelasla...isiansemula dgn air utk bersihkan white board.. ;)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, February 19, 2012

Patah Lagi Buat Kesekian Kalinya

Untuk kesekian kalinya....kaca mata saya patah lagi. begitu rapuh walaupun cina tu kata ini bingkai Titanium punya,boleh lentur.

manusia juga begitu. nyawa manusia juga terlalu rapuh .Jika sudah sampai ajal,orang yang kita amat sayang akan pergi jua walaupun selautan kasih kita kepadanya...Namun ada juga pepatah melayu dulu kala,pantang mati sebelum ajal....maksudnya walau sakit seterukmanapun jika masih belum sampai ajal...akan selamat jua.


3hari sudah saya menerima berita mendebarkan. satu satunya kakak saya dikatakan mengidap kanser payudara. gelap seketika dunia ini. kami sama-sama melahirkan baby pada bulan 12 yang lepas.kini anak kami berumur 2bulan lebih.tahun 2009 lepas kami juga sama-sama melahirkan bayi perempuan,cuma selang 2hari sahaja.


masih terbayang-bayang kami membesar bersama,kawan gaduh,kawan ke sekolah.dia 2tahun lebih tua dari saya. kanser itu hanya kata-kata dari perubatan kampung...kaklong dan ummi sendiri sangat takut untuk ke hospital.kata orang tua-tua kanser sangat2 tidak berkenan dengan ubat hospital yang panas. kaklong,ummi dan saya sendiri tidak dapat terima jika doktor mengesahkan ia adalah kanser.... walaupun ada di sudut hati saya eloklah ke hospital untuk memastikannya,saya tetap takut segala ketupusannya.


.doa saya pada setiap hembusan nafas saya ini... agar kaklong sentiasa sihat dan jangkaqn perubatan kampung itu salah tentang penyakit kaklong...amin...semoga kaklong tetap sihat walafiat kerana baby dan 2 orang anaknya yang masih kecil amat memerlukan kasihsayangnya....kaklong bukan kacamata saya yangg mudah patahhhhhhh...


malam semalam saya ke kedai kaca mata untuk menukar bingkai yang lain...kini saya memakai kaca mata lama dgn bingkai baru..tapi nyawa manusia tidak seperti bingkai yang boleh ditukar ganti kan..kan...amat takut akan kehilangan insan yang paling kita sayang....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, February 7, 2012

Berjalan-jalan ke One Utama

Harini boring sungguh duk kat rumah. Maka saya cadangkan pergi ke kedai untuk berjalan-jalan....maka keluarlah kami sekeluarga dengan kancil kami...


semua jalan ditutup kerana taipusam. Maka sampailah kami ke one utama tanpa disangka-sangka. Oleh kerana tidak ada tujuan dan keperluan (sebenarnya banayk saya nak.beli,tapi buat dekkk aje.....pikir duit belum meriah..huhuhu)...kami berjalan-jalan sahajalah....


Biasalakan bebudak nie....kalau dah masuk shopping complexs bergalaklah macam mak ayah nya yang kurap ini seperti Donald Trump...muaz dengan kasut bolanya....faqihah dan asma, nakkan bear nya....last sekali Asma'mengamuk nakkan troli berbentuk kereta. Sungguh teruji sekali


Untukendamaikan hati anak-anak yang tak puas hati sebab tak dapat belu barang yang mereka nak...kami pwrgi mandi manda si kawasan jeram bukit lagong....


Sekian aktiviti hari ini...aktuviti esok belum di fikirkan lagi. Lusa saya dah start bekerja..risaunya....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, February 4, 2012

Rinduuuuuuu.....

kami merinduinya. Foto di atas adalahfoto kali terakhir yqng saya ambil dari luar jemdela rumah emak.selepas itu..ia diragut pergi


.. sudah 7 tahun bersama....kali terakhir kami melihatnya adalah pada 16/12 pada pukul 9.40 pagi...sedih kan bila yang disayangi menghilang dilarikan orang lain.


Tanpa Sebarang berita dan jejak....sehingga kini kami tetap merinduinya dan berharap agar dapat berjumpa lagi dengannya dalam keadaan sempurna.


Ia bersama kami ketika kami susah dan senang. Ia merakam sejarah ke empat anak2 kami...


Semoga Allah mengembalikan kamu ke sisi kami semula dalam keadaan sempurna. Wira SE wne 5242


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, February 3, 2012

Matanyaaa

matanya....

sekali tengok...waw comelnyaaaa

dua kali tengok ish...something wrongke?pakai contact lense ke? kalau tengok malam...eiii..meremang bulu roma...


apapun....kalau macamni mata kan...lawanya dia...


Published with Blogger-droid v2.0.4

CUBA BUAT STOK SUSU

Hari rabu minggu depan saya akan mula bekerja semula...risau memikirkan baby umar yang akan ditinggalkan kepada pengasuh nanti. pelbagai persoalan dalam kepala saya mi.


bersediakah dia nak handle susu ibu yang akan saya bekalkan setiap hari nanti. mahukah dia bersusah susah untuk panaskan susu setiap kali mahu menyusukan umar? mahukah dia alert setiap jam untuk memastikan susu yang sudah dipanaskan hanya boleh diberikan kepada umar dalam masa 1jam sahaja? mahukah dia menggunakan warmer yang akan saya bekalkan nanti? adakah dia akn komen semua benda itu akan menyusahkan & menambahkan bebanan kerja dia nanti..nak masak untuk budak transit lagi,nak kemas rumah lagi...itu smua mbuatkan saya risau.


saya juga risau bila perasan yang perut umar tidak berkenan dengan susu beku yang dicairkan.sudah 2kali memberinya susu yang telah dibekukan..nampaknya 2x juga perutnya meragam dan sepanjang hari dia akan menangis dan tak senang duduk..adakah ini petanda saya perlu membekalkan susu fresh shj. Bagaimana jika suau perahan saya drop.auau tak cukup...haruskah saya bekalkan juga suau formula....bagaimana dengan azam saya mahu exclusively breastfeed umar paling kurg 6bln pertama????...


risau memang risau. nampak.ya saya kena mulakan sesi pp saya untuk make sure.susu saya bertambah banyak setiap sesi mengepam agar cukup untuk bekalan umar aetiap hari.kena kais pagi minum pagi,kais ptg minum petqnglah nampaknya..nqmun nak buat pp tu..adui yaiiiii...memerlukan semangat dan keerajinan yang tinggi. Semoga Allah menolong saya.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Muaz gerun ke Sekolah

Mengenai tajuk di atas.saya agak risau dan geram dengan karenah muaz sejak dia masuk darkah 1. setiap kali mahu ke sekolah kebangsaan,dia akn menunjukkan protes tidak mahu ke sekolah. Diantara alasan yang selalu dia sebut,dia tak suka cikgu Masyitah kerana cikgutu sangat garang.suka cubit bawah ketiak.


Saya kata kalau kita buat kerja rumah yang cikgu bagi,bawa buku ikut jadual yang sepatutnya,tidak bermain atau bercakap semasa cikgu mengajar,buat kerja dalam kelas dengan kemas,cikgu tidak akan marah atau denda kita.malah cikgu akan lebih sayang kita.


tp he refused to listen. Yesterday unfortunately he left b.m teks book at home. so he got the punishment twice from his teaCher. So today when i ask him to take bath...tanda kena pi sekolahlah tu...he starts to cry...


semalam dia tido lewat untuk siapkan 2mukasurat huruf g dan h. sian pula saya tgk. gigih dia siapkan walaupun mengantuk. Tapi masa nak pergi sek tadi dia nanges lg.saya pujuk dia.lama-lama dia pergi juga walaupun jam sudahpun menunjukkan 2.10..dah masuk kelas dahtu. harini hari Jumaat, masuk 2.10 ) cara jalanpun memang tak bersemangat. mengheret kaki macam askar kalah perang je saya tengok


Kalau iyapun..guru-guru darjah 1....janganla garang sanagat dengan murid darjah satu. Si emak penat dah memujuk ank untuk ke sekolah..anak nak pegi sekolahpun dah syukur sanagt rasanya....rasa nak bayar je rm 10 hingget.


Itulah masalah sesi persekolahan juga rasanya .pagi hingga11.00 diaorang pi sek agama. 1.10-6.30 plk diaorang ke sek keb plk.maklumla tengahari...panas...berpeluh...kelas pun crowded (sek saya&anak sayala tu) ,mengantuk lagi, sedikit sebanyak boleh melupuskan semangat mereka untuk ke sekolah.


Harap-harap Muaz cepat belajar dan matang.agar senang sikit nak handle dia....penatla dgn dia..ank sulung.manja lebih sikit dan susah nak berdikari.banyak karenah..nak handle adik-adiknya yang 3 orang ni lagi..silap haribulan memang kuar air mata maknya nie... haihhhhhh.....tolongla bagi pendapat apa yang perlu saya buat nie yea.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Untuk Bayi yang selsema,kahak,batuk

saya ambil dari sini.

amat berguna sekali...harap dapat share dengan semua moms di luar sana.. kerana ubat-ubatan untuk bayi sehingga 2 tahun amat...amat...amat...teramat TIDAK digalakkan ye...jadi ini yg kita cuba try test...

dari ibu dan anaknya Aqeef Daniel..tq to ibu dan Aqeef kerana berkongsi ilmu yang sanagt bermanafaat ini.

maaf ye...xtahula macammana saya copy jadik gini plk..to all moms..sory....cuba highlight kan ye supaya boleh baca tulisan...so sorry

Kalau anak selsema batuk....atleast 4 kali steaming

even anak tak selsema & batuk...atleast once a day...let say after steaming tu die batuk2, means ada kahak la dalam paru2, kalau tak batuk, means paru2 ok ;)

jadikan steaming tu rutin harian, u have nothing to lose pon (kata Dr Nadir)....

and don't forget to tepuk and sedut guna NA after steaming tau..... pg td after steaming Aqeef, tepuk and sedut..hamek ko ingus warna ijo....



Step 1: panaskan air dlm rice cooker, Dr Nadir suh buh vicks sket but i chose not to (sebab baca kat Vicks Baby Balsam tu die state that 'not to be heat in water, do not vaporized bla bla and so on)....bile agak2 dah nampak wap steam tu... hadapkan muka anak mcm gambar di atas, make sure pegang anak kuat2...guna bantuan suami anda jika perlu...cos air di bawah tu panas ye....meronta sket takut terjatuh pulak or tangan tercapai ke air panas tu...Nauzubillah ...oh ya steam up to 15mins ye...ni adalah process nak mencairkan kahak ye....kalau in the process tu, normally anak akan terbatuk and kahak akan keluar, normally die tertelan...takpe cos akan kuar from poo poo, bukan masuk ke paru2 semula...so dun worry...





Step 2: Mari menepuk... masa jumpe Dr Nadir...wah bunyi tepukan die sgt kuat..tp suprisingly tak sakit cos bentuk tangan tu...cupping method.... kalau tangan flat kite tepuk memang lah sakit....ok tepuk side sini....process ni adalah utk pecahkan kahak bg spread ye...buat dlm masa 2 ke 3 min...nak lama sket pon boleh


Step 3: Mari menepuk sebelah sini pulak






Step 4: Mari menepuk bahagian depan pulak ye....oh tp i tak seberani Dr Nadir, so tepukan tak berapa kuat la ye....see my anak menangis mintak dilepaskan tu...bukan sakit tersiksa ke apa ye (saya tak dera anak hehehe)



Step 5: Mari tepuk di sini pula......


Ok selesai tepuk2 tu..... kuar2 ingus anak i mcm belon...so guna nasal aspirator or ada yang sedut guna mulut utk menyedut keluar ingus2 tu ye..... saya sedut semalam tak sempat amek gambar lak,...hasil sedutan ingus tu pon suami saya dah cepat2 gi basuh NA tu while saya tgh pujuk2 anak after the steaming, tepuk and sedut process tu....ye la kene bgtau die kenapa ibu buat mcm ni.....


and then u'll have a happy baby...no more tersumbat idung, takde dah dada berombak masa bernafas..fuh lega..... mang fobia cos Aqeef Danial lahir2 tertelan ketuban so he have pneumonia, pastu ada history bronchitis pulak..... yang paling benci kalau admit to hospital, kene poke jarum kan and urat Aqeef susah nak cari pulak tu...cucuk tangan kanan, tangan kiri, tak jumpe jugak, turun ke kaki...tak jumpe jugak, ulang balik cari ke tangan...ohhh saya benciiiiii.... hopefully no more hospital for Aqeef Danial lah

BENTAN


JENIS- JENIS BENTAN & SIMPTOM

Bentan adalah dimana keadaan ibu berpantang yang tiba-tiba tidak sihat sehingga mengganggu keselesaan dan mengakibatkan kesakitan yang tidak dapat di ketahui puncanya secara tiba-tiba.

Ia selalu terjadi di awal tempoh berpantang kerana dipercayai ketika tempoh ini, keadaan dalaman ibu yang masih lemah.Tetapi ada juga kes bentan yang terjadi di tempoh penghujung berpantang dan kadang2 selepas tempoh berpantang.


JENIS BENTAN, SIMPTOM, PUNCA DAN CARA RAWATAN.

1. Bentan Urat

* Badan ibu tiba-tiba lemah, demam, serta bisa-bisa urat dan setiap sendi badan seperti lutut, menggigil kesejukan meskipun tengahari (siap berselimut tebal pun sejuk lagi), seluruh otot badan tegang dan kekejangan.
* Selalunya berlaku apabila ibu terlalu aktif atau melakukan aktiviti fizikal yang melampau.

2. Bentan Urat Peranakan/Urat Rahim (ari-ari)

* Kesakitan di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga tumpah darah. Kadang-kadang kesakitan ini menyebabkan lutut bertemu dagu sehingga susah untuk meluruskan badan si ibu.
* Selalunya terjadi jika ibu-ibu mengangkat benda-benda berat.
* Ibu digalakkan baring di atas lantai tanpa alas bantal dan alas punggung dengan 2 biji bantal. Atau ibu boleh sandarkan kaki pada dinding untuk kurangkan pengaliran keluar darah.

3. Bentan Urat Besar (Pinggang)

* Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Ibu-ibu yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lenguh dan sakit di atas bahagian tongkeng(belakang). Selalunya terjadi kepada ibu bersalin secara pembedahan. Kadang-kadang kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sampai ibu jalan terjingkit-jingkit. Jika dibiarkan, ibu boleh berjalan capik seumur hidup.

Sebab itulah ibu berpantang digalakkan banyak-banyakkan berehat, jangan terkena hujan hatta tempiasnya sekalipun, jangan suka mandi lama-lama, jangan main air (kalau boleh pinggan pun jangan basuh. Minta tolong orang lain basuhkan), elakkan mandi budak, dan janganlah angkat berat-berat (even anak kecil korang)Kerana sakit bentan ni memang tak tertanding dan sakitnya boleh buatkan ibu-ibu berpantang merana.

Thursday, February 2, 2012

Setiap Hambanya menerima Ujian dariNya....

Kematian memang wajib berlaku ke atas setiap manusia.

Sebagai seorang ibu kita harapkan anak kita membesar dengan sihat dan kalau boleh biarlah kita dulu yang mengadap ilahi sebelum dia. Tapi sesungguhnya insan sentiasa diuji Allah untuk meningkatkan iman dan menambahkan pahala. W.Mahani Wan Abdullah, sahabat saya telah diuji dengan kehilangan anak yang baru dilahirkan awal pagi tadi. Operation pkul 3 pagi tadi berjalan dengan selamat akan tetapi bayinya meningal pkul 8 pagi td. Doktor telahpun menjangkakan kematian bayinya kerana penyakitnya itu.

Sudah 2hari saya demam.orang kata demam dalam pantang bahaya. Ptg semalam saya ke klinik.doktor kata saya bentan kerana saya cuba drive kereta kancil yang pedal gearnya agak keras dan sterengnya agak liat. Terus rasa tak sedap badan....dan maghribtu memang sakit segala sendi,urat saraf dan saki kepala yang amat.bila kawan saya call bagitahu berita tersebut,saya terasa dada sangat sempit,air mata mencurah keluar.bila melihat mata bby umar,saya terkenangkan baby Putera Zulkarnain yg telah pulang ke rahmatullah...terus sakit kepala datang lagi dan....demam lagi. Saya bayangkan kita yang dengar beritapun demam,apalagi emaknya yang terpaksa di operayte, susu mencurah keluar,tapi baby tiada...begitulah seberat mata memandang lagi berat bahu yang memikulnya...


tolong doakan kawan saya Wan Mahani Wan Abdullah ye kawan-kawan. semoga Allah menggantikan kehilangan ini dengan rahmat dan rezeki yang lebih baik...aminnnnn....





Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 1, 2012

tugas ibu kepada anak darjah 1.

Malam ini,saya berkesempatan untuk membuat spot check ke atas beg-beg sekolah anak bujang saya .wah....memang banyak benda yang saya terlepas pandang.buku-buku teks nya belum ditulis nama. Belum dibalut dan ada pages yang koyak belum di salotape. Banyak kerja sebenarnya.


Dengan keadaan berpantang dan baru menjadi ibu kepada anak yng baru masuk sekolah rendah....banynk yang perlu saya lakukan. First time lah katakan....buku-buku latihan anak bujang banyak yang dhaif.... Dikoyak kat belakang...maka yang depanny pun nak ikut sama tettanggal. Bnyk yang saya perlu ajar dia... Buku berlipat-lipat macam nak buat nasi lemak


Kini saya sendiri sedar betapa ibu-ibu di rumah harus selalu meng spot chek dan banyak memberi nasihat kepada anak mereka. Dulu sayapun pelik serta naik angin bila melihat buku tulis murid-murid yang berlipat-lipat,bercampur-cpur dengan subjek yang berlainan.ini kerana murid tersebut tidak mendapat perhatian dan tunjukajar dari ibu mereka di rumah.seharusnya saya menasihati mereka untuk menggantikn ibu mereka yang kurang mempunyai masa untuk berbuat demikian...


insya Allah...begitulah manusia..bila dia tidak berada dalam sutuasi yang sama,susah untuk dia memahami.tapi jika sudah berada di sitiasi yang sama...dia akan sedar dan belajar untuk lebih bertolak ansur dan bersabar..


Published with Blogger-droid v2.0.2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails