Friday, November 2, 2018

SAYA BERJANJI......

Assalamualakum semua,

sihat kah pembaca dan silence reader di luar sana. saya dan keluarga alhamdulillah.. cuma diuji dengan sedikit  selsema dan batuk.  sayala yg paling teruk skit.. dalam keadaan kandungan 30 minggu, bila batuk teruk, perut turut sakit. tekak luka kerana banyak batuk. namun, tiada ubat yg kuat utk hilangkan batuk untuk orang mengandungni. saya cuma bertahan dgn minum air suam campur limau kasturi aja.. kadang2 teguk jugs ubat batuk gamsat plus tu, utk hilangksn gatal takak... 5 minit sjs bertahan pun..
bila batuk aja syik terkencing.. penat tau membilas kain kencing orang tua ni. hahahahahhhahhaahhhhaha.


well, bila mengandung ni, macam-macamkan.. saya dah beberapa mingguni , selera turun betul. mkan nasi di sekolah aja, tupun sebab gigil menahan lapar. kalau ikutkan selera, masakan kantintu mcm kertas pasir aja... dialog upin ipin kan.. dgn biskut yaya..hahahha. balik rumah mmg tak masak dah sekarang. balik rumah, banayk masa saya tidur , baringkan perut yg beratni juga. perut xderla berat sgt sebenarnya. tapi sejak saya angkat 1 kotak tamarcocoa tempohhari, badan saya sakit, urat punggung, paha dan ari-aripun sakit. berdiri paling lama 10 minit aja.. rasa mcm nak jatuh. kaki dah lenguh.

lepas bersalinni saya kena banayk pantang dan berurut.
insyaAllah

pasal janji pulak ya.
 πŸ”Ίdengan ini saya berjanji pada diri saya untuk tidak lagi membaca cerita2 kisah benar tentang poligami kerana ia membuatkan saya fikir yang bukan-bukan sekarang. emosi ibu mengandungni sungguh fragilekan. tetiba dia sedih.. tiba2 dia akan bertukar jadi takut.. tak kurang juga dia suka menangis.. aduhai... mula pandang negetif aja pada setiap whatapp suami yang  berlawanan jantina.. 

πŸ”ΊπŸ”Ίsaya juga berjanji dgn diri sendri tidak akan lagi cuba mencari dan berfikiran negetif tentang apa2 perkara yg melibatkan poligami, perempuan2 yg mgkin akan mencuri hati suami saya dan dll tentang bab ini.


bukan apa, ada kawan saya yg berumur  pertengahan 30an, dia dimadukan masa pantang. org ust ustazah tu..suaminya bukan calang2 manusia.. sekarang dah berjawatan , menang pilihanraya aritu. tapi kawan saya kata mmg puas hati kasih syg dan  pembahagian masa oleh suaminya sb suaminya mmg warak. tapi kadang2 cemvuru memang tak boleh ditepis katanya. ya saya tahu.. tapi hati ini tetap tak boleh  blahlaaaa....degan itu, saya cuba tenteramkan hati saya dgn google ceramah2 ustaz2 terkenal tentang poligami. ingtkan makin tenteram hati saya..makin teruk jadinya..

mungkin juga pengalaman keluarga sendri, mak saudara, kawan2 lain menyebabkan saya makin fobia.. seterusnya stress. 

saya pun pelik. pipi saya cengkung kebelakangan ini. sebab saya dah xlalu nak makan di rumah especially waktu mlm. saya cuit2 aja makanan yg suami bawa balik.. saya banyak minum air cicah biskut aja utk hilangkan lapar. 

saya skrg suka sgt nampk cantik..ahahha jangan tak tahu sebelum g  sekolah, wajib saya pakai foundation, loose power, lipstik dan blusher. hahahaa itulah penangan mengandung baby boy.. memg suka berhias. nk berhias depan suami, siap kat saya perasan.. saya rasa malu. jdi saya suka berhias masa nak gi sekolah, tak sempat dia nak tgk muka saya.. tapi takla keterlaluan..ustazah kang. tapi masih nampakla skit saya pakai pemerah pipi.. rata2 kawan2 perempaun kata saya cantik sb marykay..hehehe rasa saya kalau semua melawa mmg akan lawa, tak kira guna produk apapun..tapi yang saya perasan, kulit maka saya sgt lembut dan mudah sgt apply sebarang foundation dan loose powder sejak menjaga muka dgn set marykay. lagipun saya xpayah risau tentang bahan kimia berbahaya.. arykay sgt selamat. sebenarnya bila kulit buka sihat bila pakai bedak, kita akn nampak lebih glowing.

pernah tak , dulu, kita pakai bedak nampak  kusam @ gelap. mcm foundation tu xkena dgn tone kulit kita??? hahahahha mgkin betul, kita salah pilih tone kaler, tpi salah satu penyebabnya juga, kulit muka kita kusam sb tidak menjaga dgn baik, kulit mati banyk di muka menyebabkan bedak kita menjadi tak sekata dan mudah hilang. kita hendaklah rajin scrub muka kta agar sel kulit mati cepat tanggal dan sel kulit baru akan tumbuh cepat. dalam marykay pun ada set ini..namanya set microdermabration. ada krim yg penuh benda2 halus seperti pasir, utk scrub muka. guna 2x sahaja seminggu utk scrub.tp pore minimizer tu kena guna hari2, 2x sehari..dan juga calitkan vitamin c. bila kuit mati dah di remove, guna pula pore minimizer kemudian guna pula vitamin c.. sedapnya vit c tu masuk dlm kulit muka yg dah bersihkan..

mehla cuba, tak rugi utk cantik..menambahkan konfiden org kata. suami nk kata perasanpun, lantaklaaaaaaaaaaa. diatu kalau isteri melawa skit dia kata perasan, tpi bila dia jumpa perempuan lawa di luar, hatitu bergetar juga.. mesti mengaku peremuan tu lawa walaupun dalam hati, kannnnnn.. bukanke depa pun melawa juga  ke. klu tak, xder lawa sgt pun.


si hidung penyek.. rasa sedikit semangat bila nampak muka ada seri walaupun sebenarny memang huduh..hahahhhahha


lepas sihat bersalinni, saya akan cuba

masuk kelas bersenam untuk kuruskan badan..kecilkan mana yg kena kecilkan agar body mantab dan seksi dari dalam..hahahhaahhaha.. punyala tekad nak tambat hati suami,kan. jgn pulak lepas kurus kita makin seksi nk tunjuk kat org luar.. dlu masa gemok mcm lembu, pandai plk pakai baju besar2 nak tutup. bila kurus mcm nk telanjang pula plakai baju..xsyukurkan???


saya akan peruntukkan sedikit duit gaji utk ke spa sekurang2nya 1 x sebulan untuk service muka @badan. biar awet.. baru suami terkenang2..eh...iyeke terkenang2..takut makin naik menyampah sb isteri makin gatal dgn dia??? hahahhahahahah

oklah kawan2. saya kena beransur..nk solat asar.. dh terkucil lagini,batuk..kenaambik wuduk baru.. nk ujanni, n k kena ambik anak cepat. yg
jumpa lagi ya



Assalamualaikum semua, saya bersiaran sekali lagi tentang produk ang aya sedang guna, pakai dan jual.. Marykay. Produk penjagaan muka anda.


kulit muka saya banyak kesan parut entah apa-apa zaman remaja dulu, parut jerawatpun ada juga, walaupun sebiji dua shj, tapi agak besar juga, selain itu ada juga jeragat -jeragat maklumlah dah menginjak 40an dan dulu-dulu tak suka pakai pelembab, kulit jadi kering, menggalakkan pertumbuhan jeragat. yang paling nampak jelas adalah liang roma yang besar.

di Marykay, kita ada set Microdermabrasion. set ini terdiri daripada 3 item iaitu:
i. Microdermabrasion
ii Pore minimizer
iii serum -c

i. Microdermabrasion- seperti deep cleanser, ia ada bead yang halus sangat untuk menyingkirkan sel kulit mati dan menggalakkan membinaan sel kulit.Selepas kita gunakannya, kita akanrasa kulit muka sedikit pedih, jangan risau, kulit bukan luka, tp ia telah menyingkirkan sel kulit mati dan kulit menghantar info kepada otak untuk meningkatkan kolegen untuk menggantikan sel kulit yang baru. (ingatan: perlu dipakai 2x seminggu sahaaja)

ii. gunakan freshtoner, dap2 ke muka, keludian applu pore minimizer pula. ia boleh digunakan 2 kali sehari ya. manapun pore mnimizer kan, untuk mengecilkan pori-pori2 kulit dan menutup kembali liang roma yg terbuka tadi.

iii. yang last sekali, apply serum -c, yang kaya dengan vitamin C. serum c ini, dipakai 2 kali sehari juga. sepanjang 6 bulan shj.. dalam 2 minggu penggunaan, anda akan dapat lihat perubahan kullit muka anda yang semakin glowing.





ingin mencubanya? PM@ whatapp 0192298791 saya untuk harga 3 item ini.


Saturday, September 29, 2018

MEMBELI DAN MEMBELAH

Assalamualaikum, pagi tadi saya ada buat posting tentang marykay. tengahrini pula post pasal baju pulak..hehe.

Dalam pkul 11 pagi tadi suami ajak saya  membeli belah baju mengandung.. hureyyyyyyyyyy... sukanya hatikan bila suami ajak membelibelah... kami kami pun ke Ong Tai Kim Gombak. Ada kedai ibu manja ( kedai mengandung)  di belakang kedai ong Tai kim tu... tingkat 2. memula nampak kecil aja dari bawah..Kedainya pun di tingkat 3.. menapaklah saya dengan semangatnya fuhhhhh.

rupanya bila masuk, ramainya oranggg, kesemuanya ibu-ibu mengandung dan ditemani suami.. maka crowdedla  kan..tapi of course meriah wehhhh.πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•


pandagan dalam kedai.


ada space untuk para suami main hpπŸ‘… atau jaga anak-anak kecil .

luas rupanya kedai tu. pekerjanya pula ramah dan tamah. melayan aja saya minta baju blose yang saiznya tak ada di tempat display. maklumlah orangnya setinggi 148 ajo.. tapi berat 60kg.. tentunya macam ikan buntal.. susahla nak cari baju yang sepadan.. muat badan, bahu pula menggelebeh,, nak cari yang bahunya ngam-ngam, ukur lilit badan pula sendat dengan perut.. ni baru 6 ulan. kalau dah ngam-ngam, nak cukup 9 bulan mahunya jadi barut nangka you alll....πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“ maka , terpaksalah rasa redha, ambil saiz xl, besar di bahu tapi ukur keliiling yang selesa. xapala.. nati saya otterla sikit tang bahu tu.. jahit bagi kecil bahu dan pendekkan bahagian tangan... syukur you alls yang cukup saiz.. senang beli baju. tak perlu nak otter bagai.

ok nak cerita promosi ni.. untuk baju blouse, lawa2 juga.. ada yang beli 3 harga rm150..  Ada juga beli 3 helai  harga rm180. ada juga skrit dan seluar & palazo untuk ibu mengandung dijual dengan harga rm150 untuk 3 helai. kalau beli sehelai harganya RM67 sehelai.

wing sebelah kanan dan kiri pula penuh dengan barangan bayi.. tak sempat saya nak melilau ke 2-2 wing itu, nak memilih bajupun dah lenguh betis berdiri. lain kalilah.. dekat-dekat bersalin nanti kita datang lagi. tadipun dah habis rm300...kui..kui...kui... dan yang paling tragisnya...huhuuhuhuuhhuhuh, suami suruh bayar sendiri... gulpppp.. nyesal pula ambil skirt.. dah ada pun kat rumah 3 sebenarnya.. tp bila terasa ada orang nak tolong bayar, rasa tak rugi membeli, lepas mengandung pun boleh pakai sebab skrit tu boleh laras.. tiba-tiba kena bayar sendiri ni..rasa membazir pula.. boleh pulak gitu????? hahahhahahhahahahhaha.

xapala..moga rezeki saya abertambah dengan Marykay dan Ronella.. 
oh ya,..  dan-dan sebutni.. saya adalah beauty consultant Marykay  dan juga penjual produk Essential Oil brand Ronella... brand malaysia tapi kualiti setaraf produk luarnegera.  emmm semuanya saya join sebab nakkan barang yang sihat tanpa bahan kimia dan yg paling penting kalau ia adalah ori dan alami... marykayni mungkin ada juga bahan kimianya skitkan. mana boleh sesuatu produk tubertahan setahun dua, kalau tak bubuh bahan utk bai tahan skitkan.. seminggupun akan berkulat..dan takkanla semua set penjagaan muka nak kena sumbat peti ais.. mcmnerla nk bawa travel kalau kena buh dlm peti aja..ehhe. 

saya berani jamin Marykay ini adalah antara set penjagaan muka dan kosmetik yang selamat tau.. sebab tu syarikatnya dah lebh 60 tahun bertahan di peringkat antarabangsa. dan tiada satupun produknya yang di sita atau di laporkan merbahaya.. jaga2 ya puan-
puan.. set penjagaan bayi brand jonsan&jonsan pun dah byk yang ditarik balik dan dilaporkan mnyebabkan alah  dan kanser kepada kulit bayi.. 





jom ibu2, kita cuba untuk tidak menggunakan sebarang bedak @ apa2 produk dari jonson&jonsin untuk bayi kata kali ini.. gunakan produk seperti minyak dan balm yang selamat untuk bayi sahaja.. bukan utk mewangikan ya, tapi untuk jangan bagi masuk aingin sudaaaaa... barangan Ronela ada menyediakan pelbagai jenis balm yang sesuai untuk bayi tau.. guna tanpa was-was. jom beli dengan saya.

 pm saya untuk tahu lebih lanjut tentang harga dan kegunaan balm ini ya. besar balm ni..puasla pakai besar tapak tangan jugala.. berat dalam 38.16 gram.

boleh bayang tak besar mana bila tengok gambarni.. kedalamannya pun boleh bayangkan kan.. tak macam krim timbang yang kita kat kedai.. nampak dalam, rupanya adehhhh nipis ajoo huhu





saya dulu tiada ilmu, bila bayi selsema, duk bubuhla benda lah ni kat dada, rupanya tak boleh ya guna vaporub ni kat baby.. uk hukhuk..itulah pentingnya ilmukan..

Rawat kulit berjerawat dengan Marykay



Wahhhhhhh, ada set promosi dari Marykay untuk bulan ini sahaja... sehingga 30 september 2018 sahaja tau..

Beli 4 percuma 1

Jom cepat grab pelunagni.. sememangnya ke lima2 beradikni sangtalah penting untuk menjaga kulit muka kita yang berjerawat

KULIT MUKA ANDA BERJERAWAT???

Assalamualaikum semua....



  • Ada jerawat banyak di muka? 
  • Muka jadi berminyak sesangat?
  • Nak keluar rumah pakai bedakpun rimas bila tengok kulit muka berjerawat dan bernanah?   


''Oh, sabarlah seminggu lagi keringla jerawat ni.... 
( pujuk hati sendiri)
  • 4 hari kemudian...... ''lambatnya nak kering jerawatni, picitla sikit bagi keluar nanah''

  •  Seminggu kemudian... anda ber huhuhuhu di depan cermin kerana kulit bekas jerawat dah berlubang.

  • esoknya..." hai, naik anak jerawat baru pula????" gerrrrrrrram + sedih

Adakah ini masalah anda?
jom PM saya (shafida 0192298791) untuk saya tolong anda.

saya dah guna Marykay untuk kulit kering dan jeragta.. alhamdulillah kulit saya telah jadi lembap dan akan menghalang jeragat beranak lebih banyak.. insyaAlllah, bila pakai secara consisten, jeragat akan pudar dan akhirnya akan hilang.. jangan guna produk penghapus jeragta yang  ada bahan kimia ya. ia akan memburukan lagi jeragat anda bila anda berhenti memapai produk tersebut.. 

untuk yang berjerawat, saya sangat yakin produk Marykay ini akan dapat menolong anda.  tak rugi mencuba. pelaburan berbaloi dan kulit anda tidak rosak dengan bahan kimia berbahaya dengan 5 step ini..

sayangi kulit muka anda.


Friday, September 14, 2018

SUATU KETIKA



Suatu ketika, saya sangat mengharapkan suami saya dapat menolong saya dalam kerja rumah , mengajar anak-anak mengaji dan dalam pelajaran anak-anak juga. saya juga bekerja dan selalu diuji Allah dengan sakit-sakit badan . mungkin kerana saya kerap jatuh dan lasak semasa kecil, ia memberi kesan kepada saya di waktu usia merangkak asar ini.


bila suami saya tidak seperti yang saya harapkan,  ( biasala kan, byk duk tgk cerita melayu yang  mcm dalam syurga kat tv tuuu), dengan anak 5 dan mengandung kali ke9 ( gugur 2, bersalin meninggal sorang), emosi yang tidak stabil membuatkan saya sangat stress. saya kemudian asyik mencari kesalahan suami dan kelemahannya. saya sering menangis sewaktu mandi. di bawah pancuran air saya menangis semahu-mahunya, berharap agar pancuran air dapat mengelap segala sakit hati dan duka hati, menghilangkan kesan sembab mata saya yang menangis  serta wipe away sakit badan saya.

ia menjadikan saya lebih memendam dan dendam. sikap saya dengan anak-anak juga menjadi lebih garang, tiada masa mahu mendengar resahan hati anak-anak kerana hati saya sendiri berkecamuk menenangkan gelodak di jiwa. 

saya terfikir sampai bila saya harus menyiksa jiwa saya. merosakkan emosi saya, memalitkan amarah saya kepada anak-anak yang sedang membesar???? tidak... saya tidak mahu anak-anak saya rosak kerana kemarahan dan dendam saya . saya perlu cari jalan untuk memperbaiki kesemua ini..untuk lebih bahagia bersama di dalam keluarga ini..jauh lagi perjalanan kami .. kami baru berusia 37 tahun dan ank2 pun sedang membesar.

langkah pertama, saya akan cuba menjimatkan tenaga saya dengan dryer sahaja baju dan semua pakaian jika saya tak mampu melakukannya. saya cuba untuk tidak lagi membebel atau menyuruh suami untuk melakukannya. perangai saya , saya akan minta tlg sekali sahaja, bila orang dah tak nak tolong, saya akan buat sendri tapi dalam hati, Allah sahaja yang tahu betapa hancurnya remuk redam hati ini dengan kemarahan dan kesedihan. kadang-kadang saya oleh jadi terlalu sedih dengan perkara yang kcil sahaja... mungkin keran akita sudah lama memendam kannn.. jadi saya tidak lg mahu ia berterusan merosakkan emosi saya. xlarat, saya dryer sahaja, lantaklah bil elektrik mencanak naik.. kalau rajin saya akan lipat. kalau xrajin saya akan guna sistem lambak dlm bakul dan atas katil bujang yg dah xguna ataupun hanger aja..melayut sanggut nya.. apapun2 xkisahlah. suami pun bukan heran bersepahke tidak..jadi dia xmarah. nak suruh buat, mungkin  dia tak suka buat..jdi kita buat bila senang aja..

keduanya, saya dengan mengambil langkah menghantar anak ke kelas pro-huffaz. ia sebuah kelas mengaji al-Quran dan tahfiz. jadi steress saya akan berkurangan bila anak2 boleh tasmik hafazan dan betulkan tajwid dengan ustaz2 shj.. ia adalah kelas 2 x seminggu ..okla kan.. xperlu sakit hati bila  kita penat, nak menyemak tasmik anak-anak lagi dan bila ayahnya tak mampu mengajar anak2 mengaji @ terlalu sibuk tgk hp.. 

ketiga, saya planning 11 10 ini, nak hantar nak2 belajar kelas berenang.tunggu nak saya habis UPKK dulu. jadual kelas tambahannya bertembung dengan jadual kelas renang. moga anak-anak lebih berani dan yakin diri disamping boleh enjoy . kelas berenang tu saya ambil dengan coach yang mengajar kanak-kanak berenang di sekolah rendah setia budi. rm120 seorang jika masuk adik beradik.kalau sorang rm150. diadakan setiap ahad setiap minggu pukul 11-12 tengahari. hujung mingguni misi mencari baju renang..yeayyyyy!!!! habis lagi duot mak oiiiii. πŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒπŸ’ƒ

saya masih tidak dapat menghadam kata2 kawan saya dik wan Nor Fadhilah 
" cinta tanpa syarat , baru hidup tenang dan tiada dendam"  dengar pun nak muntah. mungkin kerana hati saya sudah penuh dengan kesedihan dan saya tak pandai untuk membuangnya pergi. 

saya mengharapkan agar keluarga saya lebih bahagia dan anak-anak akan berjaya dalam akhlak, pelajaran dan hafazan...aminnnn


saya yang ingin mengubah diri untuk jadi ibu yang lebih bahagia.
no more toilet cries, no more heart bleeding, smoking, puting beliung atau sebagainya.. fooging jarang2 tu okla kot kan..mana ada hidup yang tiada bergolak.. macam fogging adies tu bolehhhhhhlaaa...huk huk huk 

Friday, September 7, 2018

Kandungan ke 9 dan anak ke 7

alhamdulillah, saya mengandung lagi untuk kali ke 9 selepas 2 kali keguguran pada tahun lepas dan awal tahun ini. kalau ada rezeki saya kali ini, anak no 6 lah..xbyk pun  kan..9 tu baru banyak..hehhehhehe


Semalam saya ke hospital Besar untuk scan dengan doktor pakar untuk mengesan sebarang masalah dengan bayi. alhamdulillah. 80% doktor pakar kata tiada masalah dengan bayi saya ini..alhamdulillah

tapi pedihnya mcm nk berdarah telinga saya ni bila diceramahkn oleh doktr. seorang doktor berbangsa Sikh . doktor perempuan. dia memarahi saya kerana tidak menjaga jarakkehamilan, katanya dari tahun lepas gugur, awl tahunni gugur lagi dan tak sampai 5 bulan sudah mengandung lagi sekali.. kamu mengandung 3 kali dalam masa 2 tahun berturut-turut. doktor bagitahu tentang kesihatan rahim saya, keadaan rahim kita megandung terlalu kerap dan juga kebarangkalian untuk bayi cacat makin naik persen nya selari dengan kenaikan umur bila menjangkau 35 tahun. seelokny, take care of your self, your body, your emotional, your womb. sudah-sudahla kerjanya duk menjaga orang lain. tiba masanya untuk jaga diri sendiri.

sememangnya kecatatan, kesihatan dan dll adalah daripada Allah. tapi kita juga diberi pilihan untuk merancang hidup kita agar hidup lebih sihat, lebih bahagia., rumah tangga dan anak-anak lebih terurus dan sebagainya.

so, lepasni kenalah pasang sesuatu.. yang terbaik adalah IUCD ataupun implan. yang laintu doktor pun xyakin kita boleh konsisten atau tak...welll....... kena ceramah kepada suami dulu ni bagi dia kasihankan kita dan faham ...

tapi suami kasihanke ke kitani ya.?????? hahahaahhaha

SUDAH BERKAHWIN TAPI MASIH TERJEBAK DENGAN BAHAN LUCAH?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh semua.

moga di hari Jumaatyang dingin sesudah hujan ini memberikan kita kesihatan, kenikmatan, kedamaian dan bertambah ketenangan di hati.

berikutan tajuk di atas, mungkin memanggil ramai pembaca yang "terjebak" ataupun "tidak terjebak"  utk membacanya.. alhamdululillah.... yang belum terjebak, alhamdulillah, tak perlu terjebak wlaupun dgn apa sebab sekalipun. kerana ada Hadis Rasulullah bermaksud,  NIAT TIDAK MENGHALALKAN CARA.  jadi apa sahaja sebab untuk anda melihat, membaca, atau mengoogle banhan lucah adalah TIDAK BOLEH. dan JANGAN MULAKAN 

Ada beberapa kawan bertanya secara berseloroh kepada saya, boleh tak kita melihat atau membaca bahan lucah untuk menaikkan nafsu syahwat.  Sungguh ini adalah masalah biasa kepada pasangan yang sudah berkahwin kerana kita terikat dengan emosi, kepenatan kerja, hormon dan faktor umur. jadi kita mencari sesuatu agar perasaan kedinginan itu dapat di atas untuk memberi kebahagian kepada pasangan masing-masing. 

Kalau di google pasti jutaan jawapan sudah ada di dalam talian , dalam bentuk video mahupun tulisan daripada ustaz2 di seluruh dunia. tapi di sini saya ingin mengetuk pintu kesedaran semua tentang bahaya bahan lucah ini dari perspektif berbeza.

jika di tanya adakah ia akan membantu menaikkan keinginan kita?  jawapannya adalah YA< SANGAT BETUL. namun ada TAPINYA.....

- ia akan menyebabkan anda sukar untuk mecapai kepuasan bersama pasangan. Imaginasi anda akan terikat dengan apa yang anda baca sehingga keinginan anda untuk diperakukan seperti yang telah anda baca. ketahuilah yang di baca adalah tokok tambah dan khayalan semata-mata. kemampuan sebenar tidak mungkin mencapai tahap yg dibaca@ ditonton. anda akan berakhir dengan hampa. percayalah.

-ia juga akan menyebabkan anda terlalu ghairah sehingga uncontrol, dan ini juga akn membawa kepada kehampaan untuk mencapai kemuncak kepuasan seperti yang diharapkan. kerana keghairahan itu dipacu daripada ingatan benda luca, rembesan pelbagai hormon akan menjadi tidak terkawal sehingga mengganggu rasa anda. yang lagi soheh adalah  sudah tentu hilang berkatnya.. jika ditakdirkan ALlah kurniakan zuriat dengan asbab pada ketika itu, bolehkah kita bayangkan zuriat bagaimana yang akan dilahirkan nnti. bila anak besar dengan pelbagai masalah, degil, lawan cakap, sukar solat... itu bukan kesilapan mereka.  pokok pangkalnya kembali kepada induk yang m enghasilkannya. jalan berkat atau tidak.

- jangan terkejut jika kita ada terbaca bahan lucah boleh melemahkan otak .. percayalah. dan sekamin banyak bahan lucah yang dibaca@lihat, ketagihan akan makin menjadi2 . ia seperti ketagian dadah.. you want more and more.

- yang paling letih adalah, bila ingatan terhadap benda kotor itu mula mengejar anda ke mana sahaja anda pergi dan apa sahaja yang anda buat. ia lebih teruk dari dikejar hantu. emosi anda akan terganggu. jagan tak percaya ia juga akan muncul dalam solat anda saat anda mengadapa ALlah , di dalam sujud, rukuk, iktidal dan salam juga. tak malukah kita di depan Allah. Hadir di hadapannya dengan mengucapkan kata2 pujuan untukNya tetapi di dalam minda  seperti wayang benda lucah itu berputar. huhuuuhuhu. nauzubillah kan.


Maka, kembalilah kepada agama dan akhlak yang diajarkan oleh Rasulullah. mulakan dengan doa, harapan, dan sebagainya.. bukan dengan yang lain. 

jangan terkejut, berdoa bukan hanya masa nak minta anka pandai, anak malas mengaji, ada masalah duit dan sebagainya. Tapi untuk mencapai kepuasan juga perlukan doa sebenarnya dan jauhi benda2 yang tak elok.

maaf jika olahan ayat saya nampak sedikit lucah juga.


untuk lebih maklumat tentang kesan buruknya, boleh layari link ini.. keterangannya sangat bagus.




Sunday, March 11, 2018

Berpantang keguguran.

Alhamdulillah saya bukan mengandung anggur Alhamdulillah Kini saya sedang menjalani proses berpantang keguguran kata umi orang yang gugur tidak boleh makan sebarang jamu risau Kalau darah kotor akan kering dan melekat pada dinding rahim jadi Biarkan darah keluar semua dulu Bila agak dah nak kering minum air rebusan daun sirih atau air kelapa supaya semua darah turun dan membersihkan Rahim.

Kalau rajin boleh berpantang macam orang bersalin kalau malas jaga jangan makan benda benda sejuk sahaja.

Umi berpesan lagi kalau boleh Jangan mengurut di kawasan perut urutlah di kawasan kaki atau belakang sahaja kerana orang yang keguguran sangat fragile lebih daripada orang bersalin normal.

Maaflah kalau post saya kali ini tiada noktah kerana saya tak larat nak tulis panjang-panjang. Saya cakap dan Google yang tolong tuliskan Mungkin ada spelling yang salah Biasalah robot kan.

Oke saya undur diri dulu Assalamualaikum.


Friday, February 23, 2018

APA ITU MOLAR PREGNANCY


h



BAHAYA KANDUNGAN ANGGUR

Bahaya kandungan anggurOleh Dr. Suraya Arshad A.M.ZPakar Perunding Obatetrik & Ginekologi

MUNGKIN tidak ramai wanita yang tahu apa itu kandungan anggur atau molar pregnancy. Bagi yang tidak tahu mungkin mereka akan mengatakan ia tidak wujud. Ia dipanggil kandungan anggur kerana kandungan tersebut kelihatan seperti gugusan buah anggur.Insiden sebenar kandungan anggur tidak di ketahui. Tetapi kes-kesnya dipercayai lebih tinggi di Asia berbanding Eropah. Contohnya, kadar kandungan anggur di United Kingdom dan Amerika Syarikat ialah antara 1:2000 kandungan sehingga 1:1000 kandungan.Berbanding di Filipina, di negara itu insidennya ialah 1:200 hingga 1:150 bagi setiap kehamilan.

Kandungan anggur ini sering terjadi di kalangan wanita yang hamil pada usia kurang 20 tahun dan 45 tahun ke atas.Mungkinkah ia berlaku kerana wanita Asia mempunyai kadar kelahiran yang lebih tinggi berbanding wanita kulit putih?Atau mungkinkah wanita Asia biasanya akan memulakan hidup berkeluarga pada usia yang jauh lebih muda dan terus melahirkan anak sehingga usia meningkat.Atau apakah faktor pemakanan juga memainkan peranan?

Ini adalah sebahagian daripada pandangan para penyelidik tentang kandungan anggur.
Jenis kandungan anggur-
Complete hydatiform mole Jenis ini terjadi akibat persenyawaan berlaku antara benih lelaki (sperm) dengan benih wanita (ovum) yang kosong iaitu ovum yang tiada nucleus. Akibatnya cuma kromosom sperma yang akan berganda. Corak kromosomnya ialah 46XX iaitu kesemuanya berasal dari benih lelaki. Ini adalah jenis kandungan molar yang selalu terjadi-

Partial mole
Jenis ini jarang berlakuTisu embrio atau tisu janin akan kelihatan pada jenis ini. Ia juga berasal dari benih lelaki sahaja. Janin yang terbentuk biasanya akan mati apabila mencecah usia 10 minggu. Jarang janin ini menjangkau sehingga usia matang. Sekalipun ia hidup, biasanya bayi itu akan mempunyai pelbagai kecacatan (multiple anomalies).

Tisu kandungan molar sememangnya kelihatan seperti gugusan buah anggur kerana tisu janin iaitu chorionic villi dan trophoblast telah menjadi hyperplastic.

Mengesan kandungan anggur
Biasanya doktor akan mengesyaki wanita itu mengandung kandungan molar jika wanita tersebut mempunyai gejala atau komplikasi seperti:-
-Saiz rahim lebih besar dari usia kandungan
-Alahan yang teruk (Hyperemesis Gravidarum)
Pendarahan faraj
Ia merupakan gejala yang sering terjadi sehingga 90 peratus.Biasanya pendarahan yang bermula akan terus berdarah. Ini ialah tanda yang menunjukkan kandungan anggur tersebut akan mula gugur. Dalam keadaan ini, jika tiada tindakan cepat wanita itu akan kehilangan banyak darah dan mungkin akan membawa maut-
-Pre eklampsia.
Tekanan darah boleh jadi terlalu tinggi. Jika tidak dikawal boleh mengakibatkan sawan atau eklampsia. Komplikasi ini juga berbahaya.-
- Hipertiroidism.
Adakalanya wanita boleh mengalami gejala seperti penyakit thyrotxicosis iaitu keadaan di mana kelenjar thyroid menjadi hiperaktif. Mengapa keadaan ini boleh terjadi tidak begitu di ketahui. Ada yang berpendapat paras hormon B HCG (beta human chorionic gonadotrophin) yang terlalu tinggi pada wanita yang mengandung kandungan molar boleh merangsangkan kelenjar tiroid. Jika komplikasi ini berlaku maka keadaan hipertiroid harus dikawal sebelum rawatan diberi.
- Pulmonari emboli.
Ini juga merupakan satu situasi dan komplikasi berbahaya yang boleh menyebabkan kematian.Disebabkan gejala seperti alahan dan pendarahan juga boleh berlaku pada wanita yang mengandung normal, satu cara yang mudah dan cepat bagi doktor untuk membezakan kandungan normal atau tidak ialah melalui pemeriksaan ultrasound. Pada masa kini pemeriksaan ultrasound mudah didapati dan tidak invasif. Ia merupakan pemeriksaan rutin yang dilakukan kepada semua ibu mengandung. Dalam kandungan molar, struktur janin (fetus) tidak kelihatan melalui pemeriksaan ultrasound. Apa yang dilihat cuma snow storm appearance. Selain itu, pemeriksaan X-ray juga boleh dilakukan. Pemeriksaan darah untuk hormon B HCG juga perlu dibuat.Biasanya paras hormon tersebut jauh lebih tinggibagi wanita yang mengandung kandungan anggur.

RawatanRawatan yang perlu dilakukan ialah mengeluarkan kandungan anggur tersebut seboleh-bolehnya sebelum pendarahan atau keguguran berlaku.
Kaedah yang biasa dilakukan ialah suction & currettage. Dalam kes-kes tertentu adakalanya prosedur tersebut terpaksa diulang akibat pengeluaran kandungan molar tidak dikeluarkan sepenuhnya. 

Bagaimanapun, rawatan bukanlah berakhir setakat itu sahajaApa yang amat ditakuti ialah kandungan anggur boleh menyebabkan kanser choriocarcinomaHampir 20 peratus daripada kandungan molar boleh menyebabkan kanser tersebut.Namun, ini tidak bermakna wanita yang mengandung kandungan normal, mengalami keguguran atau kandungan luar rahim terkecuali daripada kanser tersebut

Risiko kanser ini adalah lebih tinggi selepas kandungan molar.
Sehubungan itu, wanita yang telah menjalani rawatan suction & curettage biasanya akan menerima rawatan susulan selama dua tahun atau lebih. Ujian seperti X-ray dada dan pemeriksaan darah akan dilakukan selain pemantauan paras hormon B HCG.Pada peringkat pemulaan, paras hormon akan dipantau setiap dua minggu sehingga paras hormon turun.Pemantauan selanjutnya akan dilakukan setiap tiga bulan dan enam bulan seterusnya. Paras hormon B HCG akan menurun selepas kandungan molar dikeluarkan dalam tempoh antara 12 hingga 14 minggu.Jika paras hormon menjadi lebih tinggi, tidak berubah atau mengambil masa yang lama untuk hilang, ini menunjukkan berkemungkinan tanda-tanda kanser akan timbul. Rawatan kemoterapi akan dimulakan untuk mengelakkan kanser terjadi.

Berbanding dengan jenis kanser lain, peluang untuk kanser ini sembuh adalah 100 peratus. Disebabkan pengesanan awal, rawatan yang cepat dan disusuli dengan rawatan susulan, bilangan kes-kes kanser choriocarcinima jarang dikesan.Oleh kerana kandungan molar boleh terjadi pada setiap wanita yang mengandung, ada baiknya juga kita tahu tentang kandungan yang tidak normal seperti kandungan molar agar rawatan dan kepentingan rawatan susulan dapat difahami bersama.

BERDEBAR DEBAR

Saya berdebar debar menunggu hari esok.. 
esok ada LADAP di sekolah sampai pukul 12.30. Appoinment saya nak scan kat Klinik Fazilah pukul 12. Moga Allah permudahkan saya untuk keluar pukul 11.30. Aminnn..

Apa apapun kena tunggu esok lah.. tapi kalau conferm kandunagn saya adalah molar pregnancy, saya nak buat cepat. Nak bersihkan rahim saya. Bimbang kerana kandungan begitu merbahaya dan boleh menyebabkan barah. Allahualam juga, saya hanya google aja dlu untuk tahu secara roughly. 

Moga Allah berikan saya kesabaran dan ketabahan.. 

Kawan kawan doakan saya ya..

Yuk, besarkan anak anak yang Allah dah kurniakan.











Thursday, February 22, 2018

HIDUP INI BAGAI PUTARAN RODA



HIDUP INI BAGAI PUTARAN RODA,
SEKALI DIUJI TIDAK BERARTI SUDAH BEBAS PERGI
AKN DIUJI BERKALI KALI
SEHINGGA KEBAL ITU MENJADI TANJAK DIRI
KUKUH BERDIRI BERANI MENGHADAPI
TIDAK LAGI BERKELUH KESAH DAN MERATAPI
UJIAN, COBAAN, KESAKITAN, KESEDIHAN DAN BANYAK LAGI,
TAPI MAKNYANYA MEMBAWA SAMA ERTI
UNTUK MENGGONCANG KEIMANAN AGAR BERTAMBAH
BUKAN TIDUR TUNGGUL DI TAKUK LAMA
APA LAGI JIKA SEMAKIN MUNDUR, MENGECIL DAN SEMAKIN MATI

AKU DI SINI TETAP AKAN BERDIRI,
BERPASAKKAN 2 BELAH KAKI,
CUBA BERTONGKATKAN SIKU JUGA DAGU JIKA HAMPIR TERSUNGGUR
MENGGAMIT KESABARAN, KECEKALAN, KEREDHAAN
AGAR UJIAN INI CEPAT BERAKHIR 
DENGAN SELAMATNYA, MENINGGALKAN AKU DENGAN PELANGI NAN IN DAH.


KANDUNGAN KE 8 - MOLAR PREGNANCY
10 MINGGU 4 HARI

Dikedinginan malam, kerinduan ku kepada arwah Ibrahim muncul. sering aku igaukan merahnya tumit kakinya.  perasaan kesal tidak dapat meraihnya kedakapan ku buat kali pertama dan terakhir sangat mencengkam jiwa.

xapala anak, mama jumpa kamu di sana ya. Moga Allah permudahkan urusan dunia dana khirat mama, dapat bertemu danbersama kembalidi Syurga-Nya..

aminnnnn


walapun tidak sempat mendakapmu, hati seorang ibu tetap merasa kehadiran mu di dalam rahim ini, hidup dengan satu helaan nafas bersamamu anakku. 

ibu ini tidak kesal kau pergi dulu, tapi ibu ini kesal kerana tidak dibenarkan meraih sekujur tubuh munggilmu yang tidak bernyawa itu kedalam dakapan ibu ini.. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails