Ini adalah kenangan terindah bersama anak anak dan anak saudara sebelum bersalin tempohari.
Ayah telah membawa kami setiap petang makN angin di tepi pantai. Walaupun angin kuat di tepi pantai...ia tidak sedikitpun menakutkN kami.sudah lama tidak merasai pepasir di tepi lautan. Angin kuat menjadikan ombak menghempas pantai lebih kuat. Saya dan anak anak kecil duduk di tepian menunggu ombak sampai keribaan kami. Wah cukup seronok. Tp yang tak seronoknya bila membawa pakaian basah dan berpasir....nk membasuhnya juga...waduh...kena guna tangan.kalau masuk mesin basuh,mahu jem le mesin dek pasir itu.jenuh mak buyung mengorek ngorek pasir dari poket baju seluar anak kecil ini.
Friday, December 23, 2011
Kenangan di pantai Cahaya Bulan
Thursday, December 22, 2011
mulut baby Umar belum sembuh
Sayu rasanya hati bila melihat keadaan mulut umar.sekarang.kenapalah.liat benar bintik putih dalam mulutnya tak mahu hilang.penat sudah menyapu durian. Rasanya mahu sahaja membawanya kepada doktor.tp rasanya samashaja.ia memang memerlukan masa untuk sembuh...ada tal sesiapa di luarsana boleh bagitahu berapa hari mulut bby akn kmbali normal kalau paki ubat doktpr.rasany kalauskadar bGi ubt mouth blister...memang 2,3 hari jugakkan...
Sunday, December 18, 2011
SIAPA YaNg AmBiL PuRsE SaYa?????
Pagi khamis yang hening...sebelum subuh suami dan saya turun dari rumah ummi membawa bby Umar untuk di tahnik dan cukur di Masjid Pulau Melaka.ingin mengambil berkat tangan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat,menteri besar kelantan. Alhamdulillah, niat kami dipermudahkan Allah. tuan guru yang baru balik hari itu dari Kuala Lumpur telah mengimami solat subuh seterusnya mentahnikkan beberapa bayi termasuk bayi kami. Pada pagi itu juga ada sepasang pengantin yang brhajat untuk diakadnikahkan oleh Tuan Guru sendiri. Semoga perkahwinan mereka bahgia dan penuh mawaddah dan rahmah hingga k syurga.aminnnn. Teringat pula sejarah 7 tahun lalu di mana kami telah diijabkabulkan di masjid itu juga. Dan ketika itu saya hanya berpakaian baju kurung lama yang sering digunakan untuk ke kuliah.sungguh tidak menyerupai pengantin.hahahaha.namun ia adalah sejarah yang paling indah buat kami.
Short cut.....
Ditengahari itu pula nurse desa datang ke rumah untuk memantau bayi saya dan kakak yang kebetulannya lahir awal 4 hari dari saya. Setelah selesai menimbang baby Umar,nurse meminta.saya manggil kakak,lalu saya meninggalkannya sendirian di dalam.bilik.
Petang itu suami saya meminta ic saya untuk buat surat beranak Umar.maka bermulallh di situ pencarian purse saya yang.sehingga sekarang gagal ditmui. Oleh krana mata tidak melihat, kita tidak boleh menuduh sesiapa. Ayah saya rasa ada orang luar naik dan mencuri beg itu pagi tadi mamandangkan kami keluar.pagi tadi tanpa mengunci pintu pgar dan pintu besar rumah. Suami saya pula mengagak nurse itu yang mengambilnya memadangkan senelum keliar awal pagi itu,pirse ada di atas katil.Allahi A'lam. Tapi Saya mengingatkannya supaya tidak menuduhsesiapa kerana kita tidak dapat melihatnya sendiri.
Napakna petang ini saya harus menelefon maybank untuk menyekat penggunaan kad atm dan mYbank2u.mungkin dalam minggu depan saya terpaksa ke pejabat pendaftarN untuk membuat kad pengenalan baru. Rasa susah betul nak buat semuatu bila dalam pantangni.orang nak tolong bawakan saya ke sanapun tak ada.petang ini suami akan balik KL memandangkan cuti bersalin nya 1minggu telah habis.
Saturday, December 17, 2011
sjenis sakit perut dikalangan bayi:sarat (kelantan)
pernah dengar penyakit " sarat "?
mungkin orang di negeri kelantan sahaja memanggilnya begitu.di negeri lain panggilan berbeza di gunakan.
tanda2:
1. perut bayi bunyi melepuh-lepuh mcm ada buih.
2. najis bayi bewarna kuning dan bentuknya bertali-tali atau berkuntum atau berbuih-buih bercampur air jernih.
3. bayi menangis kerana kembung atau sakit perut.
ki orang kampung tidak akan berjumpa doktor untuk merawat "sarat" ini.
1. kami akn mencari bidan kampung untuk mengurut perut bayi.bidan ini memang khas untuk mengurut penyakit "sarat" bayi.
2. beli ubat sarat di toko cina yang telah dipercayai sejak lama dahulu.pelbagai jenis ubat yang dijual untuk penyakit ini.
ada ubat dalam bentuk debu, pekat macam dodol atau cecair. tp selalunya kami beli ubat debu sahaja.
ubat debu ini caranya dengan mencampurkannya ke dalam air susu (botol) dan diberi kepada bayi. xkan beri pada bapak pulakn. heheheh. beri biar cukup 3x sehari, baru berkesan.
ada juga ibu yang nak senang, tera lumurkan kat puting susunya dan terus bari baby hisap susu badan.ada juga yang mencampurkan serbuk ubat itu dengan air kemudian lumurkan ke dalam mulu bayi, kemudian terus bagi bayi hisap susu. Namun kedua-dua cara ini ada kesan yang tak elok kepada bayi.oleh kerana serbuk itu panas, ia boleh menyebabkan mulut bayi di tumbuhi ulser. bentuknya bintik- bintik kecil bewarna putih.
kalau ada ulser dalam mulut bayi...ubat yang orang kampung slalu guna adalah sapukan sedikit isi durian di dalam mulut bayi. isi durian panas dan akan menghilangkan ulser tersebut.kalau di bawa ke doktorpun ada losyen yg akn diberi.namun kedua2 cara akn ambil masa juga 2,3 hari utk hilangkan ulser tersebut.
kepada ibu-ibu,pastikan ulser tersebut bukn kerak susu ye.kalau kerak susu, bayi tidak akan sakit.kalau ulaer, bayi akan menunjukkan rasa tak selesa pada lidahnya.bayo akn selalu menjelirkan lidah, tidak atau kurang menyusu atau menangis. kalau obu confiua bawa sahaja jumpa doktor.tp biasalah kami orang kampung tidak cepat bawa ke doktor kalau sakit begini. itulah orang kampung..ada kelebihan dan kekurangannya.
Friday, December 16, 2011
bayi tumbuh jerawat?
Orang kelantan kata apa yang tumbuh paxa pipi bayi baru lahir 'kenan' .tp orang KL kalau awbut kenan maksudnya bayi yang lahir dwngan kecacatan pada badan twrlenanlan sesuatu diaebabkan ayhnya melakukan seauatu atau sebagainya.
Tapi sayapun konfius apa yang naik kat muka bby umar. Nak letak apapun saya xtahu.makin hari makin tebal pula naik biji-biji briai cecair putih kat pipi dan sdilot di lehernya.
Mungkin boleh cuba bedak sejuk kot. Maanya belum cuba letak lagi. Cuma baru sekali letak bedak.tp nampaknya tak jalan......ada cadangan tak?
pusat anak Bernanah?
Harini saya perasan kat barut perut anak ada lekat cecair kuning.tanya umi...sah bernanah dah pusat umarr.apa yang sayaa dh mkn...rupa2ny sebab saya mkn kuih dan bahulu.kuih tu ada telur.
Walaupn jahitan dh smbuh,ibu kena beringat utk anak pula.gelabah saya.sian umar.sb mulut emak..anak yg kena
Thursday, December 15, 2011
hari ke tujuh berpantang.
Alhamdulillah,hari ini hari k 7 sy berpantang.nurse dtg k rumah utk kali k2 utk cek bby,tp um utk timbang lagi.katanya akn dtg pada hari ke 18 nnti utk timbang. Bby umar tidak menunjukkan jaundis yang teruk.tali pusatnyapun sudah mengering. Kata nurse kalau nak cepat lering,kita kena rajincuci tali pusat.ank dia dulu 4hari dh kwring dan tanggal. Rahsianya dia akn cuci dengan ubt tu 2jam skali.oooo...baru saya tahu.pytla ank2 saya lambat tanggal tali pusatnya.sb kalau tukar lampin baru saya cuci pusat.rupanya kena cuci sekerap mungkin.
Mungkin berguna kepada bakal ibu atau yg baru melahirkan ye.cuci tali pusat ank sekerap mungkin.
Monday, December 12, 2011
Alhamdulillah...
Thursday, November 24, 2011
Scan

Wednesday, November 23, 2011
Sebelum Bersalin...aku teringin......
Sunday, November 20, 2011
membawa rajuk yang sarat di hati ;(
Saturday, November 19, 2011
mesin jahit merajuk dan aku
Tuesday, November 15, 2011
barut perut
Monday, November 14, 2011
lagi bab menjahit
Saturday, November 12, 2011
Pengalaman pertama dalam jahit baju
Thursday, November 10, 2011
HATIKU MEKAR 2

Wednesday, November 9, 2011
HATIKU MEKAR 1


Wednesday, October 26, 2011
Doa terkena minyak Panas








