Friday, February 3, 2012

BENTAN


JENIS- JENIS BENTAN & SIMPTOM

Bentan adalah dimana keadaan ibu berpantang yang tiba-tiba tidak sihat sehingga mengganggu keselesaan dan mengakibatkan kesakitan yang tidak dapat di ketahui puncanya secara tiba-tiba.

Ia selalu terjadi di awal tempoh berpantang kerana dipercayai ketika tempoh ini, keadaan dalaman ibu yang masih lemah.Tetapi ada juga kes bentan yang terjadi di tempoh penghujung berpantang dan kadang2 selepas tempoh berpantang.


JENIS BENTAN, SIMPTOM, PUNCA DAN CARA RAWATAN.

1. Bentan Urat

* Badan ibu tiba-tiba lemah, demam, serta bisa-bisa urat dan setiap sendi badan seperti lutut, menggigil kesejukan meskipun tengahari (siap berselimut tebal pun sejuk lagi), seluruh otot badan tegang dan kekejangan.
* Selalunya berlaku apabila ibu terlalu aktif atau melakukan aktiviti fizikal yang melampau.

2. Bentan Urat Peranakan/Urat Rahim (ari-ari)

* Kesakitan di bahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga tumpah darah. Kadang-kadang kesakitan ini menyebabkan lutut bertemu dagu sehingga susah untuk meluruskan badan si ibu.
* Selalunya terjadi jika ibu-ibu mengangkat benda-benda berat.
* Ibu digalakkan baring di atas lantai tanpa alas bantal dan alas punggung dengan 2 biji bantal. Atau ibu boleh sandarkan kaki pada dinding untuk kurangkan pengaliran keluar darah.

3. Bentan Urat Besar (Pinggang)

* Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul yang dikenali sebagai urat sum. Ibu-ibu yang mengalami bentan urat besar ini akan merasa lenguh dan sakit di atas bahagian tongkeng(belakang). Selalunya terjadi kepada ibu bersalin secara pembedahan. Kadang-kadang kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sampai ibu jalan terjingkit-jingkit. Jika dibiarkan, ibu boleh berjalan capik seumur hidup.

Sebab itulah ibu berpantang digalakkan banyak-banyakkan berehat, jangan terkena hujan hatta tempiasnya sekalipun, jangan suka mandi lama-lama, jangan main air (kalau boleh pinggan pun jangan basuh. Minta tolong orang lain basuhkan), elakkan mandi budak, dan janganlah angkat berat-berat (even anak kecil korang)Kerana sakit bentan ni memang tak tertanding dan sakitnya boleh buatkan ibu-ibu berpantang merana.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails