Sunday, February 19, 2012

Patah Lagi Buat Kesekian Kalinya

Untuk kesekian kalinya....kaca mata saya patah lagi. begitu rapuh walaupun cina tu kata ini bingkai Titanium punya,boleh lentur.

manusia juga begitu. nyawa manusia juga terlalu rapuh .Jika sudah sampai ajal,orang yang kita amat sayang akan pergi jua walaupun selautan kasih kita kepadanya...Namun ada juga pepatah melayu dulu kala,pantang mati sebelum ajal....maksudnya walau sakit seterukmanapun jika masih belum sampai ajal...akan selamat jua.


3hari sudah saya menerima berita mendebarkan. satu satunya kakak saya dikatakan mengidap kanser payudara. gelap seketika dunia ini. kami sama-sama melahirkan baby pada bulan 12 yang lepas.kini anak kami berumur 2bulan lebih.tahun 2009 lepas kami juga sama-sama melahirkan bayi perempuan,cuma selang 2hari sahaja.


masih terbayang-bayang kami membesar bersama,kawan gaduh,kawan ke sekolah.dia 2tahun lebih tua dari saya. kanser itu hanya kata-kata dari perubatan kampung...kaklong dan ummi sendiri sangat takut untuk ke hospital.kata orang tua-tua kanser sangat2 tidak berkenan dengan ubat hospital yang panas. kaklong,ummi dan saya sendiri tidak dapat terima jika doktor mengesahkan ia adalah kanser.... walaupun ada di sudut hati saya eloklah ke hospital untuk memastikannya,saya tetap takut segala ketupusannya.


.doa saya pada setiap hembusan nafas saya ini... agar kaklong sentiasa sihat dan jangkaqn perubatan kampung itu salah tentang penyakit kaklong...amin...semoga kaklong tetap sihat walafiat kerana baby dan 2 orang anaknya yang masih kecil amat memerlukan kasihsayangnya....kaklong bukan kacamata saya yangg mudah patahhhhhhh...


malam semalam saya ke kedai kaca mata untuk menukar bingkai yang lain...kini saya memakai kaca mata lama dgn bingkai baru..tapi nyawa manusia tidak seperti bingkai yang boleh ditukar ganti kan..kan...amat takut akan kehilangan insan yang paling kita sayang....


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

zuliana said...

k.sha..suh la dio gi spital...ma zue dh sembh spenuhnya...mmg azab skit la nk hadapi kimoterapi tp skrg dh sihat..

shafida said...

zue....... xsanggup nk dengar kalau doktor sahkan penyakit diatu kanser....zue....xsanggup :(
mak zue kanser gapo dulu...kakak k.sha nie kecik..kurus..bayangkanla bera dia dah 38 kg jer...kering....xsanggup tgk dia hadapi kimo tu.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails