Thursday, February 2, 2012

Setiap Hambanya menerima Ujian dariNya....

Kematian memang wajib berlaku ke atas setiap manusia.

Sebagai seorang ibu kita harapkan anak kita membesar dengan sihat dan kalau boleh biarlah kita dulu yang mengadap ilahi sebelum dia. Tapi sesungguhnya insan sentiasa diuji Allah untuk meningkatkan iman dan menambahkan pahala. W.Mahani Wan Abdullah, sahabat saya telah diuji dengan kehilangan anak yang baru dilahirkan awal pagi tadi. Operation pkul 3 pagi tadi berjalan dengan selamat akan tetapi bayinya meningal pkul 8 pagi td. Doktor telahpun menjangkakan kematian bayinya kerana penyakitnya itu.

Sudah 2hari saya demam.orang kata demam dalam pantang bahaya. Ptg semalam saya ke klinik.doktor kata saya bentan kerana saya cuba drive kereta kancil yang pedal gearnya agak keras dan sterengnya agak liat. Terus rasa tak sedap badan....dan maghribtu memang sakit segala sendi,urat saraf dan saki kepala yang amat.bila kawan saya call bagitahu berita tersebut,saya terasa dada sangat sempit,air mata mencurah keluar.bila melihat mata bby umar,saya terkenangkan baby Putera Zulkarnain yg telah pulang ke rahmatullah...terus sakit kepala datang lagi dan....demam lagi. Saya bayangkan kita yang dengar beritapun demam,apalagi emaknya yang terpaksa di operayte, susu mencurah keluar,tapi baby tiada...begitulah seberat mata memandang lagi berat bahu yang memikulnya...


tolong doakan kawan saya Wan Mahani Wan Abdullah ye kawan-kawan. semoga Allah menggantikan kehilangan ini dengan rahmat dan rezeki yang lebih baik...aminnnnn....





Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails