ya, saya tidak boleh bersedih. Saya seharusnya mempersiapkan diri dan bersedia untuk menjaga dan memberikan kasih sayang yang terbaik untuk bayi saya selama beberapa saat dia berada di dunia ini.
Kenapa harus saya mengurung diri dan tidak bersosial hanya kerana mengandungkan bayi yang akan mati.. bayi ini juga kalau boleh tidak inginkan begitu.tetapi inilah ujian
Allah kepada kepada kami. Saya harus terus ke hadapan...hidup dalam kegembiraan dan menunggu lahirnya bayi ini. Saya harus bersedia untuk menjaganya..menyusukan dia.. bercakap dan golek gilek dengannya.. kalau diizinkan, saya tidak mahu bayi saya diletakkan dalam inkubator.kasihan dia..dahla hayatnya tidak panjang, sekurang kurangnya dia dapat merasai kehangatan pelukan dan ciuman ahli keluarga dan ibunya.

Kisah ibu ibu bayi anencephaly mengatakan mereka tidak mahu tidur sepincingpun hanya semata mata ingin menghabiskan masa bersama bayi mereka. Masa sangat mencemburui mereka ketika itu..jika sekarang saya masih lagi dalam kesedihan dan menangis, mana mungkin saya boleh menjadi kuat untuk menatap, menjaga serta berbahagia bersama bayi saya di masa hayatnya yang suntuk itu.. jangan hiraukan sekeliling.. jangan dihitung masalah dalam kerja.. jangan diingat masalah rakan sekerja yang mengguris hati...buangkan jauh2 kesedihan kepada insan yang tidak pernah pedulikan kelenguhan..kesakitan...kemurungan yang saya alami..ya.. tiada yang tahu derita jiwa saya. kerana derita ini saya pendam di dalam lubuk sanubari.
No comments:
Post a Comment