Tuesday, May 13, 2014

HARI WESAK

Sempena cuti wesak ini saya mengajak suami ke Selayang Mall untuk membeli cenderamata khas hari guru untuk rakan guru saya.. kami dikehendaki membeli hadiah yang nilaiannya minimum rm20 dan pada 16 Mei nanti hadiah akan diserahkan kepada penerima.. saya telah memilih untuk hadiahkannya sebuah beg tangan bewarna pink. Saya sangat jatuh hati dengan warnanya.. walauoyn harganya tidaklah semahal sembonia atau carlorino...tapi pada saya ia sungguh cantik. ada tali panjang disertakan kalau mahu sangkut ke bahu. Semoga penerimanya gembira dengan cenderamata ini...






Saya membelek belik baju baju bayi di situ... sekarang dah nak masuk 8 bulan. Ada baiknya saya terus bwli sepasang pakaian baru beserta topi kepala buat shahidah. Mama tidak sabar menunggu kehadiranmu sayang. Saya juga membeli dripera baby born yang paling kecil.. mama dakap dripers itu rapat ke jantung mama. Mama terasa memelukmu sayang. Haraoan mama agar shahidah kuat bertahan sekurang kurangnya 2,3 hari agar mama boleh melepaskan rindu ini bersamamu walaupun sepincing cuma..mama tak akan terlelap untuk menghabiskan masa masa beharga bersamamu ankku.sedikit air mata bergenang di pipi .. perlukah mama membeli botol susu..?? Hati saya meneka..mungkin tak perlu.. mama bleh pinjam dari maklong dlu..memandangkan maklongpun melahirkan baby baru jugak sebulan lebih awal dr kelahiranmu nanti....maafkan mama kerana tidak beria menyediakan kelengkapan buatmu shuhadah... kerana mama tidak tahan bila melihat barang barang peninggalan mu nanti ....



mungkin ini aja barang yang mama beli, baju-baju lain mama akan basuh baju abang umar kamu ye baby.. begitu juga dengan sarung tahan dan kaki. yang putih di sebelah kanan adalah topi agar kepala kamu tidak nampak terdedah dan kesejukan di sapa angin dunia ini.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails