Sunday, February 28, 2010

dah kena tag dengan cik zuliana...ok kita terima cabarannya
akak cuba yer.

1) You have to print screen wallpaper that you are using right now-dah buat


2. saya suka wallpaper nie sebab... dia boleh tukar-tukar dengan gambar lain, nie ambil masa gambar gua, tadi gambar air terjun..hehheheheh, jangan mare.........

tag 10 orang: saper yer... kalau tag org yang dah di tag, tapi xbuat lagi, xper ker.ekkekeke

1. Musliah

2. kak Pah

3. Kak chik

4. Hani

5. jieda

6. kak Arma-cik pakaian seragam...buat style ala pakaian seragam jugak...hehemacammana tu yer...

7. miazahra

8. eynda

9. en. mie (mr re2nd)

10.qamarguys

ye..ye.... berjaya takkkkk..................

Tuesday, February 23, 2010

tikus ohhh tikuSSS












sejak akhir-akhir ini, rumah saya dimasukki tikus..yang jenis muncung panjang...orang panggil tikus mondok kot..1 minggu nie malam-malam asyik berbunyi jer dia sedang "mengerit" ....hari ini saya cuba pusingkan katil..ewah-ewah, dia sudah tebuk tilam tebal anak saya..dan buat sarang kat situ....
suami saya pun memasang perangkap tikus...guna biskut marrie yang dah masuk angin...hasilnya....fuhhhhhhh



muaz nak pergi sekolah PASTI, sempat juga ber posing depan si tikus yang sudahpun selamat berpindah ke dalam perangkap tikus ini.
suami kata tak sanggup nak bunuh.saya kata, letaklah dalam plastik, pi buang jauh-jauh..dia kata macam tak logik pulak nak buang...nanti dia rosakkan rumah orang lain pulak..jadi suami kata, kita biarkan ajer kat dala perangkap tu samapi dia mati...
saya pulak rasa cara tu amat kejam, membiarkan dia menderita kelaparan dan akhirnya mati...penderitaan yang amat oanjang...teringat kata-kata ustaz sulu, dalam Islampun kalau nak menyembelih binatang pun,kena guna pisau yang tajam, sekali potong dah kena pada urat lehernya, tidak boleh gunakan pisau yang tumpul, nanti akan menyakitkannya dn menyebabkannya menderita...
jadi saya pun tak tahu nak buta ape...kawan-kawan ada cadangan tak.....tolonglah bagi idea macam mana nak buat dengan si tikus tu...kesian pun ada..




ALAHAI ANAK MURIDKU....


korang penah dengar budak HYPER ACTIVE...yerlaaa, budak2 laaa ynag htper aktif nyer..kalau orang tua, xpanggil hyper aktif dah...panggil tak betul dah...

alkisahnya, nun kelas tahun 2, juga nun kedudukannya yang paling corot..biasalah, di kelas ini terkumpul pelbagai ragam murid bermasalah, masalah xberapa rajin, masalah tak berapa boleh tumpu, dan tak berapa dalam serba serbi lah....

yang sorang paling terkenal adalah Mohd XXXXX bin XXXX...punyalah aktifnya...pantang lepas pandang sikit...terus hilang....saya pun pernah kena....



tiba-tiba jer datang Puan Penyelia petang," cikguu.....awak sepatutnya kena bilang dulu anak murid yang ada dalam kelas...baru tahu siapa yang tiada...nie, saya jumpa anak murid awak...tengah bermain dalam taman Pra- sekolah....tolong tengok- tengok sedikit..."

hai, geramnyer saya kat budaktu....nampak makin kecil jer..geram nak tenyeh...jagi jemput-jemput...abg muaz 9anak sulungku suka makan..)..."tak pasal-pasal aku pulak yang kena....
dan Mohd xxxxx cume tersengeh-sengeh menunjukkan gigi rongaknya..

hari ini pula, saya tak nampak kelibat si dia di mana-mana sudut sekolah yang selalu dia memomteng...hati saya tertanya-tanya..bila time saya masuk kelas dia, saya nampak dia terbaring atas meja...apa hal plak nie...tak pernah-pernah buat posing macam nie...bila saya dekat..laaaa, dia tertidur rupanya..siap keluar air liur basi lagi...sambil mengeram...eh, panas betul kepala dia..demam panas nie..saya terus SMS guru kelas dia, bagitau keadaan dia...waktu rehat pun mohd xxxxx xkeluar makan, tidur ajer..kesian pulak...harap-harap mak dia datang cepat, bawa dia balik rumah...
tersentuh jua hati keibuanku...iyer laa.dgn anak murid nie...macam anak sendirilaa....marah-marah sayang...




PERADUAN JAWAB TEKA TEKI

SLOGAN: SAYA SUKA MENJAWAB TEKA TEKI INI KERANA: IA MENYERONOKKAN DAN MENJANA MINDA SAYA UNTUK BERFIKIR LEBIH KREATIF DISAMPING MEMENANGI HADIAH.

TEKA TEKI 1:
Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar
seekor katak.APAKAH YANG AKAN TURUN DAHULU SELEPAS PEMANDU ITU BERHENTI??

JAWAPAN TEKA TEKI 1: meter yang diturunkan dahulu sebelum pemandu itu berhenti..ekkekekek

TEKA TEKI K2:
Ada sorang lelaki, tengah sembahyang pastu ada sekor anjing
lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMBAHYANG
LELAKI TU???



JAWAPAN TEKA TEKI 2:
AIR SEMBAHYANG LELAKI ITU TIDAK BATAL KERANA pada fahaman saya yang menjilat kaki itu adalah anjing itu sendiri..maka tidak batallah air sembahyang lelaki itu kerana tiada kena mengena dengan anjing.
alkisahnya anjing itu, tiadalah salahnya dimana-mana, kerana hamba Allah itu hanya lalu melintas dihadapan lelaki itu, oleh kerana tiadanya jalan lain yang membolehkannya lalu.........

Allahu a'lammmm

Monday, February 22, 2010

Mari kita sertai giveaway ini....nak menangi Hairband

Lycra Hairband: Giveaway.... giveaway... semua dijemput menyertai... Closing date: 26 Feb 2010


hai kawan -kawan blogger....
Ummi sedng mengadakan giveaway...

hadiahnya...jeng...jeng...jeng....




Hairband ni ada yang sesuai untuk anak-anak dan ada juga untuk dewasa
A- Printed lycra
B - lycra with buttons
C - lycra with bling-bling
D & E - flower girl
F & G - Love, love, love

Ummi akan pilih 8 (LAPAN) pemenang bertuah
Setiap seorang akan mendapat dua hairband
Pemilihan pemenang bertuah dan hairband yang dimenangi akan dipilih secara rawak

Tarikh tutup : 26 Feb 2010 (11.59 pm)
Pemenang akan dimaklumkan selewatnya pada 28 Feb 2010.

Bagaimana nak sertai?
Senang sahaja:

1. Jadi follower Ummi

2. Bagi yang ada blog,
2(a) buatkan satu entry tentang giveaway ini di blog anda, tinggalkan komen anda dientry ini beserta link kepada entry ttg giveaway yang anda dah buat di blog anda
2(b) dan linkkan blog anda dengan blog ummi

3. Bagi yang tiada blog, tinggalkan komen di entry ini dan emailkan tentang giveaway ini kepada lima orang kenalan anda (cckan kepada sentuhan_jemari_ummi@yahoo.com) - pastikan anda masukkan link giveaway ini didalam email tersebut

(kalau anda gunakan kedua-dua cara - penyertaan akan dikira sebagai dua)

Maklumat Tambahan
# Sebaiknya dalam komen anda nyatakan hairband yang anda suka ... mana tau ada rezeki boleh dipertimbangkan...

# Ummi benarkan gambar hairband untuk digunakan dalam entry anda

# jika ada pertanyaan boleh hubungi ummi tentang giveaway ini...


Ulasan KENDiri
saya sebenarnya tidak pernah mendengar tentang hairband ini, saya pun terus tanya pakcik yang happy dan selalu menjerit gembira walaupun tak gembire...yahooooo......

terus keluar gambar2 ini..
haaa, tengokk...ada jenis kain, ada jenis keras macam cekak rambut...babypun ciut pakai tu...harapnya..sayapun ciut dan memiut kalau pakai.huhuhu

.rupanya hairband ini sejenis cekak rambut yer....tapi diperbuat dari kain yang macam getah...hheheheh jakun betui saya nie..selama nie, pakai serkup penuh kalau nak p mengajar...duk rumah xpernah melawakan rambut...yang saya tahu, panas, rimas, saya akan terhendap-hendap mencari getah mati....anak ke2 saya bertanya..nak buat apa mama...."nak buat apa lagi, nak ikat rambutla, xnak bagi serabai...panas.."

warna pink yang lembut corak abstrak dalam gambar hairband yang bakal dimenangi tu cantikkan...saya suke..saya suke..saya suke......

hehhe, kalau ada rezeki menang hadiah giveaway ini, blehlaa saya try guna untuk melawa depan suami...berkattttt orang tua-tua kata...





ABAH.....BILA KITA NAK JALAN-JALAN NAIK KERETA.....

Sian anak-anak saya...2 hari cuti hujung minggu, memang tak pergi jalan ke mana-mana..alkamlumlah, semua kakitangan awam dah dapat gaji awal aritu...kan..kan..kan.. jadi...kengkawan pahamlah yer apa akan jadi kalau bulan dua pun dah menunggu gaji bulan 3 nanti...nun di hujung bulan 3...waduh...kena ikat perutla sikit...

tapi anak-anak dah sibuk mengajak...maka dengan rela hati,abahnyapun memujuk saya..." jomlah mama, sian anak-anak dari semalam ajak berjalan-jalan dengan kereta"...bagi saya tak ada tujuan nak round-round bandar dengan kereta, wat habis minyak ajer..hehehehe(kedekut taik idung masin betul)...tapi memandangkan wajah-wajah yang penuh harapan, hati saya mulai sejuk...sebenarnya sayapun nak sangat berjalan-jalan, boring betul terperuk dalam rumah 2 hari ini...jom...."horayyyyyy" jerit anak-anak

tapi bila dah berjalan, xsampai 20 minit, Muaz dan Faqihah dah mula lentok, minta botol susu dan terus tidur...bertolak dari rumah tadipun dah pukul 7 petang..suami saya cadangkan kami pergi membuat lawatan semua ke Maktab Cheras yang sudah 2 tahun saya tinggalkan..hehehhehe...mengimbau kembali penat jerih dan suka duka di Maktab...meninggalkan baby yang baru 15 hari dilahirkan, menghayun kaki yang masih berat, melirih sedih melihat tiitkan susu ibu yang tidak lagi boleh dihisap oleh bayiku...berbekalkan ubat-ubat kampung dan berbekong, saya masuk ke maktab, semata-mata untuk menerima segulung diploma Pendidikan...itulah anak ke dua saya Faqihah yang saya tinggalkan selama 8 bulan di kampung...huhhu

kami solat magrib di surau dekat deretan gerai makan tidak jauh dari Maktab Teknik Cheras itu.mulanya suami nak masuk ke dalam Maktab itu, untuk solat di masjid di dalamnya..namun, pak guard sudah membuat sekatan di situ, mugkin sekarang undang-undang tidak membenarkan orang luar masuk tanpa tujuan...maka, kami berhenti solat di surau kedai makan itu...

saya memesan tomyam kuietiaw bersama air horlick ais, suamiku memesan nasi putih sup ekor dan telur dadar (suka betul dengan sup ekor)..lelaki aper lagi kalau bukan ubat kuatnye....(tah mbetul atau tidak).semuanya RM22.10 sen entik...puas hati denagn hidangannya...tomyam saya penuh dengan binatang dalam laut...hehhhe sotong, udang besau-besau 3 ekor(sekali dengan janggutnya..panjang plk tu) yang paling meriahnye ...ketamm(BESAU PUNYEEEEEE)sekor....yang lucunya, si chef tu letak penyepitnya becara tegak betul-betul di tengah-tengah mangguk..huwawawaw...nyam-nyam menyelerakan....tapi tak dapat nak snapp gambarnya, dah kecur air liur...terus ngap..

hanya ini sahaja gambar yang boleh snapp...tu pun lepas membaca...alhamdulillah hillazi ato a'mana......abiskan sendiri yer doanya lepas makannye)
Lupe plak, brain-brain pun saya sebat juga, 5 keping..rasa dia..emmmok laaa

tinggi betul ais dia...

Asma' pun menungggu nak makan telur dadar abah yer...jangan makan sup ekor abah sudah laaaa

opss...lupa mesti kengkawan tanye..mana anak-anak saya yang dua orang tu...hahhh Faqihah dan Muaz masih layan mimpi dalam kereta..kami parking kerte sebelah meja tempat kami makan...

AKTIVITI DENGAN ANAK-ANAK....YILLEKKKKKKKK

CUTI HUJUNG MINGGU INI, AMAT MEMENATKAN.... SO, AKTIVITI BERSAMA ANAK-ANAK? YILLEK....TAK SEMPAT NAK BUAT APA-APA..
maafkan mama mu anak-anakku, mama tak dapat meluangkan masa untuk beraktiviti hujung minggu ini..apa lagi kalau duk melayan angin mama yang kurang baik cuti hujung minggu nie....hehheeh. itu tak payah masuk enty yer...wat malu ajer......


Ari Sabtu, saya ada hari kokurikulum kat sekolah, pukul 11 terus disambuung dengan mesyuarat BKG....nasib baik name tak masuk ahli JawatanKuasa..kalauu tak, makin sengetlah bahu saya yang sudah senget dengan tugas-tugas kat sekolah sebagai ketua BAKEM (badan Kebajikan Murid) dan sebagai MAMA kat rumah ( jadi pengawas kat anak-anak) huwawawa


macamlah sibuk sangat kan...tapi memang memenatkan, ditambah dengan sakit urat yang saya selalu alami sejak bersalin anak kepertama...dulu masa berpantang anak sulung, bukan main berpantang, mengurut, bertunggu semuanya cukup 40 hari, siap upah orang lagi..bayangkan berapa fulus yang terbang. Tapi kat Kelantan murah lagi masatu, emmm taun 2005...murah lagi..sekarang pun dah naik...eh, melalut bab pantang pulak ahhhhhhh...


ok, come back to our track....haaa.pasal aktiviti dengan anak-anak.nasib baik jugalah malam rabu lepas, kami sekeluarga pergi window shoping kat Giant Batu caves, saya ternampak buku aktiviti untuk kanak-kanak dilelong, masih cantik, bewarna lagi...RM2.50 aje...saya sebat 2..untuk Faqihah dan abg Muaz,kena beli same, serupa warna, sejibik, secopy sefotostat macam abg, nanti mereka akan gaduh, abg nak yang adik, adik nak yang abg...huffffff...naik meter darah dibuatnya..saya nie,pemarah juga orangnya..


jadi, dalam masa2 abg muaz main-main tu, saya keluarkan pensel baru beli...bagus pensel nie, saya cadangkan sume mama boleh beli...jenama stabilo, batangnya besar, bentuk 3 segi, memudahkan genggaman untuk tangan kecil anak-anak...ala....banyak dah diiklankan kat TV....saya mengiklankanni pun dah basi. .

.saya pun cakap....wah...abe Muaz, maghilaa tengok gambar binate (binatang)nih...comenyoooooooo(panjangkan bunyi huruf o anda)heheheh warna-warni lagi...maghi tengok...cubaan saya berjaya..mama ado kale (pensil) Baru...come, besa lagi..mama beli ko Abe Muas, wak nulih deh..."(untuk menulis yer) saya terus ajar dia menulis huruf 1 sampai 2...dia mahu menulislaaa...hihhihii

rasa kejayaan yang besar dah tu...selalu, nampak je saya pegang apa-apa buku, terus lari sambil senyum. dia dah tahu, kita nak ajar dia menulis....;)...itu jerlaa aktiviti bersama anak sulungku dihujung minggu ini..kakak Faqihah..em, bagi jer dia pensil dan pensil warna, dia conteng dan warna buku dia...xaperlaaa




ini buku nyer dan pensil nyer...

errr actually not a window shoping kat Giant tu, tapi dah jadi 1 bonet shopping..biasala, kalau dah masuk shopping complex, xder yang tak nak belinyer...kicap dah abis laaa abah, gula pun tingggal sikitjer lagi, em....pampers pun dah separuh...ala, pen marker mama pun dah xberapa berbekas...biskutnie nampak sedaplaaa... =-X% memang lebih RMM100.... wanita dengan 99 nafsunya...betul takkkkk.....


Monday, February 15, 2010

Hari ke2 saya cube beraktiviti bersama anak-anak

Dengan bersemanagtnya saya bangun pagi ini intuk memulakan satu lagi aktiviti bersama anak2, Muaz dan Faqihah..untuk membuat origami burung dan menulis huruf a dan b.
aduh, xberjaya laaa.


si abangnya saya lukiskan apple dan tulis beberapa huruf putus a supaya dia menyambungnya. si adik saya lukiskan apple supaya dia warnakan..
lain yang diharapkan lain pula yang jadi. anak-anak kerap kali tidak mahu menurut apa yang saya minta,eentahla....malas nak cakaplaaa.tuan puan perhatikanlah sendiri hasil kerja mereka.


ini si adik..saya buatkan gambar epal, dia tak mahu, nak gambar kucing, susahnya direnyuk juga.hehehe

ini hasil kerja si abang..lain di suruh, lain pula yang mahu dibuat.warna dah ok, tapi abang tak mahu menyambung huruf a dan huruf b,sudahnya dibuat lakaran sendiri..sabau-sabau .apalah pandangan kawan-kawan masalah anak2ku ini yer....tlglaa bagi sdikit nasihat.

tapi origaminya...may be sedikit berjaya. mereka gembira bermain dnegannya.burung sya menjadi.saya tebukkan lubang dan ikat pada sikat rambut..huhhuu itu saja yang ada, bagi hanger kang, main bantai-bantai pulak nanti, lagu haru...


kakak Faqihah juga nak cube contest Ummi Pah




nie anak k 2 saya. Faqihah oun nak cube masuk contest

nama penuh saya Faqihah Binti Md Zulkifli. Masa Gambar nie diambil, umur saya baru setahun setengah.
saya Lahir pada 20 Januari 2007 di Hospital An-Nisa' Kota Baharu. saya suka menjaga baby saya , Asma'. di bawah adalah gambar saya yang terkini, selamat berkenalan semua.

Sunday, February 14, 2010

Aktiviti bersama anak-anak di masa cuti

Di musim cuti sekolah sempena Tahun Baru Cina ini, saya mendapat idea dari rakan blog saya untuk membuat aktiviti bersama anak2. pada hari ini, saya bercadang untuk membina kotak ABC bersama anak-anak. pada mulanya anak-anak amat gembira, bukan untuk melalukan aktiviti itu,tapi kerana melihat semua peralatan yang sememangnya sudah lama diminati, selalu curi-curi ambil...lebih-lebih lagi gunting dan marker yang bewarna warni.


benda yang kami akan buat adalah kotak fail ABC, di dalamnya saya bercadang untuk meletakkan poket abcd yang boleh disisip kad-kad gambar dan huruf-huruf. maka bermulapah aktiviti itu....dengan haru birunya...abang dan faqihah(anak ke2 ku) berebut mahukan gunting. of course kemenangan berpihak kepada abang, maka faqihah hanya memenangi gam, maka diapun sapulah gam di semua kertas yang digunting oleh abgnya, si kecil pula sibuk mahu mengutip cebisan kertas yang digunting. saya tidak meletakkan baby dalam walker kerana terbca di dalam sebuah article tidak lama dahulu, keburukan walker kepada perkembangan baby termasuk perkembangan sikapnya....itu entry lain lah...

maka jadi hiruk pikuk lah suasana. naik geram juga dibuatnya, macammanalah kawan saya yang satu tu buat aktiviti dengan naak-anak dia,kalau macam gini sekali karenah anak-anak.huhuhuuhu...tangkap leleh juga air peluh saya dibuatnya.

tidak lama kemudian, si abang mula merengek nakkan marker, saya bagi setelah berpesan jangan conteng dinding, lukis saja di whiteboard yang ada...10 minit kemudian, berpaling saja kat belakang,

inilah hasil kreatif anak sulung saya.....tirrr..mendidih dibuatnya....apakan daya...sabau..sabau..kalau tuan puan, bleh sabau ker...hussssssssssss..

alahai anakku, maklumlah masa mengandungkan diakan, kita suka menulis cikgulah katakan..kuar-kuar ajer, memang sume suka conteng dinding, walaupun sudah diberi kertas, whiteboard...di dinding jua kesukaannya melakarkan kreativiti yang tak berapa sedap mata memandang itu.


akhirnya sesudah saya yang bertungkus lumus..maka tadaaaaaaaa...





Friday, February 12, 2010

cube nasib contest ummi Pah


susah betul saya nak ambil gambar nangis sebab asma' jarang menangis, kalau dia nampak jer saya, mesti dia tersenyum dan mengangakan mulutnya sehingga nampak gusi kemera-merahannya.niepun mujurlaaa xabis lagi tarikh contest ummi Pah. Lihatlah dunia, saya akan membesar menjadi sebijak dan kuat Asma' bintu Abu Bkr al-Siddiq....insya-Allah.

nama saya : Asma' Bt Md Zukifli
Umur saya sekarang : 9bulan
Lahir pada : 22 Mei 2009
Hospital Kota Bharu, Kelantan.
Hobi saya : suka memanjat walaupun belum bleh berjalan.
saya juga suka mengutip the tiny-tiny thing yang ada kat
depan mata dan masukkan dalam mulut..yum yum yum...

saya doakan semoga mama saya da semua mama-mama yang berada di luar sana dapat menjadi ibu mithali..amin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails