Thursday, May 29, 2014

IT IS A BOY!!!!!!

Semalam saya ke Hospital Selayang untuk appoinment yang ke sekian kalinya...penat sungguh menunggu... sampai jam 7.40... di panggil masuk ke bilik doktor11.45 pagi.. masyaAllah.... masih ramai lagi sedang menunggu selepas saya...dapat pula doktor lelaki singh yang veteran. Serba salah saya dibuatnya..nk tukar doktor payah pula.. smua doktor sudah ditentukan patience nya.. dan ini doktor paling tua. Mgkin semua pesakit bermasalah perlu berjumpa dengannya walau hanya sekali...saya pasrah.. ampunkan dosaku ya Allah...

. Pakar perundung OnG katanya dlm cop doktor tersebut..ekkrrr.. bukan cop tu berkata.. tp tertulis.. heheheh

Maka setelah dia scan... saya nak kongsikan sesuatu yang mengembirakan... well.. dh announce kat tajuk daa punn..hehehe



1. Doktor kata it s a boy!!! MasyaAllah... doktor menunjukkan konek kecilnya kepada saya... air mata saya berlinangan  gumbira.. perempuan pun saya gembira.. apatah lagi lelaki..kerana.memang niat saya kalau Allah izinkan saya nak.ramaikan ank lelaki.. nak hantar hafaz quran. ALLAH izinkan tapi bukan rezeki saya untuk mendidiknya.. dia lebih bertuah untuk terus bersama Pencipta

2. Ketakutan saya sedikit reda bila doktor bagitahu kepala bayi tidak tajam seperti yang ditulis oleh seorang blogger. Sama sekali tidak betul.ia tidak akan menyebabkan luka atau pecah rahim. Cuma  nak keluar tu sedikit sukar kerana tidak dlm meluncur laju keluar kerana ketiadaan tempurung...

Perkara yang sedikit membimbangkan saya adakah: 
-Bayi saya mungkin akan sampai 40minggu.. walaupun hoapital akan bagi tempoh seminggu selepas due untuk induce..ubat hanya diberikan sehari sekali sahaja. Jika bayi tidak mahu keluar, tunggu esok pula untuk ubat seterusnya... jika 3,4 hari mencuba dan bayi masih tidak mahu keluar, saya akan direhatkan beberapa hari sehingga doktor panggil semula untuk masukkan ubat sehinggalah 40 minggu..atau sehingga bayi nak keluar... moga saya dapat bertahan di setiap contraction  kesan induce tersebut.... kalau Allah nak uji saya... mungkin di situ saya mampu menahan kesakitan itu..bukankah tiada ujian melainkan yg mampu di tanggung hambaNya.... doakan saya.

kepala saya penat berfikir akan hal family day sebelah keluarga suami dlm minggu raya selama 3 hari 2 mlm.bila xtahu due... xbuleh nak rancang Macammana... mulalah datang sedih saya...apatah lagi tiada tempat nak mengadu.. kalau mengadu risau.. saya akan di sruh agar bersabar doa dan tawakal..jangan fikir buk kata mereka.. apa salahnya kalau saya mahu menangis.. 

Doktor juga memberitahu sebab kecacatan anak saya adalah kerana kekurangan asid folik.. orang zaman dulu banyak makan sayuran.. makanan zaman dulu kaya dengan zat semula jadi.. tak perlukan asid folik dah.. boleh dapat terus dari makanan mereka.zaman sekarang semua makanan tidak berkhasiat... banyak bahan kimia... banyak cocok dan ubat sana sini. Kekurangan asid folik menyebabkan kecacatan ank.. maafkan mama baby sayang.. salah mama kerana kurang menjaga keperluan tumbesaranmu nak... maafkan mama.. kamu yang terima akibatnya..namun dalam hati kecil saya ..saya masih yakin semuanya dari Allah. 

Kadang kadang saya merasa orang di sekeliling saya kejam.terhadap saya.. saya tidak dibenarkan kelihatan suram.. sedih dan juga tidak dibenarkan menangis... salah kah saya untuk.mencurahkan air mata tatkala stress dan sedih... saya bukan robot... mereka senang menyuruh saya sabar... tawakal..ya saya tahu.... tapi beratnya mata mereka memandang dan telinga mereka mendengar... sangat terbeban bahu dan badan saya yang menanggungnya sendirian... mereka tidak pernah mengalaminya.. sarat kesedihan ini sudah lama saya kendong... dari bayi saya 2 bulan sehingga sekarang dan mungkin ke minggu yang k 40... jangan terlalu kejam.terhadap saya....biarkanlah saya menangis sendirian... biarkan saya hilangkan sebak yang sarat di dada ini....
tinggalkan saya sendirian seperti mana kamu biarkan saya sendirian untuk  menahan sebak  di hati tatkala mengandung  sehingga menunggu kelahiran ini. 

Tolong fahami hati ini..utn ke family day nanti, aku yang baru kehilangan bayiku... susuku masih membasah di dada.. perluku pam dan perah setiap  kali ia  memenuh... dibuang sahaja atau diberi kepada abg umar..itupun kalau umar masih lalu nak.menelannya... jangan  dipaksa aku yg dalam pantang untuk sertai kalian bergembira  tanpa  duka itu...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails