Monday blues kah para pekerja semua . Heheheheheh.teringat whatapp sekolah malam tadi...semua berdebar2 dengan perlawanan badminton malaysia vs jepun... cuti tak..cuti takk...hahha.. akhirnya... kita kalah.. tapi kalah dengan bermaruah.. lee chong wei bermati matian berusaha.. namun nasib tidak menyebelahi kita..xapalah...kita cuba lg tahun tahun depan...
.. arini alhamdulillah.. saya tidak mengalami monday blues... tapi ia sudah berjangkit kepada suami saya sejak beberapa minggu ini... heheheeh kasihan dia... sejak syarikat tempat kerja dia diambil oleh oleh 1 MDB bhd, dia selalu balik dengan muka penat dan mengeluh banyak kerja.
Saya lihat suami saya pun sudah tidak berminat nak bekerja di syarikat itu lagi... mulutnya tidak pernah berhenti sejak itu untuk berhenti kerja dan membuka perniagaan sendiri. Katanya nak buka kedai dan jadi penjaga kedai.. macam mak dia.. aduhai suamiku.....khabar itu membuatkan hatiku kerunsingan....
Nak jaga kedai tu saya tak setuju.. itu kerja orang yang tak mampu nak kerja lain.. kalaupun nak buat bisness, kita still kena kerja.. utang kita berlambak .... hutang rumah..hutang kereta..hutang tqnah..hutang itu ini...kalau ada kedai kita gajikan oramg lain ye bang.....
Sejak mendengar keluhan suami.. hati saya dapat mengagak kemendungan ekonomi yang bakal kami hadapi.... saya selalu berdoa agar ekonomi kami stabil.. segala hutang dapat dibayar tetap pada masanya.... segala belanja rumah.. sekolah anak anak dan segala keperluan mampu kami adakah walaupun secara sederhana.... amin ya Robb....
No comments:
Post a Comment