Berjuanglah shafida.. senyumlah untuk mengembalikan semangat dan kegembiraan mu. Agar lebih bersedia menanti kehadiran puteri mu yang hanya akan diberi kehidupan yang sangat singkat. Mana mungkin orang yang menderita dapat memberi kebahagian kepada orang lain.. hanya ibu yang bahagia boleh memberikan kebahagian buat bayinya....bby syahidah..mama akan menunggu kehadiranmu dengan senyuman dan kebahagian..mama akan cuba memberikan kasih sayang dan kebahagian kepadamu walaupun hanya beberapa saat dlm hayat yang dipinjamkan Allah kepadamu..maafkan mama sayang.. sebelum ini mama sering dalam kemurungan dan kesedihan..
Tuesday, May 13, 2014
KU BERSERAH HANYA KEPADANYA
Ingatan saya malam tadi berputar kembali kepada whatapp saya dengan seorang ibu yg juga jiran saya beberapa bulan yang lalu. Anak ke 5nya anencephaly. Baby girl yang diidam oleh mereka sekeluarga Allah datangkan juga,tapi mengalami anencephaly yang akhirnya memaksa ibu itu memilih untuk memaksa kelahiran bayinya seawal 6bulan. Kondisi bayinya juga diketahui beberapa minggu dari tarikh itu. Alasannya adalah doktor berkata kemungkinan rahimnya boleh pecah kerana kepala bayi yang tajam dengan tulang tengkorak yang tidak trrtutup boleh melukakan atau memecahkan rahinnya.saat itu tiada lagi harapan untuknya mendapat bayi lagi..di saat itu hati saya menyangkal pendapat doktor itu. Tp semalam, ketika menggoggle article berkenaan bayi istimewa ini, saya terjumpa artile dari seberang..hati saya kecut.. ya Allah... kepadaMu sahaja aku berserah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment